Mereka, yang tidak pernah diceritakan kisahnya oleh sesiapa.

Dahulu,

Saya amat mengkagumi senior saya yang pandai memberi pengisian di hadapan.

Akan saya perhatikan dia.

Meneliti bait-bait katanya.

Akhirnya memerhatikan bacaan ayat Quran yang luncur laju dari bibirnya.

Sehinggalah kekaguman menyeliputi dada saya, dan akhirnya menjadi sebuah impian yang nyata:

Aku mahu jadi seperti dia.

Akhirnya, Allah benar-benar menakdirkan, akhirnya aku menduduki posisi sepertinya. Walaupun dalam keadaan sedikit berbeza.

 

Benarlah kata-kata ramainya teman seperjuanganku:

‘ kerja-kerja di Malaysia, takkan pernah habis, takkan pernah cukup tangan.’

Apabila mendapat jemputan saban hari untuk berkongsi apa yang aku ketahui ini, sungguh dapat aku rasakan, aura dakwah di Malaysia kini amat bergelombang. Tiada tembok yang dapat menyekat derasan ombak ini.

Sehinggalah kita benar-benar merasa damai dengan tumbuhnya bunga-bunga dakwah nan segar ini, seperti baru sahaja disiram air hujan yang segar.

Alhamdulillah. Walaupun, sunnatullah telah pun mentahkikkan satu sejarah yang amat berharga buat kita.

‘Apabila kamu melihat ramainya manusia yang memasuki agama Allah secara berbondong-bondong..’

Dan kita tahu, ramainya yang berada dalam kelompok dakwah ini juga menuntut pengurusan manusia yang amat rapi dan jitu.

Dahulu, kami sendiri mempunyai masalah untuk menjaga kualiti binaan yang kurang dari 100 orang. Apatah lagi di tempat yang mempunyai ribuan binaan.

Dari sudut lain, aku tidak pernah bertemu manusia yang berjiwa singa, mahupun  berhati halus sehinggalah aku berada di medan sebenar bumi Malaysia ini.

Terkadang kamu melihat wajahnya amat bersahaja, dia tersenyum padamu seolah-olah tiada masalah yang ditanggungnya langsung. Namun setelah kamu bertaaruf dan bertanya khabar, ternyata, masanya, tidak pernah kosong seminit pun. Jika dia tidak bersama dakwah, dia akan berada di tempat kerjanya, ataupun mendirikan ibadahnya pada waktu yang hening.

Dan kamu amat kagumi diri mereka kerana tidak ada satu malam pun yang lekang daripada aktiviti amal kepada Allah. Lantas kamu bertanya, bilakah masa rehat mereka?

Ternyata tidak ada. Jika adapun, digunakan dalam menawan hati keluarga mahupun teman-teman, dalam rangka dakwah menuju Allah.

Begitu juga, pengorbanan masa dan tenaga mereka.Orang biasa, pasti akan terjelupuk di atas sofa, dan tertidur sebentar selepas pulang dari kerja. Namun mereka masih lagi bertenaga untuk bertemu anak binaan mereka, seterusnya bergegas ke medan mesyuarat, ataupun memenuhi jemputan untuk mengisi pengisian.

Walaupun begitu kesibukan mereka, tidak pernah mereka gagal dalam membaca emel dan membalasnya.

Mereka, aku rasakan, lebih dari malaikat. Dan ternyata jika kamu berbicara dengannya, bicara mereka adalah bicara seorang abid yang amat menjaga solat malam mereka, setiap hari.

Astaghfirullah.

Tidak ada maknanya kita menjual diri kita sepenuhnya kepada Allah, di waktu kita masih belajar, dan di waktu kita duduk di luar Negara, jauh dari komitmen keluarga dan masyarakat, jika ianya berhenti di saat kita telah pulang ke Malaysia.

Malaysialah medan sebenar. Bergelut dengan tekanan kerja , bergelumang dengan masyarakat yang stress dengan traffic jam mahupun kekangan wang. Malah, berdiplomasi dengan keluarga dengan sangat berhikmah, sehingga keluarga bukan setakat menyokong, malah membantu dakwah.

Pada aku;

‘That is superbly an amazing job!’

Dan saya sendiri masih belum mampu melakukannya. Dan ketika saya bersama dengan bidadari-bidadari syurga dunia itu, saya sering tergamam, akhirnya tertunduk kaku, dan amat malu dengan diri saya sendiri. Teramat sangat.

Entahlah, kalau borak-borak dengan derang, rasa macam jauh sangat, sebab banyaknya amal mereka buat’, begitu rasa hatiku kepada seorang ukhti, yang pernah satu masa dahulu menarikku semula dari lembah jahiliyah.

Di tika itu, kami melayan anaknya yang teruja melihat buaian di sebuah taman permainan.

