Untukmu adikku..

Salam,

Aku menulis ini untuk kamu, kerana aku amat yakin akan potensi kamu yang amat besar untuk Islam dan dakwah ini.

Kerana itu padaku, amat penting jika ini diceritakan buat kamu agar apa yang kamu pilih di kemudian hari, adalah berdasarkan apa yang Allah mahukan buat kamu, bukan apa yang kamu mahu dari dirimu sendiri.

أَفَرَءَيۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُ ۥ هَوَٮٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمٍ۬ وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمۡعِهِۦ وَقَلۡبِهِۦ وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِۦ غِشَـٰوَةً۬ فَمَن يَہۡدِيهِ مِنۢ بَعۡدِ ٱللَّهِ‌ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (٢٣)

Apakah kamu tidak melihat orang yang mengambil hawa nafsunya sebagai Tuhannya? Dan dia pula disesatkan oleh Allah di atas ilmuNya. Dan dikunci pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah)? Oleh itu, mengapa kamu TAK mengambil peringatan? ( Jasiyah: 23)

Pernah dahulu seseorang pernah berkata padaku:

‘ K Aisyah, ada ke ikhwah ini kata akhawat ini macam warden penjara?’


Kami tergelak besar. Ada ke patut ikhwah cakap kami camtu? Habis tu dia ingat dia itu hensem sangat ke kami nak cakap lemah lembut?

Dan aku masih teringat reaksi beberapa  ikhwah apabila aku menegur mereka secara tegas kerana mereka dengan selambanya masuk ke ruangan akhawat!

Aku tidak pernah mengenali jiwa seorang lelaki sehinggalah aku berkahwin dengan dia.

Dan barulah aku faham, mengapa ungkapan warden penjara itu boleh keluar dari bibir ikhwah tersebut.

“macam mana nak kahwin dengan akhawat? muka dah arr tak kenal, meeting plak asyik gaduh je”

taknak arr kahwin dengan akhawat.. garang… takut arr aku… nanti karang kalau bangun lewat subuh kena marah-marah”

Tergelak aku membacanya. Jatuh respek  sedikit pada ikhwah pun ada. Tapi untuk adik-adik baru, bolehlah kita fahami. Itu adalah suara yang lahir dari fitrah insaniyah seorang lelaki.

Cuma….

Dia masih belum nampak syiling disebelah belakangnya lagi ( the other side of the coin)

Begitu juga terkadang aku menggeleng kepala mendengar kisah-kisah ikhwah yang meminang secara direct kepada akhawat. Kebanyakan kes begitu pasti akan bertemu kisah-kisah yang memilukan ( tak jadi maksudnya).

Bekas mutarabbiku adalah seorang yang amat lembut. Suaranya sendiri boleh menjadikan ramai jiwa lelaki bergetar-getar mendengarnya. Aku sering terpaksa menasihatinya untuk menegaskan suara sewaktu meeting kerana itu akan menimbulkan banyak fitnah pada ikhwah yang mendengarnya. Kasihan ikhwah, kataku. Kerana aku sendiri boleh gemalai mendengar suaranya yang lemah lembut itu.

Penangan suara yang lembut, dan mendayunya suara adalah gemersik yang akan menghantui jiwa seorang lelaki, samada ikhwah ataupun bukan.

Sukakah seorang ikhwah itu, jika akhawat itu bertutur lembut lemah gemalai pada dia dan ikhwah lain, dan antum akan sering bermimpi akan dia dan berdiskusi akan dia di meja makan?

Sebenarnya akhwat yang tegas dan dikatakan garang itu , are doing favours to you, ikhwah.

Mereka menjadikan pada ikhwah tidak mengigau di siang hari ataupun tidak lelap tidurnya.

Apatah lagi tidak fokus dalam dakwah!

Suara seorang wanita itu ada bisanya! ( bukankah itu yang anda sedang alami pada wanita2 di luar sana?)

Kerana itu Allah menurunkan ayat ini kepada para wanita, kerana itulah ikhwah, akhawat mengambil pegangan akan ayat ini:

” Dan janganlah kamu berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik.” (Surah Al-Ahzab 32)

Memang tak boleh lunakkan suara, tapi, perlu berkata akan perkataan yang baik.

Percayalah, anda takkan kenal seorang akhawat, sehinggalah anda berkahwin dengannya!

Di situlah kelembutan seorang isteri akan terserlah, dan kebijaksanaannya dalam mengejutkan solat subuh!

Anda takkan tahu, kerana wanita itu takkan tunjukkan kelembutannya dan keayuan serta kecantikan akhlaknya pada sebarang lelaki yang ajnabi!

Seorang ustazku pernah berkata padaku:

‘ Kelemahan seorang lelaki adalah pada wanita. Kerana itu, seorang isteri perlu cari kunci kepada hati suaminya. Di situlah akan diturutinya.’

Di situlah kekuatan seorang akhawat. Dia akan membantu suaminya dalam kehidupan dan dakwahnya. Memotivasikan dan sentiasa mensinergikan.

Akhi Ammar Zain pernah berkongsi dengan kami tentang baitul muslim ini:

‘ Malam sebelum abang Ammar kahwin dengan K anfal, murabbi abang ammar panggil abang ammar datang rumah dia malam itu juga.

Murabbi abang ammar cakap: ‘Esok, anta bukan lagi seorang, bukan lagi berdua. Tapi anta akan menjadi 10 malah 20 dan 30! Kerana perkahwinan ini mensinergikan dakwah anta!’

Ustaz Zawawi dan juga Syeikh Solah ( Ketua Pemuda IM) menjawap ketika ditanya apakah rahsia istiqamah mereka di dalam dakwah ini :

Baitul Muslim yang stabil dan isteri yang bersama dalam perjuangan.’

Kami selalu ingat rahsia istiqamah adalah bacaan quran mahupun tak tinggal usrah, tapi syeikh itu mengatakan baitul muslim, dan memiliki zaujah seorang akhawat!

