Our life is not like story movie

Salam

banyak yang dilalui hari ini.Bertemu dengan adik-adik dan berkongsi dengan mereka seringkali menambahkan sesuatu pada diriku.

Kefahaman, rasa, dan tindakan-tindakan yang baru.

Dan seharusnya di waktu ini aku mengejar dateline untuk menyiapkan 3 artikel untuk JOM! kalau tidak esok mesti editor setiaku akan menyeringai aku dan meminta-minta mana artikel yang selalunya siap 12 jam sebelum dihantar layout ke server percetakan kami.

Namun, penulisan ini ada masa ‘ruh’nya. Mungkin ini adalah alasanku semata-mata, namun, bagi mana2 penulis pun, jemari dan hati akan mudah menulis apabila rasa itu ada. Dan rasa itu menggerakkan dirinya untuk berjaga menitipkan rasa yang dia ada di jiwa.

Begitulah aku mahu berkongsi dengan kamu selalunya, seperti mana aku berkongsi semenjak 5-6 tahun yang lampau melalui blog ini.

Semakin aku meniti hidup yang penuh-penuh bait ujian ini, semakin itu jugalah aku melihat kisah-kisah yang dinukilkan dalam novel yang kubaca dan movie yang aku tengok dipaparkan di pentas kehidupan yang sebenar.

Konflik keluarga yang benar-benar terjadi dalam masyarakat. Suami kene sihir, kahwin dengan isteri baru yang merupakan pekerjanya, meninggalkan isteri lama dan anak-anaknya tanpa nafkah, pergaduhan harta, anak-anak tinggalkan mak ayah terlantar di hospital. Anak ada 13 orang, seorang pun tak nak jaga ayahnya yang terkena strok, seorang isteri lebih percayakan bomoh daripada doktor, kisah cinta yang songsang, dan banyak lagi.

DAn dahulu saya mengetahuinya lewat kisah novel dan movie yang saya baca dan tengok, tak sangka ianya betul-betul berlaku depan mata saya.

Cuma, kisah novel dan movie, selalunya berakhir dengan happy ending , bahagia ataupun sesuatu yang akhirnya ada pengajaran.

Namun, kisah kehidupan kita, selalunya tidak begitu. Ataupun bahagia menjemputnya, kita tak tahu bila.

Begitulah hidup ini penuh putaran ujian.

Sehinggalah sampai bila-bila.

Harapan kita cuma satu; selepas kepayahan, pasti ada kesenangan.

Selepas kesusahan, pasti ada kemudahan.

Hanya kita perlu beriman dengan perkara itu.

Being a girl/lady/woman, saya memahami apa yang kamu rasai adikku.

Ujian kita paling besar adalah satu : EMOSI.

Dan ramai antara kita terkandas kerana mengikutkan emosi.

Dan emosilah menjadikan diri kita wanita dan perempuan.

Dan emosi inilah sesuatu yang sukar di fahami oleh seorang lelaki.

Kerana emosi jugalah hidup kita amat penuh dengan kasih sayang.

Terkadang membahagiakan.

Kadang kala juga menjadikan kita carried away, dan tanpa kita sedar, kita telah masuk ke lembah yang kita tak sangkakan pun.

Walaupun kita bergelar akhawat. Walaupun kita mengikuti tarbiyah.

Sehinggalah seorang ukhti menasihatkan saya dengan nasihat penuh berharga, dan moga ukhti itu dikurniakan Allah kebaikan amat banyak dalam hidup dia:

‘ Allah akan uji kita , sehinggalah apa sahaja keputusan dan tindakan kita, kita buat hanya kerana Dia memandu diri kita. Bukan disebabkan oleh emosi kita semata-mata.”

Being a woman, berapa banyak kali kita buat keputusan berdasarkan emosi kita ?

MOST OF THE TIME!

Even makan apa, keluar beli barang apa, keluar dengan siapa, kawan dengan siapa, nak join usrah mana, nak kerja kat mana..

yang memandu kita adalah emosi kita.

Bukanlah keikhlasan dan kehendak yang Allah mahukan buat kita. ( astaghfirullah!)

Sehinggalah kita terjatuh cinta dengan seseorang, samada lelaki ataupun perempuan, kita carried away dengan sesuatu kekuatan yang akhirnya menjadi kelemahan kita sekaligus–> itulah dia emosi.

