Buat Peminat Si Dia

Posted on

Salam,

 

saya segan untuk meletakkan nama saudara di jalan Allah di wordpress ini.

 

Namun, saya rasa terpanggil untuk membantunya agar dia boleh terus berkarya untuk dakwah.

Kerana pemuda sepertinya amat mahal dalam dakwah ini dan tentulah kelebihannya itu seperti berlian pada timbunan pasir-pasir jahiliyah yang ada.

 

Dulu, kami pernah melihat pemuda sepertinya.

Segak dalam bercakap

Hemah dalam tindakan

Cekap dalam mengorganisasikan program untuk 400-500 orang

cukup hebat sekali

 

namun,

ujian dan mehnah melanda mereka

fitnah dunia mula merajut jiwa mereka

berupa nama ( kefemesan)

berupa harta ( banyak duit beli macam2 gadget)

berupa ilmu ( bongkak , takbur dan angkuh)

berupa fitnah yang dihamburkan oleh orang yang nak buat dakwah….

Adakah dia seperti ini?

 

Sehingga ketika melihat rijal dakwah yang ‘rare’ wujudnya di dunia ini, akhirnya jatuh berjatahan, berguguran kerana ujian ini.

 

Seorang demi seorang hilang.

Sedangkan dulu, namanya pernah ternoktah pada sejarah  paper work program mahupun poster2 ceramah di banyak tempat.

 

Dan aku tak mahu permata sepertinya hilang begitu sahaja.

 

Hanya kerana fitnah yang sedang cuba ditangkisnya

Mahupun ujian yang melanda jiwa mana-mana lelaki di dunia ini…

 

itulah wanita…

 

DAn aduh, sungguh wanita ini, terkdang tka tahu apa yang difikirkan dan apa yang dia perbuat.

Apabila diturutkan kata hati, samada dia akhawat qawiy mahupun tidak, sama sahaja.

Wanita, amat mudah kalah dengan perasaan.

And sungguh, menjadi wanita itu sukar kerana emosilah masalah terbesar kita!

 

Lelaki boleh waras kerana 9 akalnya memandu 1 nafsunya.

 

Kita hanya ada satu akal untuk pandu 9 nafsu.

Justeru, kita amat cair hanya apabila melihat kebaikan seorang lelaki, walaupun dia tak tampan.

Mahupun berharap, pada seorang lelaki yang kata-katanya amat memegunkan diri kita.

Sehingga kita termimpi-mimpi akan dia di waktu malam.

sedangkan wajahnya hanya cukup kita berpada , pada hitam putih bayangan mata kita

 

Ini adalah fitrah

setiap wanita mahukan pelindung buat dirinya

seorang lelaki yang dekat dengan Allah

kuat pula tu berdakwah,

hebat plak tu menulis tanpa lewah

 

Sedangkan,

niatnya suci dalam berdakwah

dalam menyampaikan risalah Allah

tidak pernah dia gambarkan tahapnya seperti itu

sehinggalah Allah menempatkannya di posisi yang tepat dalam menembak segala peluru-peluru dakwah

kerana umat amat memerlukan daie sepertinya dalam menyelamatkan jahiliyah di muka bumi Allah.

 

dan tentu kamu mahu

menjadi pendamping di sisinya  dalam perjuangan ini.

Alangkah indahnya jika itu berlaku! ( dan aku tahu kamu tak mampu menipu hatimu)

Cuma,

mintalah pada Allah

luahkanlah rasa suka dan cintamu pada si dia kepada Dia

cakaplah pada Allah:

 

‘ Jika adanya jodoh aku dengan dia, mudahkan aku memilikinya. Jika tidak ada jodoh aku , maka lupakanlah aku akan dia  dan jodohkanlah aku dengan lelaki terbaik.’

 

Sehinggalah jika kamu membaca apa2 darinya, hatimu tenang kerana kamu cuma mengambil hikmahnya. Dan kamu dapat mengambil banyak manfaat dari itu.

 

CInta, tak semestinya memiliki.

CInta tak semestinya mendampingi

 

Jika kamu cintai dia, doakan dia selalu. Agar jika adanya jodoh, akan disatukan, jika tidak, kita akan mendapat si dia yang lebih terbaik untuk kita.

 

Di situ, kamu dapat mengawal hatimu untuk dia.

 

RIbuan lagi manusia yang hebat dan baik di dunia ini. cuma mereka tu tak hebat dalam penulisan. Jika kamu sabar dan menunggu, kamu akan bertemu dengan manusia-manusia malaikat lainnya. Dan di situ kamu akan temui seseoarng buat kamu…

 

Dan kita sama-sama doakan dia, agar dia terus istiqamah dalam menulis agar ribuan manusia lain dapat mengenal Allah dan hakikat kejadian dirinya.

 

PS: doakan dia tak pernah putus2 menyumbang untuk JOM! gak ( hehehe. amik kesempatan!)

 

WAssalam

ukhtikum

aisyahz

gombak

Advertisements

4 thoughts on “Buat Peminat Si Dia

    anamutarabbi said:
    October 18, 2012 at 8:55 am

    Reblogged this on .

    gadiskokot said:
    October 18, 2012 at 10:04 am

    kak, Jazakillahu khair sbb buat post ni, saya memang dah terfikir nak minta akak tulis pasal ni.
    p/s: x sabar nak baca next JOM 😛

    Hanya manusia biasa said:
    October 27, 2012 at 3:01 pm

    Letaklah cinta Allah di dalam hatimu insyaallah cinta lain menyusul tiba. Actually saya takde la minat mana2 penulis blog pun tapi mmg minat seorang ikhwah ni walaupun sebenarnya dia pun ada cacat celanya…….Mungkin kerana dia tunjukkan jalan dakwah ini kepada saya walaupun sebenarnya itu perancangan dari Allah…..Kadang2 rasa berat….Kadang2 rasa bersalah pada bakal suami kalau orang itu bukan dia….. Rasa mcm nak unfriend ja dia ………..Tapi saya yakin Allah beri ujian ni tidak sia-sia……Allah nak saya lebih dekat kepadaNya…..Allah nak saya lebih kenal siapa sebenarnya pemilik cinta……..Depan Kaabah dekat multazam saya berdoa kebaikan untuk dia dan jodoh yang baik untuk saya dan dia…..dan sekiranya ditakdirkan bahawa saya untuk dia agar Allah pelihara kami dari perkara yang dimurka Dia dan permudahkan…….Saya berdoa agar Allah damaikan perasaan saya ini dan tarik perasaan saya kepada dia sekiranya dia bukan untuk saya dan gantikan lebih baik……And yes I am still struggling…..Entahla rasanya si dia patut kawen cepat2 kot……..Moga Allah tunjukkan jalan dalam mengapai cintaNya kerana cinta saya tidak seteguh Nabi Ibrahim yang rela meninggalkan kekasih hati di tempat yang tiada manusia…..Saya hanya manusia biasa yang banyak cacat celanya……..Kadang2 berkorban perasaan itu lebih berat dari berkorban harta benda…….Doakan saya yer kak….And jzzk for this post….Teruskan menulis…….

    What is love « said:
    October 29, 2012 at 7:13 am

    […] daripada Muharikah […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s