Padaku, mungkin juga ramai ikhwah belum mengenali ramainya akhawat di satu dunia ini.

Ketika aku di Timur tengah, aku bertemu ratusan akhawat yang hafizah, yang suara mereka bagaikan………. suara simfoni malam yang merdu mengusik jiwa.

Aku sendiri nak bersemangat mengangkat suara ketika memberi pengisian jadi kecut kerana takut mengguris hati mereka yang lembut itu.

Nak cari akhwat lemah lembut, ramai….. tapi mereka ini mahal juga harganya, sebab itu anda takkan jumpa di luar sana, di tepi jalanan biasa.

Akhawat yang cantik, luar biasa ramainya!

Anda hanya perlu tahu saluran yang betul ketika bersedia untuk berkahwin. Begitu juga berusaha meminta agar naqib mencarinya walaupun akhawat itu di kutub utara sana!

Jika benar-benar memahami akan kepentingan baitul muslim, serta ikhlas hanya kerana Allah, Allah akan pasti mudahkan urusan kamu.

Saya pernah menegur beberapa orang ikhwah hanya kerana mereka direct contact dengan anak usrah saya. Saya menegur dengan penuh hikmah dan lemah lembut. Minta anak usrah cek ok ke tak bahasa emelnya.

Ikhwah itu melenting dan terus menghambur kata-kata nista yang sangat mengejutkan diri saya. Sehinggalah kata-kata kesat dikeluarkan.

Astaghfirullah. Tapi takpelahkan, ikhwah itu masih muda di waktu itu. Tentu dia sendiri tak sangka dia terbuat begitu. Moga Allah merahmati dia dan saya juga.

Dari situ saya faham, bagaimana mudahnya ego seorang lelaki tercalar dan tercabar, walaupun lemah lembutnya teguran itu.

Katanya juga bukan isu garang, tapi isu tak kenal…

“Laa, apsal tak kenal, time daurah ke, meeting ke, pandang-pandang arr, usha-usha sikit”

Astaghfirullah. Katanya, ini kata seorang senior dakwah.

Sedih mendengarkan kalimah ini. Mengapa ungkapan ini boleh lahir dari jiwa seorang akh?

Kita benar-benar memahami ayat ini yang selalu kita baca.

” Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…… . dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka.” Surah An-Nur 30-31

Sabda Rasulullah SAW :
” Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu.”
(Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi)

Dan kita pernah tahu kisah seorang perempuan yang mengorek matanya dan diserahkan pada Hassan Al-Basri hanya kerana Hasan terpikat akan kejelitaan matanya!

Begitu juga Rasulullah mengingatkan pada kita akan zina mata yang selalu dipandang lekeh oleh kita para duat:

Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).

Prinsip tetap prinsip. Apa yang Allah dan Rasulullah ajarkan, kita perlu pegang sepenuhnya, tanpa dalih, dan tanpa eh dan uhh.

Jika sudah bersedia, berbincanglah dengan naqib.

Setelah ada calon, lihat pada gambar , istikharah, dan teruskan.

Kemudian, proses taaruf. Di sinilah proses pengenalan berlaku. Bukan  berkenalan tanpa ada orang tengah. Walaupun kenal sebelum berkahwin, tak semua perkara kita boleh tahu sehinggalah kita benar-benar hidup dengan orang itu.

Begitu juga aku amat terkesan akan kenyataan ini:

akhawat kat lokaliti ‘sekian2′ garang arr, takut aku, cakap cam nak cari gaduh.

ikhwah itu sekarang tgh dlm proses BM dgn bukan akhawat

Allah…. kalau benar-benar faham akan maratib amal, akhi itu takkan bertindak sedemikian.

Begitulah rentetannya… akhawat dibiarkan tak berkahwin, ikhwah memilih bukan akhawat.. dua-dua pihak mengetip bibir dan menggaru kepala.

Seorang murabbi lagi pernah menasihati kami,

Bila kita di anak tangga pertama, kita sedang membina diri kita sahaja.

Apabila kita naik anak tangga kedua, kita pula perlu BELAJAR untuk membina rumah tangga kita pula.

Sehinggalah seterusnya kita pula perlu membina masyarakat muslim tersebut.

Kebanyakan orang hanya menumpukan bagaimana untuk membina dan mentarbiyah dirinya sendiri.

Tetapi, tidak mampu untuk mentarbiyah keluarganya pula. Bermula dari pemilihan pasangannya.

Dan aku katakan padamu adikku,

Walaupun yang berkahwin itu ikhwah dan akhawat pun, setiap rumahtangga itu pasti ada ribut dan taufannya. Begitu juga ada tawa dan bahagianya. Jika kita mengharapkan kesempurnaan pada sebuah rumah tangga/baitul muslim, pasti kita akan kecewa kerana sunnatulahnya, setiap rumah tangga pasti akan berhadapan dengan ujian untuk kita atasi dengan hikmah dan kesabaran.

Tetapi, kerana kita memilih pasangan kita kerana Allah, hanya kerana Allah, adakah kita rasa Allah takkan membantu kita?

Isu yang diutarakan lebih menonjolkan realiti sebenar duat yang ada pada generasi muda. Apa yang mereka fikirkan, dan apa yang mereka utamakan dalam kehidupan mereka. Sedih apabila kami membincangkan isu ini.

Isunya bukanlah tentang ikhwah dilemma nak kahwin dengan akhwat

Isunya apabila daie sudah makin banyak masa kosong dan mula berehat-rehat, maka dia akan mula memikirkan perkara bukan-bukan dan membincangkan hal-hal yang tak mendatangkan amal, malah makin menjadi malas untuk berjihad! Dalam erti kata lain, tidak memikirkan tentang dakwah sehingga pening dan memikirkan tentang umat sehingga menangis setiap malam! Malah tidak berfikir bagaimana untuk terus menerus membina dan mengajarkan orang lain tentang Islam, pada sela masa yang amat sedikit sekali!

