Bezanya adalah pada wau dan fa

Posted on Updated on

Salam

ada orang bertanya padaku:

Best tak irbid?

Kemudian setelah itu:

best tak mesir?

Kenangan di Laut Mati yang masin

Dan aku hanya mampu memutarkan semula kenangan-kenangan yang ada di kotak memori dan sentiasa tersenyum mengingati detik-detik perjalanan kami yang penuh panjang dan bermakna.

Mungkin perjalanan yang mengubah kehidupan kami; seluruhnya.

Jujurnya, tiada tempat yang dapat menggantikan Mesir di hatiku.

Semakin lama aku berada di situ, semakin aku mengenali pola masyarakatnya serta menghayati perjuangan setiap insan yang hidup di kota maha sibuk Kaherah. Penduduk di negeri sebesar kota london itu sendiri mencecah angka seluruh rakyat malaysia : 27 juta!

 

Boleh gambarkan keadaan jalan raya yang sesak dengan kereta mahupun kenderaan awam untuk menumpangkan rakyat-rakyatnya? It is undescribeable hecticness!

27 juta manusia yang hidup di kota Kaherah sepanjang masa, berjalan di atas jalanan, dan berusaha dengan sedaya mereka untuk mencari sesuap nafkah buat bekalan di perut. Samada dengan meminta sedekah, mahupun berusaha menjual sebungkus tisu berharga 1 junaih ( sama dengan 10p)

27 juta manusia itu juga sangat banyak menginsafkan aku dan banyak membuatku termangu menganalisa keadaan di negara tempat bermulanya harakah islamiyah di abad ini. Negara yang mempunyai muatan sejarah yang amat panjang, berzaman-zaman , berkesinambungan sehinggalah kepada zaman sebelum lahirnya Nabi Musa, sehinggalah kepada era revolusi Mesir yang menyaksikan kejatuhan diktator termasyhur di seluruh dunia itu.

Apa sahaja yang tiada di negara itu?

Bukan sahaja pada Kuil Catacombs yang gah , mahupun kepada tinggalan Piramid dan Giza, tapi juga pada sumber ilmu yang tak putus-putus mengalir di situ.

Tempat bertemunya dua laut : air tawar dan air masin, seperti yang disebut dalam Surah ArRahman ayat 20-21

Saya katakan, tak putus-putus, bagaikan bekalan air ilmu itu sentiasa mengalir, lebih deras dan dalam airnya daripada laut Meditarenean mahupun Sungai Nil.

Begitu juga pada ‘atsar/kesan-kesan azab Allah taala kepada kaum terdahulu yang terpencar pada kerajaan Qarun di Fayyoum serta kewujudan makam-makam nabi terdahulu : Nabi Daniel, Nabi Hud, Nabi syuaib, juga pada kewujudan jabal tursina dan maqam-maqam manusia terhebat terdahulu : Imam Syafie, Syeikh Ibnu Athoillah dan Saidatina Zainab binti Ali.

Tidak dilupakan kepada Citadel/Kubu Salahudin Al-Ayubi yang menjadi mercu tanda kegahan empayar Salahudin di satu waktu terdahulu, juga kepada tinggalan masjid pertama dan tertua di Kaherah : Masjid Amru bin Asr.

Sungguh, bumi Mesir itu adalah bumi yang amat barakah. Walau dengan kemiskinan serta masalah sosio-ekonomi masyarakat yang amat dahsyat, namun itu semua tidak dapat menutupi kelebihan yang dimiliki oleh bumi Anbiya ini.

Dan kami merasai itu pada hati kami, kerana keberadaan di bumi itu pada sepanjang bulan Ramadhan, amat mengesankan jiwa dan perasaan kami, menjadikan ia lebih tunduk dan asyik kepada ALlah. Satu bekalan yang amat menyejukkan serta penuh bagi menghadapi hari-hari sesudah Ramadhan itu.

