Saja nak berkongsi

Posted on

Salam

post ini tidak ada apa2 pun. Sekadar mencoret cerita pada masa yang begitu mencemburui.

 

Aku tak tahu mengapa di Malaysia ini..

 

masa kelihatan berlalu begitu pantas sekali.

 

Along the way di bumi ini, mmg banyak hiccups yang berlaku. Banyak mehnah dan pancaroba. Namun begitu, terlalu banyak ibrah dan tarbiyah yang Allah ajarkan buatku.

Begitu juga aku banyak bermuhasabah ketika berada di bumi ini. Belajar mengenal manusia dan belajar menyantuni mereka. Begitu juga aku belajar memahami hati dia untuk memberi dorongan buat dia kembali ke medan pertempuran setelah berlalunya banyak mehnah dan ujian.

 

Dunia kerjaya, kreatif dan dakwah juga mengalami pola anjakannya yang berbeza. Di usiaku menginjak ke generasi seterusnya, banyak membuatkan aku terfikir dengan banyaknya.

 

Julat beza umurku dengan anak usrahku juga amat jauh berbeza.

Dengan kekangan fizikal, tubuh, geografi dan masa yang terbatas. Semuanya memerlukan adjustment dan juga ketahanan di hati.

Entah mengapa di bumi UK, aku ada masa untuk melihat blog, mengupdate website, membalas semua emel, melayan fb, dalam masa yang sama, masak , kemas baju, kemas rumah, dan pergi ke kerja dengan tenang dan tersusunnya. Setiap dua hari akan dapt ziarah anak usrah dengan bahagianya.

Kat Malaysia? nak telefon pun tak sempat. Kenapa ye??

Di malaysia ini, banyak kali aku terlelap sewaktu memandu pulang. TErkadang aku berhenti sebentar di masjid untuk melepaskan lelah, ternyata tidur 15 minit sangat optimum dan selamat dari meneruskan perjalanan.

 

Begitu juga aku tak mampu buat 10 perkara lagi dalam satu hari. Masa terlalu sempit dan tak tahu mengapa sekejap pula masa berlalu tanpa ada apa-apa.

 

Namun, alhamdulillah, kehidupanku lebih berwarna dan juga mempunyai ceritanya yang tersendiri. Aku mengenal ratusan orang, yang terdiri dari pesakit mahupun doktor. Mengenali kehidupan mereka dan cuba untuk mengintegrasikan dakwah dalam kerjaya mereka dan kehidupan mereka.

 

Di satu sisi lagi, ternyata mmg bukan mudah untuk ada banyak tanggungjawab dalam satu masa. Terkadang memang rasa geram dan cemburu dengan mereka yang begitu kreatif memberikan kecantikan kepada dakwah dari sudut video mahupun lukisan dan juga animasi. Walaupun mesejnya ringkas tapi bermakna.

 

Namun, aku hanya punya penulisan yang acap kali bertemu jalan buntu, bukan kerana tiadanya idea. Tapi kerana ruhnya entah terbang ke mana!

Apatah lagi untuk mengupdate twitter dan facebook lagilah memerlukan kuasa luar biasa untuk aku mengupdatenya.

 

Sedangkan dakwah perlu diteruskan.

Menjadi doktor itu perlu dan penting buat dakwah.

Namun berdakwah itu terlebih perlu, dan perlu hadir dalam kreativiti.

I wish I have more time to do dakwah in creative way. not just with words, but with picture, videos, like i always did long time ago. Masa student dahulu ntah rajin dan punya banyak masa.

 

kalau takde masa, pasti akan cari juga.

Bila dah kerja ini…. dan kerja di Malaysia, subhanallah. saya tak terkata. Amat luar biasa sekali! Dan perubahan perlu dilakukan supaya semua ikhwah akhawat yang bekerja amat perlu all out dalam dakwah.

 

Begitu juga aku mengenali dua golongan para duat ini:

 

1) manusia tak mengenali mereka. Mereka tak langsung terlibat dengan media, dan kelibat mereka tak pernah maju ke hadapan. Namun diri mereka amat hebat dalam amal, dan pengorbanan mereka tak mampu dihitung dan tak terkata. Mereka tak gemar dikenali dan lebih rela manusi tidak tahu wujudnya diri mereka.

 

2) mereka yang suka kehadapan dan dikenali ramai. Suka juga menjadi tumpuan. Namun pada peribadi dan amalnya, tidak seperti mana yang kita sangkakan dan harapkan. Dan kita sendiri melihat, mmg kita perlukan orang sebegini sebagai pimpinan, namun keikhlasan itulah yang membawa manusia dekat pada dirinya, bukanlah hasil usahanya.

