Buat kamu

Posted on


salam

memang terlalu banyak untuk dituliskan..

tetapi alasan yang lame (lame english ye-maksudnya basi) akan selalu dijadikan sandaran.

+ terlalu sibuk
+takde feel
+otak serabut banyak benda nak share
+ tulis sekejap, edit yang lama
+ etc etc etc. hinggalah akhirnya tiada noktah-noktah yang ditinggalkan.

Akhirnya teramat cemburu dengan mereka yang mampu menulis buku ataupun mereka yang sentiasa atas kepada tarikh (uptodate) dengan isi-isi blognya.

Ataupun ketika menulis itu, akan teringat pada timbunan emel-emel ataupun kerja-kerja yang banyak bertangguh, menjadikan tulisan itu terbantut di separuh jalan.

Namun, barangkali buat dirimu, tulisanku yang sepele ini sangat banyak mengajarkan dirimu.

Walaupun bahasaku agak veteran dan mungkin sudah tidak seirama dengan nada rentak pemuda dakwah zaman kini, namun amat kuyakini seperti mana yang diukirkan dalam penulisan masyayikh dakwah kita : seni itu lebih pantas dan cepat masuk ke dalam hati.

Lantas, walaupun terkadang tulisanku berjela dan banyak tersiratnya, aku harapkan kamu temui sebuah seni yang menjadikan kamu merasai indah dunia dan tarbiyah.

Tentu pada detik ini, kebanyakan dari kamu sedang tergugah akan satu persoalan yang amat besar:

Bagaimana dapat aku mulai dakwah ini?

Dan ternyata ketika aku mengajarkan kamu rentak Dakwah Fardhiyah, mahupun Funun Tajmik, atau berkongsikan pengalamanku padaku, kau sendiri kaku dan berfikir deras bagaimana mampu kamu dapat laksanakan dakwah ini.

Buat kamu yang berada di seberang laut (overseas), menjadi satu kewajipan bagi kamu untuk menebar luaskan Islam, dan menyentuh semua manusia bernama malaysia muslim di situ. Dan kamu perlu jiruskan jirusan Islam kepada mereka, sehingga mereka benar-benar yakin akan fikrah Islam ini dan beramal dengannya.

Kelebihan berada di luar negara adalah kelebihan yang teramat luar biasa, dan salah satu anugerah Allah yang tidak boleh dimungkiri. Ia perlu diappresiasikan ( appreciate/hargai) dengan sebaris kalimah yang agung : Syahadatul Haq.

Tanda kamu bersyukur ALlah telah memudahkan kamu untuk berpijak di bumi kamu sekarang, adalah dengan menjadikan bumi itu bumi dakwah, setelah kamu membetulkan diri kamu sendiri.

‘ Tegakkanlah Islam pada dirimu, nescaya kamu dapat menegakkan Islam di bumimu ‘ Hassan Hudaibi.

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setetes air mani yang bercampur. Kami hendak mengujinya dengan beban perintah dan larangan. Karena itu kami jadikan ia mendengar dan melihat. Sesungguhnya kami telah menunjukinya jalan yang lurus: Ada yang bersyukur, namun ada pula yang kafir. (Al-Insan: 2-3)

Aku telah menyaksikan ramai antara kamu, dan telah aku bimbing seramai mungkin manusia yang berada dalam cakarewala gravitiku, dan aku menyaksikan sesuatu yang amat luar biasa buat kita yang dianugerahkan Allah kelebihan yang tiada pada kebanyakan manusia di negara kita :itulah dia kelebihan akal yang bijak. (Aqlun Zakiyy)

Akal yang mampu memahami Islam dengan cepat dan baik.

Akal yang menjadikan hati dan perasaan kita mahu menerima Islam dengan sejahtera dan rela hati
Akal yang menjadikan diri kita tak mampu berdiam diri setelah memahami rukun faham.
Akhirnya kita akan bergerak, menyampaikan dan terus sahaja belajar akan Islam ini.

Bayangkan dakwah di luar negara terkadang lagi pesat berbanding di Malaysia yang ramainya sumber ulamanya? Mengapa jadi begitu?

Di kawasan yang mustahil difikirkan akan terbentuknya sekumpulan usrah, mahupun berdirinya sebuah jemaah, akhirnya kamu temui pemuda dakwah yang mampu menjadi perintis dakwah di situ, serta mencorakkannya.

Walaupun mereka hidup dengan serba kekurangan.