Dan yang menjadikan perjalanan itu lebih bermakna, kerana aku melaluinya bersama teman yang amat aku cintai di jalan ALlah.

Sungguh amat kami rasai terlalu pendeknya masa kami berada di situ untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu Allah, mahupun untuk berkongsi pengalaman kami dengan saudara-saudara kami di situ.

Hampir separuh populasi Mesir menghafal Al-Quran. Dan kelas-kelas untuk mendalami Al-Quran dan mempelajari Islam, ternyata lebih banyak dari shopping mall yang wujud di bandar itu. Apatah lagi iklan-iklan di dinding jalan mahupun kedai serta pada kenderaan dan juga paip air, semuanya mengarah kepada mengingati Allah.

Takkan ada manusia yang takkan terkesan dengan bumi Misr itu melainkan manusia yang tidak dapat melihat cahaya satu kebenaran.

Adakah mungkin negara ini menerajui kebangkitan daulah? Di saat kami menyaksikan berkibarnya bendera Ikhwanul Muslimun di serata daerah, serta hebat dalam program kemasyarakatan ( rabtul am) mereka, kami juga melihat kelalaian dan kelekaan yang wujud pada masyarakat Mesir ini. Juga pada sistem yang tidak wujud di negara itu. Juga pada sistem sampah sarap yang berkecamuk dan amat mengotori pemandangan.Mahupun pada sikap ‘bolehland’ orang Arab Mesir dalam setiap perkara; di atas jalan raya, mahupun di pejabat kerajaan, pusat perlancongan dan sebagainya.

Nizam/sistem mereka , rapuh. Sedangkan nak mendirikan daulah, perlu adanya sistem, untuk menyusun jutaan malah billion umat islam di seluruh dunia.

Orang yang berada di sana sahaja dapat memahami perkara ini.

Namun di situ, pasti terletaknya sebuah harapan. Kerana ulama kelahiran dari Mesir itu takkan dapat dikalahkan oleh mana-mana ulama dari dunia lain. Mahupun rijal dakwah yang dibina sendiri oleh tangan-tangan masyayikh dakwah ikhwan, tentu takkan sama dengan cetakan-cetakan rijal di negara lain.

Adakah akan kembalinya sebuah daulah di situ setelah sebuah revolusi? Adakah telah bersedia masyarakat Mesir untuk menaungi ummah dengan daulah ini?

Padaku, jika masanya telah tiba, tiada siapa yang dapat menghalangi ketentuan dari Allah.

SO, camne perasaan bila datang Jordan?

Dan aku tahu seseorang pasti akan terasa dengan jawapanku, kerana padanya tiada yang lebih istimewa dalam hidupnya berbanding negara dataran Syam itu. Seperti mana aku tidak dapat memisahkan hatiku dari tempat dakwahku bermula kembali; Scotland, walaupun kontangnya bumi Scotlad itu dari takungan mad’u dan akhawat.
SEBAB, kita takkan lupa TEMPAT kita BERMULA.

Yang menjadikan bumi Jordan ini istimewa hanyalah satu perkara sahaja —> orang-orang yang berada di sini. Dan disinilah hatiku diletakkan untuk aku teruskan perjuangan setelah bersama-sama dengan saudaraku di bumi Anbiya Mesir.

Melihat mereka semua, semangat mereka dan kesungguhan mereka dalam membaiki diri dan juga menyampaikan risalah Allah ini, teramat mengkagumkan aku. Sehingga aku sendiri berada kecut dan rendah diri melihat kesungguhan mereka setelah mendapat suntikan hamasah kerana tidak sedarnya mereka akan kepentingan berlari pantas dalam membawa risalah ini.

Jaganya mereka dari tidur seolah-olah telah meledakkan bumi anbiya tersebut dengan satu nafas baru, nafas syahadah yang mampu menggegarkan dunia, insyaAllah.

