Dua daerah yang berbeza

Posted on Updated on

Salam

Dahulu saya selalu hairan, mengapa emel mahupun pendapat saya sering disalahtafsirkan dan disalah anggapkan oleh sesetengah pihak, terutama yang lebih dewasa dari saya.

 

Begitu juga jika ada sahaja pendapat saya yang berbeza,tentu dianggap sebagai satu keganjalan menjadikan saya orang tak popular dan menjadi mungkin unfavourable person di waktu itu.

 

Begitu juga saya merasai ketegangannya dalam berbicara dan meluahkan pendapat sewaktu dalam mesyuarat walaupun saya kira pendapat saya itu amat betul sekali.

 

Dan tidak ada langsung niat di hati saya di saat memberikan idea dan buah fikiran itu untuk menaikkan nama sendiri mahupun mengejar pangkat apatah lagi memiliki pengikut yang ramai!

 

Tidak sama sekali!

 

Memang sungguh saya lontarkan idea, juga cuba untuk menyertai segala acara dakwah kerana saya amat menyintai dakwah ini. Dan saya tak mahu hancurnya dakwah ini kerana ketakutan kita dalam membuat perubahan, begitu juga kerana kita merasa kecut perut orang akan menundukkan pendapat kita.

 

Satu ketika saya hairan juga mengapa terkadang apa saya fikirkan tidak sama dengan orang lain. Begitu juga saya terkadang dilihat sebagai sangat menjengkelkan dan terkadang orang melihat saya sebagai ‘orang luar’ kerana mungkin adanya perbezaan di situ

 

SAya hairan dan berterusan hairan walaupun kami berada dalam kelompok yang sama.

Bukankah kita ini sebenarnya dan sepatutnya sama sahaja?

Akirnya saya temui jawapannya di bumi ini.

Begitu lama saya bertarung mencari jawapan selama 8 tahun di bumi UK, akhirnya Allah membuka ufuk dan pencerahan bagiku lewat pengenalanku dengan pelbagai orang.

Dan ternyata bukan aku seorang mengalami permasalahan itu.

Rupa-rupanya begitu ramainya lagi generasai sebaya kami struggle akan perkara yang sama.

Struggle untuk memahami generasi baby boomers yang sangat banyak berjasa kepada peradaban dunia dan dakwah, begitu juga strugglenya generasi mereka untuk mengendalikan semarak dakwah orang muda generasi Y seperti kami.

Aku hadapi permasalahan yang sama terhadap ibuku. DAn aku selalunya pelik dia begitu sangat protective dan takut sangat aku mengikuti jalur-jalur yang tidak memberikan keuntungan duniawi. PAdanya, tumpuanku pada dakwah akan mengurangkan masaku pada kerjaya menjadi aku tak dapat mengutip jutaan wang di muka bumi ini.

Dan begitu dia sangat risau jika adanya banyak benda aku lakukan.

Dan aku tahu, dia belum yakin dan percaya apa mampu aku lakukan. Ragu-ragu aku mampu berjaya. ( of course pernah ada pengalaman kegagalan amat pahit)

 

Begitu juga seorang ukhti yang bekerja di Petronas menceritakan sesuatu yang ironi dan mencuit hati kami:

 

‘ Pernah GM dan CEO panggil kami yang GEN-Y ini untuk berdialog dan tanya apa-apa yang tak puas hati pada petronas. Kemudiannya, meminta cadangan apakah lagi penambah baikkan yang boleh dibuat oleh petronas, sesuai dengan citarasa Gen-Y.

Pastu, kami pun bagilah macam-macam pendapat dan idea, tapi hampir semuanya ditentang oleh GM dan CEO dari generasi baby boomers ini.

 

Serupa tak yah panggil meeting kan?’

Aku lantas terdiam.

Barangkali apa yang berlaku pada kami dahulu bukanlah kerana masalah ukhuwah dan hati. Bukan juga masalah cara berbeza, barangkali kerana kami adalah generasi berbeza! Cara kami pandang sesuatu itu amat berbeza sekali!

Kami generasi Y akan selesaikan semua perkara secara online.

Ibuku masih lagi beratur membayar timbunan bil-bilnya di pejabat pos. Banyak kali aku offer untuk bayarkan secara, dia tetap tidak mahu!

Begitulah dahulu aku dengan bersungguh-sungguh cuba memahamkan ramainya orang tuaku di sana tentang apa yang perlu diutamakan pada amal dakwah di tempat kami. Begitu juga aku mencadangkan beberapa perkara yang membina. Acapkali ditentang semula, ditenggelamkan dan akhirnya diketepikan. Walaupun banyak juga diterima dan diambil kira.

