Mencari seorang iradah qawiyah.

Posted on

Salam

Saya cemburu dengan Hilal, setelah melihat deretan bukunya di atas rak di kedai Fajar Ilmu Baru.

Begitu juga, saya cemburu dengan ulama besar Amru Khalid, bukunya tak pernah putus-putus dituliskan dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa serta sudah dicetak ratusan kali. Melihat bukunya yang menusuk kalbu itu sering memanggil hati saya untuk berteriak : ‘ Masyaallah! Camne ustaz ini ada banyak masa menulis benda-benda yang best ini?? Dah lah ikhwan kott! Mesti banyak kot gak ceramah2 dia kene kasi!’

 

Begitu juga aku amat cemburu pada Ustaz Pahrol, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharudin, nama2 besar dalam dunia dakwah penulisan dan media. Nama mereka cukup harum dan dikenali di seluruh Malaysia sebagai golongan yang membawa arus perubahan dakwah yang baru. Usaha dakwah yang menyentuh hati manusia.

Dan dakwah mereka digambarkan dalam gerak kerja mereka.

 

Orang yang pernah melawat syarikat mereka akan sangat terpana dengan hidupnya Islam pada gerak kerja mereka.

Pekerja yang diterima adalah dikalangan mereka yang tak memahami Islam, ada yang tak memakai tudung malah merokok. Kebanyakannya berubah setelah bekerja dengan Telaga Biru. Suasana dalam kompleks mereka begitu ikhwani, sehinggakan makan tengahari pun bertalam secara berjemaah! Dan mereka memastikan setiap hari mereka akan makan dengan berlainan staff. Begitu juga solat didirkan secara berjemaah, dan akan diadakan kuliah hampir setiap hari untuk pekerja di situ. Subhanallah! Inilah contoh amal dakwah yang hidup.

Dan pekerjaan mereka menjadi barakah sehinggakan tulisan-tulisan mereka begitu kudus menusuk ke dalam hati, menjadikan manusia lebih dekat dengan Allah.

 

Aku cemburu dengan kejayaan mereka itu dan kehidupan mereka yang totalitas kepada Allah. Begitu juga dengan keberkatan waktu yang Allah berikan bagi mereka untuk menulis. Idea yang segar dan mencurah-curah.

Sedangkan diriku, seringkali juga memberi alasan yang bongkak dan tak sedar diri.

‘ Ele.. diorang tu bukannya wat usrah dan kasi daurah pun.. sebab itu banyak masa pun..’

Tapi bila disoroti kehidupan mereka sendiri, memang jadual mereka sentiasa penuh! Mungkin lebih penuh dari kita yang kononnya buat kerja dakwah hebat sangat neh!

Inilah sesuatu yang menginsafkan.

Apabila kita berada dalam kelompok kita, kita akan sangat perasan kita dah buat banyak kerja. Kita rasa kitalah yang paling hebat dan terer sekali dalam amal kita.

Namun bila kita bandingkan amal kita dengan orang lain di luar sana, tentu kita berada di tangga terbawah dalam liga amal dakwah ila Allah ini.

 

Astaghfirullah. Sebab itulah, ikhwah dan akhawat, kita perlu sentiasa memotivasikan.

Sentiasa memberikan inspirasi dalam amal.

Sentiasa melihat kelemahan dan kekurangan diri, dan sentiasa melihat kehebatan amal orang lain.

Seterusnya sentiasa membakar jiwa kita untuk Islam dan menyebarkan dakwah ini.

Kelazatan dalam dakwah ini, hanya dapat dirasai oleh orang yang berada di dalamnya.

Ia tak terletak pada pujian manusia dan hadiah dari mereka, tapi terletak pada kesedaran manusia pada agama Allah ini. Bila mana manusia mengambil manfaat dari dakwah ini, menerusi usaha-usaha yang kita buat.

Mungkin itulah yang menjadi motivasi utama asatizah yang tersohor itu. Apabila Islam itu dapat dinikmati oleh seramai mungkin manusia, itulah kepuasan sebenar. Sebagai imbalannya, mereka juga mendapat manfaat dunia yang berganda-ganda. Majalah solusi setiap bulan sahaja mencecah cetakan 170 ribu naskhah! Pendapatan sales hampir RM1 juta setiap bulan! Subhanallah. Syarikat dakwah pula itu. Sudah pasti dan haruslah kita cemburu dengan mereka ini!

