Ujiannya itu berbeza-beza

Posted on

Salam

saya sebenarnya dah makin cuak sangat untuk menulis.

Saya jadi cuak, sebab di mana-mana saya pergi, ramai pula yang nak ambil gambar saya, sampai ada yang curi-curi ambil gambar..

saya malu…. sobss…

Entahlah, saya sangat takutkan pada expectation serta beralihnya niat sedangkan penulisan ini adalah sebenarnya satu ibadah kepada Allah.

Terlalu ramai akhawat di dunia ini yang super duper hebat, tetapi amal mereka sangat tersembunyi, dan wajah-wajah mereka sangat bercahaya dengan sujud dan tawadhu’, tapi ramai manusia tidak mengenali mereka!

Pada lisan mereka, ada kata-kata yang membekas dan pada pandangan mata mereka, ada kasih sayang pada ukhti yang amat mendalam.

Mereka adalah contoh jelmaan Al-Quran yang berjalan dan cerminan kepada sentuhan tarbawiyah yang amat kemas.

Mereka telah melalui banyak fasa-fasa dalam kehidupan, daripada bujang, kepada berkahwin, kepadalah ada anak.. daripada pada miskin sewaktu belajar, sehinggalah amat kaya raya sewaktu bekerja, but yet, mereka masih tetap istiqamah di jalan dakwah ini.

Cumanya, mereka tidak dikenali kerana kekangan masa mereka dalam menulis.

Atau paling tepatnya, mereka menulis amal-amal mereka pada manusia. Akhirnya terjelmalah karya-karya manusia berbentuk insan-insan yang soleh wal musleh.

Seharusnya, orang seperti itulah kita harus hargai dan ambil gambar dengan mereka ( heheeh) walaupun tentu mereka lagi tak suka daripada saya.

Subhanallah. Memang pulang ke Malaysia ini menemukan aku pada manusia yang mempunyai jutaan hikmah, cuma kita sahaja yang perlu mencari dan mengejar mereka!

Dan dari situlah kita akan tetap belajar dan terus belajar.

Dan kerana itu juga, bukanlah maknanya aku melupakan kamu semua di benua belah sana, cumanya fasa adaptasi di bumi ini terlalu banyak memakan masa.

Dan ujian setiap manusia itu teramat berbeza.

Setiap fasanya itu, ada bentuk-bentuk yang amat berbeza.

Dan kita harus laluinya walaupun amat pahit sekali.

Dulu, ada sebuah halangan yang amat besar bagiku di jalan dakwah. Akhirnya aku cuba melarikan dari halangan itu, serta cuba menidakkan ataupun mengharapkan halangan itu akan pergi. Dengan sendirinya.

Namun Allah mengajarkan aku akan sesuatu, menakdirkan halangan itu pasti ada dan tetap ada dihadapanku.

Dan Allah mahu aku menjadikan halangan itu sebagai pembantu kepada dakwahku.

and trust me, it-not-very-easy-at-all. Not- at- all!!

Begitulah selama ini aku berusaha untuk mengatasi banyaknya halangan2 aku di medan dakwah.

Namakan apa sahaja.

miskin ( duit dalam bank negatif. pernah terpaksa berpuasa untuk jimat duit dan jalan kaki ke sekolah sejam sebab nak jimat duit)

fitnah

fail exam

futur

dipulaukan orang

ujian ukhuwah

dipaksa meninggalkan jalan dakwah!

dan macam-macam lagi. Dan alhamdulillah ALlah membantuku untuk atasi semua halangan itu, yang awalnya pahit, tetapi kesenangan pada akhirnya.

Memang Allah datangkan kita ujian adalah untuk kita :

‘ Sedarlah weyhhhh!!! banyak kot dosa kau tuuuuuuuuuu! haish!’

Dan akhirnya kita menyembam muka ke tanah, menangis teresak-esak dan amat memohon Allah memaafkan dosa-dosa kita.

