Benarkah ianya sebab dakwah dan tarbiyah?

Posted on Updated on


Salam

kamu rasa,

Adakah kita sudah tertipu?

Atau adakah kita telah menipu diri kita sendiri?

Astaghfirullah…

Dulunya kita katakan kita buat semuanya hanya kerana dakwah dan tarbiyah ( DnT).

Kita katakan kita korbankan semuanya kerana DnT.

Perasaan kita, duit kita, masa kita, rehat kita, pelajaran dan pekerjaan kita, semuanya kerana DnT.

Sehinggalah Allah menguji kita, sedahsyatnya.

Sehinggalah Allah menghentak kita, sekerasnya.

Dan Allah seolah-olah bertanya kepada kita kembali dengan desingan suara yang menggetarkan hati kita di saat menerima ujian itu :

BETULKAH KAU, WAHAI HAMBAKU, SEGALA YANG KAU BUAT ITU, HANYA UNTUK AKU??

atau sebenarnya kita buat semua itu untuk :
+mendapat pujian dari manusia
+menjadi hero di depan mereka
+menjadi hebat di mata mereka

Sehinggalah Allah menimpakan kamu akan sebuah ujian..

Dan kamu akan amat memaknai maksud ayat Allah ini.

 أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji ? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka , nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (3)

( Ankabut :2-3)

Allah menurunkan ujian kepada hamba-hambanya adalah untuk menguji kita :

Benarkah kita seorang yang beriman?

Betul ke kita beriman kepada Allah???????

Atau kamu menjadi sangat syok-best-horror-gila mendapat sanjungan dan pujian manusia, sehingga kamu kagum akan diri kamu sendiri, dan terus syok sendiri dengan status diri yang ada.

Sehinggalah yang selama ini kamu rasai, kamu buat semuanya untuk DnT, kamu sebenarnya buat untuk menempah nama mahupun pangkat kamu di mata manusia!

Bahkan untuk mendapatkan ramainya peminat samada dari wanita mahupun lelaki!Dengan kehebatan kamu berbicara mahupun menulis.

Kamu katakan semua itu untuk DnT!

Sehinggalah Allah uji kamu, dengan sebenar-benar ujian. Untuk melihat, samada kamu ini benar beriman ( Aamanu) ataupun pendusta ( kazibiin)

Astaghfirullah Azim.. 😦

Dan bila Allah menguji juga, tidak dapat tidak adalah, untuk membersihkan kamu.

Sangat-sangat membersihkan kamu di atas kealpaan kamu dan kelalaian kamu, hanya di atas penyelewangan niat kamu.

Yang tidak kamu sedari itu.

Barangkali itulah dia jerat syaitan yang membelengu diri kamu tanpa kamu sedari.

Dan itulah juga penipuan si syaitan untuk menggoda para daie untuk bersama dengan dia di dalam neraka.

Lantas, Allah turunkan ujian, untuk memyedarkan ( Wa’yu) kita akan kesilapan kita, seterusnya membersihkan dosa-dosa kita. ( Alangkah Pemurahnya ALlah itu!)

“Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan semacam tusukan duri atau yang lebih berat daripadanya melainkan dengan uijian itu dihapuskan Allah perbuatan buruknya dan digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Muttafaq alaih)

Orang yang sangat banyak mendapat ujian itu adalh para nabi, kemudian baru orang yang lebih dekat dengan darjatnya kepada mereka berurutan secara bertingkat. Orang diuji menurut tingkat keta’atan kepada Agamanya. Jika ia sangat kukuh kuat dalam Agamanya, sangat kuat pula ujian kepadanya dan jika lemah dalam Agamanya, diuji pula oleh Allah S.W.T sesuai dengan tingkat keta’atan kepada Agamanya. Demikianlah bala dan ujian itu sentiasa ditimpakan kepada seorang hamba sampai ia dibiarkan berjalan dimuka bumi tanpa ada dosa apa pun.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

مَا يُصِيْبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى

الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلاَ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Tidaklah seorang muslim ditimpa keletihan, sakit, sedih, duka, gangguan ataupun gundah gulana sampai pun duri yang menusuknya kecuali Allah akan hapuskan dengannya kesalahan-kesalahannya.” (HR.Bukhari)

Alangkah besarnya rahmat Allah buat kita!!!!