Begitulah saudaraku di jalan dakwah.

Banyak sekali kerja yang perlu kita laksanakan. Berdakwah, membina manusia serta memahamkan mereka. Dalam masa yang sama, berusaha untuk menjana ekonomi demi keberlangsungan dakwah itu. Kerja yang tak pernah henti.

Dengan itu sahaja empayar dakwah ini akan berkembang.

Kita tak perlu menyuruh mad’u dan mutarabbi kita untuk beramal. Tak perlu suruh dia buat kerja pun. Kerana yang menjadikan dia bekerja adalah tarbiyah yang  kita berikan pada dia, yang mampu mengubah hidup dia.

Tarbiyah yang ampuh dan memberi kesan pada jiwa, akan menggerakkan jiwa itu untuk beramal.

Kerana itulah, kita perlu mantapkan tarbiyah. Muhasabah kembali gerak kerja kita sebagai murabbi dalam mendidik mereka. Barangkali mutarabbi/mad’u kita belum beramal kerana kita belum lagi memenuhi tanggungjawap kita sebagai murabbi mereka.

Kerana setiap mutarabbi itu mempunyai kehendak-kehendak. Selagi mana kehendak ini tak terpenuhi, adakah dia akan mampu bergerak dengan sendirinya?

Kehendak itu termasuklah :

a) mendapat bimbingan

b) mendapat perhatian murabbinya

c) mendapat tarbiyah sesuai dengan akal, ruhi dan jasadinya.

d) mendapat kasih sayang

e) mendapat penghargaan

f) Ditingkatkan potensi manusianya oleh murabbinya, samada dari aspek pendidikan ke, bisnes ke dan sebagainya.

Itulah kehendak mutarabbi kita. Penuhilah kehendak itu, nescaya dia akan merasai kesan tarbiyah yang mengugah jiwanya untuk terus beramal.

Hidupkan Islam dan tarbiyah di luar usrah, bukan di dalam usrah sahaja.

Hubungan murabbi dan mutarabbi itu wujud dan basah dalam erti kata kehidupan sebenar. Bukan hubungan arahan ataupun guru semata-mata. Tetapi hubungan murabbi, seorang doktor yang mengetahui keperluan pesakitnya.

Apabila kita semua membina mutarabbi kita mencapai standard yang sepatutnya, nescaya mereka akan mampu bekerja mencetak kader dakwah lainnya. S

Dengan langkah ini, sudah tentu setiap relung dakwah akan ada pasukannya yang tersendiri, dan kita takkan kepupusan kader dakwah. Sehinggalah semua posisi mempunyai perwira yang ampuh dalam menjalankan amanahnya.

Apabila saya sendiri struggle dalam mencari penulis berbakat serta memiliki fikrah Islam yang mampu menjadi rujukan umat, barulah saya sedar , betapa jauhnya lagi kita dari target kita juga betapa banyak lagi kerja-kerja pengkaderan yang perlu dilaksanakan. Masih lagi orang yang sama berbuat kerja yang sama tanpa henti..

Sebab itulah, kita perlu bertungkus lumus, siang dan malam, terus membina dan mengkaderkan manusia. Mencetak manusia yang mampu mencetak ramai lagi manusia. sehinggakan kita amat risau mempunyai binaan yang tak mampu membina orang.

Bukan kita mahu memaksa mereka, tapi kerana kita merasakan banyak lagi kerja-kerja yang perlu kita laksanakan, dan kita memerlukan bantuan ramainya manusia yang faham untuk melaksanakannya.

Itulah dia kerja-kerja dakwah.

Namun, manusia takkan bekerja , tanpa bekalan.

Tanpa tarbiyah, mereka takkan bergerak.

Tanpa rasa kelazatan ruh tarbawiyah yang menggetarkan jiwa dan kezouqan dalam taujihat, pasti dirinya dilanda malas, tak nampak matlamat dan akhirnya mungkin beramal hanya apabila orang memberikannya imbuhan berbentuk wang.

Sebab itu, kita perlu bazookakan penguasan tarbawiyah kita. Ini tak cukup setakat mendengar taujihat dan mencatit nota. Ia lebih dari itu. Ia memerlukan usaha untuk memahami dasar-dasar kefahaman dakwah, menerusi al-Quran dan As-Asunnah.

