Indahnya saat pertama mengecap tarbiyah!

Posted on

Tulisan ini bertarikh 18/1/2009

Kenangan berprogram di musim sejuk tahun 2009 di Scotland.

Pernah tak rasa..

bila sudah lama dalam tarbiyah….

himmah, semangat dan ‘bestnya’ tarbiyah seolah-olah sudah hilang ditelan masa dan zaman..

aku terlupa bagaimana perasan syoknya pertama kali mengenal Islam dan dakwah.

terkadang aku lupa bagaimana rasanya ketika membeli tiket last minit ke ireland untuk mendengar sesuap ilmu dari murabbi..

dan akhirnya dengan cahaya yang ku dapat darinya dapat kurasai menembusi relung hatiku…

ternyata sudah lama masa itu berlaku…

masa keasyikan ketika pertama kali mengenal hidayah..
mengenal cintakan islam..
mengenal zuuknya dakwah…

asyik nan bahagia…

‘Kenapa ye kak?’ ketika aku bertanya seorang ukht yang sebaya dalam usia dakwahku..

“entahlah, kita pun rasa perkara yang sama. Benda yang membuatkan kita semangat, yang menyebabkan kita mahu membuat kerja-kerja dakwah ini adalah anak usrahku. Kalau bukan kerana mereka, sure kita akan down juga…’

Benar oh ukhtiku, Benar sekali… Bagaimana dapat aku gambarkan perasaan ini…

Untung anti dapat rasakan Islam ini semenjak kecil. Kenal Allah, kenal Alquran. Dulu zaman kami, time tua2 baru nak belajar.‘ Begitulah kata guruku di sekolah Al-Amin dahulu tatkala aku mula mengenal dakwah.. Pelik kenapa dia berkata demikian. Padaku, kalau semua dapat Islam, tak kisah umur apapun, sama je kan?

Dan kini aku menatap wajah-wajah mereka.

Wajah naif, wajah suci, wajah yang penuh harap…

penuh harap untuk berubah.. penuh harap untuk melakukan sesuatu buat diri mereka.

Dan kini baru aku faham kata-kata guruku. Memahami dakwah sewaktu muda tersangat besar maknanya..

Hargailah masa muda untuk datang ke program-program tarbiyah

Dan di saat itu, aku dan mutarabbiku cuba untuk memberikan sesuaut yang luar biasa buat mereka.

Satu pengajaran yang dapat menolak mereka keluar dari kepompong hidup keseronokan mereka dan dapat mengenal sebuah cahaya hidayah. Hidayah yang dapat menolak mereka..

Hidup untuk Islam. Mati untuk Islam. Membuat sesuatu kerana dakwah. Berfikir untuk dakwah. Bekerja untuk dakwah.

Aku melihat mereka mengelilingiku, dengan muka penuh naif dan meminta. Di sisi salah seorang adik ada gitar yang dipetik-petik merdu. Ada juga alat-alat gendang yang diketuk sekali sekala sepanjang majlis kami. Bersemangat mereka berlatih untuk bertanding di NISE. Minat mereka kepada muzik tidak dapat disangkal. Di hatiku, ku tahan dengan dahsyat untuk memetik gitar tersebut. Aku sendiri minat pada muzik. Tetapi Islam telah mempengaruhi jiwaku, dan ku tahu kehendak hatiku perlu patuh kepada apa yang Allah redai..

Aku melihat mutarabbiku di sisiku…

‘ Akak akak kene khatam quran satu juzuk sebulan.. Pastu kene hafal Quran 5 juzuk..hehehe’ Dia melihat kertas tampalan mutabaah amal di dinding bilikku..

Jzkk adikku.. terkadang tiada orang mengingat, dengan tiadanya suasana yang membantu.. membuatku lalai akan kualiti duat yang perlu aku miliki pada peringkatku. .

Di mana-mana sahaja sahabatku… semuanya pasti struggle di tempat masing-masing. . dalam mempertahankan amal, dalam meningkatkan iman dan paling penting menyemarakkan himmah dakwah yang kadang terasa pudar.. Semuanya hidup sendirian… Semuanya perlu mempunyai dzatiyyah yang tinggi..

itulah yang dipesan oleh seorang ukht yang sangat hormati peribadinya. .

‘Jaga amalan yaumiyah Aisyah.. Jagalah hubungan dengan Allah..’

