Bermulanya dari huruf i ( edited version)

Posted on Updated on

Salam,

Zaman kini berbeza dari dahulu.

Saya masih ingat di waktu saya membawa adik-adik bertemu murabbi kami untuk menjelaskan kepada adik-adik tentang jemaah kami. Ketika itu,seperti biasanya, adik-adik baru akan didedahkan juga dengan iklan-iklan dari jemaah yang lain. Ada yang membuat iklan biasa, ada yang menghadiri tamrin meminta adik-adik mengikuti mereka. Dan tenyata menjadikan adik-adik mendengar tentang kami dari pihak lain, atau lebih menyedihkan kami, menjadikan adik-adik di waktu itu memahami jemaah dahulu sebelum dakwah dan Islam.

Di waktu itu, terkadang kami sedikit goyah.

Bila orang tanya, betul ke jalan kami ini?

Kamu nak bawa orang kepada JIM ke?

Sedangkan reputasi JIM di waktu itu bukan pada tarbiyah, tapi pada masyarakat. Golongan pro tarbiyah akan mengambil hujahnya di situ.

Tapi JIM juga bulan politik. Bukan Islam itu harus syumul? Termasuk politik? Bukankah ahli-ahli JIM sudah masuk politik juga?

Betapa kami teramat ingin menerangkan pada seluruh jemaah manusia di tika itu bahawa :

JIM itu sebahagian dari wadah kami, BUKAN nama jemaah kami!

Kerana itu fungsi dan peranannya amat berbeza sekali.

Habis itu kamu siapa?

Kami ditanya lagi.

Kami jemaah kitalah.

Yelah, jemaah apa?

Jemaah kita…

Dan soalan itu ditanya lagi pada murabbi kami, di saat kami buntu. Akhirnya dia menyatakan:

Kitalah jemaah ruh, dan jemaah kita dihubungkan oleh hati-hati yang satu, terlahir dari kefahaman yang satu. Ikatan kita bukan pada borang mahupun bayaran yuran, tetapi pada hubungan hati, kefahaman, dan perasaan.

Dan ternyata jawapan itu menggamamkan hati kami juga.

Dan memang sukar di waktu itu untuk menyakinkan ramai orang, bahawa jalan inilah jalan yang paling mendekati langkah-langkah Ikhwan Muslimun. Tanpanya nama, terlalu ramai membuat andaian dan anggapan yang terkadang menjadi fitnah kepada jemaah.

Namun satu yang amat pasti di waktu itu:

KAMI MENGAJAK MANUSIA KEPADA ALLAH DAN DAKWAH DAHULU SEBELUM JEMAAH.

Dan itulah yang menjadikan kami lebih faham dan tegap beramal.

Ketika manusia ramainya adik-adik mengikuti jemaah lain yang mempunyai nama dan brand, kami tetap teguh dan kukuh berpaksi pada pegangan asas ini; kami mengajak kepada islam dan dakwah, sebelum jemaah.

Dan kami memahami erti intima ( terikat)nya kami pada jemaah ini bermula dari intima kami kepada ALlah dan Islam.

Bermula dari huruf i: Islam . Sebelum jemaah.

Dan apabila kami berintima pada jemaah ini, kami benar-benar memahaminya dan tegap teguh bersamanya.

Di era terbukanya tanzim (jahr tanzim), IKRAM memacu langkah dakwahnya dengan lebih hebat. Dakwah mula memasyarakat di serata dunia bagi yang berwarganegara Malaysia. Gelombang dakwahnya melata di seluruh tanah air.

Malah para pendukung dakwah yang tenggelam di satu masa dahulu, kembali aktif dan menghidupkan kembali relung-relung dakwah yang sebelum ini belum lagi terbuka buat mereka.

Seolah-olah dengan tiba-tiba, ahli jemaah ini menjadi kembali ramai dan pulang semula ke jalan dakwah.

Allah akbar wal hamdulillah!

Dan kita melihat berkembangnya dakwah kita dengan tersenyum bangga. Dan kita menyanyikan lagu Ikram penuh sukarela tanpa paksa. Seolah-olah lagu itu menggambarkan apa yang ada di dada kita dan akan gembira melihat dakwah yang ternyata tegap pada sebuah nama yang gah pula.

Itulah dia IKRAM.