Seperti berbincang tentang baitul muslim itu lebih enak berbanding berbincang tentang masalah pembinaan adik-adik dan pelapis untuk mewarisi dakwah. Last-last nak pilih calon bukan akhawat? Erkkk……. ( tapi, at the other extreme, sampai tak nak pula langsung bincang pasal BM dan tak nak kahwin pun, ini pun salah ! Maka kene berimbang dalam hal ini)

Bila dakwah bukan lagi kehidupan dan fokus utama pemikiran, hati, juga jiwa dan perasaan, adakah  seorang akh itu akan memilih akhawat sebagai pasangan hidupnya secara rela?

Jika dakwah tidak memenuhi aktiviti setiap saat dan masa kehidupannya, adakah dia sanggup untuk dikahwinkan dengan mana-mana akhawat sekalipun? Yang lebih tua dan tak cantik rupa parasnya, malah garang pula?

Bila Allah, bukan lagi kecintaan utama, adakah dia akan memilih pasangannya kerana Allah?

Ini adalah masalah iman dan juga kefahaman.

Ini bukan isu akhawat garang dan suka cari gaduh dengan ikhwah, bukan juga masalah tak begitu mengenali sesama ikhwah dan akhawat. Ini soal kefahaman dan keimanan pada sebuah maratib amal, juga mempercayai formula istiqamah di atas jalan dakwah.

Tersingkap kerja-kerja yang bersungguh-sungguh dan amat keras untuk mentakwinkan dan memberikan kefahaman jitu dan tulen kepada kader dakwah kita. Sehinggalah kehidupan mereka, nafas, dan degupan jantung mereka, lestari hanya untuk Allah dan risalahNya.

Untuk akhawat sendiri, akhlak adalah cerminan iman dan ketaqwaan kita pada Allah. Tumpukan usaha ke arah itu, Allah akan buahkan akhlak yang terbaik ketika berinteraksi dengan manusia lainnya..

PS; saya amat kagum melihatkan akhawat yang mengikhwahkan dan mengqawiykan suami mereka. Meningkat-ningkat lebih laju dari mereka sendiri, walaupun sebelum kahwin, mereka lebih hebat dari suami mereka. Subhanallah! Bagus bangat!)

PSS: tabir, selalu jadi isu yang tak perlu sebenarnya. Bukan double standard, tapi untuk melatih tabir hati. Bila dah salu letak tabir, dia akan praktis hati kita untuk ada tabir juga. so pada khalayak dan waktu2 kehidupan biasa, kita dah terbiasa sepatutnya ada tabir hati itu, ataupun ketundukan hati. Tak bermakna kita lagilah nak berpandangan liarkan dengan orang di luar sana hanya kerana takde tabir. Begitu juga, ini adalah didikan dari Allah buat kita :

” Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka, mintalah dari sebalik tabir. Cara demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka”
(Surah Al-Ahzab 53)

PSSS: lama tak update. Majalah amat menggigit jemariku!

Ana ukhtikum fillah,

AisyahZ

KL

45 thoughts on “Untukmu adikku..

  1. Allhamdulillah, Benarlah kata-kata Allah “Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik” dan sebaliknya…Jadilah yang baik, InsyaAllah, akan dapat yang baik..Sy telah melalui proses BM dan 100% tidak kenal ikhwah bakal suami..Dia pun begitu jua..Letakkan niat pada tempat yang betul, istikharah dan yakinlah dengan keputusan yang dibuat. Berkenallah melalui saluran yang betul, pasti akan dimudahkan-Nya. InsyaAllah, ikhwah akan dapati, isteri anda tidak segarang yang disangkakan malah kelembutannya menjadi pendorong untuk BM tersebut lebih mantap dalam DnT..InsyaAllah.

  2. alhamdulillah, terima kasih perkongsiannya akak.
    moga kita semua mendapat manfaat dan berusaha memperbaiki kekurangan diri lantaran kelalaian dan kekhilafan ini. kadang2 bab ni org ambek remeh, dgn beranggapan suara xkan menyeru ke arah zina. astaghfirullah

  3. salam kak muharikah 🙂

    adakah post ini rentetan kpd satu post lain ttg bm? heheh..sy pn agak terkedu sbnanye mbace post itu. sy rasa kalau para sahabat dahulu, diorang akan fikir, kalaulah suara yg lemak merdu lemah lembut akan mengikat mereka di rumah dan menghalang mereka dari keluar di jalan Allah, mereka lebih rela mendapat isteri yg mcm singa..pndpt sayala..sbb kan nnt diorang akan dpt bidadari jgk kt syurga, so xpela kt dunia ni dpt yg mcm2 mana pn..tp sy yakin akhawat akan sgt lembut when the time n place are right. “wallazina ma’ahum ashiddaau ‘alalkuffari RUHAMAAU BAINAHUM…” – al-fath, ayat last. ^_^

  4. Ana pernah dengar kisah ikhwah yang nak pinang al-ukht hanya kerana suara lunak di balik tirai

    Bukan mudah menjaga hati, bermujahadah dalam muamalat

    Teruskan berjihad

    Anyway
    Ana 100% tak kenal zaujah sebelum taaruf
    Zaujah ana 100% tak kenal ana sebelum taaruf

    Ikhlaskan niat kerana Allah

  5. untuk melayani nafsu memang mudah, tapi untuk melawan nasfu sgt susah…

    sepatutnya benda macam ni jgn diceritakan kepada orang ramai… =,=! huh…

    tak ade efek pon… lebih baik ceritakan kepada individu yang terlibat..