Walaupun pemakaian mereka masih sederhana , dan ikatan hati mereka pada Islam terpalit lagi rawasib-rawasib (karat2) jahiliyah, namun kamu melihat mereka tetap tegar dan terus berusaha mempertahankan iman mereka. Walaupun sukar, walaupun kabur (blur), walaupun entah kenapa terkadang tidak merasainya iman itu, tapi mereka amat faham, mereka perlu teruskan dakwah ini, walaupun bersendirian, atau dalam keramaian. Kerana mewariskan dakwah itu wajib, walaupun dalam kepayahan!

Itulah tanda syukur mereka kepada Allah. Tanda memahami dakwah di tempat mereka tidak boleh mati kerana mereka!

Dan ingat pulalah ketika Tuhanmu memberikan pernyataan: “Jika kamu bersyukur pasti Kutambah nikmatKu kepadamu; sebaliknya jika kamu mengingkari nikmat itu, tentu siksaanku lebih dahsyat. (Ibrahim: 7) Karunia itulah yang disampaikan Allah sebagai berita gembira kepada hamba-hambaNya yang beriman dan mengerjakan kebaikan. Katakanlah: “Aku tidak meminta upah kepadamu atas seruanku ini, kecuali hanya kasih sayang dalam kekeluargaan. Siapa yang mengerjakan kebaikan, Kami lipat gandakan kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penilai. (Ash-Syura: 23) Kaum Luthpun telah mendustakan peringatan Tuhan. Kami hembuskan kepada mereka angin puyuh, kecuali kaum keluarga Luth, mereka telah kami selamatkan sebelum fajar menyingsing. Suatu anugrah dari kami. Demikianlah kami memberi ganjaran kepada siapa yang bersyukur. (Al-Qamar: 33-35)

Dan itu sangat mengkagumkan aku, di saat kamu walau sendirian, kamu masih mahu menempuhi jalan ini, walau jalan ini sangat bertentangan dengan hawa nafsumu. Walaupun Islam pada dirimu masih lagi cetek, dan imanmu sentiasa terhakis oleh masa. Sehinggakan kamu bergerak dalam kerabaan, namun engkau tetap tegar sahaja berjalan walau acap kali tersalah langkah. Subhanallah!

Itulah padaku, tanda syukurmu pada Allah, atas nikmat yang sedikit, namun dikau hargainya dengan menyampaikannya pada orang lain. Agar terlepas azab, agar mendapat syurga dari Allah.

Di satu daerah lain, kamu akan menyaksikan sekumpulan pemuda dakwah yang amat nyaman dan tenang keadaannya.
Suasananya begitu menyejukkan hati, dan kedamaian meliputi sekeliling diri , sehingga amat terkesan diri kita ini  kepada pemakaian, cara cakap, mahupun cara pemanduan mereka!

Benarlah kata-kata pepatah Arab:

‘ Seseorang itu akan mengikuti agama saudaranya’

Dan tepatlah hipotesis/teori biah solehah itu:

‘Manusia itu akan jadi baik, dengan meniru perangai kawannya yang baik. Begitulah sebaliknya’

Takkan mampu sesorang itu menjadi baik mahupun memiliki akhlak Islam yang sebenarnya tanpa adanya biah.

Tanpa adanya biah, kita takkan boleh meniru! Perlu ada orang ramai, untuk mensibghahkan diri kita dan pemakaian serta akhlak kita!

Takkan mungkin kamu temui seorang manusia biasa yang sebelum ini bertudung selimpang dan berbaju ketat, akhirnya dia mampu memakai tudung labuh dan skirt dalam keadaan, dia hanya seorang diri di tempatnya, dan hanya bertemu akhawat di program sahaja. Usrah pun hanya secara online sahaja. Ia perlukan biah untuk berubah! Manusia yang dapat dia curi perangainya.

Begitu juga kamu akan pelik wujudnya manusia yang tak terkesan dengan Islam serta dakwahnya walaupun bergelumang dalam masyarakat dakwah 24/7!

Kerana akhlak dan pemakaian itu memerlukan biah untuk mengubahnya.
Dan biah itu mengubah dirinya di bawah sedar!

Begitu juga di sebuah daerah ini, dakwah menjadi biahnya. Maka seluruh anggota dakwah di situ, walaupun mungkin ada cacat celanya pada akhlak, pergaulan, ataupun pemakaian, akan selalu aktif dan dinamis dalam pembincangan harian mereka : dakwah.

