Apabila aku sudah tidak mampu

Posted on

Salam,

Penat menjadi doktor.

Malam semalam banyak kali tidurku terganggu kerana menjawap panggilan kecemasan.

Ada yang sakit jantung yang hampir nazak.

Ada yang sesak nafas, mungkin heart failure, mungkin APO, mungkin juga asthma.

Begitu juga DKA dan hypokalaemia dan sebagainya.

Pekerjaan yang sentiasa dirasai bermakna di hati kami sebagai pengamal perubatan walaupun gaji kami tak setinggi bussinessman dan mereka yang bekerja di petronas.

” Kadang-kadang banyak benda awak nak buat. Satu ketika, awak mungkin sudah tidak mampu lagi.”

Begitu katanya memerhatikanku dengan penuh kelembutan. Ucapannya ikhlas bukan menghinakan. Dahulu aku amat geram jika aku dikatakan tidak mampu. Akhirnya aku akan mencabar diriku dan menolak diriku untuk berbuat banyak perkara yang pada manusia biasa amat impossible utk dibuat.

barangkali, sudah tiba masanya utk akui, tak semua pekerjaan multitasking akan berjaya dan berkesan.

Seperti mana ibuku sentiasa mengingatkanku semenjak aku gagal dalam peperiksaan tahun kedua di universitiku.

‘ You have to be focus! Mak nampak awak sangat banyak distraction. Mana2 orang berjaya kat dunia ini termasuk ( seorang nama korporat cina tak ingat nama dia) semuanya kata, in order to be successfull, u have to stay focus!’

And be focus is something i struggled on. And I always wanted to do everything i wanted, although my condition, my energy and my time do not permit.

Dan terkadang aku sendiri sedih akan diri sendiri. mengapa ini berlaku?

Bekerjaya tinggi sangat penting utk dakwah, dari sudut wang dan kedudukan.

Buat kerja dakwah juga penting dan tak boleh ditinggalkan. Ianya ibarat nyawa yang perlu dihidupkan saban waktu.

Masa untuk keluarga pun sanagt penting kerana merekalah tulang belakang yang membantumu di setiap masa di waktu susah mahupun senang.

Mempunyai income tambahan yg boleh digunakan untuk dakwah juga penting dan tak boleh diperlekehkan.

begitulah. Saban waktu. Kita harus bekerja dan bekerja walaupun keletihan.

Padaku, di saat aku tak mampu mengutip pahala bersama adik-adik usrahku mahupun memberi pengisian, aku berharap masa-masaku bersama dia, menatap wajahnya dan mendengar cerita-ceritanya dapat juga menghantarkanku ke syurgaNya. Detik aku bersama dengan dia , memberikan kekuatan dan dorongan buatnya walaupun seluruh dunia mungkin tidak menyebelahinya adalah detik terindah yang aku rasai ketika mereguk sedikit rasa cinta yang Allah hadirkan pada hatiku buat dia. Itulah kekuatan yang luar biasa sekali. Dan aku merasai kecintaan Allah di saat aku menatapi wajahnya di saban waktu.

Begitulah yang aku rasai, dan aku tak pernah menyesal menerimanya sebagai teman hidupku walaupun begitu banyak pancaroba dan mehnah yang kami hadapi. WAlaupun aku tahu sebuah ikatan itu takkan pernah lari dari ujian demi ujian sehinggalah kematian akan kami temui. Di situlah Allah mengenalkan kita akan pasangan kita sendiri. Di situlah kamu akan rasai nikmatnya Allah telah berikan di sebalik ujian-ujian yang berlaku dalam ikatan ini.

Dan dia menyedarkan aku hakikat itu. Dan aku sentiasa berfikir. Aku perlu meneruskan perjuangan ini walaupun dakwah begitu mencengkam begitu juga kehidupan kita.

Dalam masa yang sama, Allah hadirkan pelbagai insan untuk mengajarkan kita tentang erti kehidupan. Untuk kita belajar erti sabar dan syukur buatnya.

Saya terpaksa berhenti bercerita. Baru sahaja habis oncall. Untuk meneruskan perjalanan-perjalanan seterusnya. Tak habis lagi nak edit isu 5. harap didoakan.

WAssalam

ukhtikum fillah
aisyahz
hospital sg buloh

Advertisements

4 thoughts on “Apabila aku sudah tidak mampu

    Haizi said:
    June 30, 2012 at 5:14 am

    Salam kak, dulu masa sy tgh berjinak2 DnT and tgh amik professional papers.ibu sy pun ckp benda yg sama apa yg mak akk ckp.huhu. Moga Allah memberi kita semua kekuatan yg luar biasa utk melaksanakan tugas2 yg luar biasa πŸ™‚

    Srikandi Asytari said:
    June 30, 2012 at 6:33 am

    salam akak,

    Allahu Rabbi.. cemburu lihat insan-insan yang sibuk dgn urusan ummah. πŸ˜₯

    farehahzainal said:
    July 2, 2012 at 3:02 am

    Assalamualaikum kak…
    saya pun rs yg sama x fokus kdg2 utk MSc research sy…sedih dgn diri sndiri…tgok kwn2 masuk lab smpai malam, sabtu ahad pn, sungguh2 btul dorg..tp sy selalu fikir n muhasabah, Allah beri kita jalan dakwah yg osem ni yg kwn2 kita belum rasa n belum dapat…which is sangat special…itu menguatkan, wlpn diri ni x berapa kuat…iAllah…jom kita doa byk2 pd Allah, diberi kekuatan…syurga Allah sangat hebat, jd perlu usaha yg hebat…insyaAllah…

    gadiskokot said:
    July 2, 2012 at 2:17 pm

    Assalamualaikum ukhti fillah…
    jujur saya masih baru.. baru 3rd year medik..saya tak tau nak agree ke tak, sebab kalau tgk masa zaman UA dulu, para cendekiawan juga multitasking..

    tapi saya tak berani nak kata lebih.. bahu yang memikul lebih merasakan..
    apa2pun, saya doakan yang terbaik utk Kak Aisyah dan dikurniakan kekuatan luar biasa..!

    sayang akak fillah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s