  6. Sesungguhnya bezakanlah sebuah kegarangan & sebuah ketegasan. Ketegasan itu adalah umpama benteng tinggi yang ditanam bagi memelihara sesuatu yang diharamkan buat ajnabi, selagi mana perkara2 haram itu diharamkan, selagi itulah benteng itu berdiri teguh.. Ini hakikat seekor singa (tiba2 teringat cerita lion king). Biasanya yang menyinga sehingga satu hutan dengar adalah singa jantan, singa betina hanya akan mengaum bila haknya diganggu. Selagi mana ngauman akhawat itu bersebab, you deserve it, truly.. kalau akhawat itu selalu mengaum tanpa sebab yang kukuh tegurlah dia dengan saluran yang betul & hikmah..Semoga lepas ni takde dah lagi ikhwah yang mengigau suara lunak perempuan & ngauman singa yang bernama akhawat ^__-

    Buat ikhwah & akhawat yang belum mendirikan bait muslim,
    Jika Allah telah menentukan kalian dengan ikh/ukt yang kelihatan tegas, garang atau menakutkan, Yakinlah dengan sepenuh keyakinan dengan ketentuan Allah dengan jodoh kalian kerana hanya Allah yang tahu siapa paling terbaik untuk kalian bukan diri kalian sendiri. Kahwinlah kerana Allah & untuk Allah.Sorang mak cik pernah memberikan jawapan pada persoalan ” Macammana kalau kita akan kahwin dengan orang yang garang, tegas & menakutkan”, she answered dengan bersahayanya “Orang yang nampak garang, tegas & menakutkan ni, dia tak akan sama sekali garang dengan suami/isteri & anak-anaknya”.. Sesungguhnya kata-kata mak cik ini tersangatlah benar.

  7. salam, ayat quran yang pertama tu ,
    kak aisyah terlupa letak ‘tidak’

    Oleh itu, mengapa kamu TIDAK mengambil peringatan? ( Jasiyah: 23)

    1. jzkk kepada yang mereply dan memberikan pendapat. moga manfaatnya lebih besar dari isi penulisan ini sendiri..

  8. Point yang rasenye sume orang boleh terima dan mmg sangat disokong oleh ana 100%,
    akhawat tegas, adalah untuk jaga hati ikhwah juga, takut ikhwah shok sendiri plak,

    kite berhubung dgn akhawat pun atas dasar kerja dnt sahaja, kite bersua pun demi mensinergikan tenaga penggerak penggerak yang ada, demi memimpin masyarakat yang tengah lemas,

    kata kata mutiara orang bijak pandai,

    orang yang tidak berfikir akan benda BESAR, dia akan berfikir akan benda kecil kecil jeee.

    Manusia, walaupun dialah ikhwah atau akhawat super saiya pun, die tetap manusia juga, jika dia TERfikir tentang BM, itu adalah fitrah normal, ana pun kadang2 fikir jugak ,

    cume letakkan prioriti apa apa perkara pun di tempat yang sepatutnya

    eheem, ini pendapat manusia sahaja, maka boleh ditolak, terima, bangkang dll, (usul 20)

  9. Alhmdulillah, lps baca artikel ni, rs cm nk kawin ngan sister je, rasa lega wlupun x kenal awal2 pun kiranya semua sisters ade kefahaman cm ni. Hihi..

    Tp cm sian sister klu pasangannya kurg hebat kefahamannya cm saya… X terer sgt benda2 yg menyentuh hati ni, tp ade minat la..

  10. Menarik. tapi terlalu idealistik tidak sihat untuk jangka masa panjang. Ikutlah, teruskan rentak ini. Terlalu lemas dalam dakapan ‘dakwah’ hingga terlupa untuk bernafas…

    1. err encik/cik papan,

      apekah definisi ‘lemas dalam dakapan dakwah’ yg anda maksudkan itu? kalau mksd de kite terlalu bnyk fikir dan buat kerja dakwah smpi x smpt utk benda lain, bukankah itu mmg patut? sbb kalau kite fikir psl betapa teruknya umat ini skarang dan betapa bnyknye keja kita, kita akan sesak dada dan rasa x cukup masa. itu yg sy faham la…lagipun lebih baik ‘lemas’ dalam dakapan dakwah dari lemas dalam dakapan2 lain spt dosa, kelalaian, ppuan dsb..kan? kan?

      p/s: kerana islam adalah deen yg sempurna, maka kita pengamalnya juga patut meletakkan kesempurnaan itu sbg benchmark. nabi pon suruh kita aim syurga Firdaus sbg tmpt akhir kita, bukan syurga kelas bawahan. tp islam juga dlm masa yg sama amat praktikal, jd ‘terlalu idealistik’ is not supposed to be an issue here…wallahu ta’ala a’lam.

      peace.

  11. Saudara papan, walau apapun jalan yang kita pilih, bile kita bergantung pada Allah dan yakin akan pertolongan dariNya, tentulah Allah takkan tinggalkan kita di saat kita memperjuangankan agamaNya kan?

    Walaupun mungkin saudara ada kenangan yang tertentu, namun, apabila niat kita ikhlas kerana Allah, bukanlah buat sebab ‘dakwah’, tapi buat mmg kerana Allah suruh kita buat dakwah ini, insyaallah, Allah akan tolong kita. di sepanjang masa.

    kuncinya adalah bersama Allah dan kerana Allah, sepanjang masa. ( Muhammad ayat 7) wallahualam.

    PS: tak sepatutnya juga saya rasa seseorang itu tenggelam dalam dakapan dakwah jika mutabaah fardhiyah itu juga sama banyak dengan tuntutan dakwah. takkan tempang dan takkan menyebabkan seseorang itu jauh dari Allah.

    1. Maaflah, kalau ada yang terasa. Hanya fikiran secara rawak. Betullah apa yang anda nyatakan. Cuma bila baca ada rasa satu perasaan yang sukar ditafsirkan, rasa macam nak lari daripada orang2 macam anda ni. Tak tahulah kenapa…apa2 pun kalau anda rasa itu yang terbaik mengikut pehamaman anda. teruskanlah. Moga dirahmati.