‘ Itulah, kita pun rasa, tiap kali jumpa derang,rasa sangat down. Rasa macam tak buat kerja dakwah sangat. Sebab subhanallah, kerja-kerja yang mereka buat, sangat dahsyat..’

Sangat dahsyat..

Sedangkan dulu, kami merasai kami dah all out di medan overseas. Tak cukup tidur. Pegang 2-3 usrah. Setiap bulan keluarkan majalah. Terlibat dalam persatuan.

Semua itu, bila di waqie Malaysia, amat berbeza sekali.

Dan tika kita bertemu dengan manusia supersaiya itu, satu sahaja yang mampu saya tuturkan:

‘ Saya amat kagum’

Subhanallah. Sungguh, mereka sumber inspirasi. Dan aku cuba mengejar mereka dengan berkongsi apa yang aku ada, walaupun, aku langsung tidak mengenali waqie, mereka yang aku dakwahkan itu.

‘ Kita, takkan betul-betul faham waqie Malaysia ini, dengan jadi muwajjih je tau!’

Begitu kata seorang ukhti buatku. Dia kerja di sebuah bank yag  teramat sibuk. Dia bencikan bos dia kerana selalu memarahi dia. Dan pernah dia pulang dengan linangan air mata, kerana tak mampu membela diri dia di hadapan bosnya.

Walaupun begitu, ketika aku bertanya dia, tentang medan amal dia ; ‘ owh, saya bawa 3 usrah darat, 2 usrah oline seminggu ‘. Penuh bersahaja dia menjawap.

Gulp!

Ok, lagi sekali.

GULP!

Ya Allah, amat jauhnya aku dari mereka!

‘ Apsal awak kata jadi muwajih masih takleh nak faham waqie? Pastu, camne saya cepat-cepat faham waqie kat Malaysia ini?’ Memang, sungguh tak puas hati.

‘ Akak kene start dulu medan baru di Malaysia ini. Akak kenal sendiri waqie tersebut, akhirnya akak membina dakwah di situ.’

Benar, lain sangat rasanya menjadi muwajih pada orang yang tidak kita kenali nama, apatah lagi medan kehidupan dia.

Daripada menjadi muwajih di tempat, yang kita sudah bergelumang sepenuhnya di dalam itu.

Yang pertama, kita tak merasai seperti seorang selibriti, yang senang je bercakap ikut rasa.

Kedua, kita akan merasai sebuah kenikmatan tiada tara : itulah dia nikmat menjadi murabbi. Kita membina manusia dengan tangan, air mata, serta titik peluh kita.

Tiada yang mampu membayar harga kenikmatan tersebut.

Kecualilah, apabila kita sendiri terjun di medan amal sebenar.

Dakwah ini, dia tak dibayar dengan harga nama dan matawang.

Dia dibayar dengan syurga. Maka, harganya adalah dengan menggunakan seluruh jasad dan amal untuk itu.

Jika kita masih merasa sayang, pada kerehatan, mahupun wang, dunia,bekerja,  bisnes, mahupun masih tidak mampu untuk bertegas dengan diri kita sendiri, mencari jalan yang sebenar untuk bertoleransi dengan keluarga kita, adakah kamu rasa Allah akan memberi syurga itu?

Allah, menyebutnya buat kita. Dan tentu apabila kita terkesan ketika membaca ayatNya ini:

 قُلۡ إِن كَانَ ءَابَآؤُكُمۡ وَأَبۡنَآؤُڪُمۡ وَإِخۡوَٲنُكُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ وَعَشِيرَتُكُمۡ وَأَمۡوَٲلٌ ٱقۡتَرَفۡتُمُوهَا وَتِجَـٰرَةٌ۬ تَخۡشَوۡنَ كَسَادَهَا وَمَسَـٰكِنُ تَرۡضَوۡنَهَآ أَحَبَّ إِلَيۡڪُم مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَجِهَادٍ۬ فِى سَبِيلِهِۦ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّىٰ يَأۡتِىَ ٱللَّهُ بِأَمۡرِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يَہۡدِى ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَـٰسِقِينَ (٢٤)

Katakanlah : Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik  ( at-taubah : 24)

Dahulu, saya pernah menyebut pada naqibah saya yang amat saya kagumi:

‘ Makcik, saya tak pernah jumpa orang sehebat makcik’, kataku, penuh jujur.

‘ Eh, syah, takdelah. Kalau Syah kenal orang kat luar sana, jauh lebih hebat dari makcik’.

Dan setelah aku merantau, dan mengenali ramainya manusia dalam jemaah ini, barulah aku akui, apa yang bekas naqibah aku katakan itu, betul sekali. ( Walaupun tidak pernah sedikit kekaguman saya pada dia berkurang)

Salam perjuangan dari bumi Malaysia

AisyahZ

Gombak

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

One thought on “Mereka, yang tidak pernah diceritakan kisahnya oleh sesiapa.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s