 

Atas kelalaian kita, akhirnya ALlah timpakan ujian untuk membersihkan dosa kita! Subhanalllah!

Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada hambaNya maka Allah akan menyegerakan balasannya di dunia, dan apabila Allah menginginkan kejelekan kepada hambaNya maka Allah akan menunda balasan dari dosanya, sampai Allah sempurnakan balasannya di hari kiamat.“  (HR.At Tirmidziy )

Bukankah bila kita katakan kita berbuat sesuatu untuk dakwah dan tarbiyah, bermakna kita berbuat semuanya kerana Allah?

Semuanya untuk Dia?

Untuk mendapatkan keampunan Dia?
Untuk mendapatkan rahmat dari Dia?
Untuk mendapat perhatian dari Dia?
Untuk mendapatkan syurgaNya?
Untuk jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhkan diri kita dari api nerakaNya?

Maka, bila semuanya berpusat hanya untuk Dia, tidak kira apa sahaja ujian yang melanda, kita pasti akan kembali kepada Dia.

Kita pasti cari Allah dahulu. Cari Allah semula.

Dan bila kita bertanyakan orang-orang soleh meminta sokongan dan pendapat mereka, tentunya nasihat mereka adalah : Berdoa kepada Allah, bertaubat kepadaNya. Minta pertolongan dariNya… Hasbiyallahu wani’mal wakeeel…..

Dan di situ kita akan tetap bertahan, dan istiqamah dalam setiap keputusan yang kita laksanakan.

Walaupun banyaknya ujian yang menimpa kita!

Dakwah dan tarbiyah itu berada di atas segalanya,akhirnya semua yang lain akan menuruti dakwah dan tarbiyah itu.

Bukannya kita inginkan sesuatu, maka kita cuba juga masukkan dakwah dan tarbiyah di situ ( faham ke erk?)

Contohnya yang paling mudah adalah study;

–>Bukan bermaksud kita kena betul-betul study all out akhirnya kita rasakan itu untuk DnT. Sepatutnya, kita benar-benar nak menjayakan DnT, sebab itulah kita kena betul-betul all out untuk study.

Di situlah kita akan temui keikhlasan bermakna, penuh memotivasikan!

Seperti contoh mencari tempat kerja.

Memang banyak tempat-tempat kerja yang menghasilkan gaji yang lumayan dan kehidupan mengkagumkan.

Adakah kita akan pilih tempat kerja berdasarkan tempat yang mendatangkan hasil duniawi lumayan, lantaran dengan niat itu kita rasa, owh-nanti-ada-duit-gaji-banyak, kita boleh sumbang untuk dakwah?

Ataupun memang kita amat dahulukan DnT dan barulah kita memilih tempat kerjaya kita.

Seperti juga baitul muslim ( ehem ehem). ( hohohohohoh.. ni cam kena entry lain je nih kalau masuk topik ini :p )

Akhirnya Allah akan uji kita, kerana maha pengasihnya Allah pada kita, untuk membetulkan semula niat kita kepada Dia.

Untuk diluruskan hanya untuk Dia.

Benarkah bila kita katakan kita berbuat sesuatu untuk DnT, kita sebenarnya buat untuk Allah?

 

Kita mengikhlaskan seluruh niat kita hanya untuk Dia?

Fudhail Ibn Iyad telah berkata:

“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”

Seperti mana ramai yang menasihati saya formula ampuh untuk menangani apa sahaja masalah dalam kehidupan kita ini:

 

‘Setiap fasa dalam kehidupan kita, samada belajar, mahupun bekerja, mahupun single atau telah berkeluarga, pasti kita akan ditimpa masalah. Pasti! Satu sahaja yang dapat menyelematkan kita –> kembali kepada Allah, serta tetapkan asas yang betul dalam setiap tindakan kita, buatlah semuanya kerana Allah!’

