Satu yang indah

Posted on

Sesuatu yang indah..
alhamdulillah menenangkan rasa dan jiwa,
apabila melihat adik-adik kita
yang bersabar dengan lidah dan tangan kita
serta jirusan tuduhan mahupun teguran
akhirnya lahir menjadi kader-kader dakwah.

Mahupun sesuatu yang indah itu, apabila kita melihat
yang retak menjadi rapat
yang bercerai menjadi akrab
yang celaru akhirnya bersatu.

sehingga dahulu kamu melihat kerapuhan pada sebuah bangunan
akhirnya menjadi mantap pada asas serta binaan keseluruhannya!

Dan tiadalah ucapan lebih aula melainkan tahmid dan takbir buat Dia yang Esa.
Kerana tiada satu yang lebih bermakna
bagi seorang murabbi
melainkan untuk melihat kesatuan hati, jiwa dan rasa pada diri mutarabbi-mutarabbinya
Seterusnya bersatu pada pemahaman , cara fikir dan tindakan.

Itulah yang akan menturbokan dakwah mereka.
Itulah yang menguatkan cakna mahupun ucapan-ucapan mereka.
Mahupun memantapkan jiwa mereka pada Deen ini
Menjadikan syaitan menjauhi mereka sejauh-jauhnya
Bukankah syaitan membenci perkumpulan manusia yang mengingati Allah?
Dan syaitan juga amat membenci kesatuan atas dasar cinta keranaNya?

Dan disitulah kamu akan perhatikan kekuatan yang amat luar biasa pada mereka.
Kerana jatuh bangunnya binaan dakwah adalah pada dasar ikatan hati itu.
Yang datangnya dari satu kefahaman
Satu tujuan
dan satu matlamat.

Allah menyatukan hati mereka kerana mereka menghadapkan ghayah mereka hanya kepadaNya semata.
Dan itulah dia kunci kekuatan dan kesatuan:
Allah Taala

Dan kamu sebagai murabbi takkan risau meninggalkan kelompok seperti mereka
Kerana bekalan mereka terampuh selepas iman adalah ukhuwah
Dan untuk mengekalkan iman perlu mengetahui kaedah-kaedahnya
Melalui tarbiyah berterusan secara kendiri mahupun jamaie.

Setelah iman, pasti datangnya ukhuwah,
Asalkan tujuannya tetap sama,
Hanya untuk Allah
bukan untuk diri sendiri

Apabila semuanya berkorban untuk Allah
bukan untuk diri sendiri.

Di situ makna ukhuwah akan tercerna
Dan kamu melihat wajah-wajah mereka bercahaya kerana cinta mereka sesama mereka, adalah.
HANYA KERANA DIA!

Setelah itu..
Kamu akan melihat ketombokan dakwah yang amat sukar dikalahkan
Dan kamu akan melihat bangunan yang berdiri di atas dasar yang kukuh itu akan lebih gah tersergam indah.

Dan kamu akan melihat
pada bahu-bahu mereka yang kau kasihi dan kagumi itu
harapan yang amat cerah menggunung tinggi
Bahawa kemenangan Islam itu seolah-olah pasti
Apabila mereka menerajui saff dakwah kita.

Kerana Imam kita selalu memesan pada kita pada kalimah yang sering diulang-ulang:

Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.- ISHAB, wahai pemuda

Benar membina manusia seperti mereka memberikan kepuasan
Paling tepatnya, memberikan cahaya pada hati dan menyejukkannya

Bukankah dunia diubah kebanyakannya pada tangan seorang pemuda?

Dan begitulah yang akan berlaku pada Deen ini.

Jika kita mampu menyatukan mereka semua ini,
dengan kesatuan kefahaman dan ukhuwwah bertunjangkan iman
tidak ada tentera yang mampu mengalahkan mereka.

TIDAK ADA.

Kerana itu, kita akan rasa sangat indah melihat wajah mereka selepas perubahan
mahupu peribadi dan akhlak mereka selepas penginsafan
Kerana hidup yang dahulu berada dalam zulmat yang gelap
akhirnya menjadi terang bercahaya menerangi seluruh alam.
Sehingga kamu akan tersenyum melihat mereka yang dahulu lena dibuai mimpi, akhirnya berteriak bersuara menyedarkan orang lain pula,
mahupun akan rasa syahdu melihat mereka yang leka dalam jahiliyah akhirnya menjadi manusia paling lembut hatinya dan amat banyak beristighfar.

Dan diri murabbi ini, begitulah sifat dan sifir hidupnya
Ia akan datang pergi
Ia memberi dan mewarisi
Tugasnya pasti berkesinambungan pada lidah murabbi lain pula

Dan tiadalah kebanggaan pada diri seorang murabbi itu
melainkan melihat perubahan itu
walaupun pada singkatnya tempoh bersua
namun sejarah-sejarah takkan menipu,
dan kita tatkala mendengarkan kisah-kisah terdahulu
pasti akan tersenyum melihatnya sekarang,
apatah yang melihatnya secara hidup (live)

dan itulah yang akan terpahat pada sebuah memori
itulah yang akan sentiasa menghidupkan sang murabbi
yang menjadi bekalannya saat ia ditimpa ujian bertalu-talu
mahupun menjadi senandung indah yang membasahi jiwanya
saat kekeringan mahupun kesedihan merudung hatinya
atau menjadi lilin harapan untuk terus memberi
disaat manusia menepis seruannya malah membencinya.

Kerana setiap mutarabbi itu teramat istimewa
setiap mereka mengajarkan setiap bait-bait hikmah
mahupun mengajarkan sang murabbi sesuatu yang teramat mahal:
itulah FIQH DAKWAH yang baru
yang belum pernah tertulis pada kitab muntalaq mahupun usul dakwah

Dan di situ kita akan menghargai
setiap seorang dari mereka
dan kita akan rasa amat bangga sekali
pada setiap jiwa-jiwa itu.

Alhamdulillah Ya Rabb, kamu menemukan aku dengan mereka, dan dengan itu aku menjadi mendapat ‘sesuatu’ yang amat aku perlukan.

lagi 10 hari dalam permusafiran,
aisyahz
Irbid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s