Kejayaan itu memerlukan usaha

Posted on Updated on

 

Dalam apa jua bidang.

 

Dakwah, karier, studi, semuaya memerlukan usaha.

Sehinggalah diri kita merasai bahawa ganjaran dunia ini amat tak setimpal dengan kepenatan kita dalam usaha, apabila TIDAK disandarkan kepada ALlah S.W.T.

 

Dunia perniagaan ini mempunyai ekstasinya tersendiri. Ia mampu menyedut perasaan, memegang hati kita dan memusingkannya kepada sesuatu yang amat ditakuti oleh para mukminin : kelalaian.

 

Begitu jugalah dunia perniagaan ini amat ditakuti oleh mereka yang sudah lama enak makan gaji setiap bulan bertahun-tahun lamanya sehingga amat takut menanggung risiko hutang dan kerugian akibat bisnes yang rugi.

Seterusnya kita melihat rakyat malaysia saban hari dicengkam oleh suatu kuasa yang amat menghimpit dan mengecutkan dada—> itulah HUTANG.

Dan sepanjang hidup mereka adalah hidup untuk membayar hutang demi untuk keselesaan hidup yang tak seberapa.

 

Bertitik tolak antara dua perkara itu , kelekaan dan ibadah mencari rezeki teragung, juga antara risiko tinggi dan keselesaan sementara, kita harus mengorak langkah ke persada yang amat menyakinkan , apa jua yang kita laksanakan dalam kehidupan kita, pastikan setiap wang yang kita perolehi, ada barakahnya, ada imbuhannya untuk dakwah kembali. Hattakan kekayaan kita dikembalikan buat dakwah.

Aku pernah bertemu dengan peribadi jutawan yang teramat sederhana. Berbual dengannya selalu 10% sahaja tentang bisnes, selainnya adalah berkenaan dengan dakwah. Berbual dengannya amat menginspirasikan diri kami sebagai orang muda. Seperti mana dia melihat orang muda sebagai potensi dakwah, dia melihat setiap perkara di dunia ini sebagai potensi untuk menjana pendapatan.

Infaknya pada dakwah amat luar biasa. Bangunan telah dibeli untuk dakwah. Kereta apatah lagi.Sumbangan pada para murabbi, usah dicerita.

Beliau peribadi mantap yang hidup real di mata kami untuk kami contohi.

Menginfakkan jiwa dan hartanya untuk Allah dan perjuangan rasulNya.

 

Alangkah indahnya kehidupan itu!

Kiranya ada motivasi menujah di hati setiap pagi untuk menggapai sesuatu untuk redha ALlah!

Tidak seperti setengah golongan yang memandu kereta dengan hampa setiap pagi kerana perlu berhadapan dengan boss yang ‘tajam’ dan juga ofis mate yang gilakan duit dan pangkat.

Kita, daie, harus, eventually, keluar dari circle keterikatan jahiliyah untuk sepenuhnya menghambakan diri kita untuk Allah dan risalahNya. Dalam seluruh aspek,

 

Sehingga bukan sahaja diri kita, malah kekayaan dan seluruh harta kita adalah untuk dakwah.

Kemanisannya amat sukar diungkapkan, walaupun kerisauan sering berkerut di kepala kami tatkala melihat jualan ada hiccupnya di sana sini.

 

Inilah tarbiyah maaliyah yang amat jarang dititik beratkan oleh kami sendiri ketika kami msih belajar. Sehingga kering kontang poket kami kerana diinfakkan untuk dakwah sehingga akhirnya kami muflis sehingga harus berhutang.

Begitu juga kita melihat kekayaan demi kekayaan dimonopoli oleh orang kafir sehingga menekan orang Islam untuk terus berhutang dan berhutang. Alangkah ruginya kita!

 

DAn ternyata cara kita menjana pendapatan untuk dakwah hanyalah dengan meminta! Β Dan sungguh saya enggan menjadi peminta melainkan saya mahu dahulu menginfakkannya untuk dakwah.

Di mana-mana sahaja di Malaysia ini, imej dakwah dan Islam telah ditoreh dengan torehan yang amat dalam. Di mana-mana kedai makan kita melihat anak-anak kecil ‘digunakan’ untuk meminta sedekah membina rumah anak yatim , mahupun sekolah tahfiz yang entah betul atau tak wujudnya bangunan-bangunan tersebut.
Sedangkan syarikat cina mampu membina pelbagai jenis sekolah mereka mahukan hanya kerana kekayaan yang mereka miliki.

Dan kenapa umat Islam masih berada di bawah?

Sungguh sedih keadaanku di saat memasuki dewan KLCC sewaktu membeli barangan komputer di PC fair. Hampir 90% adalah cina yang mengeksploitasi wanita-wanita seksi mereka untuk menarik orang membeli barangan mereka. Begitu juga kekayaan teknologi dimiliki mereka yang ternyata tak digunakan untuk dakwah.

 

Ainal Muslimuuun? Aina Muslimmun?

 

Di manakah kita? Selalu perasan dah buat dakwah dan dah buat terbaik untuk diri dan dakwah, tapi kita tak pernah membandingkan diri kita dengan orang lain menyebabkan kita selalu rasa macam bagus.

