Ironi

  Ada orang menegur saya kenapa sudah jarang menulis. Jika ada pun entry dalam muharikah.com itu kebanyakkanya adalah di kalangan adik-adik.

Mungkin juga dia belum lagi memahami perasaanku apabila orang mengenali si penulis pada bumi nyata. Bila berada di bumi Malaysia ini, makin banyak peluang bertemu dengan adik-adik yang baru. Satu kenikmatan bertemu pemuda dakwah, tapi di situ ada juga satu pressure yang tak terungkapkan ; orang pasti akan expect something pada si Muharikah ini.

Sukar saya ungkapkan apa saya rasa, kerana ini adalah persoalan hati, hati yang hanya ALlah memegangnya. Kerana itu saya takut untuk menulis, dalam keadaan orang mengenal saya. Saya rasa pressure. Apatah lagi, seringkali juga dipromosi oleh FB jemaah sendiri, yang pada saya alhamduliillah kerana mesej Islam itu sampai. Cuma saya takut, if something happen to me….or bila makin orang kenal, makin orang memerhati.. dan macam-macam lagi yang memberatkan hati saya.   lantas terkadang, saya memilih untuk tidak menulis. Dan seringkali ada idea untuk menulis, tapi terkubur akibat desakan iman yang lusuh ( alhamdulillah, tadi pertama kali dapat usrah setelah berbulan2 takde usrah. Alhamdulillah. ada akhawat 6 bulan balik baru ada usrah.. tapi itulah dia realiti hidup di malaysia ini, utk orang yang balik untuk kebaikan ( back for good) ).

‘Ala, awak tulis jelah, atau awak buat blog lain. Atau, apa kata kita buat blog sama-sama nak? mana ada orang tahu.’

Lelaki yang saban hari mengisi kehidupanku itu, bersahaja memberiku idea, walaupun aku tahu blognya sendiri sudah bersawang tak berpenghuni.

Boleh ke encik abang oi nak start balik menulis semula ni?????

Aku ketawa sahaja. Idea menarik. Blog suami isteri. Tapi aku tahu, itu bukan persoalannya. Persoalannya adalah perasaan aku sendiri ketika menulis. Perasaan, merasai orang lain pasti akan judge kita apabila kita menulis. Apabila orang mula mengenal kita.

it just feel…….awkward.

Blog sahabat seperjuanganku APG, yang hit meletup-letup itu sering aku cemburui. Dia dapat menulis dengan bebas, walaupun aku tahu saban hari juga dia cuba membetulkan niatnya dalam menulis. Bukan mudah. Dia sendiri pernah berkata, lebih baik orang tak mengenal dia, dari orang mengenal dia. Dan aku perhatikan, tiada tekanan bagi dirinya, kecualilah tekanan untuk sentiasa mengupdate blog dan melayan mad’u-mad’u maya yang takkan henti beremel.

Tak ramai orang mengenal siapa dia. Jika dia memberi taujihat pun, tiada sape tahu siapa dia. Orang akan kenal dia sebagai dia, bukannya APG. Jika dia ke mana2, takde orang yang nak ambil gambar ataupun minta tanda tangan dia. Keadaan saya, amat berbeza sekali.

Saya rasa.. bestnya kalau orang kenal saya, sebagai diri saya, bukannnya penulis yang mereka minati ( faham ke eh?) . Agar saya mempunyai ramai saudara di sisi ALlah, saudara seaqidah,bukannya peminat-peminat setia semata.   Kerana, manusia ini sangat penuh kelemahan. Dan sukar bagiku menulis tanpa ada kaitannya dengan emosi dan kehidupanku.

Dan seringkali juga nanti orang akan tahu kisahku, dan mungkin juga akan membawa maluku sendiri. Blog yang dahulunya tempat curahan perasaan, terasa perlu dikawal isinya, takut orang akan mengecilkan diri kita. (tapi betul, ini perasaan sendiri sahaja!)

Ataupun orang menilai dan mula juga melabel-label kita. akhirnya tersekat kita membuat perubahan, kerana perkara itu. Ataupun menggunakan kisah-kisahku untuk menjatuhkan aku . ( haiyoooooo! nape suuz zhon ni???? nyah nyah kau syaitannnnn!)

Aku hanya seorang manusia, dan kerana itu aku masih berada dalam kelompok tarbiyah. Dan aku takkan pernah memiliki ciri-ciri kesempurnaan  kerana yang aku temui teramat banyak titik kelemahan. Namun, dakwah ini satu tanggungjawab, dan cara hidup terbaik di sisi Allah. Tiada jalan lain.

Dan di jalan ini, kita diuji dengan populariti, ataupun harta, ataupun keluarga kita. Dan semuanya itu didatangkan Allah untuk test kita, samada kita masih lagi tunduk dan patuh pada Dia, ataupun sebaliknya.

Saya lebih suka, orang tak mengenali saya, dengan apapun. Dan menerima apa sahaja dari saya seadanya. Kerana dakwah ini adalah satu tanggungjawap. Sedangkan populariti itu adalah satu bebanan dan tekanan.

Namun, dalam apa juga keadaan, samada dikenali ataupun tidak, dakwah ini, harus diteruskan.   Dan aku cemburu buat mereka, yang siang dan malam berjihad di jalan ALlah, manusia tak mengenali mereka, namun di sisi Allah, nama mereka teramat harum sekali.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sedikit daripada sifat riak itu adalah syirik. Maka sesiapa yang memusuhi wali Allah nescaya sesungguhnya dia memusuhi Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berbakti dan bertakwa serta yang tidak dikenali ramai akan hal ehwal dirinya. Jika mereka tidak ada dalam mana-mana majlis, mereka tidak dicari, dan jika mereka hadir pun di situ mereka tidak begitu dikenali ramai. Hati nurani mereka seumpama lampu petunjuk yang akan menyuluh mereka keluar daripada tempat yang gelap gelita.” (Hadis riwayat Hakim) .

 

Best tak jadi orang begitu? Bestkan?

Tapi, kerja dakwah, perlu diteruskan.. Perlu dibuat juga..

Blog baru itu, satu idea menarik. Nanti kena bincang lagi. Tapi si dia kena tunjukkan komitmen dulu, barulah best sket kan. Nama blog…….. nantikan… ehehehehe..

Doakan kita semua, sama-sama tetap istiqamah di jalan dakwah. Banyak ranjau dan duri pada kehidupan ini…

Wassalam.

Doakan ana seisi keluarga.

Ana ukhtikum fillah,

aisyahz

gombak

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

2 thoughts on “Ironi”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s