Aku sentiasa bersamamu

Posted on

Salam,

 

kalau saya jarang menulis, boleh lawati laman website yang saya bangunkan bersama wanita-wanita syurga teristimewa di http://www.muharikah.com

Ada yang saya tulis, ada yang tidak, namun, aspirasi kami tetap sama insyaallah.

Selain dari fasa adaptasi, saya juga mengambil masa sebelum kerja ini untuk menulis buku ( yang teramat lambat pula untuk disiapkan) juga menguruskan hal-hal peribadi. iAllah, teringin sangat nak memenuhi jemputan juga untuk berkenalan dengan waqie dakwah serta penghuninya baru.

 

DAhulu, jika di negara-negara yang saya lawati, jika 3 minggu masa saya ada di sana, seminggu adalah taarif, seminggu untuk takwin dan seminggu lagi untuk tanfiz.

Di alam yang realiti ini, bumi perjuangan malaysia, saya akan berada di sini mungkin lagi 60 tahun ( insyaallah!) , tapi tak bolehlahkan 20 tahun nak taarif kan..hehehe.

cuma mungkin fasa mengenal di bumi ini akan sangat mengambil masa, kerana melibatkan pelbagai pihak dan tanggungjawap di bahu kita.

Yang dahulu, semua perkara berada dalam circle of influence kita, kini di sini, hampir kebanyakan perkara tidak begitu.

 

Fasa adaptasi, mengambil hati, serta menterjemahkan amal di hadapan mereka yang paling dekat dengan kita itulah yang akan menentukan keberlangsungan dakwah di masa hadapan.

And it is not easy afterall.

Jika ada satu nasihat yang saya boleh berikan buat adik-adik saya yang masih belajar di luar negara:

‘ Overseas adalah waqie yang ideal. Ianya seolah-olah dalam mimpi. Namun di Malaysia inilah medan kita sebenar. Medan semua perkara yang kita buat, perlu ada keutamaan, sensitiviti dan memenangi hati semua pihak.’

Dan saya nasihatkan untuk kamu semua, untuk terus menerus bersedia, kerana kejayaan dakwah kita tidak diukur dengan bilangan pengikut, tetapi diukur dengan sejauh mana kita istiqamah di atas jalan dakwah ini.

Ujian akan datang silih berganti, tanda ALlah sayang dan prihatin pada kita.

Kita perlu bersedia, tekadkan azam dan iman kita pada Allah.

Dan selalu tanya pada diri kita, setiap masa dan ketika : betulkah aku buat ini kerana Allah? Atau aku just-cakap-macam-best je? Adakah aku betul-betul faham? Atau rasa-syok-ramai-adik-adik-dah-mula-follow- aku?

Allah akan uji, dan setiap ujian ALlah itu , kita sendiri akan tahu.. selama ini, selama kita berada dalam dakwah dan tarbiyah, kita ini betul-betul bergantung pada Allah, atau bergantung pada manusia…..

 

Wallahualam

doakan saya!

Wassalam

AisyahZ

Gombak

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s