Namun, itu buat kita yang memahaminya.

Kita yang melihat dan mendengar agenda dakwah IKRAM yang sangat solid dan besar impiannya. Dan kita bersama-sama dengan generasi terdahulu, teringin untuk mentahkikkan cita-cita itu dengan air mata dan darah kita. Kerana kita amat yakin akan jalan ini yang menyampaikan kita pada tujuannya yang teramat agung, bukan setakat mendapat sebuah daulah, namun yang utamanya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah!

Bukankah kita semua berdosa selagi mana tidak tertegaknya khilafah di muka bumi Allah ini?

“Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.” (Q.S. Al Maidah: 48)

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebagian apa yang diturunkan Allah kepadamu.” (Q.S. Al Maidah: 49)

Takkan mampu kita memimpin manusia dan menjadikan mereka tunduk dan ikut perintah Allah melainkan dengan tertegaknya khalifah. Kerana itu usaha ke arah tertegaknya daulah Islam adalah wajib!

Atas dasar kefahaman ini, kita bergerak dan bekerja atas dasar satu kefahaman.

Namun setelah kita ada gelaran nama, kita menjadi amat terlupa.

Sehingga kita lebih mengenali IKRAM daripada Islam dan dakwah itu sendiri.

Kita lebih asyik dengan IKRAM berbanding Islam itu sendiri.

Lantas kita mengajak manusia lain kepada IKRAM terlebih dahulu sebelum Islam dan dakwah.

Dan wujudlah pandangan sesetengah pihak kepada kita, bahawa kita lebih kepada ikramisasi daripada islamisasi.

Dan kita tahu, itu bukan niat utama kita sebenarnya!

Kerana kita faham, IKRAM ini hanyalah kenderaan kepada menuju sebuah daulah. Jika ada kenderaan lebih baik, memang perlu kita naik kenderaan itu untuk mencapai daulah tersebut!

Namun manusia memang begitu sifatnya.

Ia lebih gemar menyeru manusia kepada namanya, sebelum memahamkan manusia akan tujuannya.

Kerana itu, kita perlu sabar menjelaskan pada mereka yang berada di bawah binaan mahupun tanggungjawap kita.

Kita perlu fahamkan mereka bahawa :

Meraka takkan all out untuk bekerja di bawah IKRAM kalau mereka tak all out kerja untuk dakwah!

Ini adalah sifir yang mudah.

Dakwah dahulu sebelum jemaah!

Jemaah jadi wajib kerana dakwah itu wajib.

Kita takkan buat jemaah kalau bukanlah kerana dakwah itu adalah wajib. Dan tak boleh buat kerja dakwah secara seorang diri! Maka kerana itu perlu kita komited di dalam sebuah jemaah.

Mungkin kita tersilap pandang dan memberi kefahaman tentang jemaah sebelum masanya.

Kerana kita tak mahu mengulangi kesilapan kita terdahulu mahupun mereka yang menyeru jemaah sebelum Islam.

Walaupun ada yang berpandangan bahawa pentingnya menyebarkan nama untuk menarik orang kepada Islam, dan kita tak menafikan memang ramainya mengenal Islam melalui jemaah ini.

Namun, untuk kita, para daie Allah, kita amat ingat kata-kata Allah ini:

ا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادً۬ا لِّى مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَـٰكِن كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ (٧٩)

Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.” Akan tetapi [dia berkata]: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani [1], karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.  ( Ali Imran 79)

Kita menyeru manusia kepada Allah, BUKAN pada diri kita.

Kita hanya menggunakan nama jemaah sebagai alat, untuk bawa manusia kepada Allah, BUKAN menjadikan jemaah sebagai tujuan!

Dengan itu kita akan amat menghayati akan hakikat perjuangan kita.

Akan kita lengkapi diri kita dengan kefahaman, penghayatan yang menjalari seluruh anggota hidup kita.

Sehingga orang melihat qudwah Islam dari diri kita.

Sehingga orang terpikat dengan cara ajakan kita melalui ajakan penuh kasih sayang, mahupun qudwah yang ditampilkan.

Sehingga kata-kata kita bukanlah tin kosong yang berbunyi pada bait-bait indah tanpa makna, tapi padat penuh isi pada sebaris ayat sahaja!

