Lebih sukar untuk menulis

Posted on

Salam

 

semakin lama saya semakin sukar menulis.

 

Terdetik di hati untuk menjadi inche gabbana.

 

Sekurang2nya tak ramai orang yang akan judge dia, melalui kehidupannya. Dia mampu untuk menulis apa sahaja tanpa ketakutan apa yang ditulis itu dicop ke atasnya. ( tapi saya rasa mesti ada sket juga ketakutan dia.. hehe. pandai2 je)

 

Lainya dengan saya.

 

Semakin tulis, semakin delete.

 

seolah2 sudah hilang rasa hati yang selalu menghunjam utk memberi, walaupun jutaan kalimah mahu saya kongsikan bersama.

 

Mungkin juga setiap kali saya bertemu adik2, mereka akan memandang saya dengan pandangan yang tajam, mahupun dengan senyuman yang bulat muncungnya, dan tidak kurang pada yang meminta saya menandantangani majalah jom mereka.

 

dan saya tahu, manusia lebih suka mahu melihat apa yang ditulis itu diterjemahkan di alam nyata. Mahu melihat sendiri penulis itu mengotakan kata-katanya, ataupun melihat siapa saya yang macam-bagus-je-tulis-tegur-orang, sedangkan diri saya penuh kelemahan.

 

Alangkah indahnya hidup tidak dikenali manusia.

 

Jika dikenali pun, hanya oleh manusia yang jujur sahaja hatinya untuk bersahabat dengan kita.

 

Cuma yang saya nampak, populariti itu ada kelebihannya pada menarik tsiqah, pada tajmik dan memberikan pandangan.

Selain dari itu, ianya adalah ujian.

 

Penilaian kita sebenar tetap pada Allah taala.

 

Apa yang menjadi tarungan, tetap adalah  ‘mujahadah’ kita menjaga ketaqwaan kita pada Allah.

 

Satu masa dahulu, berkongsi rasa hati dan cerita adalah simfoni indah dalam hidup saya. Kerana yang mengenali saya adalah mereka yang jujur dalam mengenali.

 

Juga mereka yang takkan menabur fitnah dn tak suka meneka2 tentang saya.

 

zaman telah berubah. waqie begitu juga.

terkadang, lebih indah sahaja bersembunyi, namun, dunia tidak menginginkan kita begitu.

 

TEntu Allah letakkan kita di satu tempat dan situasi adalah untuk menata kehidupan yang terbaik ditentukan olehNya. Tentu juga supaya kita belajar meletakkan sesuatu itu di tempatnya. WAlaupun kita menginginkan kehidupan yang berbeza.

 

Begitulah kehidupan ini kita lalui , di mana mereka yang beruntung adalah orang yang mengambil mutiara-mutiara hikmah di sepanjang perjalanan hidupnya.

 

Bukan orang yang melihat masalah sebagai batu yang menghancurkan hidupnya, juga bukan orang yang melihat ujian itu tidak ada jalan keluarnya.

 

Kehidupan ini, sentiasa akan berhadapan dengan ujian dan tentangan.

 

Ianya bersifat begitu.

 

Semuanya seolah menghimpit kita.

Kecualilah kita meninggikan rasa kita pada ALlah dan meletakkan segalanya hanya pada Dia…

 

Saya ingin berkongsi lebih seperti selalunya.

 

Cuma saya perlu berlaku jujur pada diri saya sendiri. Ternyata kejujuran itu mudah, yang sukarnya adalah menerima kata-kata berbisa dari orang yang tidak memahami. Mahupun orang yang suka berprasangka dan dengki selalunya.

 

tiada yang lebih sukar diterima manusia selain dari kata-kata dusta ke atas dirinya, mahupun fitnah yang mencabut maruah dirinya, juga kata bebal yang meragut rasa sabarnya.

 

Begitulah Rasulullah menahan sabarnya dalam surah Nun, dalam surah mumtahanah dan, dalam surah thaha.

 

Tiada yang menghimpit rasa hati seorang daie melainkan kata-kata manusia.