Anekdotnya, asyik sebut sahaja pasal dakwah, sehingga lupa, ataupun kabur ( kabur), camne nak mulakan dakwah itu. Yelah,nak sebut mudahlahkan?

Dan di sebuah daerah lain, tazkiyatun nafs/tawadhu dan tazkiyah menjadi biahnya. Kamu akan lihat di sebuah kawasan itu, akhlak pemudinya sangat mencairkan hati, kelembutan mereka berbekas pada jiwa kita, malah ibadah apatah lagi pemakaian mereka amat mengkagumkan kita. Sehingga kita tersadung malu di depan mereka keseganan dengan aura ketaqwaan yang mereka tunjukkan buat kita.

Namun kita pelik, dalam biah sebegitu rupa, dakwah kurang menjadi budayanya. Perkongsian tidak menjadi bualan utama. Semua menjadi sangat takut untuk memperkatakan malah berkongsi apa yang dia tahu.

Kemudian, pemikiran akan selalu disibukkan dengan was-was ketidak ikhlasan, mahupun hati akan sentiasa merasai kekotoran yang menjadikan diri tidak mahu berganjak untuk menyampaikan. Sehingga menyeru mad’u tanpa makna, dan sentiasa pening memikirkan masalah hati yang tidak berkesudahan…

Dan aku fikirkan, alangkah indahnya jika mereka semua dapat bertemu dan berkongsi cerita.
Indahnya satu masa nanti generasi mereka (89-90) yang mencipta gelombang dakwah yang baru di negera kita nanti. Dengan pengalaman dakwah yang merangkumi belasan buah negara. Dari negara komunis, kepada negara Arabnya, sehingga negara barat, mahupun negara Asia yang pelbagai lanskap dakwahnya! Cabaran dan kelebihan setiap tempat yang amat berbeza sekali itu mampu melahirkan pelbagai pengalaman dakwah yang dahsyat!

Sayang sekali, pengalaman-pengalaman mereka jarang dibukukan ataupun diabadikan di blog-blog yang boleh menjadi tempat kita mengambil ibrah dan pengajarannya.

Sedangkan keindahan dalam tarbiyah dan dakwah sewaktu siswa takkan samada ketika kita berada di malaysia nanti setelah bekerja dan bekeluarga.

Buat kamu di luar sana, dan aku memahami jiwa kamu yang jauh di sebuah negara tanpa keluarga; dunia penuh ideal dan kaya dengan saljinya ( perumpamaan kita di luar negara ini ibaratnya hidup dalam snow globe/katak bawah tempurung), anggaplah keberadaan dirimu di negara itu merupakan satu aset pengalaman yang amat penting untuk tarbiyah dirimu dan dakwah kita di Malaysia nanti.

Walaupun bersendiriannya kamu menaiki keretapi berjam-jam, mahupun tandusnya kamu dengan sentuhan murabbi, ataupun kepeningan kamu menguruskan ratusan cucu dan cicit dibawah kamu, anggaplah itu tarbiyahmu untuk istiqamah di jalan dakwah ini.

Kehidupan itu adalah sebuah tarbiyah, walaupun kita perlu mengikuti sistem tarbiyah yang khusus untuk mempelajari tentang Islam ini.

Kamu akan memahami dan mempelajari fiqh dakwah yang takkan mampu difahami dan dikuasai mana-mana insan pun yang tak berada di tempat kamu. kefahaman yang akhirnya menjadikan kamu berkarya di jalan dakwah ini. Kefahaman yang akan menancapkan iman di hati kamu.Kefahaman yang mampu menjadikan kamu tsabat di jalan dakwah ini, tak kira apa pun yang berlaku. Maka kutiplah mutiara ilmu dan pengalaman yang mahal di sana.

Pengalaman yang menjadikan kamu merasai amat bermaknanya tarbiyah itu walaupun sedikit sahaja yang kamu perolehi.

Serta berkongsilah.

Berkongsilah walaupun sebaris ayat!

Walau sebaris ayat!

Kamu takkan tahu manakah satu baris ayat yang akan mengubah kehidupan orang lain!

AKu pasti akan itu! Jika adanya keikhlasan, setiap perkongsian itu pasti akan dapat dituai hasilnya di akhirat, walaupun penduduk bumi menolakmu dan menyondol kapas di telinganya.

Dan anggaplah detik kamu mengajak adik-adik baru mengenal Islam ini, adalah detik kamu mengajak mereka mengenal erti kehidupan yang sebenarnya.