Dan aku tahu, mereka pasti akan menjadi lebih baik diri kami semua, generasi terawal, kerana kelebihan mereka berada di fasa dakwah yang telah dikenali( dakwah jahr), mahupun kelebihan mereka berada di negara Arab, tempat mempelajari bahasa al-quran serta menghafalnya.

Beza antara duanya juga mungkin adalah pada wau dan fa.

‘ Fein k asma , k aisyah?’ tanya seorang adik mencari sahabatku itu.

‘Wein?Ila math’am?’

Kaku juga nak cakap dengan pakcik teksi di negara Jordan ini. Aku melihat sahabatku itu lincah sahaja berbahasa pasar Jordan dengan penuh keyakinan, sedang aku jadi cuak dan kaku.

Sungguh berbeza dua negara tersebut pada tsaqafah masyarakat, geografi penduduk, mahupun suasana yang memberikan kesan buat pelajar-pelajar yang berada di situ.

Dua kelompok pelajar yang berlainan namun perlu diarahkan kepada hadaf yang sama, kerana tiada lagi tempat lain lebih baik dari mereka : melahirkan barisan-barisan ulama yang tersohor buat dakwah dan jemaah ini.

Jika aku tak mampu menjadi sebahagian dari ulama itu, aku berharap mendapat pahala dari dorongan-dorongan dan bimbingan yang aku berikan buat mereka ke arah itu.

Insyaallah.

Apa lagi yang lebih nikmat membahagiakan melainkan melihat tertegaknya sebuah daulah Islam, dalam keadaan kita bersedia untuk mempertahankannya?

Tiada yang lebih nikmat dari melihat undang-undang dan hakimiyah Allah tertegak di atas muka bumi Allah ini. Tiada.

Kerana itu, ke arah itulah kita perlu bersungguh-sungguh.

Wein au fein ilaina? ( wein dan fein itu sama sahaja maksudnya = bahasa fushanya ‘aina – Mana?. Wein bahasa dari Jordan, Fein dari mesir)

insyallah, ila Jannah wa mardhatillah..

Ana ukhtikum fillah
AisyahZ
Irbid

Advertisements

6 thoughts on “Bezanya adalah pada wau dan fa

    kauthar kamaruzaman said:
    September 18, 2011 at 9:08 am

    kak aisyah…terharu dan rasa seronok sangat mengenali akk dan kak asma!!!

    amar said:
    September 18, 2011 at 3:45 pm

    benar..tp kadang2 saya lihat ada berbezaan antara graduan deeniah jordan dan mesir..ntah mengapa di msia, yg kelihatan lebih berketerampilan dan kehadapan ialah graduan2 jordan (UZAR,ustaz zahazan,Saiful Islam, Dr. Maszee dll)…namun tak dpt dinafikan lebih ramai graduan mesir yg pekat tarbiyyah mereka.

    Nur Safiqa Sapar said:
    September 18, 2011 at 6:13 pm

    subhanaAllah33

    kakak, please doakan adik2 mu dpt p gak? hehe iAllahhhh!! 🙂 aameeeennnn

      muharikah responded:
      September 27, 2011 at 9:26 am

      of course doa selalu!!

    amirahsaryati said:
    September 26, 2011 at 12:51 pm

    subhanallah, kak.. terkenang pengalaman permusafiran ke mesir setahun lalu.. benar firman Allah dalam surah albaqarah; “ihbitu misran, fa inna lakum ma saaltum!”
    saya ketemu a big turning point di sana..

    terkenang juga pengalaman mendaki gunung sinai, puncak pertama yg terjejak seumur hidup saya.. pertama kali, dan mungkin terakhir kali dalam hidup saya.. huhu..

    p.s : kak aisyah mehla datang india pula! >.<

    -amirahsaryati-

    bangalore,india.

      muharikah responded:
      September 27, 2011 at 9:26 am

      bestkan mira! iALlah ada rezeki saya akan sampai ke India juga…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s