Tak cukuplah awak bagi saya gaji ni, baik saya cari kerja lain!

Posted on

Aik?’

‘ RM 800 tak cukup??’

Tanya Puan Boss kepada pekerja yang mahu diambilnya bekerja.

‘ Puan, cuba puan fikir, saya ada anak 2 orang. Duduk di Kuala Lumpur. Isteri saya tak bekerja lagi, puan rasa saya boleh survive ke?’

Puan Boss terduduk dan akhirnya mengiakan kenyataan pemuda yang datang temuduga di syarikat membersihkan kawasan perumahan itu.

‘ Itu je saya boleh offer awak, Encik Bagus. Take it or leave it.!’ Puan Boss menghempas borang permohonan pekerjaan Encik Bagus sambil menyilang tangan di badannya. Dia seolah-olah tahu apa reaksi Encik Bagus.

‘ Saya ada jumpa satu syarikat lain ini. Dia offer kerja sama tapi  RM 1200. Baik saya kerja dengan dia. Bye puan Boss.’

‘ Kalau awak dah tahu ada syarikat lain ada offer lebih bagus , kenapa awak datang sini, baik awak balik!’

Ok, sudah terlalu exxagerate pula contoh di atas.

Normalnya manusia akan jadi seperti itu. Dia akan memilih pekerjaan yang akan memenuhi keperluan asas kehidupannya.

Samada pendakwah sepenuh masa, mahupun bukan.

Kita mendapatkan sumber pendapatan yang dapat membantu perjalanan kehidupan kita yang normal sebagai manusia .  Apatah lagi sebagai seorang daie.

Apatah lagi seorang lelaki yang perlu menanggung seluruh ahli keluarganya. Kerana itu, dia pasti akan mencari sumber pendapatan yang dapat membantu dia dalam kehidupannya. Dan tak hairan jugalah manusia menghambakan dirinya untuk mencari kemewahan dan wang itu , kerana merasai keperluannya yang tak pernah cukup .

Begitu jugalah dengan keperluan asasi kita yang sangat memerlukan bekalan.

Itulah dia keperluan ruhani, dan keperluan tarbiyah.

Makanan yang mampu menghidupkan kita dan sentiasa akan melajukan gerakan kita.

Sentiasa juga mampu memberikan ilham dan denyutan yang mampu menggempitakan dunia.

Manusia biasa, akan mencari manusia-manusia yang mampu memberi mereka keperluan itu.

Keperluan yang didahagai oleh jiwa mereka.

Seperti mana Encik Bagus yang mencari pekerjaan yang gajinya memenuhi keperluan asasi keluarganya, begitu jugalah kita dan juga ramai lagi orang di luar sana, pasti akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi keperluan asasi ruhani kita.

Jangan kaget, apabila anak usrah kita, mula mencari keperluan itu dari orang lain!

Kerana kita memberikan ia makanan RM 800, sedangkan orang lain memberi RM 1200!

Sedangkan yang dia perlukan adalah RM1200!

‘ Tak tahulah kenapa anak usrah saya tu. Suka sangat kat kakak glamer tu. Apa-apa dia cerita kat kakak glamer tu. takde dia nak cerita kat saya pun!Suka sangat lepak dengan kakak glamer tu. ‘ Begitulah luahan hati si kakak naqibah, luahan yang normal, wajar di rasai oleh mana-mana naqibah pun.

Dan tidak sedikit kita melihat a’dho, atau kader-kader dakwah, sangat merasai kekeringan, di saat banyaknya amal mereka di medan. Sedangkan mereka memiliki kumpulan usrah!

Bahkan, baru kita fahami, mengapa satu masa dahulu, ada orang menyukai jemaah lain dari jemaah kita sendiri, kerana apa? Kerana kita tak cukup memberikan bekalan.

Jangan menyalahi adik-adik kita yang kelaparan itu, di saat mereka menagih makanan dari orang lain. Kerana tarbiyah ini makanan mereka. Pembinaan itu apa yang sangat didahagakan oleh hati mereka.