    2. Serba salah saya plak. X terasa pun.

      Mungkin perlu berjumpa dgn salah seorang dari kami. Mungkin kat situ boleh bincang2 lagi. Banyak benda kalau kita banyak kenal ramai org yg berlainan latar belakang, kita akan mula memahami..

  12. bila dah baca post kontroversi dari blog akh tu, baru fhm kenapa k aisyah tulis post ni. setuju sgt yg slh fhm ini telah berakar umbi.

    psl double standard tu, sangat tak adil kot ckp cmtu. we only get to practice dengan ikhwah. kat luar, sedang berusaha jugalah cuma keadaan mmg tersepit especially akhawat2 engineering yg kdg2 tiada perempuan lain pun dlm lab kecuali dirinya. kami sering rasa terhimpit dengan rasa bersalah sebab takleh practice kat luar, tiba2… lagi bertambah sedih.

    p/s:kadang2 tak angkat call sb tak sure ikhwah call mmg sbb urgent ke tersalah tekan (sbb baru lps msg bg info, etc)… huhu~

  13. aku sampai dsini kerana jemputan seorang kawan…

    ini pndganku setelah mmbaca sbnyak 3x..
    maaf jika kau tidak sependapat dgnku kawan…:P

    sepatutnya bila dah bermeeting bertemu, boleh menjadi kawan.. tpi dari entry ini jelaslah, memang akhwat speerti seseorang asing dalam kehidupan, dan orng begini, lebih elok tidak berkawan dgnnya kerana akan menjadi beban dimasa mendatang…

    aku belaajr di insaniah.. aku pernah berjumpa dgn akhwat yg bila ditanya namanya, dibalas kepadaku “nama tidak penting..” ya, memang lembut tp sejak saat itu walaupun setiap hari berjumpa aku tidak memandangnya atau menegurnya kerana perempuan begini hanyalah bayang2x yang hadir didalam hidupku, semua mengtkan aku benci padanya tp aku bukan benci tetapi apalah guna berkawan dgn orng yg suka bersangka buruk, ??? syadid terhadap orng lain?? bermuka masam 24 jam??? dalam 10 akhwat, bukan semua begini, ada yg bersikap sederhana,inilah sahibahku,bukankah bersikap pertengahan itu manis???

    tidak slaah untuk berlembut, tegas itu perlu tapi perlu tempatnya.. jangan menjadi katak yang dibawah tempurung, lalu tempurung itu ditutup pula oleh kotak…
    kasihan aku pada lelaki2x baik itu… sudahlah rajin bermesyurat, namun bergaduh, dilaayan seperti lelaki jahat.. hahaha……. serius xbest~~~:P

    lebih elok keluar mesyuarat dan meninggalkan kumpulan begini..
    daripada mulut mendapat dosa, lebih elok badan mendapat pahala= tidur..:D

    apabila benda2x ini berlaku, lelaki pasti tidak mahu perempuan2x seperti itu,
    agama itu indah namun ia boleh menjadi racun jika disalah ertikan…
    tidak pelik jika ikhwah memilih nora danish dari akhwat~~~:P

    menulislah denga nrealiti bukan fantasi..
    menulislah agar dipraktikkan bukan dibaca shaja..

    1. Perokok– huhu. Rasa cam x best plak nama ni. Heheh baca komen anda ni agak provokasi. Tapi xpe.

      Pertama kene tinggalkan rokok kalau anda masih merokok.

      Kemudiannya dekatkan diri dengan Allah.

      Dari situ anda akan faham maksud saya apabila satu hari anda bertemu dengan bidadari tersbut… Yg ramai di dunia ini cuma mereka tertutup dan terjaga begitu mahal harganya

      Mungkin anda belum pernah bertemu lagi dgn akhawat yg dikatakan garang itu.. Bila dah jumpa dan tgk betul2 serta x judgemental dgn cepat, u will know what i mean

    1. seperti yg kukatakan diawalnya.. inilah pandanganku,

      -aku sentiasa berdoa agar tidak bertemu dengan wanita yang syadid dan keras sikapnya kepada anak2x adam;… jika dengan anak2x adam keras, inikan dengan bakal suaminya..ini adalah hukum akal dan aku xberkwn/menghindrkan diri dgn wanita yg grang etc~~:P

      -“Laa, apsal tak kenal, time daurah ke, meeting ke, pandang-pandang arr, usha-usha sikit”

      ya, anda memberi ayat quran… maka ingin kukatakan disini, lelaki2x baik ini sungguh kasihan keran abergaul dgn wanita2x sepertimu… hanyalah beban semata2x, jelas2x beliau katakan, usha2x la “sikit”… tidak slaah,”HENDAK SYADID,SYADID PADA DIRI..”

      terima kasih atas nasihatmu itu, akhir kata…

      apabila orang sepertim menggunakan nama ISLAM, maka akulah orngnya yg akan lari dari golongan2x ini…~~ yang pasti, wanita yang baik itu lembut,manis dan sejuk dipandang kernaa “nur iman” diwajahnya, buknlah kerana keGARANGnya lalu membuat alasan.. kami ingin menjaga bla bla bla.. teruskanlah dengan pegangan kosong ini asalkan islam kalian terjaga… islamku ada bersmaa golongan2x sederhana, maka sebb itulah akhwat yang baik denganku adalah mereka yg bersikap wasoti… sekian~~

      ps:- bacalah komenku betul2x.. tulisanmu ini mmng disukai, terutamanya golongan yang taksub dan JOSH kepada agama ttpi bukan orng2x wasoti, tata~…:D

      ps:-kawan, kau bawa aku kesini namun disini bukan jiwaku.. haha, aku tahu kau adalah papan disini kerana ayat kau 1001x lebih tinggi dariku… hnya yg betul2x ingin tahu akan paham ayatmu.. aku undur diri dari perbincngn ini yg tiada faedah pd pengamtanku…~~~;)

  14. Pendapat ana, tulisan ini sangat baik menjelaskan apa yg kabur (yg krg memahami ttg BM terutamanya buat seorg ikhwah bujang). Ana hanya merasakan, jika ada tulisan yg lebih lembut bahasanya, sudah tentu yg ditujukan itu insyaAllah, lebih membuka menerima dan membimbing ke arah sama-sama menguatkan fikrah, : )

  15. Assalamu’alaikum

    Mungkin harus membawa pembaca kepada perkara-perkara selepas perkahwinan itu sendiri. To see a bigger picture. Selepas akad nikah. Selepas berbulan madu. Selepas mendapat anak. Selepas segala kelebihan dan kekurangan masing-masing dilihat.