Subhanaallah wal hamdulillah.

Bila asasnya adalah Allah, adakah kamu rasa kamu akan goyah dalam pendirian kamu?

Kerana itulah, di saat kamu mengalami kegoyahan dalam pegangan, mahupun kamu merasai radar kamu sangat jauh dari Allah, yang kamu selalu berzikir dalam diri kamu adalah:

Aku
Aku
Aku

Percayalah, kefuturan sedang menghinggap kamu dan syaitan sedang menguasai diri kamu dengan penyakit ujub dan sum’ah.

Akhirnya yang kamu paling cintai adalah diri kamu sendiri dan yang kamu banggakan adalah diri kamu sendiri.

Kerana itu, bertaubatlah kepada Allah. Kembalilah kepada Dia dengan sebenar-benar tempat kembali.

Ikrarkan kembali syahadah kamu kepada Dia. Dan nyatakan dengan bait-bait yang jelas, yang kamu benar-benar resapi dalam diri kamu itu. Dan katakan pada diri kamu sendiri:

‘ AKu bersama dakwah dan tarbiyah ini hanya untuk Kau, ya Allah!’
‘Hanya supaya Kau redhai aku sebagai hambaMu dan agar kamu mengampuni dosa-dosaku!’

 

Benar, kita takkan pernah menjadi manusia sempurna. Dan kita takkan pernah lari dari kesalahan.

 

Maha Baiknya Allah, Dia telah menyedarkan kita dari kesalahan kita, dan dari situ, kita betulkan semula niat kita, dan langkah-langkah kita, akhirnya menuju hanya kepada Dia.

Alhamdulillah , Allah masih memberikan kita peluang untuk membetulkan kembali niat kita, dan hanya kembali untuk Dia.

Saya pernah tersilap langkah dahulu. Dalam sebuah niat ( berbuat sesuatu kononnya untuk DnT). Akhirnya, Allah taala mengajarkan saya perkara ini.

 

Wassalaam

 

Ana ukhtikum fillah,

AisyahZ

Wangsa Maju.

Advertisements

18 thoughts on “Benarkah ianya sebab dakwah dan tarbiyah?

    yang teman akak gi toilet kat notts haritu,hehe said:
    November 12, 2011 at 9:42 pm

    subhanallah…
    Maha Suci Allah, Maha penyabar Allah pada setiap hamba-hambaNya..
    jazakillah kak aisyah..
    sungguh, Dia telah memujuk dan memberi jawapannya kepada saya melalui penulisan akak..
    tak dinafikan, tanpa sedar, niat saya telah jauh melencong dari landasannya..
    astaghfirullah..
    jazakillah khayr akak..

      muharikah said:
      November 14, 2011 at 5:38 pm

      sihah! baca gak awak blog saya ye..hehehhe. alhamdulillah. awak camne kat sana?

    yang chat dgn akak guna skype sofy :) said:
    November 12, 2011 at 11:16 pm

    jazakillah k aisyah for sharing….

    seriyes takut sangat jadi orang menipu… kan ada jugak kan cerita yang sorang ni, xnk pegi satu kampung tu sbb takut diuji dengan perempuan cantik, then Rasulullah saw palingkan muka…sedih sangat kalau x sedar jadi orang munafiq.

    reminder yang macam ni manyak-manyak sangat perlu….

    huhu

    yg x sure penah jumpe ke x kita ni said:
    November 13, 2011 at 1:48 am

    kononnya utk dakwah…kononnya utk tarbiyyah…
    mcm mane ni??
    rasa sgt sy ni byk kononnya…
    sgt sedih
    sgt sedih

    saadiahali said:
    November 13, 2011 at 3:18 am

    salam. terima kasih atas pencerahannya.