Kehidupan berada di bawah bayangan Al-Quran. Kehidupan berada di bawah naungan Rabbnya. Kehidupan berada dalam cahaya dan rahmatNya. Kehidupan yang bernuansakan cinta dan ketenangan seabadinya.

Kehidupan baru yang akan mengubah seluruh kehidupannya! Seperti mana Islam telah mengubah kehidupan kita seluruhnya walaupun teruk dan jijiknya diri kita satu masa dahulu!

Dan dari situ, kita mahu bimbing dia, kita mahu membawa dia bersama-sama menikmati hidup baru ini. Agar keasyikan bersama Allah dan hidayahNya akan tersus menemani kita sentiasa.

Dari situ, kamu akan mulai dengan sebuah senyuman dan pandangan mata yang amat dalam. Dan dari situ, kamu memberikannya cinta dan kasih sayang. Seterusnya kamu temukan sebuah persamaan walaupun banyaknya perbezaan dirimu dan dia yang amat ketara.

Carilah persamaan dengan dia, sampailah kamu jumpa! Dan selalulah bersama dengan dia dalam persamaan itu, sehingga kamu menjadi teman baik bagi dirinya. Dan dia menjadikan kamu tempat bergantungnya.

Dan sedikit demi sedikit kamu memahamkannya tentang kehidupan ini, tentang Allah, tentang Islam, tentang dirinya. Sebelum kamu ajak dia kepada OYEH,Zero to Hero atau OH! ataupun Sejarah Kita. Bukalah hati dia dahulu pada Islam, bukakan hati dia untuk kamu terlebh dahulu.

Sebelum hati dia terbuka buat kamu, bukalah hati kamu untuk dia dahulu.

Dan cara kamu dapat buka hati kamu untuk dia, adalah dengan kamu membuka hatimu untuk Allah dahulu.

Dan kamu penuhi dirimu dengan cinta kepada Allah.

Orang yang mencintai ALlah, Allah akan membukakan dan meluaskan hatinya untuk mencintai makhluk yang lain.

Hatinya akan sangatttttttttttttttttttttt luas untuk diberikan kepada semua manusia. Sehingga tidak pernah habis air mata cintanya itu untuk manusia.

itu kerana, dia telah mendapat cintanya dari ALlah, dan hatinya teramat mencintai Allah.

ن الذين أمنوا وعملوا الصالحات سيجعل لهم الرحمن ودا

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal sholeh Allah yang Maha pengasih akan menjadikan untuk mereka kasih-sayang” ( Maryam :4)

Di situ, hati mad’u itu akan tertaut pada kamu. Dan hati dia terkunci mati dan tersimpul pada kamu.

Sehinggalah hati dia terbuka luas mendengar apa sahaja dari mulutmu.

Kuncinya adalah:

1) jadikan dia teman baik kamu
2) hajat kamu adalah untuk menggenggam tangannya dalam memahami Islam ini. Kerana itu, pimpinlah tangannya penuh lembut, bukan menariknya dengan kasar sekali
3) bukalah hatimu untuk dia, sepenuhnya. Bersabarlah dengan karenahnya, setiap masa.
4) cintailah dirinya, dan cara menyintai dirinya adalah dengan menyintai Allah terlebih dahulu , setelah itu menyintai DeenNya, dan seterusnya dapatlah kamu menyintai dirinya pula.
5) jadilah manusia biasa. Be yourself! tak perlu buat-buat macam sangat baik, ataupun pura-pura jadi cool, ataupun terlalu berlebihan beria-ria sehingga kamu merasa hipokrit akan diri kamu sendiri.

Jadi seperti diri kamu( be yourself!), dan kamu melihatnya sebagaimana orang yang kamu mahu jadikan sebagai teman baik kamu.

Jangan terlalu ketat dan tegang. Jangan pula terlalu berlebihan bermesraan sehingga orang merasa pelik dan boleh bau kita ada maksud yang lain pula.

Jadi seperti mana dirimu yang selalu. Biasa sahaja. Penuh ikhlas dan senyuman, tawanlah dirinya.

Mesra pada ketika dan keadaanya, jadikan dirimu karismatik sehingga manusia tertawan pada wajah dan hujahmu yang amat bersahaja.

Serta tebarkanlah cinta penuh makna. Bukan pada ucapan, tapi pada perbuatan serta perhatian yang kamu berikan untuknya.

Dan aku harap, kamu yang berada di setiap pelosok dunia ini, di fasa awal mentajmik adik-adik baru ini, akan menemui kemanisan dan ketakjuban luar biasa apabila hidayah mula merasuk jiwa raga mad’u-mad’u kita. Sehingga perubahan diri mereka menjadi ilustrasi yang amat indah pada kanvas dakwah kita.

