Daie, kita bukan selebriti!

Posted on

Salam,

dan saya selalu berfikir, jika daie itu bukan selebriti, mengapa Hassan Al-Banna, Hassan Hudaibi, mahupun Yusuf Qardhawi teramat popular dan tersohor namanya?

Mahupun Wardina yang telah mempunyai sentuhan baru dakwahnya, mahupun pada Maher Zain yang amat bersahaja dengan dakwahnya walaupun nama mereka seharum kemboja di siang hari.

Dan kita melihat pancaran hidayah itu pada wajah mereka dan kata-kata mereka yang dikuotakan (quote) pada pancaran ceramah mahupun penulisan makalah.

Dan kita amat merasai ketulusan niat mereka ketika menulis itu di saat kita membacanya.

Lantas hati kita bercahaya dan bergerak mendengar dan membacanya.

Begitulah ia para daie.

Dia tak hidup dengan tulisannya.

Tapi ia hidup pada amalnya yang menukilkan kesan pada tulisan mahupun ucapannya yang sedikit.

Kerana niatnya bukan menarik orang padanya.

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادً۬ا لِّى مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَـٰكِن كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ (٧٩
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah.” Akan tetapi: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
Malah hatinya sedikit serong dan songsang mahupun dirasai kesat yang meresahkan ketika ia menulis tanpa perhatian yang bulat pada Rabbnya. ( Ali-Imran 79)

Mahupun menulis kerana mahu memuaskan hati pembacanya ataupun sekadar melepas batuk di tangga ( asalkan update)

Kerana daie itu bukannya selebriti!

Tetapi ia membina dan menghidupkan para daie!

Ia menulis dengan air mata mahupun kepenatan yang amat sangat.

Mahupun pada darahnya yang mengalir menyaksikan syahadahnya.

Bukankah yang ramai menulis itu adalah di saat khalwatnya di waktu malam hari mahupun di dalam penjara?

Dan siangnya takkan berhenti mengajarkan manusia tentang Allah dan DeenNya sehingga takkan sempat ia menulis semua isi hatinya pada kalam-kalam kerana sibuk bersama dengan manusia-manusia lain.

Itupun ia menulis kerana tahu kudratnya takkan mampu menyampaikan semua yang ada di dadanya pada semua manusia.

Ia tahu masa hidupnya akan tamat, namun perjuangan dakwah amat harus diteruskan dan ilmu-ilmunya harus dicurahkan supaya tersebar luasnya isi dakwah ke semesta alam.

Mereka manulis kerana merasakan itu perlu, bukan sekadar mahu.

Kerana takkan ada guru yang lebih hebat melainkan manusia itu sendiri. Buku takkan mampu mengajarkan manusia!

Kerana itu, takkan kita hairan para murabbi mahupun asatizah kita takkan pernah sibuk di atas kerusi bersama komputer riba mencipta nama pada media-media mahupun menambahkan populariti di mata dunia. Jika mereka menulis, itu adalah kerana perlu, kerana jika mereka tak buat, takkan ada orang lain yang boleh. Jika mereka tak buat, dakwah dan kefahaman mereka akan terkubur bersama usia mereka.

Kerana takkan ada yang lebih nikmat di dunia ini, melainkan beramal pada kefahaman itu sendiri. Tanpa kata-kata yang panjang.

Tiada yang lebih nikmat di dunia ini melainkan mengajarkan manusia tentang Al-Quran dan sunnah dengan perantara mulut dan perbuatan. Dan penulisan menjadi resepi penambah perisa untuk memahamkan dan memberi peringatan.

Itulah ia daie, ia menjadi selebriti dengan sendirinya.

Kerana ia mengajak manusia kepada Allah, tak pernah kepada dirinya.

Matlamatnya jelas, kerana ia faham ,takkan benar sesuatu perjuangan tanpa ada kepenatan mahupun pengorbanan.

Dan tentu saya amat cemburu dengan penulis yang mempunyai kemewahan masa dan idea untuk terus menulis berkarya.

Sedangkan ternyata hati saya sentiasa sahaja menuntut perhatiannya kepada mereka yang berada di hadapan saya, bersedia sentiasa untuk berkongsi cerita dengan mereka. Dan ternyata penulisan pengalaman tidak mampu dibukukan. Kerana masa itu sering dicemburui sentiasa!

Dan saya fikir, sempatkah kita menceritakan pengalaman-pengalaman itu agar bermanfaat pada generasi seterusnya?

Kerana dakwah, menuntut segalanya dari kita.

Dan kita, takkan pernah rasa cukup masa untuk berbuat segalanya…..

wassalam

ukhtikum fillah,
aisyahz

Advertisements

One thought on “Daie, kita bukan selebriti!

    munashah said:
    October 2, 2011 at 6:39 am

    Jzkk T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s