Bandingkan diri kita, yang hanya berjumpa mereka di dalam usrah sahaja. Lepas itu kalau jumpa hanyalah bercakap pasal dakwah, langsung tak bertanya khabar diri mereka. ( haiya! Camne ukhuwah program oriented). Kemudian di dalam usrah sendiri, hanya bersifat instructive. Tidak adanya sentuhan kasih sayang. Malah, kita boleh lupa tarikh-tarikh keramat mereka. Kita lupa untuk wujud dalam diri mereka selain pada waktu dari usrah.

Bandingkan diri kita itu, dengan orang yang sms anak usrah mereka pada pukul 4 pagi untuk mengejeutkan mereka berqiyamulail. Begitu juga dengan nuqaba yang amat menjaga mutabaah amal fardhi anak binaannya. Setiap masa akan menilai.. Yang sentiasa menelefon di waktu-waktu yang tak tersangkakan. Yang melihat wajah anak usrahnya, dengan penuh cinta dan kasih sayang.

Siapa yang tak cair memiliki nuqaba sedemikian? Apatah lagi jika yang mereka berikan dalam liqa dan daurah, adalah bahan-bahan yang amat disukai dan dicari-cari oleh hati kader dakwah mereka..

Apabila melihat kepincangan dan kelemahan pada binaan kita, jangan salahkan diri sesiapa kecuali diri kita sendiri!

Satu kesalahan yang fatal apabila kita sendiri sudah mula menyalahkan adik-adik kita itu, setelah mereka merasa muak dengan apa yang telah kita berikan.

Kerana apa yang mereka rasai dalam pertemuan kita dengan mereka adalah kekeringan, demi kekeringan!

Bagaimana kita nak beri mereka apa mereka perlukan?

Kita perlu ada bekalan. Kita perlu ada RM1200 untuk beri pada mereka, jika itu mereka perlukan.

Kita perlu ada makna kandungan tarbiyah yang mewarnai seluruh jiwa kita, dari situlah hidayah demi hidayah mampu kita sampaikan buat mereka.

Jangan putus asa dalam menuntut ilmu. Jangan sama sekali. Jika tiada murabbi, membacalah.

Jika bosan membaca, tengoklah video atau dengarlah mp3. Jika bosan juga, menulislah. Barangkali dengan menulis itu akan memaksamu untuk menulis.

Jangan bosan membaiki diri dan jangan letih dalam meningkatkan diri.

Yes, we can blame all the people in the world disebabkan terbantutnya tarbiyah diri kita. But that wont change anything! That wont make you feel better.

Terlalu ramai dahagakan fikrah kita ini. Terlalu ramai mendambakan mata air tarbiyah ini. Menuntutlah. Carilah. Jadilah ejen-ejen Allah yang menyelamatkan manusia dari kegelapan.

Benar, kita nak ramai manusia memahami Deen ini, tapi sebenarnya, kita nak Allah redha pada kita terlebih dahulu. Tanpa melihat keuntungan duniawi yang lain.

 

Kita perlu ada bekalan dalam memberi. Terus menerus. Jangan putus asa. Yakinlah perkara itu. Kita perlu berusaha untuk berterusan ada bekalan itu.

 

Maafkan salah silap saya dalam menulis ini…

 

Wassalam

Advertisements

6 thoughts on “Tak cukuplah awak bagi saya gaji ni, baik saya cari kerja lain!

    Nik M said:
    January 2, 2012 at 10:46 am

    alhamdulillah..the right thing at the right time :).. like2x…

    rabiahadawea said:
    January 2, 2012 at 11:21 am

    T_T

    jzkk akak

    cik premier said:
    January 3, 2012 at 9:33 pm

    =) salam ukhuwah kak.. ~

    miss a said:
    January 16, 2012 at 2:31 am

    love this ka aisyah.

    izzahsalim said:
    February 18, 2012 at 9:34 am

    =) salam ukhwah=)

      muharikah responded:
      February 22, 2012 at 6:09 pm

      salam ukhuwah juga izzah 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s