Di bumi ini aku temui cinta itu..

Posted on

Apa sahaja yang tak menjadikan aku tergamam di sini?

mahupun teruja,

mahupun bertafakur sentiasa.
memerhatikan setiap zarah dan juzuk jasad manusia mahupun permukaan bumi yang wujud di sini..

Semuanya menjadikan aku..
kekurangan kata ( speechless).

Dan sungguh di bumi ini, tidak dapat aku gambarkan perasaan mahupun warna yang dirasai oleh hatiku,
melainkan dapat aku nyatakan:

lanskapnya indah
mahupun coraknya pelangi
serta kemanisan rasanya,
sedalam lautan yang mampu dipijak dasarnya oleh seorang penyelam.

Ia sukar dimengertikan.

Saban waktu aku menemui detik-detik cinta itu.

Pada satu tika, pada wajah adik-adikku yang sentiasa mendambakan bimbingan .
Di satu tika lain, pada bocah-bocah kecil yang keronyok bajunya bertampalkan debu-debu kotor, meminta-minta simpati pada si pejalan kaki mahupun pemandu kereta.
Di satu tika, pada suara ustazah iman yang bercahaya wajahnya, ketika bersabar mendengar aku bertutur bahasa arab dengan tergeliatnya lidah, mahupun tumpulnya akal kerana kekurangan kosa kata bahasa Arabku.

Di satu tika pada suara ustaz mahmood yang tergiang-ngiang di telingaku saban waktu, menjelaskan dengan penuh bersemangat, bersungguh-sungguh dan bertenaga walaupun pelajarnya hanya kami berdua sahaja.

Berusaha dia memahamkan kami dengan makna bahasa arab. Setiap ayat Quran, diterangkan dalam bahasa Arab.

Tiada keindahan yang ada taranya berbanding keindahan menatap setiap kalimah-kalimah Allah, setiap kalimah Allah, serta cuba memahami setiap dari itu.Memahaminya dalam bahasa Arab itu sendiri.

Memaknai dan menghidupkannya dalam kehidupan.

Seolah-olah mendapat usrah setiap hari!

Apa lagi yang lebih indah dan bermakna melainkan mengetahui apa yang Allah mahu sampaikan pada hambaNya, dengan setepat-tepat makna?

Subhanallah!

Dan di sinilah aku temui cinta itu!

Jika aku dapat putarkan masa, tentu aku mahu berada di bumi Anbiya ini dulu2, sewaktu aku masih muda tak berdosa.

Menghafal AlQuran dan mempelajari Deenya.

Subhanaallah, sungguh indah jika benar-benar menghafal Alquran, memahaminya, dan dapat mengungkapkan seluruh ayat-ayatNya dalam setiap kehidupan.

Setiap masalah dalam hidup, boleh terus ambil ayat dari Al-Quran.

Seperti mana ustaz mahmood kami, tak faham satu kalimah, terus petik2 ayat-ayat Quran seperti mana aku memetik nama-nama ubat di saat ditanya akan sesuatu penyakit.

Pantas dan tepat!

Subhanaallah, sungguh cemburunya aku akan kelebihannya, secemburunya mungkin seorang wanita pada rakannya yang berkebolehan darinya.

Seolah-olah mahu aku ambil dadanya dicantumkan dalam hatiku agar ilmu terus dimuat turun(download) dalam diriku tanpa batas.

Agar mampu aku mengungkapkan ayat-ayat Allah secara bersahaja, memahami kisah-kisah dari Quran dan mengambil ibrahnya.

Supaya aku tidak blur dengan Al-Quran,supaya aku benar-benar dapat menguasai kitabNya.

Ya Allah, tidak cukupnya masa yang ada, dan tanggungjawap amat mencemburui diri kita, setiap masa.

Dan pantasnya peluang ini berlalu, dan kini masa realiti akan kembali pada masanya.

