Just a mere thought

Posted on Updated on

Salam,

 

Setiap kali saya terfikir nak update blog, selalu terfikirkan kerja-kerja lain yang masih bertimbun. Dan seringkali saya bertanya oada diri sendiri masih perlukah lagi saya menulis di sini. Sedangkan artikel untuk jom! sendiri masih terbengkalai.

 

Then saya fikir, oh well, kadang2 fikir sangat, apapun tak jadi. Dan tentunya menulis hanya untuk berkongsi, sering memberi kesan pada jiwa yang membaca.

 

Saya terpaksa letak password pada entry sebelumnya kerana mutarabbi saya menegur entri itu sedikit berbaur personal, dan kebarangkalian orang lain menggunakan fakta itu untuk menjatuhkan saya pasti ada. Dalam mana-mana tempat pun, orang yang bawa Islam pasti akan ditentang.

 

Begitu juga saya ingin berkongsi pengalaman buah bicara dan juga pemikiran. Namun seringkali saya melihat akan ketidak sempurnaan saya dan akhirnya niat itu mati begitu sahaja.

 

Sedangkan banyak peristiwa yang berlaku, yang tentu jauh sekali bezanya dengan kisah di luar negara yang begitu indah di baca. Semenjak menjadi warga Malaysia yang tegar setahun yang leps ( cewah!), baru saya fahami kanta mata yang digunakan oleh adik-adik di Malaysia ketika membaca dan mendengar kisah sahabat mereka di luar negara.
Amat berbeza sekali. Di Malaysia ini, perjalanan dakwahnya panjang. Bukan lagi untuk 3, 5 atau 6 tahun. Perjalanan dakwahnya nunnnnnn begitu panjang sekali. sampai kematian. Sampai daulah tertegak. Begitu juga ruang dakwahnya begitu besar. SAngat besar. Dan kerana begitu panjang dan besar, seringkali kita tersesat jalan dan lemah semangat. Tanpa arah dan tujuan. Walaupun kita merasakan kita sedang berbuat sesuatu.

 

Apa yang menjadi terkilannya di hati adalah, bumi Malaysia masih amat naif dengan dakwah. WAlaupun dakwah berkembang. Walaupun di sana sini ada ceramah, ada program hijab, ada program aqsa syarif, ada artis mula mengikuti usrah kita. Namun kesediaan kita memimpin negara masih amat jauh lagi. Perancangan untuk melahirkan khalifah di Malaysia masih belum temaktub dengan baiknya.

 

SEgala perancangan pembangunan di dalam negara telah dirancang begitu lamaa oleh generasi awal. Generasi kelahiran 1950an – the baby boomers. Mereka telah mengorak langkah. Mereka sedang melaksanakan impian dan cita-cita mereka yang telah termaktub sekian lama. Mereka mendirikan bangunan-bangunan dan prasarana. Sehinggalah dakwah ini memiliki hospital dan sekolah juga universiti. Yang masih tiadanya banyak. Hattakan bangunan dakwah sendiri masih belum dimiliki.

 

Segerombolan mereka mempunyai idealisme begitu tinggi. Kini mereka dikalangan para elit. jutawan, pensyarah. ahli korporat. Semuanya mempunyai nama walaupun cuma bergelar ustazah.

Namun yang masih kurang , bahkan mungkin terlepas pandang adalah, perancangan melahirkan generasi yang mampu menggantikan mereka.

 

Para pemuda, yang bukan sahaja memahami Islam dan dakwah, tetapi mempunyai aspirasi dan ketokohan yang mampu menakluk dunia.

Perancangan di minda ada, tapi proses pembinaan, proses penurunan idea, proses pembentukan berfokus masih belum mantap. Di sini saya tak maksudkan tarbiyah semata-mata, tetapi pencernaan idealisme dan visi. Pencernaan melihat pembinaan sebuah negara Islam.

 

Saya tak rasa ada generasi Y yang merancang dan berfikir bagaimana ekonomi Malaysia boleh menbayar hutan biliion ringgit mahupun merancang untuk membina hospital waqaf yang menyediakan perkhidmatan percuma untuk rakyat. Ada?