    Ibu kepada anak-anak kamu yang bagaimana yang kamu mahukan? Dan anak-anak yang bagaimana yang kamu mahukan? Dan tanya diri kamu sendiri, kamu itu akan jadi ayah yang macammana? Mampukah kamu menjadi ayah yang sempurna tanpa seorang isteri yang cuba sedaya upaya menjaga kesempurnaan hatinya dan zahirnya sebelum mengahwinimu? Saya tahu semua orang tidak sempurna, tetapi kalau seseorang itu aim for the star, at least he will land on the top of the mountain.

    Pada saya, yang ibu saya seorang akhawat, begitu strict tentang hal-hal pergaulan antara lelaki dan perempuan, saya sejahtera dengan sifat reserved, dan ‘garang’nya seorang akhawat.

    Bagaimana pergaulannya dengan lelaki lain? Apa yang perlu sahaja. Tak bermaksud tidak boleh bargain ketika berjual beli, tak bermaksud tidak mesra, ada tempatnya yakni di tempat-tempat yang dibolehkan. Tidak bermaksud tidak bercakap dengan lelaki, tapi apa yang perlu sahaja. Boleh sahaja seorang akhawat itu bekerja di lapangan yang semuanya lelaki, tapi semua lelaki dikelilingnya menghormatinya kerana akhlak yang ditunjukinya. Seorang kawan saya, bekerja dalam bidang computer science-networking, ramai officematenya lelaki, masih menjaga akhlaknya, jaraknya dengan lelaki ajnabi, dan semestinya hijabnya. Siapa dia? Seorang Palestinian, yang officematenya rata-rata lelaki Jerman.

    Kerana apa saya sejahtera dengan sifat akhawat yang begitu dihadapan ikhwah dan mungkin lelaki lain?
    (1) Saya merasakan, kerana ibu yang tegas terhadap dirinya dahulu, dirinya akan tegas terhadap anak-anaknya.
    (2) Kalaulah tidak kerana dia tegas terhadap dirinya terhadap maratib2 amal yang lain, mana mungkin dia mampu membimbing mahupun menolak apa yang dibawah tanggungjawabnya jauh kehadapan. Beyond what you and me can imagine.
    (3) Saya merasakan kefahaman dan apa yang dipraktikkan seorang akhawat setelah dia memahami Islam, akan membentuk dan menyalurkan sifat manusiawinya sebagai seorang wanita ke arah amal-amal yang diredhai Allah. Contoh: Kerana dia merasa tanggungjawabnya yang terlalu penting untuk memastikan anak-anaknya dan suaminya, serta dirinya sendiri untuk bangun subuh, dia pasti akan make sure semua bangun subuh, walaupun terpaksa memaksa, menjerit di pagi hari, setelah segala cara yang ‘lembut’ dicuba berkali-kali.

    Jangan terlalu buruk sangka dengan menyangka akhawat dihadapanmu itu buruk sangka kepadamu sehingga bercakap pun seperti robot, tidak senyum, tidak boleh memberi namanya dan macam-macam lagilah. Kerana dia mungkin sedang menjaga dirinya sendiri. Sifat malu seorang wanita itu benteng yang utuh yang dia mahu jaga supaya hatinya tidak terusik. Fahamilah yang satu ini, **hati wanita mudah terusik**. Mungkin dengan panggilan namanya, Mungkin dengan senyuman. Dan seperti yang penulis sudah katakan: dia juga menjaga dirimu, wahai lelaki. Mana tahu senyuman yang segaris itu terus membuat dirimu angau tak tentu arah, atau suaranya yang merdu itu terus membuatmu memasang angan-angan untuk dirinya menjadi ibu dan terus guru Al Quran kepada anak-anakmu (padahal dirinya sudah disunting, dan kamu frust menonggeng). Semua ini indah-indah belaka, tetapi hati yang terusik itu akan susah diubati. Kalau dilayan lagi parah.

    Pernah ibu saya kata, dia begitu malu dengan ayah saya, walaupun sekarang sudah hampir meniti usia emas. Mungkin padanya panggilan ayah saya padanya, mendatangkan gemersik cinta pada hatinya, mungkin pada hadiah yang diberikan, mungkin pada cerita-cerita kehidupan yang hanya mereka sahaja yang tahu, dan semestinya pada penglibatan diri mereka masing-masing di lapangan dakwah.

    Kepada akhawat sekalian, Allah Ma’ak..

    Sekadar pendapat saya.
    yang baik-baik dari Allah, yang tak elok tu, dari kelemahan saya sendiri.

    Allahu A’lam.

  16. kak, saya suka kata-kata Dr Maza, Lebih kurang camnilah ”Kita luas dalam Feqh, sempit dalam hal ibadah”. Saya cuma berharap penggerak2 dakwah boleh lebih luas dalam feqh. Itu je, memang betul saya ada banyak pengalaman yang kurang menyenangkan dengan kader2 dakwah ni. Seakan2 mereka telah menggarap satu perasaan “suci dari orang lain”, holier than thou punya sikap.

    Jadi tak hairan bila ada yang membenci golongan ni apabila mereka masuk dalam mana2 organisasi. Kerana apa?

