Terima kasih

Salam

seorang teman menulis untukku, dan baru hari ini aku sempat membacanya. Terima kasih di atas ingatan penuh ikhlas, dan tentu apa mahu disampaikan oleh hatinya sedikit sebanyak merawat luka-luka di hatiku.
Begitu juga di waktu menerima pesanan wassap dari adik usrahku ,’ jangan lupa baca al-kahfi kak malam ini.’


Subhanallah. Sejuknya hatiku. Seolah-olah kekuatan mengisi hatiku.

‘ Bila ya akak ada masa nak date dengan saya,’ begitu nada tanyanya penuh syahdu.

AKu hampir pusing memikirkan keadaan diriku. Bukanlah setakat dek kesibukan, tapi keserabutan.

Benar, terkadang aku hilang arah tujuan.
Aku tidak tahu menilai keutamaan.

Sehingga semuanya mahu aku buat sehingga aku sendiri pengsan.

Sungguh aku mahu ada banyak masa untuk berjumpa dengan adik-adikku. Banyak pertemuan berharga di gantikan dengan kerja dan meeting.

Banyak masa-masa yang mahu aku luangkan bersama mereka aku habiskan hanya tertidur di dalam kereta kepenatan. I wish… i can do everything in one time like i use to do..

tapi kat malaysia ini.. semuanya memenatkan… kenapa? aku tidak tahu.

Sungguh, apa yang aku alami, begitu berat, tidak seperti apa yang kamu sangkakan. Dan jika kamu ada zhon pun, tak usah berfikir-fikir dan tak usah meneka apatah lagi mengorek dari orang yang dirasai dekat dengan saya. Kamu takkan temui jawapannya.

Bukan aku mahu menjadi seorang lemah, tidak sama sekali tidak mahu kembali di jalan dakwah penuh himmah.

Siapa yang tidak merindui kepenatan di saat tibanya di tempat daurah sambil perut teramat lapar dan mata teramat ngantuk?

Siapa yang tidak mahu kembali kepada rasa kebersamaan dengan teman2 mahupun mutarabbi merentasi benua hanya untuk mendengar taujih sejam dua?

Hidup perjuangan adalah hidup penuh kehidupan.

It make us alive. ( Roar!)

Dan apa sahaja ujian yang ku alami, bukanlah pada zahir yang kamu nampak, dan cukuplah melihat kelelahan di jiwaku dan rontaan di hatiku menggambarkan betapa beratnya mehnah ini.

Begitu juga ia begitu merudumkan diri dan semangatku.

Dan aku sedang cuba membina kembali semangat yang hilang, pada rona-rona jalan yang aku tidak pasti mahu ku ambil yang mana.

Justeru itu jugalah, sedikit kata-kata penawar amat mengesankan diriku, walaupun hanya sepatah kata sahaja. Dan cukuplah ucapan penghargaan menjadikan diriku begitu semangat sekali di saat orang memandang lekeh padaku.

Kerana di saat ini, kata-kata sinis mahupun ketidak pedulian dan kepekaan, amat menghiris hati dan melemahkan jiwa..

Perjalanan hidup ini amat berat. Berat sekali..

Terima kasih buat temanku..

Wassalam

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

8 thoughts on “Terima kasih”

  1. Pesanan ISHAB:
    “Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya digerakkan oleh sedikit manusia, terutamanya seorang Muslim. Dari seluruh Muslim yang ada, hanya sedikit yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu, lebih sedikit lagi yang berdakwah. Dari jumlah yang sedikit dalam berdakwah, lebih sedikit lagi yang berjuang. Dan dari sedikit yang berjuang, hanya sedikit yang sabar. Begitu pula dari mereka yang sedikit dalam bersabar itu, lebih sedikit lagi yang sampai pada akhir perjalanan.”

  2. salam akak…smoga kuat dn tatap teguh akak boleh,!!…yg pntg pndgan Allah kn biar mnusia nk kata or fkir apa..salam mujahadah.. πŸ˜‰ pnah jg rsa futur yg tramat sgt..tp bla dh dpt cri blik semangat 2 sbnarny dpt merasakn dn mgfreshkan cinta dn himmah d jalan ini..rasa lbih rindu dn perlukan dakwah kerna Allah..rasa ingin berubah sprti akak2 yg bgtu tegar d jalanNya ini.. πŸ™‚ (akhwat sabah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s