Insan biasa

Posted on Updated on

Salam

 

Kedatanganku tidak sampai 24jam di bumi brunei darus salam sangat banyak mengimbau kenangan silam. Saat terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupku dan akhirnya aku bertemu dengan nafas baru di bumi sejahtera itu

 

Kedatanganku dengan niat hanya membawa ibuku berjalan akhirnya ternoktah saat manis bersama akak2,makcik2 serta akhawat yang amat aku kagumi.

 

Pada bumi itulah kenangan seoalah-olah tercipta semula.

 

Membaca balik entry2 lamaku tentang brunei sewaktu attachmentku 4 tahun lepas, mengundang senyum dan sebak di dadaku.

( semua entri ntah apa2- https://muharikah.wordpress.com/2008/08/06/dah-syaaban/)

Ada satu entri peribadi ( ada 3 entri) yang aku nukilkan berbentuk emel kerana mungkin agak terlalu peribadi, tapi sarat dengan banyak makna pengalaman attachment aku 3 minggu di sana.

Sungguh, masa berlalu dengan amat pantas. Sungguh banyak perkara telah berlaku.

DAn kini di usiaku yang makin meningkat, acapkali aku bermuhasabah, adakah perjalananku ini adalah perjalanan yang terbaik mampu aku lalui. Atau adakah jalan-jalan lainnya.

 

Pada setiap waktu aku amat menginginkan ibuku merasai nikmat yang aku rasai ini. Nikmat iman dan ukhuwah. Nikmat berdakwah dan merasai hidup dengan Allah.

Dia begitu pelik dan kaget apabila tiba di Brunei sahaja ada je tempat tinggal disediakan. Begitu juga peliknya dia mendapat tahu ada seorang akhwat sanggup meminjamkan kereta myvinya buat kami travel dari bintulu ke brunei selama 6 jam.

Itupun dia belum tahu yang aku hanya pernah bertemu ukhti itu 2-3 jam sahaja sebelum dia meminjamkan keretanya.

Begitu juga dia pelik melihat bantuan akhawat di sini, sesuatu yang tidak pernah dia temui.

Padanya dalam dunia penuh al-hawa ini, semua manusia mencari kepentingan masing-masing. Mesti ada sebab di sebalik batu.

 

Dan inilah indahnya dunia dakwah, dan aku ingin dia merasainya, begitu juga menerima kelemahan dan kenaifan aku juga dalam bertindak. kegopohan, kelalaian dan juga kelekaan, akibat sikap aku yang  ala-tak-apa-ok-kot camtu sahaja.

Entah, adakah doktor begitu? Melihat makro dan bukan mikro. Alasan juga tu.

Atau dia tak tahu juga anaknya ada 1000 benda dalam otak dan juga 2-3 pekerjaan yang sedang disandangnya walaupun dia hanya melihat anaknya hanya rajin depan komputer sahaja.

Mungkin kerana itu dia tak tahu aku boleh tersilap membeli tiketnya pulang dan aku kehilangan handphone iphoneku.

Kelalaian dan kesilapan.

Paling benarnya- careless. Erghh!

Ada hikmahnya pasti.

Tapi ini menunjukkan juga aku hanya manusia biasa sahaja.

Astaghfirullah.

Perjalananku selama hampir 6 bulan di Malaysia ini membuka banyak mataku pada banyak perkara. Berjumpa dengan akhawat dari segala penjuru Malaysia. Begitu juga berkenalan dan berborak dengan ramai syuyukh di atas jalan dakwah ini. Alhamdulillah, majalah Jom! banyak membuka peluang kami untuk berkenalan dengan orang yang hay-bat di atas jalan dakwah.

Begitu juga aku bertemu dengan ramainya akhawat, berkenalan, berbincang, bercurhat, dan ternyata masing-masing mempunyai banyak ujian di dalam perjalanan. Ada yang mampu atasinya, ada yang tidak.

Kami berkongsi cerita walaupun tak pernah bersua sebelum ini. Pada mereka, aku temui nikmat pertemuan sebentar. Kami hanya disatukan atas satu kalimah:

Perjuangan.

Mungkin 3 kalimah.

Perjuangan di jalan Allah. ( opps, empat kalimah rupanya)

Itulah yang mengikat walaupun entah bila akan ketemu lagi.

Banyak saya nak tulis, tapi mata harus tidur. Esok bermula lagi hidup dan cerita baru. Begitu juga banyak kisah-kisah harus dikongsikan bersama.

saya rasa perlu rajin update sahaja blog ini,moga2 satu hari akan dapat dikompilasikan menjadi buku. artikel pilihan dari muharikah.com dah dicompilekan, cuma menunggu masa editing sahaja. Doakan.

Saya tak berbakat dalam mengedi seperti mana saya menulis. Setelah majalah jom! keluar, begitu banyak artikel dihantar pada kami. ternyata lahan dakwah ini mempunyai kolam potensi yang amat besar sekali. Alhamdulillah.

 

PS: saya akan masuk kerja sebagai trainee lecturer dalam internal medicine mulai bulan hadapan. Doakan saya istiqamah. Ini kerja gila buat banyak benda dalam satu masa. SAya harap saya tak careless dengan manusia berbanding saya careless dengan barang2 saya dan time saya beli tiket untuk mak saya. huhuh

 

wassalam

 

aku, hanya manusia biasa,

saudaramu di jalan dakwah,

aisyahz

bintulu

Advertisements

3 thoughts on “Insan biasa

    aisyah ismail said:
    April 2, 2012 at 5:31 pm

    kak aisyah! faiza azzamta fatawakkal alallah.

    miss you loads! :’)

    ^^ said:
    April 3, 2012 at 8:32 pm

    Hai-Bat

    Aisyah said:
    April 4, 2012 at 9:05 am

    salam akk.

    ^__^ ingat & doakan kami k.. especially time akk bermusafir..
    (huhu, kak aisyah mmg macam setiap masa je bermusafir.. :P)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s