Begitu juga kita menjadikan alasan dakwah untuk tidak menumpukan pembangunan diri dalam kerjaya agar boleh kita tumbangkan kuffar laknatulah dengan kemahiran super luar biasa kita.

Orang muslim itu berjaya, dunia dan akhirat

Orang mukmin itu bagus, perwatakan sebagai individu dan pemimpin.

Dakwah menjadikan dia begitu. Dakwah membina dia untuk men’smart’kan kerja-kerja yang dilakukan, menampak dirinya ‘cool’ dan elegan untuk dakwah.

Sehingga kegerunan itu terdapat pada orang kafir di saat melihat kelibat orang muslim, kerana profesionalnya orang muslim dalam pekerjaannya.

 

Apatah lagi mampu mengalahkan mereka dalam pelbagai bidang.

memang, terlalu banyak contoh ikhwah akhwat kita futur setelah memasuki alam kerjaya yang amat mencengkam.

tapi tak kurang yang amat berjaya dalam dakwah dan kerjaya apabila mereka memahami erti kata dakwah dalam kehidupan mereka. Memanipulasikan segala kelebihan dan kekuatan yang berada dalam radarnya, untuk digunakan buat Islam.

Apa yang saya nak katakan di sini: SEBAGAI DAIE, KITA MEMANG KENE BAGUS DALAM SEMUA PERKARA. SEMUA!
Tak semestinya kena bagus sekarang dan instantly. NAnti semua orang rasa down sebab tak mampu. Slowly develop diri dengan skil diri, pengurusan, kewibawaan dan psikologi manusia, agar kita memahami polariti manusia dan sosioekonomi masyarakat yang sedang kita hadapi.

 

Sebab itulah, antara faktor utama untuk terus berada di atas jalan dakwah ini adalah :

Jangan tinggalkan tarbiyah.

Walau apapun alasan.

Walau apapun sebab.

WAlaupun akan bangkrupnya bisnes kerana kita perlu ke usrah, then be it, pergi usrah.

 

Poinnya bukan pada pergi atau tak pergi usrah. Poinnya adalah pada pengurusan masa dan kerja. Apabila pengurusan masa berlaku dengan baik, tak seharusnya bertembung antara dakwah dan kerjaya.

 

Ini adalah dakwah bil haal. Tarbiyah yang terungkap pada perbuatan, walaupun di sepanjang perjalanan ini, BANYAK yang kami pelajari. Belajar untuk sentiasa meluruskan hati untuk Allah. Beramal dalam mencari rezeki kerana Allah, di atas bisnes mengajak manusia kepada Allah.

Begitu jugalah ini yang ditekankan dengan begitu kemas dalam tarbiyah kita, merangkumi 4 aspek dalam tarbiyah :

i) ruhiyah

ii) jasadiyah

iii) fikriyah

iv) maaliyah ( harta benda)

 

Apa yang sedang berlaku juga adalah kami mencuba dengan serentak mengimbangkan antara membina Qaidah Sulbah pada generasi baru, dengan membimbing mereka dan menyusn mereka, serta memahamkan mereka Qawaid dakwah yang benar, juga ‘finansial freedom’ membantu meringankan beban mereka dalam meneruskan kehidupan mereka sebagai seorang manusia dan da’ie.

 

Ini adalah satu pelajaran amat luar biasa.

Mengajarkan manusia,dan melaksanakan satu tuntutan sunnah amat besar , dengan memandirikan diri agar tak lari dan tak jatuh ke perangkap syaitan dan kelekaan; dunia tanpa ikatan dengan gaji.

 

Banyak lagi saya nak share. tapi biarlah hati saya berbicara, bukannya nafsu yang inginkan nama mahupun wang.

 

PS: memang saya nak menulis buku amat lambat. kene find satu sebab besar utk menulis buku. kalau nak wat duit macam tak best langsungkan??

PSS: kat malaysia ini industri buat buku sangat berkembang. sebab ramai orang cari duit dengan buat buku. pada saya, kita menulis untuk mendidik dan mengajar. bezanya dua perkara ini ; utk wang dan harta, mengubah dan mendidik. Ia merupakan dua penjuru dunia yang amat berbeza. sebb itu best terbtkan karya orang sebab mungkin dia lebih ikhlas dari kita kan??

PSSS: da’ie memang kene pandai jana duit dan bebaskan diri dari meminta-minta ( macam apa yg pernah berlaku pada saya satu masa dahulu kerana duit tol dan minyak yang menggila!)

 

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Kejayaan itu memerlukan usaha

    Ruru said:
    April 21, 2012 at 5:04 pm

    Kak muharikah,dalam bersemangat mesti sampai ke world order bagus bila kita mesti daripada bertatih perlu laju berjalan.Akak dan lain2 mungkin sudah sampai ke medan perjuangan yang lebih besar,bersemangatlah semua dengan kefahaman.Jadilah logam terbaik dalam apapun industri kebesian yang kita involve.Nobodys perfect but to make such perfect performance,i believe Allah is watching and definitely not to let ur effort blown away.

    Dan masalah2 hati itu,mari bhubung dgn Allah selalu.Semoga tsabat ke akhir jalan,

    The very baby boomer πŸ™‚

    Clara Alderman said:
    June 9, 2015 at 5:48 am

    Hello, Saya Puan Clara, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Kami memberi pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: claraloans@financier.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s