Takwin

Posted on Updated on

Fenomena dakwah kita menunjukkan kepada kita bahawa kita mampu mentajmik ramai orang.

 

Kita mampu untuk menarik ramai orang kepada dakwah kita

Dengan DF yang mantap.

Dengan ISK yang berkorbar-korbar

Dengan amal yang berterusan dan penuh bersemangat.

 

Dan kita mampu mentajmik dan menghimpunan ratusan manusia dalam sistem kita.

Ratusan!

 

Angka yang bukan calang-calangnya.

 

Namun, seterusnya angka-angka ini disusun dan diatur dalam sistem tarbiyah.

 

Diusrahkan, didaurahkan, di susun, ditanzimkan akhirnya ditanfizkan menjadi murabbi baru.

 

Namun, hakikatnya, cabaran terbesar kita semua, bukan pada tajmik, bukan pada menarik orang untuk mengikuti usrah kita..

 

tapi…

cabaran terbesar kita adalah ..

 

Untuk membina mereka.

MeNINGKATkan mereka

MenTAKWINkan mereka.

 

Dan di sinilah kita temui kebuntuan.

 

Di saat kita bertemu ramainya adik-adik yang amat bersemangat membina dakwah di kawasan mereka, dan sudah berada bertahun-tahun dalam tarbiyah..

 

akhirnya mereka kaku..

akhirnya jalan mereka buntu..

akhirnya mereka tidak tahu bagaimana untuk majukan dan meningkatkan binaan masing-masing.

 

Ini bukan soalan jika ada masalah –> nah ambil jawapan ni cuba selesaikan.

 

Ia bukan perihal mesin basuh yang rosak dan akhirnya kita memanggil juruteknik untuk baiki mesin itu.

 

Mahupun sebuah teori motivasi dan dakwah yang kita boleh laungkan :

 

‘Haaaaaaa.. dah dalam buku dah cakap begitu, kenapa tak guna cara tu? kan dah silap!’

 

Ataupun jawapan spontan yang kita rasakan mampu menyelesaikan semua permasalahan:

‘ Kalau datangkan seorang murabbi  duduk lama-lama kat sini kan best! SELESAI semua masalah!’

 

Eh….

 

Kita tahu ia tidak semudah kata-kata dalam mengubah keadaan yang ternyata memerlukan ubatnya yang mujarab.

Siapa yang terjun di medan sahaja akan temui solusinya

Saya ulangi:

 

SIAPA YANG TERJUN DI MEDAN SAHAJA AKAN TAHU SOLUSINYA.

 

Mereka yang berada di atas tempat duduk dan hanya mengatur catur pada angka-angka mahupun berstrategi tanpa mengenal waqie. Hanya menyusun di atas angin.

 

Ia takkan tahu keperitannya.

Ia takkan tahu betapa besarnya kerja-kerja pembinaan ini.

Ia takkan tahu betapa susahnya membina manusia.

Betapa sukarnya menyelusuri kehidupan mereka dan akhirnya memimpin mereka, seorang demi seorang untuk membangunkan diri mereka dan membina dakwah mereka.

 

Dan kita melihat adik-adik kita dengan hati  yang pilu dan amat terkilan , kerana usaha kita sendiri amat terbatas dalam membantu mereka.

 

SANGAT TERBATAS.

 

Sedangkan  binaan itu sangat perlu dibina, sekemasnya.

Sedangkan takwin itu perlu berlangsung, berterusan dan daqeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeq praktikalnya ( rapi susunannya)

 

Sedangkan kualiti seorang murabbi itu teramat penting dimiliki agar berterusannya dakwah dan mantap serta kukuhnya asas dalam nak membangunkan dakwah yang amat besar.

 

Bila kita berada bersama mereka, menyelami masalah mereka juga memahami keperluan kita, kita, teramat tahu… yang mereka teramat memerlukan tangan-tangan kita untuk membimbing mereka.

 

Bukan sekadar mengajar akan erti Islam, tapi lebih pentingnya, bagaimana untuk menghidupkan Islam, dan dakwah itu, pada setiap derap langkah mereka dan juga mengalir pada setiap urat darah mereka.

 

Siapa kata kerja kita sudah makin mudah setelah ramainya yang menyahut seruan kita?

Jangan PERASAN!

Ujian, cabaran, tekanan mahupun masalah-masalah baru akan mula timbul.

 

Di situ, kita diminta untuk terus bekerja, tanpa henti.Terus menerus menghulurkan tangan dan menunjukkan mereka, toriq amal yang betul, langkah-langkah di jalanan, untuk membangunkan dakwah ini.

 

Doakan sama-sama adik2ku untuk kita mantapkan dakwah kita ini!

 

Ana ukhtikum fillah,

aisyahz

Alexandria, Egypt

Advertisements

One thought on “Takwin

    siti said:
    September 5, 2011 at 8:29 am

    Jazakillah Ukhtie di atas pengisian di kala hati ini sangat buntu untuk membina insan-insan yang hadir dalam hidup ini.

    Semoga Allah sama-sama beri kita petunjuk dan tsabat di jalan ini,iAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s