 

Dan itulah yang perlu dihadapinya, penuh ketebalan membran hati dan perasaannya.

 

Dan ia harus terus berjalan, hidup bergerak.. kerana pergerakannya itu sahaja yang dapat menghidupkannya. Walaupun kekelaman kelihatan menutupi kehidupannya.

 

Salam perjuangan.

 

Doakan saya dapat menulis kisah bermanfaat.

 

ukhtikum fillah

aisyahz

Advertisements

13 thoughts on “Lebih sukar untuk menulis

    ninja mesir said:
    October 7, 2012 at 6:48 am

    hebatnya Rasulullah..
    dalam menyebarkan dakwah
    mampu tetap bersabar dalam apa jua keadaan

    kuatkanlah kami ya Rabb

    soleh M said:
    October 7, 2012 at 10:33 am

    memang sangat betull..tiada yg menghimpit rasa hati daie melainkan kata-kata manusia.

    sangat terasa.
    moga Allah bg kita kekuatan spt yg diberikanNya pd Rasulullah dan sahabat2
    ='(

    Pembaca said:
    October 7, 2012 at 11:30 am

    Kak.. Inche gabbana tu perasan jer org x kenal dia. Padahal satu malaysia tahu dah siapa di sebalik topeng en gabbana tuh.

    ali said:
    October 7, 2012 at 9:56 pm

    akak,saya juga rasa begitu kebelakangan ini
    sudah lama tidak mampu berlari kencang di atas papan kekunci

      muharikah responded:
      October 11, 2012 at 1:09 pm

      kene kuatkan semangat ali! huhuhh

    syamilsynz said:
    October 8, 2012 at 5:41 pm

    moga dikuatkan hati.. xramai yg boleh menulis..insyaAllah..ada sahaja org yg akan terkesan dgn hasil karya akak..

      muharikah responded:
      October 11, 2012 at 1:08 pm

      jzkk 🙂

    nazri hassan said:
    October 11, 2012 at 3:38 am

    Salam,

    Tulisan Aisyah/humaira dalam majalah jom 6 dan 7 telah kembali mantap

    nazri hassan said:
    October 11, 2012 at 3:42 am

    Salam Aisyah,

    Sabar atas kerenah manusia,

    كان مخالطًا الناس ويصبر على أذاهم، خير من المسلم الذي لا يخالط الناس ولا يصبر على أذاهمم
    “Seorang Muslim apabila dia menggauli manusia, dan bersabar dengan kerenah atau ragam mereka, adalah lebih baik dari seorang Muslim yang tidak menggauli manusia dan tidak sabar dengan kerenah mereka”

      muharikah responded:
      October 11, 2012 at 1:08 pm

      jzkk pakcik. Terima kasih atas nasihat penyejuk hati 🙂

    Farah Mita Aris said:
    October 12, 2012 at 4:54 am

    salam akak jazakallah…sangat2 tersentuh dgn penulisan2 akak..rasa rindu ingin brjumpa kak muharikah walau tk saling kenal..tapi brsatu dgn cinta kerna Allah..setiap kli mmbaca artikel akak slalu sja brkait dgn apa yg saya alami dn rasakn dlm hidup ni..alhamdulillah…Moga akak tetap teguh dn teruskn jihad penulisan ini…InsyaAllah sgt brmanfaat…klu ble nk mnulis sprti kak tpi diri ini x dpt lg..(akhwat sabah) 🙂

    Wan Noraini Wan Ismail said:
    October 14, 2012 at 3:34 pm

    Yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui segala apa yang nyata mahupun yang tersembunyi…selagi ada kejujuran dan keikhlasan dlm perjuangan..langkah perlu diteruskan walau apa pun manusia sekeliling memandangnya…yg terpenting usaha sungguh2 mencari redha Allah dlm tindakan berbentuk ucapan maupun amalan…wallahuallam.

    ikeuchi said:
    October 15, 2012 at 11:41 am

    akak,teruskan menulis k ! orang yang menulis nih , dapat pahala even die tengah tidur…sebab bila2 masa je orang baca blog…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s