    Maaf, saya bukan judgemental, cuma benda ni perlu muhasabah balik. Nak syadid boleh, dengan sendiri sudahlah, jangan mutasyaddid. Saya tak kenal akak, jadi teruskan je la dakwah dan jangan berhenti. Berilah kelapangan. Permasalahan tu memang ada, dari mengatakan terus orang tu dalam kesalahan baik fokus kepada penyelesaian.

    Lagi satu kisah2 yang syadid dan mengarut macam kisah mata yang akak quote tu dan juga kisah2 lainnya (macam kahwin dengan perempuan cacat anggota bla bla). Eloklah dihindarkan, tiada asas dalam islam pun.

    Tafsiran akak tentang agama saya rasa agak sempit dan susah. lapangkanlah pandangan kita tentang islam. Kalau ‘dakwah’ yang kita laung2kan tu buat orang makin jauh dengan kita buat apa?

    Seolah2 menjadi sindrom dalam umat ini apabila makin syadid makin keras sesorang tu penafsirannya pada islam, semakin tinggi dan kuat imannya. Bukankah islam itu agama yang sederhana dan dekat pada fitrah?

    عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال:
    (إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلَّا غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنْ الدُّلْجَةِ)

    Apa2pun, saya sukakan kepelbagaian, kalau takde orang macam akak, saya dan perokoksoleh, tak best juga kan hidup ni. Agak malas nak komen sebenarnya, tapi rasanya https://muharikah.wordpress.com ni dapat banyak hit dari penggerak2 dakwah, terutamanya golongan bertudung labuh ni, rasanya elok juga kalau pembaca2 ni sedar golongan2 macam kami ni.

  17. baik. saya terima pendapat awak. cuma best kalau dapat jumpa secara live sebab boleh bertukar2 pendapat dan juga fikiran insyaallah. ada benda bila kita kenal seseorng itu secara live sebenarnya dia takdelah sesyadid yang kita nampak seperti mana dalam penulisannya.. begitu juga dia bersifat anjal dan cuba menyesuaikan dirinya dengan kehidupan manusia yang berhadapan dengannya.

    cuma kadang2 begitulah. kemampuan kata2 terbatas dalam menyampaikan apa maksud sebenar begitu juga pada asalnya bermaksud lain dan difahami dalam bentuk berbeza pula.. sebab itu bila dapat berjumpa, pandangannya turut menjadi lain.

    moga Allah dapat terus memimpin hati2 kita semua iALlah

    1. Salam.. Ana merasakan macam terlebih convenient untuk kita melabel seseorang itu sebagai tak faham maratib amal, muwasifat tarbiyah etc bila pendapatnya bertentangan dengan kita. Jadi apa langkah para daie untuk memikat semula hati2 orang sebegitu utk bagi mereka menerima fahaman kita? Ana tidak hairan jika ada yang makin menjauhkan diri akhirnya.
      Sejak di alam pekerjaan ni, ana diperkenalkan kepada seorang akhawat, tp dapat rasakan dalam tempoh 2 bulan lebih ini sikapnya yg acuh tak acuh dlm bertaaruf. Setelah istikharah dan terjumpa pulak artikel akak (sebelum ini ana x sure nak buat apa) ana dah nekad utk putuskan contact dengannya. Ana ada seorang lagi kenalan bukan akhwat yg lemah lembut dan tak garang/sombong dan yg paling penting ada respon. Mungkin itu pilihan lebih baik utk ana, insyaallah.

    2. Terzass juga ana baca komentar anta ni ya akhi, kerana tak adil menghukum seorg wanita hanya kerana sebuah tulisan yg sebenarnya sedang menjawap persoalan berbeza sebenarnya.

      Tulisan begini mmg biasa akan mendapat sambutan pelbagai. Ana sendiri ada kekhilafan dalam penulisan sehingga x mampu menutup kesilapan mahupun mencari titil wasatiah yg tepat.

      Ini kerana pengalaman ana yg amat dangkal juga ilmu yg sedikit. Penulisan ini sebenarnya bertujuan supaya muslimah sendiri tidak mengambil mudah soal ikhtilat tetapi tidak bermakna perlu menjadi ibarat seorg tentera.

      Mungkin juga jodoh anta mmg dgn wanita yg anta maksudkan, itulah yg terbaik setelah syura dan istikharah. Mungkin juga akhawat anta maksudkan ada masalah lain yg sukar utk kite tebak maksudnya

      Pendeknya x boleh kite generalisekan semua org dan setiap org perlu melihat pada konteks yg dimaksudkan.

      Begitu juga sorg ikhwah dalam keadaan tertentu mmg harus melihat akhawat kerana kalau x mmg x tahu sape nak dipilihnya!

      Cume apa yg cuba ana tekankan agar generasi muda dakwah x memandang remeh soal ikhtilat sehingga mengganggu emosi dan tumpuan.

      Namun soal pemilihan jodoh, perlu dibimbing oleh org tua yg berpengalaman dan ini adalah konteks berbeza dan setengah keadaan diberikan ruang dalam pengenalan

      Harap akh tak salah faham dan moga dapat kite bertemu pada sebuah ukhuwah dan bukannya perselisihan dalam bab ini. Apatah lagi apa yg ditulis adalah pendapat peribadi yg amat doif sekali

      Maafkan saya

      Wallahualm

  18. Salam kak. Mungkin la karya akak yg ni agak syadid dan senang utk disalah fahami. Bagi yang faham, insyaAllah ok. Tapi bagi yang salah faham, sangat senang utk dorang menjauhkan diri dari kita. Lalu terjadilah misconception macam saudara papan n perokok soleh.
    And betul juga, sebab ia adalah penulisan dan bukannya live, itu sebab orang lebih senang ter misinterpret the message. Allah tau, dan moga Allah tunjukkan jalan. Saya nampak usaha akak, jadi mana mungkin Allah tidak nampak.
    Semoga Allah menjauhkan dari riak, ujub dan sum’ah, dan menerima usaha2 kita, serta sentiasa membantu kita utk menyampaikan Islam. Mtk maaf jika sy silap. Wallahualam.

