Satu fenomena, benarlah ia

Posted on Updated on

 

‘ Saya mahu kita dapat mengubah dunia!’

Begitu kataku pada kakak dan abangku yang banyak mengajarku di jalan dakwah ( dan bisnes juga hehehe). Pada mereka aku temui satu keteladanan yang sukar di cari di bumi realiti Malaysia ini.

Siapa sangka juga satu perubahan akan berlaku di bumi dakwah ini.

Di mana-mana sahaja orang memegang dan membaca majalah ini.

Dan orang menjadi sukarelawan mengiklankan dan mempromosikan ia tanpa bayaran.

Pada pengalaman berharga ini kami mempelajari sesuatu amat berharga.

Fenomena ini takkan berlaku tanpa tangan-tangan yang ikhlas dalam menulisnya dan doa tanpa putus manusia-manusia yang menjayakannya, samada secara langsung mahupun tidak.

Dahulu, kami amat takut bahan-bahan dakwah tidak mampu menembus pasaran. Takut ramainya orang tak mampu untuk membaca dan menghadamnya. Apatah lagi tiada tempat di market Malaysia.

 

Dahulu saya pernah berbincang dengan penulis sastera muda yang popular , Fahd Razy sewaktu awal-awal penubuhan Grup Karyawan Luar Negara. Dahulu aku amat tegar dan teruja untuk menerbitkan cerpen dan juga majalah berbentuk dakwah. Mengajak orang mengenal Allah dan jalanNya ini. Katanya waktu itu, masanya belum tiba. Jika buat, takde sapa nak beli dan baca. Di Indon katanya berbeza. Aku sedikit hampa dan aku terus berazam untuk satu masa nanti, akan tercapai impian kami semua: memegang sebuah majalah dakwah.

 

Itu kisah 6 tahun dahulu.

Kini keadaanya sudah berbeza.

Ianya merupakan satu fenomena. Alhamdulillah. Dengan kuasa Allah dan izinNya semua ini terjadi.

Dalam masa 2 minggu sahaja, sebanyak 20k terjual. Belum ada return lagi. Saya sendiri menjual 500 naskhah. Habis dalam masa 10 hari.

Alhamdulillah.

Di hadapan adalah masa depan yang cerah, namun penuh liku-liku dan cabaran.

Aku amat tersentuh dengan nasihat seorang akh yang namanya tidak begitu dikenali, tapi amalnya begitu banyak melimpah ruah. Moga ALlah rahmati dia:

 

” Hattakan manusia pun boleh berubah, apatah lagi sebuah company..”

Begitulah. Memulakan sesuatu memang mudah, untuk istiqamah di atas matlamat, melihat gol yang jelas dalam meraih redha Allah dalam mentarbiyah masyarakat menerusi pena ini, amat sukar. Godaan begitu banyak. Wang, nama, pangkat dan sebagainya.

Aku sendiri rasa mahu memakai purdah sahaja ketika bertemu ramai orang. RAsanya mahu bertukar identiti. Ketika di tahap ini, satu perkara yang amat sukar dipelihara adalah : keikhlasan.

Tapi aku cuba dan terus mencuba walaupun ketika bertemu akhawat, tak lekang mereka mahu bergambar dan juga mahukan tandatangan. ( begini rasanya ya jadi orang-orang ternama.huhuh. walaupun nama saya masih jauh kecilll di bawah, )

 

Moga mereka bertemu inspirasi sangat besar untuk terus berkarya di atas jalan dakwah.

Pada jalan ini aku temui sebuah kemanisan teramat besar , iaitu memberi sesuatu buat manusia. Menyentuh mereka. BErada dalam sebuah majlis yang sangat signifikan buat anak usrahku, lebih aku sukai daripada memberi daurah. Kerana di situ aku bermakna dalam hidupnya, dan itulah sebaliknya.

Melahirkan seorang ukhti yang bernilai seribu orang lebih saya sukai daripada mengajarkan seratus orang dalam sebuah ceramah.

 

Di situ adanya kemanisan. Paling penting, di situlah terletaknya keikhlasan, pada kerja-kerja takwin dan tarbawi yang tak terlihat oleh orang.