Benar, di saat meningkatnya level tarbiyah, perhatian murabbi takkan sama seperti mana kita mula mengenal Islam dan jihad..

Bertuahnya adik2 yang berada dihadapan ku ini… di tatang bak minyak yang penuh. Tazkirah dan peringatan diberikan saban waktu. Hadiah dan sms sentiasa mewarnai kasih sayang mereka..

Ketahanan di akhir tarbiyah adalah bermula pada permulaan yang baik…

Jika dari awal, kita didoktrinkan bahawa wang, nyawa, tenaga dan seluruh jiwa kita hanya untuk Allah, dan dakwah, bila akhirnya juga kita akan tetap berada dalam jalan ini, walaupun usrah mungkin  tidak ada buat sekian lama, ataupun kite keseorangan dalam mempertahankan islam, ataupun sudah lama tidak ada orang yang menegur dan berqadhaya dengan kita..

‘ Akak, camne nak cakap pasal dakwah dekat adik2 saya ni.. derang ni tak bolehlah lagi kak…’ kata mutarabbiku saat mengulangkaji wahai pemuda.

Aku tersenyum melihat wajah adikku.Sungguh dia sangat lurus.

‘ Adik, dulu awak dengar syahadatul haq, ada awak lari dari usrah lepas tu? Takdekan? Dah tu? Jangan bias pada orang dik. Kita jangan judge orang tak leh terima sesuatu. It depends how we word that thing. Camne kita nak kasi muqadimah sampai dia rasa cam dakwah dengan dia tu biasa je.Cam benda paling penting dalam hidup dia.. takdelah terkejut ke apa..you never know dik…’

Dan sewaktu perkongsian curhat kami, adik2 mutarabbiku berterus terang,

‘ Selama ini saya lost . I was not myself. Tabi bila dah join usrah ni, saya nak berubah. Saya nak berjuang untuk Islam macam akak-akak semua..’

Allah Akbar.

MasyaAllah.. .

Dahulu dialah orang yang paling senyap dan mungkin orang yang tak difikirkan pun akan berkata demikian…

Sayonara Jahiliyah dibentangkan bersama Wahai Pemuda dengan satu penjelasan.. . mereka harus mempersiapkan diri berjuang untuk Islam dan meninggalkan jahiliyah!

Dahulu sewaktu penyampaian sayonara jahiliyah, ramai couple terputus hubungan dan ramai orang pakaiannya dilabuhkan.. .

tetapi adik2 itu sedar. Sukar mereka berbuat demikian. tapi mereka tak berputus asa..mereka perlu mempunyai biah yang solehah, dan mereka akan berusaha untuk memantapkan iman mereka….

Ingin sekali aku bicarakan pada mereka..

nikmatilah saat pertama kemanisan dalam iman.. di situ akan menjadi penolak untuk terus mencari hidayah dan islam. Dan di situ walaupun terpaksa berjaulah beribu batu, mengeluarkan wang berpuluh pound untuk ke program, mereka akan sanggup berkorban untuk sesuap hidayah. Kerana hidayah itu dapat menolak mereka untuk istiwamah di jalan ini…

Gendang2 masih berkumandang saat habisnya usrah. Dengan memberi kepada mereka, ternyata kemanisan iman itu dirasai kembali. Sewaktu duduk memulakan bicara, di situ kembalinya perasaan itu..

perasaan bahagia di saat hidayah pertamaku kecapi….

Memori aku dan zaza,
Aisyah
Edinburgh

Advertisements

2 thoughts on “Indahnya saat pertama mengecap tarbiyah!

    nikM said:
    October 4, 2012 at 2:40 pm

    alhamdulillah..like it so much..jzkllh akak.. dpt digambarkan perasaan manis nya berjuang dan berkorban utk dptkan iman dan kefahaman islam itu sendiri..jzkllh lg sklai kak 🙂

    syamilsynz said:
    October 7, 2012 at 7:56 am

    xsama org yg dpt hidayah atau fikrah ketika waktu kecil dengan org yg dah tua baru dapat.
    bagi saya kdg2 org yg lmbt dpt hidayah ini akan rase sakit apabila mngingati zaman jahiliahnya yg dahulu dan dgn itu akan lebih memahami kesakitan jahiliah yang menimpa orang lain skrg.
    tapi x boleh di nafikan bdk2 yg sudah berjinak dgn tarbiyah islamiyah sjk kecil sgt2 lah beruntung. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s