 

Kebanyakan kami apabila pulang ke luar negara sangat kabur (blur). tiada yang memberikan pedoman untuk menjadi pakar dalam bidang apa. semuanya diatur sendiri. Semuanya ikut kelebihan sendiri.

 

Atau erti kata lain, semuanya ikut kepala sendiri.

 

Amat bezanya dakwah ini berbanding di Mesir dan Indonesia di mana setiap kepakaran bidang itu disusun mengikut keperluan dan perancangan. Bukan sekadar kebetulan.

Program-program amat banyak disusun. Semuanya berobjektifkan mahu memberi latihan dan kelengkapan yang mampu melahirkan kepimpinan sejagat.

 

Namun, perhatian tidak diberikan kepada peserta. Peserta yang terbaik dan peserta yang mahu dijadikan pakar itu tidak dipilih atau tidak hadir. Kita bangga dengan ahli yang ramai, tetapi untuk kita tunjukkan siapakah Menteri kewangan seterusnya, kita masih lagi melihat golongan veteran berumur 55 tahun ke atas. Jika mahu melihat menteri pendidikan, masih lagi melihat pensyarah yang hampir sahaja pencen. Kerana kepercayaan kepada generasi Y dan X masih rapuh sehinggakan tampuk kepimpinan amat sukar diserahkan kepada mereka…

SAya amat kagum dengan Anis Matta. Saya tidah menyangka langsung dia akan dilantik sebagai presiden PKS.Tulisannya saya baca lewat majalah tarbawi serta majalah indonesia yang lain. Tulisannya sendiri selalu berkait rapat dengan cinta. Jarang tarbiyah yang core seperti Dr Irwan Prayitno. Begitu juga saya kagum dia baru sahaja berumur 44 tahun ketika di lantik sebagai peresiden PKS.

 

Saya cuba membayangkan jika ada ahli dikalangan jemaah Islam yang berumur sedemikian untuk menggantikan presiden jemaah mereka. Tidak ada. Namakan mana-mana jemaah yang pimpinannya berumur bawah 40. Kalau ada pun, masih dalam proses pembinaan.

Namun benar umur amat penting dalam membentuk kematangan , pengalaman dan ilmu.

Ketiga komponen ini masih amat kurang di kalangan kader dakwah.

 

Tidak dapat tidak,kejayaan sesebuah organisasi amat dan sangat bergantung kepada kekuatan dan kualiti ahlinya. Bukan bilangannya.

 

Dekan kami di sebuah universiti berulang kali mengatakan pada kami:

‘ Tak guna banguna berbilion ringgit dan besar ini jika para pensyarahnya tak dinamik, takde visi dan takde keinginan untuk menerajui dan membangunkan universiti ini.’

 

Saya merasai kenyataan itu sewajarnya harus ditujukan dahulu kepada gerakan Islam. Agar kita sentiasa, setiap hari, sepanjang waktu bermuhasabah diri dan bertanya; sejauh mana kualiti diri aku terbina.

 

Tidak ramai antara yang berada di marhalah tertinggi dakwah ini adalah hafiz dan hafizah. Jauh sekali ahli hadis. Kita berbangga dengan adanya ikhwan Muslimin sentiasa bersama kita sedangkan kita beriman bahawa kita tidak dijamin beriman dengan hanya berteman rapat dengan orang beriman. Kita masih lagi sangat jauh dari mereka. Sedangkan aggresifnya kita dalam membina diri masih amat kurang.

 

Saya sendiri begitu berbelah bahagi di dalam membuat pilihan ke hadapan.

Tidak ada pekerjaan yang paling saya cintai melainkan penjadi murabbi full timer. Dengan itu saya boleh merancang untuk menetap di timur tengah dan berguru dengan para ulama di sana. Menjadi hafizah dan mengetahui lautan ilmu hadis. Dari situ saya membina manusia dan mengajarkan mereka dengan Islam. Dari situ juga saya boleh menulis banyak buku dan majalah. Seterusnya memimpin organisasi Islam sayap wanita dan memimpin negara akhirnya.

 

Namun dari satu sudut, mata orang Malaysia amat berbeza. Tak kiralah samada dia orang dakwah mahupun tidak. Sama sahaja.

Jawatan di permulaan nama, amatlahhhhh penting, walaupun sebenarnya kita semua hamba Allah sahaja.

