Dr Hyde and Miss Jekyl

Posted on

Or should I say:

Dr Aisyah and Puan Muharikah. Ahaks!

Ternyata dunia perubatan dan pekerjaan yang aku temui amat berbeza dari tempelakanku di waktu aku mengambil keputusan untuk kembali ke bumi Malaysia.

Ramai houseman aku bertanya :

‘ Dr Aisyah, why u come back here? Aiyo! If I were you, I wont come back one!’

 

Kasihan mereka menjadi hamba orang aka HO, ternyata layanan terhadap mereka masih berbeza dari kami di UK.

Mereka di drill, ditanya soalan. Datang kerja seawal 6.30 pagi, kene clerk patient, then present patient, then kene tanya soalan exam macam MRCP, tak dapat jawap kene pandang rendah, kutuk, cubit semua..

hurmm

it is a tough life.

Dan aku mencari sinar untuk menyuntik sejumlah nafas baru bagi mereka.
Nafas iman yang memberi makna kepada kehidupan.

Tidak menjadikan mereka hamba dan robot yang tidak tahu: ‘ KEnapa aku kene buat kerja doktor yang horror penat dan letih ni?’

Doctor is a respectful job. And if the speciality is right for you, you will love it the most!

Dan aku sangkakan kerja dakwahku mudah ketika berada di bumi Malaysia yang senada dan sebahasa denganku.

Ternyata tidak begitu.

Di mana-mana tanah jihad sekalipun, dakwah ini memerlukan usaha.
Dakwah ini memerlukan tolakan hati untuk bercakap dan mengajak.

DI mana-mana tempat pun, UK, ireland, mesir, france, jordan, oz, nz, czech and even Malaysia, semuanya ada ujian tersendiri dan ada juga ranjau yang perlu dilalui.

Pendek katanya, lahan dakwah berbeza dari satu ladang dengan ladang yang lain.

Di ladang A, aku merasai untuk menjual majalah Jom sendiri aku terasa amat berat buat mereka dan terasa seakan mereka akan terus lari dariku di waktu mereka membacanya.

Di ladang B pula, majalah JOM pasti akan laku bak goreng pisang yang panas. Pernah satu event majalah kami terjual 400 naskhah dalam masa sehari!

Begitu juga, di satu sisi, kita begitu enak dan asyik berada dalam lingkungan kemesraan ikhwah dan akhawat.Lingkungan tarbiyah yang amat memahami bahasa bombard seperti takwin, muntij, tajmik, rabtul am dan maratib amal yang langsung tak pernah didengari orang biasa.

Di satu sudut lain, kita bertemu rakyat Malaysia yang Muslim tapi masih tidak tahu bersolat!

Bukan itu sahaja, kalau pun yang bersolat, selalu bergantung total tawakal pada ALlah tanpa usaha!

Begitu juga begitu ramai rakyat miskin dan takde sumber kewangan, akhirnya jatuh sakit dan tak mampu membayar bil hospital!

Apatah lagi jika terkena sakit yang memang dah tak memungkinkan untuk bekerja seperti strok!

Begitu juga di satu sudut lain kita melihat orang awam masih mempercayai kata-kata ahli keluarga yang bukan doktor berbanding doktor. Bahkan kata-kata ahli keluarga yang ternyata akan memudaratkan patient dan menyebabkan mereka boleh mati lebih didengari dari nasihat doktor!

Aarrgghh!!!

CAmne ni?

DOnt they even read the internet about acute myleoid leukaemia? Kenapa nak berubat cara tradisional pula?

Dalam pada golongan elit begitu tegar mahu mencapai kebebasan dalam bersuara dan hak rakyat, ada satu lagi golongan yang agak ramai, namun masih ignorant dan jauh dari tahap memiliki ilmu yang sepatutnya bagi seorang muslim dan rakyat.

Begitulah Malaysia.

Dua golongan yang masih jauh julatnya dan ternyata kita harus bergaul dengan keduanya dan cuba mencantumkan keduanya bersama-sama dalam arus dakwah.

Mengejar kumpulan elit yang mempunyai otak yang pakar, buat memerintah umat ini.

Begitu juga mengajar golongan bawahan yang masih naif dan tidak tahu apa-apa dan tidak mampu memahami apabila seorang doktor menerangkan tentang kesan strok, begitu juga paru-paru berair dan juga tekanan darah tinggi.