DAn setiap orang pasti diuji dengan dirinya. Diuji dengan emosinya.

Pemarah, pendendam, dengki, cemburu, ataupun…

terlalu cinta pada manusia..

Sehingga mata hatinya kelabu dalam menilai..

mana satu yang betul..

mana satu yang tidak..

sehinggakan hati menutup perbezaan antara sebuah ukhuwah, dan kecintaan kerana mendapat sebuah perhatian.

Syaitan takkan uji kita untuk melihat mereka yang bukan sejantina dengan kita, kerana dia tahu, orang dakwah faham haramnya melihat lelaki/wanita bukan muhrim dengan nafsu. Begitu juga dia sangat tahu kita begitu terhad dalam pergaulan dengan rakan bukan sejantina sehinggakan masa kita lebih banyak diluangkan dengan yang sejantina.

Sehinggalah…..

kita tidak menyedari, kita telah jatuh cinta pada sahabat kita…..

Dan benar, bagi setengah manusia, ini hal mudah dan sepele.

Eleh, takkanlah kot! Hello! Sama-sama perempuan/lelaki kots!

Eh, takkanlah akhawat/ikhwah camtuh! uiks!

Mustahillah. Derang tu kawan baik kot. Takkanlah mereka buat benda pelik2. Ish. takdelah!

Begitulah baiknya manusia di jalan dakwah ini berhusnu zhon dengan kita. Manusia begini takkan memahami, kerena mereka tak melalui ujian seperti ini. Kelemahan mereka bukan pada emosi dan terlalu menyintai ini. Maka pada mereka ini hal mudah dan tak sepatutnya menjadi masalah. Yang haram jelas haram, dan patut tak dibuat orang! Apatah lagi ikhwah atau akhawat!

Tapi….

setiap orang, ujian dia berbeza. Orang yang diuji begini sahajalah amat perit melalui masa-masa dan waktu-waktu yang lama menahan perasaan pada orang yang dicintainya.

Ada orang menyedarinya, lalu bertaubat dan mula meluruskan niat persahabatan kerana Allah.

Ada orang, tidak mampu ‘melihat’ dan jika dia nampak pun, dia tak mampu mengawal emosinya. Akhirnya dia pasrah dan menurut kata hatinya. WAlaupun begitu ramai cuba membantu memberikan solusinya, akhirnya dia tak mampu menahan perasaannya itu.

Begitulah.

Ada orang diuji dengan lelaki ( jika dia perempuan).

ada orang diuji dengan perempuan ( jika dia turut perempuan).

Begitu juga, ada orang akan diuji dari sudut berbeza, harta, pangkat, suka cakap, suka keji, suka tunjuk bagus, ego, dan macam2 lagi.semuanya equal sahaja, cuma kesalahan itu samada menjatuhkan maruah dia ataupun tidak.

And our struggle is a long life battle.

Iaitu menyedari kelemahan dan kekurangan yang kita ada, bertindak, dan memohon Allah membantu mengatasi kelemahan kita.

DAn hakikatnya, kita, sangat sukar mengawal emosi kita, tanpa bantuan dari Dia.

Kerana ada antara kita tak pernah mendapat kasih sayang seorang ibu dan ayah, akhirnya datanglah seorang abang, akak ataupun sahabat dalam dakwah yang memberikan kita kasih sayang seperti ibu dan ayah.

Maka kita akan cenderung ke arahnya, menyintainya.

Terkadang melebihi menyintai seorang kekasih . ( faham ke tak ye apa saya cuba tulis ini?)

Dari satu sudut, kita simpati, kerana kita memahami.

Dari satu sudut lain, ianya melanggar fitrah dan songsang.

Ada orang kata, berkahwin mungkin penyelesaian terbaik.

Namun, ada banyak kes juga, lelaki yang gay, apabila berkahwin, masih lagi melakukan hubungan dengan teman lelaki lamanya. Begitu jugalah dengan wanita. ( ini orang cerita kat saya, tapi saya tak pernah tengok dengan mata saya sendiri)

Maka, kahwin bukanlah solusinya.

solusinya adalah pada…

HATI kita.. jika bermasalah dalam mengawal emosi kita.

Dan emosi ini perlu ditrain, seperti mana kita train otak kita untuk study, dan train diri kita untuk kontrol makan time bulan puasa.

dan mengendalikan emosi ini amatlah sukar bagi mereka yang tak kuat hatinya. Seperti mana sukarnya mengawal hawa nafsu.