 

Dan begitu kurang sekali mereka yang terkenal, namun amat tawadhu dan tak langsung harapkan imbuhan dunia. Mereka adalah rijalun amilin, bekerja siang dan malam. Manusia dan penduduk langit mengenali mereka.

 

Kita berrhadapn dengan generasi milenia yang amat berbeza dengan generasi Y. Generasi millenia, sukakan media. Mereka hanya mampu menangkap isi dari sudut grafik dan kreatif. And being old myself, it is hard to get into those area. rasa jauh dan amat perlu banyak berdoa pada Allah untuk diberikan ilham.

 

Buat diriku sendiri, begitu banyak impian yang memerlukan usaha yang amat luar biasa untuk dicapai:

1) Doktor yang berjaya dapat jadi specialist dan consultant.

2) murabbi yang mampu membina mutarabbi dengan iman dan kasih sayang.

3) ahli keluarga dan sahabat yang tak mengabaikan hak ahlinya dan saudaranya.

4) mampu untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat melalui pena dan kreativiti

5) berdaya saing dalam bidang ekonomi dan kewangan sehingga mampu memberikan peluang pekerjaan untuk ikhwh dan akhawat, dan membantu mereka yang dalam kesusahan

 

untuk kesemua itu, aku perlu seimbang. Dan terkadang masa mmg amat mencemburui. Ini tak disebut lagi masa untuk baca buku, elajar MRCP, readikan pengisian usrah, untuk daurah, attend meeting, tengok ofis company, edit puluhan artikel jom, beli barang rumah, uruskan rumah tangga, etc etc etc…..

 

dan tentunya menulis dan berkongsi di sini.

Jika saya menulis di Jom, mmg tak sama seperti di sini. Di sinilah hidup sebenarku dan tak ada bayang-bayang yang aku cuba kaburkan buat kamu. ini supaya kamu semua tahu betapa manusianya saya yang punya juga kesalahan.

dan kita sama sahaja: dalam satu struggle yang sama: berusaha menjadi khalifah dan hambaNya yang hebat.

dan kerja ini tidak mudah.

 

oklah, itu je mampu share dan update walaupun berbasa basi. setiap hari penuh kisah dan masa2 dengan manusia. Namun aku bahagia, cuma kurang pula masa menitipkan jemari di sini.

 

dan oh, setiap kali melihat update mutarabbi di fb, selalu pilu tak terkata. Aku merindui mereka yang melata di satu dunia itu dan masih penuh semangat dan himmah dalam amal. Cuma selalu sahaja kerinduan itu ditelan dan tak mampu untuk comment dan like walaupun aku amat bangga sekali dengan mereka yang begitu cepat membesar. membaca kisah2 dakwah mereka menjadikan aku cukup gembira dan bermakna. tentu aku sering mengingati mereka walaupun tk mampu lagi aku seperti dahulu. aku tak berharap mereka memahami. aku berharap mereka tetap terus istiqamah di atas jalan dakwah ini, walaupun tiada yang mampu melayan mereka, tiada yang mampu lagi memimpin mereka dan tiada yang kisahkan mereka.

kerana mereka sering ada Allah dalam hidup mereka. dan selagi mana aku dan mereka berpegang pada taliNya yang sama, sudah tentu rasa rindu dan sayang itu akan sentiasa mekar dan subur. dan kerinduan itu mengamit saban waktu dan hari.

 

Dakwah dan islam, sentiasa di hati kita, selamanya πŸ™‚

 

wassalam

saudarimu di jalan dakwah,

aisyahz

kl

Advertisements

4 thoughts on “Saja nak berkongsi

    Jihah93 said:
    June 21, 2012 at 5:12 pm

    Jazakillah akk, setiap perkongsian akk insyaAllah mmberi jwpan pd jiwa2 yg ttanya. Doaku semoga Allah memberi keberkatan masa dlm tiap lgkahmu, langkah bermakna demi destinasi di syurga πŸ™‚

    muharikah responded:
    June 22, 2012 at 12:01 am

    Jazakillah jihah. Kalau betul tarikh lahir awak 93, awaklah generasi milenia itu

    Ruru said:
    June 29, 2012 at 3:23 am

    Bunyi penat sangat ni k aisyah..

    zusai said:
    June 30, 2012 at 2:49 pm

    :’)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s