Dari mereka aku mendapat bekalan itu

Posted on

Salam,

barangkali mereka belum sempat menitipkan mata pada tintaku ini,
Dan sungguh, apa yang mereka tinggalkan pada diri ini, mungkin lebih berharga dari bait-bait yang keluar dari bibirku.

Bukankah benar apa yang dikatakan oleh masyayikh dakwah kita;

bukankah dakwah itu adalah bekal kita juga?

Bukankah juga disaat kita mengajarkan mutarabbi kita, membimbing mereka dan mengajarkan mereka, sebenarnya kita sendiri sedang meluruskan diri kita kepada Allah, menegakkan tulang belakang kita untuk terus melaju di jalan dakwah?


Kerana hakikatnya pada perjalanan membeli belah, mahupun melihat ratusan masjid, juga pada makam-makam yang diziarahi, piramid dan giza, takkan dapat menandingi kesyahduan, mahupun kedinginan sejuknya manisan ukhuwah, ketika bersama para pemuda dakwah, yang mulus hati mereka, yang kurang berdosa, malah hafizah quran.

Takkan sama berjalan di bawah bahang matahari yang terik, yang mentengikkan bau badan yang berpeluh, melihat alam semula jadi , daripada duduk bersama mereka, memaknai detik-detik bersama pemuda dakwah itu. Mereka yang amat mendahagai sentuhan itu, mereka yang mahu mendakap cahaya itu, mereka yang amat mendambakan pelukan dan pegangan tangan dari seorang cendekiawan, hanya memerlukan cendekiawan itu menarik sedikit sahaja diri mereka, untuk melihat alam yang lebih luas ini.

Untuk terus mentsabatkan hati mereka di jalan dakwah ini.

Untuk terus mengukuhkan iman dan perasaan mereka untuk meneruskan langkah mereka di jalan dakwah ini.

Untuk terus menguatkan hati mereka untuk meyakini jalan dakwah ini, walaupun ia sukar, penuh mehnah.

Mereka hanya memerlukan sedikit tolakan.

Sedikit sahaja, untuk mereka terus melaju menderu..

Kerana hati mereka telah bersedia, semestinya hening nan bersih.. cuma kefahaman dan panduan sahaja.. dan bila itu diberikan.. ia terus menerus membazooka. Subhanallah.

Dan dari mereka, aku memperoleh rasa ‘baru’ itu. Rasa segar. Energi yang menggerakkan!

Di situ ada harapan yang sangat menghidupkan. Menyala-nyala.

Di bahu mereka dakwah ini dipikulkan dan diwariskan. Di bahu mereka amanah yang akan sentiasa menjadi hadaf hidup mereka, obsesi terbesar dalam meraih maghfirah dan redha ALlah.

Dan di situ mereka juga menemukan hidup dan nafas baru. Di situ mereka melihat jalan yang amat panjang dan terang benderang di hadapan. Di situ juga mereka akan mengorak langkah seterusnya dengan kobaran yang tinggi dan semangat yang baru.

‘akak, jujurnya saya rasa, saya hampir-hampir mahu keluar dari jemaah ini.’

Membaca surat itu, aku tergelak kecil sendirian:

‘ Kenapa ni ramai2 nak keluar jemaah ini?’

mereka orang pertama di waktu ini mengatakan itu. Seolah-olah satu fenomena, gelombang futur sedang melanda ramainya kader-kader dakwah di waktu ini. Di saat sedang maraknya dakwah di Malaysia, di kawasan lain pula merasai rasa ‘down’nya.

Seorang demi seorang mahu mengundurkan diri.

Memang begitu keadaan kita di saat telah lama tidak mendapat sebuah kesegaran mahupun pentahkikan iman setelah berada lama dalam perjalanan.

Tanpa pemantapan iman dan keyakinan menerusi program tarbiyah, mungkn sahaja kita mahu keluar. Mahu juga kita keluar kerana selama ini kita hanya mengikut rasa hati sahaja.

Kerana itu adikku, aku bersyukur bertemu kamu.

Dan ternyata kamu sudah dewasa sekali. TErkelu melihat kematanganmu di saat dahulu aku melihat kamu sering tertunduk di hadapanku di saat aku berucap depan kamu. Dan kini, kamulah yang berdiri tegap menerangkan tentang kalimah Allah ini. Dan kamu begitu yakin sekali.

Dan aku takkan melupai detik-detik ini. Detik-detik aku sendiri memaknai rasa yang baru ini, yang menjadikan aku mulai rindu untuk bertemu kamu.Selalu.

Memang dalam dakwah ini, kita akan sedih dan geram. Kita akan down dan mahu lari.

Tapi di jalan dakwah ini, kita akan temui kegembiraan dan kemanisan di balik kepahitan mahupun di balik permusuhan yang manusia campakkan buat kamu.

mahupun kita temui kedamaian dan ketenangan di balik masalah yang menimpa-nimpa kita.

Bagiku adikku, dakwah ini, menemukan aku erti sebuah syukur.

Di saat aku melihat ke luar jendela sebentar di saat aku memaknai waktu dhuha, melihat bangunan-bangunan tinggi di bumi Kaherah, dan sering hairan dengan ketentuan Allah, dan mengkagumi perancanganNya.

Dan sungguh aku bersyukur, Dia memudahkan aku berada di bumi ini. Bukan kerana Dia telah menghadiahkan aku hadiah terbaik Ramadhan sepanjang hidupku, tetapi, Dia telah temukan aku pada kamu, spirit muda yang sangat membakar semangatku dalam membimbing kamu, ruh al jadid yang teramat mengkagumkan aku. Kesungguhan kamu, pengorbanan kamu, itsar kamu,kasih sayang kamu, semuanya amat mengkagumkan aku adikku. Sungguh model akhlakmu amat menawan hatiku, dan aku berharap ramai kader2 dakwah lain dalam mencontohi kamu.

Apa lagi yang dapat kutitipkan melainkan ucapan syukur pada Allah, kerana menemukan semula aku akan ‘rasa’ itu, dan membaharukan diriku semula. Dan tentunya bersyukur atas nikmat lutut bertemu lutut, dan senda gurau kita bersama..

Bila lagi dapat kita nikmati ‘rasa’ itu bersama-sama adikku?

owh, sudah aku rindui kamu semua…

Jaga diri, moga terus melaju, menderu, di jalan dakwah..

wassalam

akakmu
aisyahz

Advertisements

One thought on “Dari mereka aku mendapat bekalan itu

    nh4_mesir~ said:
    September 2, 2011 at 8:18 pm

    Alhamdlilla alas salama wal ukhuwwa filla ala hazattoriq kak aisyah…thx 4 d add n..

    ..May Allah Bless Us ALL~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s