Ini semua datangnya dari seorang bernama Iradah Qawiyah.

Dia adalah seorang manusia yang mempunyai visi dan impian sangat besar untuk dakwah.

Yang mempunyai cita-cita yang menggunung tinggi untuk dakwah dan keghairahan luar biasa dalam meraih kejayaan dakwah. Mengembalikan manusia kepada Allah dan menegakkan kepimpinan Islam pada seluruh jasad umat.

Dari situlah akan terlahirnya seorang iradah qawiyah. Yang mempunyai tumuhat, keinginan yang menggunung dahsyat untuk dakwah dan tarbiyah.

Dari situ dia akan sentiasa proaktif dalam berfikir dan mencari.

Proaktif dalam belajar dan membaiki diri.

Dan kamu melihat bahawa sejarah dakwah terlakar dari kisah hidupnya.

Iradah qawiyah ini kamu lihat lahir dari jiwa yang besar seperti AlBanna dan Maududi.

Dari jiwa besar itulah , gerakan dakwah itu hidup dan berjalan tanpa putus sehingga ke hari ini.

Begitu jugalah kita. Kita perlu menjadi seorang iradah qawiyah itu.

Hanya kita perlu bermimpi besar dan sentiasa mencemburui orang lain yang berjiwa dan beramal besar juga.

Realiti kita, terkadang meruntuhkan semangat kita. Tiadanya itu dan ini, memang membantutkan semangat kita.  Malah kita buntu dalam mencari jawapan.

Namun, di sinilah yang selalu membuatkan kita terfikir.

Allah pasti letakkan di satu tempat itu kerana ada sebabnya.

Walaupun Dia tahu betapa kita banyak tak tahu dan tak dapat apa-apa.

Walaupun Dia tahu, banyak sangat tarbiyah yang perlu kita lalui.

Barangkali Allah nak kamu lahirkan seseorang itu dari kamu : IRADAH QAWIYAH.

Kehendak yang amat dahsyat pada dakwah dan tarbiyah, dan proaktif mencari dan membimbing dirimu sendiri.

Dari situlah akan terlahir lakaran sejarah dakwah yang baru.

Jangan putus asa dan bersedih atas apa yang tiada.

Manusia yang gagal adalah manusia yang melihat cabaran sebagai kegagalan.

Namun manusia yang berjaya adalah orang yang melihat, halangan itu adalah batu loncatannya meraih kejayaan lebih besar.

Bila kamu ada iradah qawiyah, kamu akan berusaha sehabis baik, menyelamatkan diri kamu dari kesesatan dan jahiliyah. Kamu akan selamatkan dirimu dan mutarabbimu dari kefuturan dan kemalasan.

Bila adanya iradah qawiyah, bila kamu keseorangan pun kamu pasti tahu arah tujuanmu.

Bila adanya iradah qawiyah, kamu takkan rasa keseorangan dalam keramaian.

Bila adanya iradah qawiyah, kamu akan kurang mengeluh dan berduka, malah terus meraih kegembiraan melalui amal berterusan.

Bila adanya iradah qawiyah, kamu akan temui kekuatan maha dahsyat dari Allah Sang Pencipta.

Dan apakah lagi hidup yang lebih indah dari bernauh di bawah pelindunganNya?

 

itu sahaja dariku..

perlu menunaikan amanah yang lain pula.

Moga kehidupan kita semuanya memiliki kelahiran baru ini, IQ –> Iradah Qawiyah.

 

Wassalam

AisyahZ

KL

 

 

Advertisements

5 thoughts on “Mencari seorang iradah qawiyah.

    chihiroitusiapa said:
    March 5, 2012 at 7:17 pm

    subhanallah, ditakdirkan berkenalan dgn IQ pula. terasa seperti dapat suatu tiupan semangat dari sini. jazakillahu khayr akak. post akak tidak pernah mengecewakan :’)

    Sarah Ibrahim said:
    March 6, 2012 at 2:37 am

    @

    ummu ali said:
    March 6, 2012 at 12:54 pm

    =) InsyaAllah…

    min said:
    March 7, 2012 at 8:59 am

    Terkesan habis!!!

    fatehah bfgnz said:
    March 8, 2012 at 2:17 pm

    Akak. Nak jadi iradah qawiyah. Doakan saya T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s