Subhanallah!

Rakyatku Malaysia! Dan ternyata, mereka semua ini berada di bawah tanggungjawap dan jajahan kita, jika Islam itu menjadi daulah nanti.

Dan kita bertanggungjawap mendidik mereka sehinggalah satu masa nanti kita mampu berbicara dengan mereka tentang atrial fibrillation mahupun parkinsons disease kerena mereka amat cukup memahaminya, seperti mana seorang nenek tua di kampung ulu di John O Groats di Scotland yang tahu akan rentak jantung yang tak selari itu walaupun dia tak pernah keluar dari bumi scotland seumur hidupnya!

Terkadang begitulah seorang daie.

Di dunia pekerjaannya, dia tak mampu menjadi seorang daie, seperti mana dia petah dan laju bercakap di persada daurah mahupun usrah. Sehinggalah akhlaknya tidak turut mengalir bersama ruh imannya kepada mereka yang berada di sekelilingnya.

Berbeza dengan dunia tarbiyah di mana begitu mudah menjadi tawaduk dan sopan santun secara automatik.

It is a hard job. to survive medicine. And moreover, to survive dakwah dan tarbiyah.

But there is NO dicotomy in dakwah.

Kerja inilah dakwah, dan dakwah menuntut kita cemerlang dengan secemerlangnya dalam seluruh aspek.

The challenge is, camne nak bagus juga dalam dakwah, bagus juga dalam dunia pekerjaan?

Wallahualam

Muharikah/Dr Aisyah

MO Sg Buloh

Medical trainee Uitm

Advertisements

16 thoughts on “Dr Hyde and Miss Jekyl

    Ruru said:
    May 31, 2012 at 5:09 am

    I thought u will include the solution here,hi hi.Way to think think and act act act

      muharikah responded:
      May 31, 2012 at 12:51 pm

      kene fikirkan sendiri ruru πŸ™‚

    sakinah cairo said:
    May 31, 2012 at 6:16 am

    Kakak…bertabah banyak ya….! jazakillah….perkongsian…^_^

    liyana said:
    May 31, 2012 at 10:13 am

    salam, hai dr, sy medical student uitm =)

      muharikah responded:
      May 31, 2012 at 12:52 pm

      hai πŸ™‚ tahun berapa?

    Zida said:
    May 31, 2012 at 12:31 pm

    kak aisyahZ!! doakan kami juga ye kat sini. Moga akak kuat terus. Allahu musta3an πŸ˜€

    Musafir Yusri said:
    May 31, 2012 at 9:28 pm

    doakan hamba student medik jugak. diberi ketabahan seperti anda dlm menyebar dakwah sama ada melalui pena, bicara etc.

    –salam perkenalan dari ikhwah urdun–

      muharikah responded:
      June 4, 2012 at 4:25 pm

      moga dimudahkan urusan akhi di sana insyaallah

    liyana said:
    June 4, 2012 at 8:21 am

    dr, sy tahun 5
    remedial dr. =(
    doakan kami semua yg remedial ni ye.

      muharikah responded:
      June 4, 2012 at 4:25 pm

      Datang HSB nanti bolehlah tegur2 saya dan boleh jumpa nanti πŸ™‚

      liyana said:
      June 4, 2012 at 4:47 pm

      inshaAllah dr =)

    nur said:
    June 4, 2012 at 11:21 am

    jzkk akk..huhu sy pun ingat ada jawapan.. sbb tercari2 mcm mana nk excel in semua bidang mcm sahabat2 nabi..

      muharikah responded:
      June 4, 2012 at 4:25 pm

      semua kita sedang menghadapinya ukhti πŸ™‚

    Fish in a Spacesuit said:
    June 4, 2012 at 4:40 pm

    bkn mudah rupanya dakwah di medan sendiri. cuak! kena byk ‘training’ ni. all the best doc!

    liyana said:
    June 4, 2012 at 4:47 pm

    inshaAllah dr. =)

    nikM said:
    June 12, 2012 at 1:36 pm

    kak i totally agreed with u…kdg2 rs tumbang dgn pekerjaan sndr dan biler pekerjaan tumbang, dkwh turut kena efeknya..waktu blaja lg sng nak urus dakwah n at the same time study pun ok..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s