Inilah yang kita fahami. Sehinggalah Islam dan dakwah terpenuhi sepenuhnya dalam kehidupan diri kita!

Sehinggalah kita akan benar-benar tajarud pada Allah, sehingga kita betul-betul all out untuk dakwah, akhirnya kita dapat memicu gerakan kita dalam dakwah ini dengan sedahsyatnya!!

FAhamilah perkara ini sedalamnya agar kamu tidak tersilap langkah, hingga akhirnya kamu mengajak kepada i yang berbeza : Ikram sebelum Islam.

Namun jangan sampai tak berstrategi sehingga lupa akan kepentingan membina qaidah sulbah sehingga kita meninggalkan kerja tajmik dan takwin. Sehingga kita lupa pula kita perlu meramaikan orang di dalam barisan dakwah kita dengan usaha-usaha tarbiyah yang mapan.

Serta bijaklah menggunakan brand jemaah kita yang telah pun harum di muka dunia ini untuk menarik lebih ramai manusia kepada dakwah kita. Nama itu sebagai alat, untuk mengiklankan masyarakat akan siapa kita. Akhirnya membawa manusia mengenal Islam yang kita mahu bawa ini.

Yang penting, kita sebagai kader dakwah jemaah ini, amat memahami sekali akan peringkat-peringkat kefahaman dalam dakwah ini, takkan mungkin kita boleh all out dalam melaksanakan agenda-agenda serta misi-misi jemaah, sebelum kita benar-benar memahami dan menjiwai ruh dakwah ini, dengan sebenar-benarnya.

Bukankah Allah telah menyeru kita kepada syurga dan ampunanNya serta meminta kita bersegera ke arah itu?

وَسَارِعُوٓاْ إِلَىٰ مَغۡفِرَةٍ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَجَنَّةٍ عَرۡضُهَا ٱلسَّمَـٰوَٲتُ وَٱلۡأَرۡضُ أُعِدَّتۡ لِلۡمُتَّقِينَ

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,( Ali-imran 133)

Wallahualam.

Mari bersama kami, terus menerus, dalam agenda menegakkan daulah di bumi kita, satu masa nanti.

Ana ukhtikum fillah,

aisyah z

AHLI IKRAM UKE

Advertisements

13 thoughts on “Bermulanya dari huruf i ( edited version)

    atikah said:
    October 2, 2011 at 8:44 am

    Salam, ayat terakhir tu..apa maksudnya…”kita akan ingat kata-kata Allah ini:”… macam tergantung. atau adakah memang beegitu ayatnya?

      Ada said:
      October 2, 2011 at 3:59 pm

      Akak…

      Stuju sgt…kta tak nak org yg hanya taat tanpa faham….

      Takut sgt…on da way kta buat kerja ni niat tersasar…

    muharikah responded:
    October 2, 2011 at 8:10 pm

    terpadam lah atikah. nanti ana cari masa untuk sambung. semalam tak sempat save..huhuhu

    fifa93 said:
    October 3, 2011 at 4:52 am

    part ni plng suke 😀
    “Kitalah jemaah ruh, dan jemaah kita dihubungkan oleh hati-hati yang satu, terlahir dari kefahaman yang satu. Ikatan kita bukan pada borang mahupun bayaran yuran, tetapi pada hubungan hati, kefahaman, dan perasaan. ”
    *hubungan ruhhi antara 2 insan berkasih-sayang demi Allah(ukhwah)

    mylittlepencil said:
    October 3, 2011 at 5:15 am

    Assalamualaikum kak muharikah.
    Entri yang memberi pencerahan kepada saya.

    Pada asalnya, azam sy adalah untuk menjernihkan ukhuwwah dan meneutralkan dakwah.
    Maksud saya, biar nmpk dakwah kita dan tarbiyyah kita sgt sgt sgt smooth, bukan lg benda asing, bukan lagi benda yang tampak berdosa bila kita mengerjakan amalnya.

    Bila baca tajuk je, saya dah sgt tersentuh.
    Dan memuhasabah diri sendiri.
    Takut2, niat tersasar dan apa yang kita sasarkan tidak diredhai Allah.

    Namun, alangkah baiknya jika semua ummat manusia memahami keadaan kita.
    Atau sekurang-kurangnya menerima baik keberadaan kita di sesebuah tempat.