Dan berharap Allah akan mengalihkan ujian itu dari kita, secepat mungkin.

Namun, di bumi sekarang ini, yang aku lari selama ini, terpaksa aku hadapi juga. Tetapi tentu ada hikmah di sebalik semua perkara ini.

Selama ini bawak adik2.. mudah sahaja..

pergi ke mana-mana, orang terima sahaja..

cakap sket, tulis sket, semua setuju sahaja…

akhirnya, jadilah kita seperti Rasulullah ketika pergi ke Taif. Mahupun ketika baginda dicaci sebagai orang gila oleh keluarganya sendiri.

Dan itu adalah penangan yang teramat pahit sekali.

Mahupun ketika hadis ifk menimpa keluarga baginda dan menggegarkan seluruh Madinah. Apabila keluarga baginda dalam keadaan sangat terbuka pada fitnah. Sebulan baginda menghadapi detik-detik itu penuh sedih dan hiba.

Akhirnya bila kita fikirkan, beratnya ujian yang kita hadapi di dunia ini, akhirnya kita sendiri bertanya pada diri kita sendiri :

‘ Rasulullah dulu pun, lagi berat kott ujian dia dari kita, sedangkan baginda itu, memang confirm Allah taala janjikan kemenangan dan juga syurgaNya!’

Sebab, syurga itu ada maharnya.
Dan terkadang, Allah taala berikan kita kepahitan dan ujian, agar kita mampu menghargai manusia-manusia lain yang melalui ujian ini. Akhirnya untuk kita belajar dari tarbiyah direct dari Murabbi teragung kita, iaitu Allah.

Apa yang kita belajar dalam usrah, daurah, katibah, mukhayyam, takkan dapat menandingi tarbiyah direct yang Allah berikan pada kita.

Di situlah, teruji, samada yang kita pelajari itu kekal dalam buku, ataupun terjelma pada perilaku.

Sebab, senang bercakap, SANGAT SUSAH untuk buat!

SANGAT SUSAH!

Sedangkan kita para daie, sangat hebat mengeluarkan prosa-prosa kata yang menarik, tetapi amat kosong mentahkikkan iapada realiti kehidupan yang ada.

Allah akan uji, mengikut tahapan kita, kesesuaian  tarbiyah yang Dia inginkan untuk kita. Agar kita tetap mengeluarkan jirim yang terbaik pada diri kita, bukan setakat menjadi buih-buih biasa sahaja.

Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. (Ar=radu: 17)

‘ Aisyah, you always get what you want. Maybe you need to learn to accept that, sometimes, you just cannot get the things your way’

Dan bila bukan seorang dua sahaja yang bercakap demikian, aku mula berfikir, mungkin inilah tarbiyah terbaik Allah berikan buat aku… Berbuat sesuatu, bukan kerana aku inginkan itu, tapi kerana Allah mahukan yang terbaik untuk aku.

Dan dari situlah.. kita akan memahami erti sebuah redha, di saat kita menerima ujian-ujian tersebut.

رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ ۥ

Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. ( Bayyinah : 8)

PS: saya sangat amazed dgn akhwat overseas yang sangat tsabat malah sangat hebat di jalan dakwah. they are just superbly amazing!Subhanallah!

 

Ukhtikum fillah

Muharikah

Gombak

Advertisements

2 thoughts on “Ujiannya itu berbeza-beza

    afnan said:
    November 24, 2011 at 3:45 pm

    assalamualaikum kak..
    saya..masih sedang bertatih-tatih..
    benar..mudahnya berkata-kata, tetapi peritnya untuk diterjemahkan dgn tingkahlaku..
    Allahu Allah..moga kita terus tsabat kak..;’)

    arraqaiq said:
    November 26, 2011 at 11:30 am

    smg akak terus tsabat dan kuat di sana
    kerana kami merindui akak-amat di sini

    uhibbuki fillah
    smg Allah bersama akak sentiasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s