 

Saya perlu teruskan usaha-usaha mengedit. Insyaallah akan mula melaporkan diri untuk bekerja (ya, kembali ke dunia perubatan setelah sekian lama!) pada awal bulan depan. Doakan saya ye, untuk terus istiqamah insyaallah

 

wassalam

 

ukhtimu di jalan dakwah

aisyahz

KL

 

Advertisements

3 thoughts on “Satu fenomena, benarlah ia

    Agunci said:
    April 11, 2012 at 4:10 am

    Kak Aisyah, saya ada sedikit cadangan.

    Boleh tak kulit Jom gunakan kertas yang keras? Juga kertas di dalamnya. Sebab mudah rosak bila selalu baca dan belek. Aptah lagi di bawa ke hulu dan ke hilir. Saya cadangkan buat macam cover solusi. Kalau harga naik ke 8 ringgit, tp lebih kualiti, sy rasa org takda masalah sgt. Boleh buat survey guna kat website Jom. *oh, sungguh skematik ayat~

    Ummu Auni said:
    April 12, 2012 at 7:43 am

    Masya allah, tahniah Aisyah! Kalau tak baca ni, tak tahu rupanya majalah ini diterbitkan Aisyah :-). Akak bab2 majalah ni jarang beli sebab jarang terus dihadam. Terima kasih atas makluman 🙂

    jomislam said:
    May 22, 2012 at 2:13 am

    Salam.
    Saya seorang peminat majalah & apa saja yg berunsur Islam terutamanya yg fokus pd remaja. Wlupun skrg saya terlibat dgn byk aktiviti Islam samada secara direct & indirect, saya dahulu pernah berada di lorong gelap & bermacam2 perkara yg saya tak bangga dengannya. Berkenaan majalah Jom, saya berharap ia adalah sesuatu yg lain berbanding solusi, gen q dll, tapi saya agak kecewa krn ianya agak sama & tipikal. Ia sebuah majalah yg baik & berkualiti, tapi masih mengekalkan konsep: majalah utk org baik…Ada ramai org seperti saya dahulu di luar sana yg memerlukan sesuatu utk membantu mereka memulakan jln ke arah perubahan. Mereka tidak memahami istilah2 di dalam usrah yg jauh dari dunia mereka.
    Cadangan saya:
    1-Bgi kolum utk mereka yg pernah di dunia gelap tersebut tapi sudah berubah utk berdakwah, percayalah, org2 itu lebih mendengar nasihat mereka dari kata2 ustaz. Cthnya wardina, sham kamikaze, ali xpdc, catriona ross, irma hasmi, dll. Mungkin juga kolum utk ustaz azhar idrus yg bkn menulis ttg soal jwb, tapi nasihat dari seorang bro, tulisan ringkas beliau sendiri, saya pasti ini bleh diuruskan dgn kesungguhan.
    2-Sekiranya mahu berckp mengenai perkara usrah & istilah yg khusus, tlg berikan maksud atau definisi, mgkin dlm bentuk nota kaki dll
    3-Mgkin bleh buat ruangan yg berkaitan dgn aktiviti/hobi remaja & bgi solusi bgaimana mahu melakukannya dgn cara yg Allah approves.
    4.dll…im sure you know better…

    Ini cuma cadangan dari saya yg dhoif & byk kekurangan. Jom bleh menjadi majalah yg menjadi agen perubahan kpd org2 yg ingin/berpotensi utk berubah, selain tarbiyah utk anak2 muda,,,,atau ia bleh jadi majalah islam tipikal remaja yg hnya akan dibaca oleh org2 baik semata-mata. Potensi majalah ini sgt besar sekiranya berani berubah keluar dari tipikaliti.

    Sekadar renungan, sahabat-sahabat rasulullah s.a.w yg hebat & mengIslamkan ramai sahabat lain juga ada yg pernah menjadi penjahat2 yg hebat sebelumnya.

    Utk semua di majalah Jom, Moga Allah membantu dakwahmu. Amin.

    Saudaramu di dalam Islam,
    inksensei

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s