  19. Salam… ^_^

    Beberapa hari lepas,

    selepas habis muraqib,

    Kal a’dii(macam biasa), akhawat akan ucap trimas, (mcm keadaan biase jelah)

    Cume nak dimenarikkan cite, kitorang muraqib jauh sangat sampai tak ingat jalan balik,

    kendian tanyalah, camne nak balik yee,

    Akhawat tu pun bagitaulahh jalan nak balik , cume yg nak kongsi kat komen nie,

    Akhawat tu jawab sambil senyum2, siap gelak tersipu sipu malu lagii…

    Ana punya mata dah pusing kanan kiri dah, air liur pun tak tertelan,

    sampai x terkata ape2, , terus hilang arah dahh, jantung dub dab,

    kendian terus ana balik, tak paling2

    cume, peristiwa itu sangat mengganggu fikiran ana,

    tak selesa fikir, mcm2 terbayang lepas tu , ana terus jumpa ikhwah lain dan mengadu,

    peristiwa ini amik masa berhari hari yee untuk lupakan betul2,

    Sbb senyuman akhowat tuu sangat membekas kat hati ana kot,

    SANGAT SOKONG AGAR AKOWAT LEBIH TEGAS DENGAN IKHWAH,

    ITU LEBIH BAIK BAGI KAMI,

    SAMPAI KERJA ANA PUN TERJEJAS KEESOKAN HARI TUU.(nnt tak tahu nak jwb ape kat majikan kelak >< )

    (Tarik nafas dalam2, hembus, haaah)

    Murakib= istilah bagi menemani perempuan keluar time malam malam.

    ^____^

    P/S:emm tapi tak salahkan akhawat 100% , mungkin dah biasa senyum ke, ikhwah juge patut lebih pandai jaga hati. Tu baru sikit.

  20. minta maaf mencelah, agaknya salah tak kalo ana memandang akhwat seperti ana memandang colleague wanita ditempat kerja, ini adalah kerana :

    (1) Ana dapat merasakan sikap profesional dlm berkomunikasi dimana kami hanya akan membincangkan perkara-perkara kerja (byk kali ana jumpa, tapi ana merasakan hati kosong dan tdk tertarik pada mereka yg bukan muhrim ditempat keje)
    (2) Kalo nk tegur kerana terdapat kesilapan maka point2 dapat dikeluarkan dengan lebih spontan kerana ana anggap kita semua ni sebenarnya satu pasukan dlm sebuah organisasi yg mempunyai objektif yg jauh lebih besar.

    Ana sgt selesa pendekatan yg ana gunakan ni, kita kena cuba faham, bahawa apabila bekerja (atau bermasyarakat) memang x dpt dielakkan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Adakah akhwat (yg sudah bekerja) akan berkeras dgn ikhwh ketika mesyuarat tapi bersikap normal apabila berurusan dgn rakan-rakan sekerja lelaki di pejabat (sekiranya ada)…, Ana rasa ini sgt tidak patut…. Atau lembut ketika hendak berjumpa dgn pensyarah (bagi kes mereka yg masih blaja)

    ana rasa penulisan ini sepatutnya ditujukan kpd induvidu yg tertentu sahaja, kerana ana merasakan seolah-olah we’re being misjudged….

    P/S: ana pernah bekerja di sebuah kilang dimana pekerja wanita adalah 98% dan laki2 hanya 2% sahaja. Tapi ana kena slalu menjaga pandangan cuma bila BERKOMUNIKASI ana akan membawa approach yg Professional.

    P/S: Ana rasa m’slh ni sebenarnya m’slh teknikal sahaja, iaitu m’slh komunikasi. Berkeras pada tempat yg x berapa betul. Cuba amalkan empathy. Ana pun memerahi staff, tapi kena ada caranya, Biar tegas, bukan keras…..

    P/S: ana pun slalu kena marah dgn akhwat…., so still ana x rasakan dia org garang keran ibu ana lagi garang…!!!!

    sori la kalo komen ana ni x bermanfaat lansung

  21. uit…banyak nye komen. Saya xpernah jumpa kak aisyah, tp saya teringin sgt nak jumpa akak, bukan sbb saya rasa akak sesempurna seperti dlm penulisan akak, tp sebab akak juga manusia, dan bila akak tulis atau mengatakan sesuatu pasti kita akan di uji dgn nya…dan akak tetap terus menulis, makanya saya ingin sesuatu di sebaliknya. Mungkin ada penulisan akak yg ‘menyentap’ tp saya berpegang pada satu ayat, ‘jangan kita terasa dengan teguran org utk kita, sebab teguran tue datangnya dari Allah.’ InsyaAllah, teguran dlm post2 akak, datangnya dari Allah juga. Semoga Allah pertemukan kita ye…=)

  22. STYLE.

    “Begitu juga terkadang aku menggeleng kepala mendengar kisah-kisah ikhwah yang meminang secara direct kepada akhawat. Kebanyakan kes begitu pasti akan bertemu kisah-kisah yang memilukan ( tak jadi maksudnya) ”

    ana pon geleng dengan bersungguh-sungguh kak, sampai saket tengkuk. and macam biasa memang dah tahu JAWAPANNYA. jadi janganla berani-berani ye wahai ikhwah. jatuh maruahmu sbg seorang al-akh. babai.

  23. salam ‘alaik

    syukran uhkti. peringtan buat ana. meski bukan dlm golongan akhawat yg join usrah, ana sgt suka ditarbiyyah sebegini. memang, tarbiyyah makan dalam tp kalau tak tarbiyyah, makin menjadi2 nnt. syukran. keep writing, keep tarbiyyah.

Leave a reply to askar Cancel reply