Nafas yang baru

Posted on

Salam

alhamdulillah
sebenarnya apabila membaca komen dan text dari antum, banyak memberi semangat yang baru buat saya. Moga Allah rahmati anda yang memberi kesan pada jiwa saya.

Memang terkadang clueless nak tulis apa sebab terlalu banyak yang nak ditulis. Kadang2 teruja nak menulis buat buku dan dapat income passsive dari buku tersebut. tapi menulis utk duit dan nama, ianya takkan kekal, malah membawa dosa.
Sedangkan menulis untuk sebuah gagasan dan peradaban, ia akan membawa barakah dan cahaya yang meluas pada seluruh alam.

Setelah menulis dua post sebelum ini, baru saya rasa tenang dan mampu menjadi diri saya sendiri,tanpa rasa terganggu dengan expectation orang pada saya. Bila memikirkan expectation memang terasa sangat nak tutup blog. Sedangkan sebenarnya menulis ini memberikan kepuasan pada di penulis dan merupakan cara terbaik bagi dirinya berkomunikasi dengan hati dan dirinya.

Tanpa rasa perasan mahupun mahu menonjol atau tunjuk bagus. Sedangkan kita semua ini manusia biasa penuh kelemahan, yang cuba menjadi kuat selagi mana masih bergelar hamba Allah di bumi ini.

Kini, sudah tidak ramai anak usrah saya ( yg baru) akan baca blog ini. Entah kenapa, mungkin mereka sendiri tak sempat nak baca dek kesibukan study mahupun bekerja di bumi hectic malaysia ini. Menjadikan saya sendiri lebih suka spend masa bersama mereka berkongsi cerita dari menulis. Tapi saya tahu, masih ada yang setia, dan masih ada yang mencari sisa kekuatan pada bait-bait kata tak seberapa ini, sedangkan diri saya sendiri tidak kuat juga.

Memang, impian saya adalah menjadi muslim terbaik. Mungkin nak jadi seperti imam malik mahupun syafie. yang ada ilmu seluas lautan mediteranean tentang islam dan dekat dengan Allah. Mahu betul2 kuasa ilmu tentang islam.

But then, Allah dah takdirkan hidup saya bersama medik yang saya tak pakar2 lagi. Membaca buku medik adalah satu cabaran bagi saya ( dan skrang saya curi masa rehat sebab takleh nak hadap bahan medic), sedangkan saya amat suka membaca buku2 Islam. Banyak bahan bacaan pending. Bacaan utk majalah jom isu 12, bahan bacaan pengisian mabit wiken ini. Bacaan utk usrah esok pula. Hurm.. mana saya nak cari masa untuk membaca sedangkan hati ini tersangkut lagi pada perkara kurang aula. Astaghfirullah. TErkadang memang tak mampu nak buat. Tak boleh nak reach tahapan itu. Tapi perlu sahaja gagahkan diri. Kene buat juga.

Malam ni juga ada Malam palestin anjuran adik2 Uitm. rasa serba salah sangat dengan mereka, tapi untuk patah balik ke tempat kerja,adalah sesuatu yang perlu difikirkan apabila banyak amanat lain yang perlu dilaksanakan. Pada masa ini memang amat terasa : so much things to do, so little time.

But, memang perlu prioritikan. Dan perlu nampak gol di penghujung jalan.

Allah, telah mengajarkan kita perkara ini : Begins with end of mind, sebelum Stephen Covey menulis bukunya. Saya juga sedang membaca buku ” start at the end” Oleh Dave Lavinsky. SANgat menarik kupasannya bagaimana banyak bisnes berjaya apabila nampak big picture dan apa nak capai pada penghujung bisnesnya itu. ( owh ya, minat saya lagi satu yang bertambah selepas penulisan adalah perniagaan. Alhamdulillah, salah satu bidang yang amat mengujakan saya!)

Mulalah pada titik akhir.

Itulah akhirat.

Asiah mampu bertahan menghadapi Firaun, apabila dia memahami hakikat ini.

‘Ya RAbb, kurniakan aku sebuah rumah di syurga.’ Begitu doanya pada Allah.

Keluarga Yassir mampu bertahan diseksa kerana berharap pada sebuah ganjaran di penghujung hidup mereka.