Sungguh pengalamanku selama dua bulan di bumi Anbiya sangat banyak membentuk diriku dan membekas di jiwaku. Bukan sahaja aku temui fiqh dakwah yang baru, namun paling terkesannya adalah, aku sendiri, sudah mula menjadi manusia yang baru. Alhamdulillah.

PS: isu sebelum ini yang dibincangkan, ditulis untuk adik-adik saya yang membacanya. Maaf jika tulisan itu mengguris mana-mana pihak. tidak ada niat untuk menambahkan perdebatan sedangkan masa yang berlalu, diisi oleh jahiliyah yang menjatuhkan Islam.
PSS: lagi 3 minggu sebelum Malaya! ( Bersediakah aku?sobs)

Ana ukhtikum fillah,
AisyahZ
Kembali ke bumi nyata, tempat aku bermula kembali,
Glasgow
12/10/11

Advertisements

10 thoughts on “Buat kamu

    :) said:
    October 12, 2011 at 5:27 pm

    nila buat kapas hatiku.. 😉

    anonimes said:
    October 12, 2011 at 5:37 pm

    salam wbt..

    lame sy tak komen rasenye..sy jenisnya suka baca post yang happening, fun dll..TAPI sy cuba tak miss artikel yang akak tulis..kenapa ya?? sbb terselit seribu himmah yang ada pada diri akak yang cuba akak serapkan kepada pembaca..serius sy selalu terkesan dgn artikel akak..byk mengajar dan mendewasakan saya..menguatkan sy yg seorg sbb kat sini sgt susah nak bina RI..jazakillah kak aisyah..cumanya bab menulis di blog itu..saya tahu setiap org perlu berkongsi..tetapi terkadang pasti ada sebab kenapa dia tak menulis..mungkin dia takut dia hanya menulis butir2 kosong di mana akan dipertanggungjawabkan nanti..menulis butir2 mengenai perasaannya, semata harapannya tanpa ada ‘ruh’ disitu..Allahu a’lam

      muharikah responded:
      October 21, 2011 at 7:16 pm

      salam cik/puan kawai. saya rasa kita pernah berkenalan sebelum ini.. terima kasih kerana sudi jengok blog ini tanda penyambung ukhuwah kita..iAllah saya yakin, yang pentingnya apa kita buat dan berikan, sentiasa bermanfaat buat orang lain, itulah makna yang terbesar buat jiwa2 kita 🙂

    krun. (@krunchieroll) said:
    October 12, 2011 at 10:15 pm

    masyaAllah subhanAllah walhamdulillah.. sangat mantap pesanan ni :’)) jzkk k.aisyah. xmampu berkata-kata mcm ni.semoga menjadi himmah untuk akhawat/ikhwah lain juga insyaAllah

    farah ain said:
    October 15, 2011 at 9:03 am

    salam k aisyah yang dirindu-rindui selalu…
    farah mencari2 sesuatu , dan alhamdulillah jumpa sesuatu yang sgt besar maknanya pada farah …. ^_______^ semalam !!!
    tumuhaat satu mesir ……

    doakan kami

    amieheidi said:
    October 16, 2011 at 7:55 am

    Salam kak aisyah
    An appropriate entry utk myself, insyaAllah akan masuk medan tulab sekali lagi januari ni, so this is really bermanfaat for myself.
    Inspirasi untuk keep on menulis jugak, huhu, berhabuk blog saya tu setiap bulan… 😦

      muharikah responded:
      October 21, 2011 at 7:13 pm

      amie! lamanya tak dapat emel dari awak.. moga semuanya dimudahkan oleh Allah buat awak ukhti!silalaaaa update bloggggg

    Anis said:
    October 21, 2011 at 5:51 am

    Assalamualaikum.

    Entry yang menyentuh hati. barakallahu fik :’)

    petikjari said:
    October 23, 2011 at 1:00 am

    Salam ukhwah….
    we probably dont now each other…
    tp sedang hati kering kontang nie berjalan2
    terjumpa air perigi yg manis sgt airnya…
    wAAAAAAh…..terus basah jiwa, terbuka minda…
    beri smgt baru utk nk bekerja

    ayu solehah said:
    November 4, 2011 at 4:20 pm

    jzkk ukhti, blog yang bermanfaat untuk diri dan orang lain…. InsyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s