Impian tak kesudahan :)

Posted on Updated on

Bila saya berada di hospital, berhadapan dengan dunia realiti sebenar kehidupan sebenar ini, seringkali saya bertanya pada diri saya sendiri:

‘ Adakah relevannya dakwah yang aku bawa selama ini?’

Seringkali ketika aku berhadapan dengan houseman yang ketagih nikotin, yang lambat untuk respon akan soalan-soalanku ataupun pada houseman yang tak kisah pasal patient dan tak tahu apa yang dia kene tahu tentang patient, aku sering bertanya pada diriku sendiri, bagaimana aku dapat mendidik mereka untuk meneruskan kehidupan yang sepatutnya mereka lalui bernama dakwah dan tarbiyah?

Pada masyarakat yang aku temui setiap hari, (dan aku bekerja hampir setiap hari di bulan ini kecuali hanya 4 hari sahaja!) akuu temui sebuah lanskap kehidupan yang penuh dengan kisahnya yang tersendiri.

Barangkali boleh diangkat menjadi sebuah cerita dalam novel.

Barangkali boleh dijadikan skrip drama untuk membikinkan telemovie menggantikan cerita ‘House’ mahupun ER.

This is real.


Berhadapan dengan masyarakat yang tak makan saman dengan nasihat. Yang tak tahu sebatang rokok yang mereka sedut dengan nikmat itu akan membawa mereka sejengkal kepada detik kematian mereka.( Walaupun kematian itu di tangan ALlah, tapi itulah risiko yang mereka hadapi). Yang tak tahu sakit jantung dan strok mereka itu akan menjadikan keluarga mereka nangis tak berlagu….

 

Tak tahulah sebenarnya orang yang merokok tu sedar tak dia boleh dapat strok sampai tak leh bangun dan berjalan macam orang biasa?

Begitu jugalah pada makanan berlemak dan tidak pernah sihat di malaysia ini.

Sehinggalah aku sentiasa berfikir, andainya soal nyawa dan kesihatan pun masyarakat malaysia tak makan saman, apatah lagi tentang islam dan juga urusan akhirat.

Sehinggalah petang tadi pulang dari hospital, aku singgah di deen prints untuk dapatkan update tentang perjalanan majalah jom isu 8, hanya untuk aku berfikir semula, apa lagi yang kami mahu tuliskan buat masyarakat.

Akhir dari perbincangan, seperti biasa akhi ammar akan berkongsi akan urusan marketing dan penjualanan majalah kami yang menjadi periuk nasi kepada 7 pekerja full timer majalah jom! Aku tak pernah mengetahui kepentingan marketing ini sehinggalah aku terlibat dalam pembikinan majalah ini.

Di sela-sela masa kami berbincang perihal tersebut, akh ammar berkongsi satu kisah cukup menyejukkan hatiku.

‘ TV hijrah ada offer bro arts buat telemovie. Buat dalam sejam ke sejam setengah camtu..’

Subhnaallah!!

Dibesarkan dengan filem dan dvd dari kecil, tentulah impian untuk melahirkan filem dakwah dan islam adalah salah satu impianku dari banyak-banyak impian.

SElalunya aku akan sentiasa berfikir untuk mengatasi steven spielberg mahupun roland emmerich. Aku mengkagumi mereka sedari kecil.

DAn aku tahu, betapa powernya kuasa movie mengubah peradaban manusia dan membentuk akhlak manusia, lebih hebat dari sebuah majalah.

Dan akhi ammar bersama bro arts, dalam perjalanan mencapai impian tersebut.

And i always wish to my self… i wish i have more time and energy to do all those thing yg boleh sampai ke jantung masyarakat.

Mengangkat peradaban masyarakat seperti mana hollywood telah menghancurkannya dengan budaya zina mahupun hedonisme.

Sebuah filem yang menggambarkan Rasulullah sendiri mendapat tempelak luar biasa, sedangkan ribuan tulisan yang mengutuk Islam, tak memberi impak yang sedemikian.

Moga Allah izinkan satu hari aku menyumbang ke arah itu.

Just untuk menegur masyarakat, akan perkara sesimple menjaga kesihatan mereka, ataupun secara halusnya untuk menjaga diri mereka dari bahang api neraka, dan kisah pada kesukaran orang lain.

Begitu juga agar masyarakat belajar bahawa islam itu adil, dan keadilan itu adalah sesuatu yang possible ditegakkan di dunia ini.

Just supaya telemovie atau filem itu mampu merubah paradigma masyarakat, terutama masyarakat malaysia yang sangat asyik dengan filem yang berunsur cinta semata.

Saya mahu menegur houseman2 saya yang masih merokok, tanpa nada marah dan menghina, just nak katakan, tempat mereka sebagai doktor adalah juga sebagai pendakwah. Mengajar orang Islam untuk teruskan kehidupan agar dapat lakukan ketaatan pada Allah dan menyumbang untuk Islam.

Kerana itulah yang membezakan mereka dengan doktor bukan Islam, di mana, kita bukan sahaja yang mengubat fizikal pesakit, tetapi mengubat kejiwaan dan kehidupan mereka.

VIdeo/filem adalah cara paling cepat dan ampuh.

Saya pernah terlibat dalam pembikinan video-video pendek, and ianya sangat hassle dan bukan mudah. I need to give up my job if i want to do it.

Ya Allah, sampaikanlah aku dan rakan seperjuanganku yang sama cita-citanya denganku, untuk menyambung pahala , menyelamatkan umat ini dari bahana api nerakamu. Ameen!

Oklah, nak siap2. Buat tugasan lain pula. SAje nak share impian ini. Banyak lagi nak tulis. Nantilah.

 

hehe. tulis kat blog, tak sesukar nak tulis majalah. 🙂

Wassalam

Ukhtimu di jalan dakwah
aisyah

Advertisements

2 thoughts on “Impian tak kesudahan :)

    Ruru said:
    September 26, 2012 at 6:37 am

    Wahh! Semboyan dah berbunyi!

    Jalan selalu ada,cuma atas kita nak lalu ke tak,robbuna yusahhil!

    nur said:
    September 26, 2012 at 8:54 am

    Semoga impian akk tercapai.. menariknya.. excited pulak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s