    Jazakillahu khairan ukhtiku.
    Memberi semangat kepada kami semua.

    kak, doakan kami agar terus ikhlas dalam dakwah dan matlamat tidak tersasar

    nadhirah razak said:
    October 3, 2011 at 7:17 am

    jazakillah k.aisyah…memang kadang2 di era jahr ni niat seringkali nak tersasar je.tu lah pentingnya peringatan.Allah Yubaareek Feek,wa Yahdeena Jami’ean.

    momon said:
    October 3, 2011 at 4:40 pm

    kak (T_T) jauh lg perjalanan kita ini kan?? utk melihat adik2 bertatih mentakwin manusia pun memerlukan kesabaran, ini kan pula utk menyebarkan kpd seluruh ummah kpd Islam ini.. namun kita yakin akn jalan ini.. maka walau ‘kapal’ itu belayar tidak seperti yg spttnya, kitalah jundi2nya yg perlu bersabar dan membuat perubahan..inshaallah kita akn terus berusaha, kerna kita yakin akn jln ini..

    salam dr kejauhan..
    merinduimu
    momon

    ummu insyirah said:
    October 5, 2011 at 5:04 am

    Salam,
    Ukthi Fillah..

    🙂 semoga setiap amilin Islam yang ikhlas bekerja di jalan Allah dan mempunyai matlamat yang sama bertemu di satu titik pertemuan, walau bukan di zaman kita, mungkin anak cucu kita. Saat itu kita membayangkan Islam kembali tertegak dan gemilang.

    Semoga juga setiap amilin Islam bekerja dengan matang dan menjaga kemanisan ukhuwah walau berada di dalam kenderaan berbeza, kerana matlamat sama. Sama-sama memandu di highway dengan kelajuan 110 km/h (allowable speed) dan sampai destinasi yang sama. Bukan terbabas di tepian jalan, atau menyangka R&R yang menyeronokkan itu tujuan..

    Marilah kita ber’fastabiqul khairat’ dalam lapangan yang kita berada.. Ummat Islam ramai yang menagihkan perhatian dan didikan kita, dan alangkah ruginya sekiranya kita berpusing pada tempat yang sama.

    Kamu jadikan kenderaan kamu terbaik, saya jadikan kenderaan saya terbaik.. Ada siapa-siapa yang rugi kalau kita begini? Insya Allah, untungnya untuk Islam juga..

    Hidayah Melb OZ, now in Melaka 🙂

    Lah said:
    October 5, 2011 at 1:05 pm

    Assalamualaikum wbt. terima kasih atas perkongsian yang cukup mantap. Islam tu yg paling utama. InsyaAllah. saya dari Jemaah sahabat..alhamdulillah…saya akui saya mengenal tarbiyah di bawah Jemaah IKRAM dan saya bersyukur atas usaha murni pihak IKRAM bagi memastikan tarbiyah itu sampai di tempat yang belum sampai oleh pihak lain…syabas saya ucapkan dan saya kagum..tapi pada suatu saat harus ada ketika kita (insyaAllah para daei) perlu memilih dan saya memilih yang lebih baik (pd pandangan saya dan saya yakin sampai skrg)..tapi saya masih lagi terhutang budi dgn wakil Jemaah Ikram kerana telah menghantar Naqib dan Naqibah di tmpat saya kerna tanpa usrah dari IKRAM saya mungkin tidak akan berada di jalan ini. Saya cuma nak ucapkan Jazakumullah Khayran Kathira…=)

    manusia itu logam said:
    October 6, 2011 at 9:47 am

    salam

    just nak drop by to say that..
    yg ada, dan mengenal, dan melihat, dan merasa, dan mengalami, pasti faham sejelasnya dan merasai dengan amat… apa ertinya aku mengenal ‘i’….

    tq kak. your words touched my heart…
    teringat dulu2..

    ar-rumaisa said:
    October 10, 2011 at 2:50 pm

    Alhamdulillah. Beautifully written, aisyah! Tidak mudah utk menceritakan & mengungkapkan semua ini dalam lisan. Jzkk. Sayang fillah.

    aliyah irbid ^^ said:
    October 13, 2011 at 1:33 pm

    rasa nak nagis pulak bc entry ni

    hamba Allah said:
    May 20, 2012 at 2:23 am

    alhamdulillah, menjawab persoalan ini 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s