    saya ada soalan-

    bagaimana bila kita diuji dengan hal maksiat yang mana pernah kita seru untuk menjauhinya. adakah ujian itu merupakan bala atau balasan buat diri kita?

    terima kasih

      muharikah said:
      November 14, 2011 at 6:01 pm

      salam saadiah, tak berapa faham soalan awak tu. boleh rephrase? kasi contoh lagi better

    syazana said:
    November 13, 2011 at 3:58 am

    akakkkkkkkkk.

    so true again and again and maybe again. heh.

    ujian sebegini nampak kecil tapi impaknya sangat besar. lebih2 lagi pada hati. Allah,,,,takuttttt 😦

    Do’akan saya kak.
    hehe bila la nak jumpa akak ni kan.
    *segan*

    Ummu Auni said:
    November 13, 2011 at 12:53 pm

    thanks aisyah. Astaghfirllah, perlu dibuang rasa riak ini. Inilah permainan syaitan

    amieheidi said:
    November 13, 2011 at 2:21 pm

    Salam kak, jazakillah atas entry ni. Baru je saya rasa sedih lepas ‘fail’ buat sesuatu yang disarankan oleh my naqibah. Lepas baca entry ni, baru terasa yang sbb saya fail tu, boleh jadi sbb saya niat nak buat tu atas arahan naqibah je, bukan kerana Allah arah. Secara tak langsung terasa, yg lepas ‘fail’ tu, terus istighfar, minta maaf kat Allah, terasa betul la yg Allah nak tegur. 🙂

    yang chat dgn akak guna skype sofy (jugak) said:
    November 14, 2011 at 2:18 am

    salam.
    kak aisyah.

    jazakillah juga.
    saye selalu tfikir,
    takut benda ni jadi kat ana.
    tapi bila bace entry ni,,
    mmg btul sometimes thats what i did..
    kadang tak sedar pun 😦
    astaghfirullah…

    doakan saye ye kak.
    doakan semuaaaa…. ::))

    nawal.
    XOXO.

    muharikah responded:
    November 14, 2011 at 6:01 pm

    jzkk atas komentar2 yang ada. moga sama2 kita ambil manfaatnya 🙂

    lala~ said:
    November 14, 2011 at 6:35 pm

    alhamdulillah,,.
    subhanallah.astaghfirullah.allahuakbar.
    segalaNya kepadaMu.alhmdulillah,allah da sedarkan saye melalui entri yang ditulis oleyh akk.sykran ‘ala kulli hal.moga turut memuhasabah akhawat2 fillah yang lain.

    mutah,jordan.
    lala ^^,

    aesyrin said:
    November 15, 2011 at 12:08 am

    assalamumalaikum akak…mohon untuk share artikel akak ye.. 🙂

    ainul mardhiah said:
    November 18, 2011 at 7:01 am

    slm akak

    jzkk sgt2…

    Hibriyatul Afiqah said:
    November 20, 2011 at 12:23 pm

    salam..jazakillah akak…
    satu peringatan yg sangat memberi kesan & menjadikan diri ini agar selalu ingat serta sentiasa recheck, renovate n yg sama wk2 dgnnya ke atas hati…

    muharikah responded:
    November 22, 2011 at 6:29 pm

    lupa nak cakap, yang takde nama singkatan tu semua sangat suweet komen2 anda..

    maaflah, saya tak reti sangat nak balas komen2 orang kat wordpress saya ni. jgn marah..uhuhuh

    aesyrin, boleh share iAllah.

    ainul mardhiyah – anti di mana? boleh kita berjumpa?

    Menang atau Syahid Adwa' said:
    November 25, 2011 at 10:28 pm

    Merasakan diri lebih baik dari mutarabi juga ujub.

    yg masih merangkak dlm DnT said:
    December 27, 2011 at 10:21 am

    akk, sy rasa Allah x pernah turunkan ujian yg maha berat pd sy setakat ni….adakah itu bermakna sy x taat pd Dia?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s