 

Ada nama Dr, Ir, AP, Prof, Prof madya, Hj, semuanya itu amat main peranan.

 

Pernah seorang jutawan yang juga ikhwah berkata pada saya:

 

‘ orang kat Malaysia tak pandang jutawan, dia pandang Dr, Profesor’.

 

Pandang yang dimaksudkan kat sini adalah mendengar pendapat dan buah bicara. Tak ramai jutawan di jemput memberi ceramah maulidur rasul , tapi begitu banyak Doktor falsafah dan Profesor dijemput berkongsi ilmu.

 

Kerana orang memandang pangkat dalam akademik itu bermaksud —-> Ulama

maka nak jadi ulama dakwah pun harus ada Dr atau professor di hadapannya. Baru orang akan dengar apa kita cakap.

 

Pada saya, kalau diniatkan untuk dapatkan pangkat hanya sebab itu, maka akan jadi kecillah dan sia2lah sahaja usaha kita. Akan menjadi terseleweng dan kita akhirnya lupa matlamat terbesar dan utama kita di muka bumi ini.

 

Kita bekerja bukan untuk mengejar pangkat. Kerana apabila kita kejar pangkat,itu tak menjamin kita masih akan berdakwah.

 

Tapi kita bekerja ke arah kecemerlangan adalah kerana Allah. Dan kita mahu mengajak semua manusia pada Allah. kita mahu diposisikan di kedudukan terbaik yang boleh memenangkan Islam dan bawa manusia kepada ALlah.

 

Seorang ukht pernah menasihati kami:

‘ Ambillah speciality yang boleh bantu umat Islam ketika berperang.’

Di waktu itu doktor amat diperlukan untuk membantu tentera Islam.

 

Saya fikirkan satu yang amat mudah, Skin specialist in wound management.

 

Untuk ikhwah, harus sangat memilih orthopaedic mahupun surgeon.

 

Untuk menjadi Professor atau dekan, bukan mudah. Ikhwah akhawat kita sudah mencapainya. Dan mereka menggunakan kedudukan itu untuk Islam. MEnarik ramai student untuk dakwah. mereka tetap humble dan tetap istiqamah dalam perjuangan mereka.

Generasi kita tidak boleh kalah dengan masa dan keadaan. Tak boleh jadi selesa dan cepat penat. Cepat menyandarkan kepada dakwah untuk tidak melihat ke hadapan.

 

FIkirkan jika bukan kita yang menduduki posisi dalam kerajaan mahupun masyarakat, selamanya negara ini akan dipimpin oleh bukan Islam.

 

Kita tak perlu menjadi pemimpin sekarang, cukup kita merancang untuk ke arah itu. BErsedia dan berbuat yang terbaik sepanjang masa.

 

Walaupun kita amat cintakan dakwah ini, Amat cinta, tapi kita harus berfikiran jauh dan harus melihat ruang yang jauhhhhhhhh lebih berkuasa untuk kita gunakan demi memenangkan dakwah.

 

Saya tak pasti adakah menjadi Profesor atau Dr ini mampu menjadikan islam berkuasa. ANis matta sendiri tidak ada PhD. Tapi saya yakin, jika kita cemerlang dan hebat dalam profesi kita, iAllah,kita mampu mempengaruhi ramai orang, paling utamanya di bawah kita.

 

HAruslah akhirnya kita merancang di umur seperti Rasulullah, 40-45 atau 50 untuk bersara. Akhirnya umur sebegitu kita boleh gunakan all out untuk dakwah.

 

PAstikan di waktu itu kita dah ada side income money yang boleh generate sendiri duit untuk kita. Ataupun pelaburan yang memberikan kita dividen yang cukup untuk kita gunakan untuk tujuan seharian kita.

 

Dari situ, kita merancang masa depan kita.

 

PS: untuk adik2 di luar negara, please bring back at least RM 10k a year, dan simpang dalam tabung haji. U really need it for dakwah later.

 

wallahualam

ukhtikum

aisyahz

 

Advertisements

One thought on “Just a mere thought

    ummuhanzalah said:
    February 2, 2013 at 2:19 pm

    akak mcm mana nk dptkan pass for previous entry?
    -yaban-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s