MEmang indah hidup dalam kotak ideal yang sempurna ini.

Hidup mempelajari alquran dan bahasanya, sepanjang masa, setiap masa.
Menambahkan iman dengan kalimah-kalimahNya.

Namun, tanggungjawab akan sentiasa menyita masa kita, di situ kita akan hargai setiap bait ilmu yang kita pelajari dan memaknainya.

Di situ juga Allah mahu kita sentiasa hargai detik-detik masa yang ada..

untuk kita memberi, dan diberi juga.

Cukup sedikit masa yang ada, namun pada masa itulah kita curahkan segala-galanya untuk dia dan Dia.

Melihat wajah-wajah mereka, sentiasa meruntun jiwaku.

Di bahu mereka dipikul bangunan dakwah yang bukannya ringan.

Dan di situ mereka harus belajar kendiri, sebelum masanya, walaupun ramai manusia melihat wajah ketabahan mereka, namun di sudut hati mereka, mereka tetap seorang adik, dan seorang adik hakikatnya, memerlukan bimbingan. Yang banyak sekali.

Memang tak cukup masa untuk menulis, sedangkan membina manusia itu lebih bermakna dan mengasyikkan, lebih asyik dari membaca bait-bait yang indah.

Namun di setiap detik, Allah pasti datangkan ilham untuk ditafakuri dan dicernakan untuk dicaknakan di hari muka.

Kerana apa yang berlaku pada kita hari ini, adalah pelita untuk masa depan kita.

Apa yang kita pelajari hari ini, adalah obor yang menerangi masa depan kita.

Di setiap saat, dan ketika, jika kita tadabburi ia, jika perhatikan ia baik-baik, terkandung ibrah yang sangat dahsyat maknawiyahnya.

Cuma adakah hati dan mata kita terbuka dalam melihatnya? walaupun kita dikelilingi ibrah itu sepanjang masa?

Dan di setiap detik perjalanan, tiada yang lebih berharga juga, melainkan sahabat yang sentiasa membetulkan perjalanan kita dan menjadi cerminan kita berani menegur kesalahan kita.

Di situ, ibrah menjadi qudwah, pelajaran menjadi sesuatu yang ditahkikkan dalam kehidupan.

Seorang sahabat saya menasihati :’ jangan hidup lama-lama dalam buble ideal, nanti kita akan kecewa menghadapi realiti.’

Betul katanya.

Namun; bukankah Allah menurut sangkaan hamba-hambaNya?

Dan Allah, sentiasa, bila menakdirkan sesuatu untuk kita, itulah yang terbaik untuk kita, samada pahit mahupun manis,

kerana…

orang mukmin itu…

tidak pernah takut akan masa depannya.. dan takkan sedih dengan masa silamnya..
إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka: Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (fussilat :30)

iAllah…

PS: rancanglah kehidupan anda untuk hidup di negara Arab, untuk belajar bahasa Arab dan Al-Quran. Ini saya kira wajib untuk semua penggerak2 dakwah.

ukhtikum fillah
kaherah
egypt

Advertisements

2 thoughts on “Di bumi ini aku temui cinta itu..

    syuhadazulkifly said:
    September 14, 2011 at 10:25 pm

    sy suka dan saya setuju.. baca post akak mbuatkn kegelisahan sy nk ke klas ustaz esok btukar mnjadi semangat..

    hanani said:
    September 17, 2011 at 8:30 pm

    Melihat wajah-wajah mereka, sentiasa meruntun jiwaku.

    Di bahu mereka dipikul bangunan dakwah yang bukannya ringan.

    Dan di situ mereka harus belajar kendiri, sebelum masanya, walaupun ramai manusia melihat wajah ketabahan mereka, namun di sudut hati mereka, mereka tetap seorang adik, dan seorang adik hakikatnya, memerlukan bimbingan. Yang banyak sekali.

    suke ayattt inii… tnjuk ajar ku sifu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s