” Wahai keluarga Yassir, bagimu syurga !” Begitu doa sang Nabi yang mulia.

Syurga adalah titik pengharapan dan titik akhir yang mereka tuju.

Maka mereka merencana hidup mereka agar mendapat matlamat akhir itu. Begitulah sikap Umar, Abu Bakar dan Uthman ketika mana mereka berlumba sesama mereka untuk mendapat habuan syurga itu.

Mereka tetap teguh dan tidak goyah. Walaupun pelbagai cabaran yang timbul dalam kehidupan mereka.

Namun, begitu mudahnya kita nampak titik akhir kita di dunia, tapi kita gagal melihat titik akhir kita di syurga.

Kita merancang kejayaan, kerjaya dan percapaian anak2 kita di dunia, tapi kita gagal merancang kematian kita.

Kita gagal merancang di mana akhir hidup kita dan di mana duit-duit kita akan pergi satu masa nanti. Kita gagal mengimaginasikan di manakah kedudukan kita di syurga.

 

Menyebabkan kita kurang ghairah dalam menggapai dan mengejarnya.

tidak seghairah kita mengejar dunia ini.

Inilah yang sukar.

Apabila kita lupa matlamat akhir kita adalah syurga. Maka kita akan mudah putus asa atau tersilap langkah di pertengahan jalan. Jatuh ke lembah maksiat dan kefuturan, apabila bayangan syurga mula pudar dari hati dan iman kita.

Jika sahaja syurga adalah obsesi kita, sudah tentu kita semua akan berkarya dan bekerja siang dan malam, tanpa penat, tanpa menghiraukan kantuk, kerana kita amat dahagakan nikmat itu.

Nikmat madu,nikmat air susu, nikmat bidadari… ah… syurga itu, mampukah kita menggapainya?

“Dan orang-orang yang beriman yang terawal, Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah. Berada dalam syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu, Dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahta emas dan permata, Seraya bertelekan di atasnya, berhadap-hadapan. Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda, Dengan membawa gelas, cerek dan minuman yang diambil dari air yang mengalir, Mereka tidak pening karenanya dan tidak pula mabuk, Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, Laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. Mereka tidak mendengar didalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa, Akan tetapi mereka mendengar Ucapan salam. Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada diantara pohon bidara yang tak berduri, Dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), Dan naungan yang terbentang luas, Dan air yang tercurah, Dan buah-buahan yang banyak, Yang tidak berhenti (berbuah) dan tidak terlarang mengambilnya. Dan kasur-kasur yang tebal lagi empuk. Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (Bidadari-bidadari) dengan langsung[**] Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya. (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan, (yaitu) segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu. Dan segolongan besar pula dari orang-orang yang kemudian”.
(QS. Al Wâqi’ah: 10-40).

Perjalanan hidup kita ini memang panjang. Terkadang kita lelah. Terkadang kita penat menahan godaan dan tak tahan menanggung ujian.

Namun, syurga itulah harapan.

Dan untuk menggapainya, amat memerlukan kekuatan dan pengorbanan.

Dan untuk apa yang dikorbankan, pasti kita akan lebih sayang dan dekat dengan perkara itu.

Itu sahaja untuk malam ini.

Apa akan berlaku pada muharikah.com? dengan website baru? huh. saya tak pasti. tapi saya harap agar ALlah berikan petunjuk untuk memuntijkan perkara2 tersebut.

SAtu kelemahan bila buat banyak benda satu masa adalah tidak fokus, mencapah dan tak dapat hasilkan sesuatu yang terbaik.

Cumanya, kalau kita tak buat satu perkara itu, kita tahu, takde sapa berani dan mahu buat.

Wllahualam

aisyahz
gombak

Advertisements

One thought on “Nafas yang baru

    Amal Asyura said:
    January 17, 2013 at 1:55 am

    Jzkk kakak for reminder. Salam rindu dari Penang terchenta ni. Slalu jadi silent reader blog ni huhu.
    Kita nak capai banyak benda, yet we are losing ourselves in the process. Jom terus tajdid niat sama2 k. Ujian dr Allah adlah utk terus membersihkan dan menguatkan hamba-Nya

    Amal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s