Aku menjadi sangat frust pada tahun setelah itu dan memilih untuk mendiam diri sahaja. Kerana yang dituntut adalah dengar dan taat. Di saat itu aku pelik, kalaulah sebuah organisasi itu mahu berjaya, organisasi itu perlu sentiasa untuk meraikan idea baru, mendengar dengan teliti begitu juga menghargai segala cadangan dan pertimbangankan sewajarnya. Bukan mendengar tetapi akhirnya memutuskan untuk meneruskan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum adanya perbincangan itu.

 

Aku melihat persamaan itu, pada generasi X dan baby boomers.

 

 

Dan perbezaan anatara kami generasi -Y, yang hidup dengan dunia hi-tec dan penuh kelajuan ini, dengan generasi baby boomers dan X menyebabkan berlaku banyakkkkkkkkkkkkk salah faham yang mencalar balarkan ukhuwah sehingga menyebabkan berantakannnya kekuatan jemaah. Ini menjadikan lemahnya dakwah dan ramainya pula mahu keluar dari dakwah ini!

Astaghfirullah!

 

Satu kerugian yang besar! Sepatutnya dua kekuatan ini ; generasi baby boomer dan generasi Y boleh disinergikan untuk memboomkan dakwah!

Begitu lama aku berfikir akan perihal ini dan Allah temukan aku pada satu jawapan amat besar sekali : Seek to understand, to be understood.

Dari situlah aku memahami.

 

Mengapa salah faham berlaku bukanlah kerana ego atau prinsip yang berbeza. Simply it is because, adanya perbezaan dari sudut expectation dan cara bagaimana kita memandang sesuatu itu.

 

Ana tertarik dengan kajian yang dibuat oleh ROWE, syarikat yang mengkaji karakter generasi Y ini:

 

What Boomers say:
Young people today have an attitude problem.
They want everything on their own terms.
They don’t understand that they have to pay their dues.
They work minimum hours and then go home.
They have a short attention span.
They dress too casually for the workplace.

What Gen Y says:
I don’t like being stuck in a cubicle with nothing to do (don’t give me busy work)
The guy that hired me hardly ever makes eye contact
My skills haven’t been tested
I don’t want to be locked into a dead end job
Nobody asks for my opinion
Nobody recognizes my contributions

boleh dibaca lanjut di sini http://www.gorowe.com/2012/04/02/4-key-insights-to-managing-generation-y/

Heheh. sebab itulah rasanya kot, ramai ikhwah akhawt mungkin meraasi aku ini  ada attitude problem.  Sampaikan aku jadi terkadnag down, dan rasa kecut perut nak buat apa2. Tapi dakwah tidak patut menjadikan kita pengecut dan jumud!

 

Dakwah akan sentiasa menjadikan kita sentiasa ghairah dalam berkarya dan mahu lakukan perubahan!

Dan aku melihat ramainya ikhwah akhawat yang hebat satu ketika dahulu, lantang memberi pendapat dan sukakan perubahan akhirnya menjadi ‘safe player’ , menjadi pendiam, dan kini lebih selesa dengan kehidupan sendiri daripada kehidupan mencabar mampu membuat perubahan.

Masalah kita adalah masalah komunikasi, dan masalah memahami dua generasi yang amat berbeza.

Cara cakap berbeza, cara berfikir berbeza, cara memberi pendapat berbeza. Semuanya itu terkadang menjadi cliche dan menjadikan adanya dua golongan berbeza di dalam dakwah.

Kerana itu, kita harus belajar untuk memahami.

Belajar memahami manusia.

Belajar memahami orang tua kita.

Tanpa merasa kerdil dan perlu mengecilkan potensi kita. ( kerana ruginya adalah dakwah!)

Apabila aku mula memahami ibuku, mengikut rentaknya, dan cuba bersabar, menjadikan telingaku setebal kuali dari apa yang dia selalu salah faham pada dakwah dan jemaahku, aku mula mengenal pintu masuk kepada hatinya.

Begitu jugalah golongan syuyukh yang amat aku hormati dan kasihi di kalangan generasi X dan baby boomers. Pada mereka aku temui satu inspirasi yang sangat menggugah jiwaku.

Aku bertemu mereka yang amat memahami karekter generasi Y ini, dan aku temui satu keseimbangan pada nada bicara. Paling penting, mereka meraikan dan memboosterkan diri kami, melonjakkan prestasi kami yang tak tertahan untuk dikembangkan buat dakwah.

Begitu juga aku temui rasa cinta penuh makna apabila mereka melihatku dan merasai kekuatan bersama-sama dalam gerakan dakwah ini.