Syaitan, takkan uji kita, benda yang mudah untuk kita handle.

Dia akan uji kita , di titik kelemahan kita.

Seperti mana kita dilihat orang kuat ibadahnya, mantap amalnya, hebatnya di pentas daurah, tapi, Allah tahu apa yang kita rasa di hati kita, dan Allah tahu apa yang kita buat di belakang manusia lain.

Dan disinilah, kita perlu bertaubat sesungguhnya.

And I know it is very hard. Because, feeling in love is something so precious. Cinta yang kita tak temui sebelum kita kenal jalan dakwah ini. Namun, Allah sentiasa uji kita. Samada kita benar-benar menyintai dia, hanya kerana Allah, atau kita menyintai dia, sebab dia, sebab dia suka layan kita cakap, dan beri perhatian pada kita.

Dahulu, saya pernah mengalami kelemahan yang sama. Namun Allah datangkan ramainya akhawat untuk sentiasa menyedarkan saya pada detik pertama lagi Β dan selalu mengingatkan satu perkara amat penting –> cintailah saudara kita hanya kerana Allah, hanya kerana dia bawa kita dekat dengan Allah. Bukan sebab kita jatuh cinta pada dia.

And always, Allah ajar benda paling precious dalam hidup kita bilamana kita terlalu menyintai manusia ini, iaitu, untuk kembali cinta kepada Dia.

I know, this is easy said than done. Β But, it is worth a try to break the vicious cycle, that u cannot help urselves to get out from it.

Salam..

Mari kita doakan sesama kita keh?

PS: jangan pula ada zhon2 ya bila baca entry ini. entry ini bukan utk kita judge orang, tapi utk membantu mereka yang memerlukan bantuan kita….

aisyahz

gombak

Advertisements

10 thoughts on “Our life is not like story movie

  1. Terasa macam terkena batang hidung sendiri………Mmg susah utk mengawal perasaan….terutama apabila dia pembuka jalan kepada dakwah…..lagi bertambah susah apabila dia dan saya saling berkongsi masalah…….cthnya bila dia luah masalah takkan nak kata p cari kawan ko yang sejantina jgn cari aku…….kekadang diri sendiri pun bila ada masalah rasa lebih cenderung utk luahkan kepada dia…..Sekarang dah set dlm minda bila ada masalah g cari akhwat…Insyaallah diaorg sedaya upaya dengar dan tolong……….tetapi kadang2 tercari jugak dia…..cuma tak sekerap dulu…..moga kami berdua dilindungi Allah dari hasutan syaitan dan istiqamah dalam perjalanan yang panjang ini……..Moga Allah redha pada kami berdua

  2. akak, sy faham ape yg akak nk smpikan, so true sgt, masalah nie mcm mkin berleluasa antara kakak2 dan adik2, syg kakak tue sbb die caring, suke bg bnda comel2, slalu ad masalah g nangis2 kat dia, … kat mulut bleh ckp ukhwahfillah, tp action looks like couple. urm.. cinta kerana Allah harus di train, betul la akak, urm..

  3. Salam akak..
    Membaca penulisan akak membuatkan saya tergerak untuk berkongsi dan meminta pandangan juga..
    Saya kadang merasa cemburu dengan seorang kakak bilamana dia rapat dengan orang lain..
    Dia rapat dengan orang yang pernah menjadi scandal dia.yang mengajak dia untuk berhubungan sejenis.saya jadi marah kerana dulunya saya mengeluarkan dia dari kelompok yang sebegitu.tapi masih sehingga sekarang kelompok tu tetap mencari dia.saya tak faham apa motif mereka.tapi yang menyedihkan,kakak tu kembali rapat dengan mereka dan totally meninggalkan saya..
    Kadang saya rasa xnak ingat lagi pada dia.apa solusi terbaik ye akak?

    Jazakillah..

  4. Jzzk atas perkongsiannya , serius saya sentap πŸ˜₯
    Saya sokong syuqairo πŸ™‚ Harap akak dapat buat entry yg macam syuqairo suggest tuu. Alhamdulillah terima kaseh atas perkongsian yang sangat bermakna nie.

    Tak dinafikan memang benda nie terjadi di asrama sekolah saya. Akhwat dengan akhwat 😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s