Akhawat, kenapa hatimu cepat sangat mencair?

Posted on

Salam

bila kita baca penulisan seorang ikhwah… ( mahupun dua atau tiga…)

bila kita terbuai-buai mahupun tergelakkan-gelakkan tulisannya,

 

terkadang hati kita mampu tercair juga.

 

dulu pernah ada seorang minta pendapat saya, boleh ke nak approach seorang ikhwah ini menerusi blognya.

malah mahu berkenalan sehinggalah berbincang tentang khitbah serta seterusnya.

hanya kerana dia merasakan ikhwah itu menulis untuk dirinya! (huhuhuh..kenapa cepat sangat cair ini ya akhawat??)

Saya tahu, hati saya seperti kamu juga.

 

Kita wanita,…

 

mmg sangat mudah tercair hati dengan kata-kata yang indah, kehebatan seorang ikhwah mahupun dengan ros merah.

Kalau kita membaca, mengambil ibrah dan seterusnya beramal dengan isinya tak mengapa.

 

namun,mungkin ada antara kita, akhirnya tersuka, terjatuh cinta, dan akhirnya membina angan-angan!

 

Sehinggakan kita lupa!

Penulisan takkan sama dengan manusia/orangnya yang sebenar!
Kamu dan kamu yang pernah bertemu dengan saya tentu amat terkejut mengenali diri saya yang Aisyah ini selepas mengenal saya melalui muharikah.wordpress.com ini.

Cuma orang yang mengenali saya sebelum muharikah sahaja mengenal saya dengan erti sebenarnya dan akhirnya menerima saya seadanya.

Sedangkan yang benar-benar mengenali saya sesudah itu agak kecewa, kerana saya tidak seperti yang disangkakan.
Dan adik saya sering berkata: ‘ akak ini, manis ayat je.. tapi…’

 

dan ternyata penangannya itu sangat banyak memukul saya dan terus menyebabkan saya bungkam terdiam.

Dan acapkali suami saya sendiri salah faham akan tulisan saya kerana terkadang bahasa saya bercakap dengan dia sangat berbeza dengan bahasa penulisan.

 

maka akhawat, plissssssssssssssssssss! Janganlah cepat mencair dengan penulisan ikhwah. AMBIL IBRAH, tadabburi hikmah di dalamnya.

Tapi tak perlu memasang angan-angan kerana jodoh itu tidak boleh dipilih hanya di medan maya! ( walaupun ada yang berkahwin selepas berkenalan di medan maya)

 

Kuatkan hatimu, teguhkan dirimu. Jagalah mawar dirimu, jangan terlalu beria menjaja dirimu. Barang yang mahal itulah yang dikehendaki lelaki, bukan barang yang mudah dimiliki.

 

Memang hati kita mudah mencair dan terbuai. Di situlah kita perlu sentap diri kita, istighfar berulang kali dan akhirnya luruskan hati, hanya menghadap wajah kita kepada Allah, pergantungan dan pengharapan hanya kepadaNya.

Jangan risau, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik. Jika kamu menjaga hatimu untuk Allah, kamu rasa, takkan Allah tak berikan lelaki yang menjaga hatinya untuk memiliki bidadari seperti kamu?

 

Kuatkan hati sket keh? Peganglah pada tali Allah itu.. πŸ™‚

PS: maaf salah silap dalam menulis

PSS; Kalau nak tahu entry ini penting atau tak penting, saya dah lama tak juga tak update blog ini, dan banyak lagi entry saya nak share, tapi ini juga yang terkeluar.

PSSS; ok akhawat, sila tulis entry banyak2 so dapatlah akhawat kita sendiri ada alternatif utk baca blog akhawat πŸ™‚

Advertisements

18 thoughts on “Akhawat, kenapa hatimu cepat sangat mencair?

    umatMuhammad said:
    October 21, 2011 at 2:38 am

    ya benar ukhti. tak silap membaca yang salahnya bila membuat benda yang salah.

    jzkk untuk artikelnya. sangat bagus.

    umairahshafei said:
    October 21, 2011 at 3:12 am

    subhanallah.
    sgt betul.