Setelah memahami mereka, aku belajar untuk menulis dengan lebih baik, dan berkata-kata penuh halus, tanda hormatku pada mereka yang telah diuji di jalan dakwah ini, dan mereka telah memilih istiqamah sebagai jalan hidup mereka.

Pertembungan ini barangkali satu rahmat yang agung. Untuk kita saling memaknai. Begitu juga untuk kita selalu bermuhasabah akan sikap dan akhlak kita yang sentiasa mahukan kemenangan, sedangkan kemenangan peribadi itu tidak penting.

Tapi yang pentingnya adalah bagaimana untuk mendapatkan maslahah yang lebih besar dan mengurangkan mafsadah yang kecil

ini tidak mudah.

kerana kita perlu mengorbankan perasaan dan jiwa kita.

Apatah lagi bergolak di bumi Malaysia yang putarannya itu membingungkan dan menyesakkan dada.

Berkorbanlah kita dalam memahami mereka. Kerana pada jiwa mereka ada mutiara berkilauan tak terhingga.

Bersabarlah dalam memahamkan mereka. Ini sangat mengambil masa. Sangat ambil masa. Tetapi tidak mustahil satu hari mereka memahami. Mungkin bukan sekarang, mungkin satu masa yang tidak kita ketahui.

Tapi bertahanlah pada kedudukanmu. Jangan down dan rasa hina apabila tiada siapa mendengar pendapatmu dan tak mengendahkanmu. Atau tidak mengangkatmu di sebuah kedudukan hanya kerana kau suka memberi pendapat yang berbeza.

Dalam apa juga keadaan, berakhlaklah.

Berakhlaklah walaupun gelora jiwamu meronta-ronta untuk membuat perubahan dan terus sahaja berbuat.

Kerana akhlak yang buruk mampu menghancurkan sebuah ketsiqahan, mahar yang amat penting di dalam dakwah.
Allah bersamamu.

Yakin akan itu,

walaupun seluruh dunia menentangmu.

Allah sentiasa bersamamu.

Teruskan bersemangat membuat perubahan. Jangan mengalah. Jangan sekali kali berputus asa. Istiqamahlah di atas mutabaah dan menuntut ilmu. Tegarlah dalam menjalinkan silatur rahim. Jangan disebabkan seorang peribadi yang sukar untuk kamu berkerjasama menyebabkan kamu mahu keluar dari jemaah ini.

Fahamilah diri mereka, kamu akan temui kunci kepada hatinya.

Fahamilah mereka, kamu akan tahu cara untuk berbicara dengannya.

Kekuatan dakwah ini bergantung pada satu kuasa sakti yang amat besar sekali  : itulah nasihat di atas kebenaran dan kesabaran.

Sukar untuk menegur orang yang lebih tua, seperti mana pedasnya hati kita menerima teguran orang yang lebih muda dari kita.

Perubahan itu harus. Kerana dunia kini sangat dinamik dan sentiasa menuntut perubahan. Jangan kalah dengan keadaan dan emosi yang tak stabil.

 

Dan jangan mengalah sebelum mencuba. Lapangkan dadamu seluasnya untuk dakwah dan sebuah ukhuwah.

Cari jalannya. Cari tanpa putus asa. Untuk menawan hati manusia terhadapmu.

Sehingga apabila tertawannya mereka, maka mereka akan menjadi ‘tawanan’ buat kamu.

 

Solat dan sabar, itulah pesanan Rabb kita.

 

PS: artikel ini hanya dapat difahami oleh orang yang mengalami.

 

Buat adikku yang meminta pendapatku tentang ini, maaf sebab lambat.

Akakmu di jalan dakwah

Aisyahz

Advertisements

4 thoughts on “Dua daerah yang berbeza

    ihnajo said:
    April 7, 2012 at 8:32 pm

    Hammasatul syabab
    Hikmatul Shuyukh,
    Merasakan diri ana sangat beruntung,
    Kak alami pelbagai perkara,
    Tapi ana generasi boomer dapat ibrah,
    Rasanya inilah yang dikatakan Syeikh Mustapha Mahsyur
    Generasi seterusnya menyambung apa yang generasi sebelumnya tinggalkan
    Selaku seorang yang masih baru dalam jalan ini
    Tersangat sangat hendak mengucapkan terima kasih atas hikmatus shuyukh ini

      ihnajo said:
      April 7, 2012 at 8:33 pm

      Jzkk kathir

    kauthar said:
    April 8, 2012 at 6:40 am

    Ngeheeheheh~ like this! 🙂 ❤

    raziana rozi said:
    April 13, 2012 at 5:31 pm

    masyaAllah ..superb !!:)<3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s