Untukmu yang aku cintai kerana-Nya

Posted on

Terima kasih kerana selalu memberikan ransangan untuk aku menulis. Jujurnya bukan kerana ketiadaan ilham. Entah mengapa himmah dan luapan keasyikannya itu tenggelam di satu sudut yang aku tak tahu di mana mahu ku gali semula.

 

Begitu juga banyak masa-masa terluangku itu digunakan untuk membaca artikel dan juga mengedit karya-karya luar biasa dari ramainya penulisku untuk dimuatkan dalam majalah jom. Walaupun aku tahu tidak patut aku menjadikan itu sebagai satu alasan.

 

Banyak yang mahu aku ceritakan dan kongsikan. Seorang ukhti pernah memintaku untuk menulis pengalamanku agar sentiasa memperkayakan umat yang dahagakan Islam. Aku pula sentiasa mahu hasil yang cepat dan selalu tak sabar mendapatkan hasil. Bagaimana saya boleh bersabar untuk menulis buku yang mengambil masa 2-3 bulan untuk siap?

 
Benar, ini latihan dan tarbiyah terbesar buat diriku.

 

Begitu jugalah semua antara kita mempunyai banyak pengalaman hidup dan juga kepayahan-kepayahan yang ada di lahan dakwah kita. Di bumi uk amat berbeza di timur tengah, dan tentu amat berbeza dengan di Malaysia. WAlaupun struggle aku itu amat ku rasai hingga ke tangkai jantungku sehingga tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata, namun terlalu banyak ibrah dan tarbiyah yang Allah ajarkan padaku. Begitu juga Dia membukakan mataku pada dosa-dosa silamku yang lampau serta begitu menundukkan keegoanku.

 

Tidak bermakna orang yang kita lihat berjaya dan terkenal, lanskap hidupnya indah dan begitulah juga sebaliknya. Masing-masing kita mempunyai fasa perjalanan yang amat berbeza. Lagi dekat kita dengan Allah, lagi pekat ujian yang diterima oleh orang itul

 

Yang membezakan antara seorang yang berjaya mahupun tidak adalah cara kita berhadapan dengan ujian tersebut.

 

Ada yang menanggapinya dengan negatif. Akhirnya masalah tidak selesai dan dia menghandurkan dirinya sendiri. Syaitan turut bertepuk tangan dan orang sekelilinya  menjadi sengsara.

 

Namun, ada yang menghadapinya dengan penuh positif dan mengorak langkah penuh bertenaga. Setiap ujian Allah itu dijadikan batu loncatan untuk berterusan dalam amal.

 

Aku berhadapan dengan 250 orang adik2 seantero dunia yang tentu menpunyai latar belakang dakwah dan peribadi yang berbeza. Setiap dari kamu, aku tahu berhadapan dengan rasa dan hidup penuh ujian. Jika kita mampu berkongsi cerita, mungkin takkan habis perbualan kita sepanjang malam.

 

Namun, yang menjadikan kita berjaya adalah cara fikir kita dalam menghadapinya.

 

Jika kita positif dan berterusan bertadarru dan berharap pertolongan dari Allah, maka kita akan bertemu dengan kejayaan dan kemudahannya.

 

Jika kita bersedih dan sentiasa berfikiran negatif, berburuk sangka pada orang, mudah terasa dengan orang, begitu juga rasa diri hina, kita takkan mendatangkan apa-apa kebaikan pun pada diri kita sendiri mahupn dunia sekeliling kita.

 

Kita yang mencorakkan kehidupan kita serta mengorak langkah penuh gaya dan keyakinan. Kita yang menentukan prinsip hidup kita dan berpegang pada prinsip kita.

 

Hattakn orang membenci kita atau tidak lagi mengendahkan kita, kita tak lari dari prinsip kita. Kita tetap berpegang teguh pada dakwah.

begitu juga apabila berlakunya perselisihan mahupun terjauhnya hati kita pada manusia lain, kita takkan lari dari dakwah.

Apatah lagi jika kita diuji dengan harta dan keluarga, semua itu menyebabkan hati kita lebih tsabat di atas jalan dakwah. kerana istiqamahnya kita di atas jalan dakwah bertambah dengan banyaknya ujian..

 

Dan ujian, takkan pernah berhenti dari hidup kita.

 

berjuanglah kesayanganku. Sehinggalah seluruh waktu dan tenagamu adalah untuk Allah. Aku mahu kamu rasai hidup yang aku rasai, di mana tidak ada kemanisan lebih besar melainkan pengorbanan yang dicurahkan di atas jalan ini.

 

 

Doakan saya selalu

 

aku, yang selalu merindui dan menyintaimu,

aisyahz

lembah azwen.

 

Advertisements

4 thoughts on “Untukmu yang aku cintai kerana-Nya

    Sarah Ibrahim said:
    August 1, 2012 at 6:01 am

    Waaah.

    Akak, menarik!

    nikM said:
    August 1, 2012 at 4:16 pm

    terharu dan terkesan :).. Alhamdulillahh..jazakillah akak :)..sayang akak fillah..doakan kami2x di semua tempat seantero dunia..

    Zulaikha Hairuddin said:
    August 2, 2012 at 4:12 pm

    akak, tazkirah akak malam tu sgt ‘basah’
    zul tahu, akak x nak kami semua ‘hilang’ lepas bfg nanti sedangkan kerja2 kita masih banyaaaaak lagi

    moga Allah thabatkan kita semua
    dan moga kita juga berusaha utk thabat, bukan hanya sekadar bermain di bibir sahaja tnpa amal huuu

    syg akak fillah
    jzkk for everything :’)

    hans8765 said:
    August 6, 2012 at 10:59 pm

    tahniah. moga Allah merahmatimu selamanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s