    t.ksh ats peringatan dan p’kongsian.
    jzkk. πŸ™‚

    kak enon said:
    October 21, 2011 at 5:32 am

    ikhwah nye pon mengipas dengan jayanya jugak kot?
    tambah dengan fitrah akhawat cepat cair…

      muharikah responded:
      October 21, 2011 at 7:10 pm

      k enon, saya tak rasa ikhwah mengipas juga.. tapi rasanya mmg perempuan cepat terkipas…heheheh

    farah ain said:
    October 21, 2011 at 6:11 am

    saya sayang kak aisyah seadanya ❀ ❀ ❀

      muharikah responded:
      October 21, 2011 at 7:10 pm

      farah ainnnnn! saya sayang awak lebih dari seadanyaaaa!! ( semalam mimpi awak dan ada. terkenang2 sepanjang hari kenangan2 di sana πŸ™‚

    cikzsmile said:
    October 21, 2011 at 7:03 am

    salam..setuju sangat dengan artikel ini.
    apa yang kita baca dan kita dengar tak semestinya sama dgn realiti empunya diri. πŸ™‚

    hanun said:
    October 21, 2011 at 3:37 pm

    Saya pun kekdng bukn saja terbuai tetapi terhayun juga dgn sesetengah tulisan ikhwah dalam blog ni. Tapi tidk sampailah tergelak2 utk persendakn tulisan mereka kerana saya pun manusia yg ada cacat celanya.Dan saya akui. naluri saya mmg disentuhnya.Tapi saya rasa bukan salah ikhwah yg menulis tu tapi adalah ‘attraction’ tulisannya. Memang lekat dijiwa dan mengerakan jiwa dan mungkin dia menulis dgn jiwanya. Pernah saya approach ikhwah ni dan trnyata dia seorang yg merendah diri sehingga dia memohon maaf untuk tidak mahu mengenalkan dirinya kerana katanya, dia dimaya ini hanya untuk dakwah dan bukan untuk menjualkan dirinya untuk jodoh! Saya rasa ada juga orang yg tulisannya adalah cerminan dirinya yg sebenar! Berbaik sangka itu adalah yg terbaik. Lebih lagi bagi kita org dakwah ini. Walau apapun 3***bintang untuk isu ini. πŸ™‚

      muharikah responded:
      October 21, 2011 at 7:09 pm

      betul apa anti sebut tu hanun. sebab itu artikel ini saya tujukan pada akhawat sebab mmg akhwat yang biasanya tercair sendiri. mmg ikhwah tu tak niat pun nak mencairkan hati wanita ini..jzkk atas input anti

      anahabibullah said:
      November 27, 2011 at 3:42 pm

      betul cakap kak aisyah, akhawat pun kena banyak menulis, baru la akhawat lain ade alternatif nak pengisian..hehe..dan , BEST ayat hanun, bleh tak kalau ana nak link yang blog tu, yg dia kata tulis blog utk dakwah bukan utk cari jdoh..insyaallah, biasanya, bila org jaga keikhlasan hatinya.. kata2nya mampu menyentuh dan mentarbiah hati..plus, kita tak tahu sapa org tu, lagi selamat.

    siti noranisah said:
    October 21, 2011 at 7:46 pm

    fuh fuh.. cepat2 update blog.. jzkk, k.aisyah…

    nusrah said:
    October 22, 2011 at 12:01 pm

    Assalamualaikum wbt.
    pertama kali singgah sini kak aisyah.
    setuju sgt dgn entri ni. Yang bernama kaum hawa itu, cepat betul hatinya mencair walaupun cara dia cair itu hanya dengan tulisan kan..Ni belum sentuh bab mencair sebb dgr suara dgn tgk muka lagi..haila..

    jazakillah kak aisyah atas peringatan dan ‘ketukan’.. πŸ™‚ πŸ™‚

    Love Kak aisyah Fillah ❀

    omio said:
    October 25, 2011 at 1:04 pm

    so true,,,,=(

    Nurfatrina Hamdan said:
    November 1, 2011 at 8:56 pm

    heh…suka je akak in reality…sgt santai..tak sgt serius, xrobot….xde down expectation pon…

    take care kak…impian besar nk jumpe akk kt london tp tak sempat…doakan sy…yg smcm makin high fever daa….

    anesa said:
    November 3, 2011 at 2:19 am

    Nurfatrina Hamdan..kamek sa mek kenal kitak aiee

      Fasiiru said:
      November 3, 2011 at 6:13 am

      Erm..catch me up kt facebook ek..same name spt di atas..

      Still wondering..sapaa tok oo.. πŸ™‚ slm ukhwahfillah

    amieheidi said:
    November 11, 2011 at 3:07 pm

    Salam kak,

    Huhu, saya jadi wonder plak kak, kalau tulisan saya sebagai amieheidi tak sama dengan diri saya, i.e. Amy yang sebenar.

    Hee… saya pun terima akak seadanya. Saya kenal diri akak as Aisyah dulu, lepas tu baru kenal Muharikah. πŸ™‚

    Rindunya kat akak!

    pae said:
    November 28, 2011 at 11:56 am

    nicely said akak πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s