27

Posted on


Sudah lamanya tidak menjenguk tinta di sini.

Sedangkan terlalu banyak frem-frem peristiwa yang mahu dilukiskan dan dikongsikan di sini.

TErkadang ayat itu difikirkan,diputar-putarkan,akhirnya ia berhenti sahaja di situ.

Selama 20 hari aku berada di bumi anbiya dan sahabat ini, teramat banyak mengajarkan aku pelbagai perkara.

Menyelam di dalam lautan ilmu yang dalam,
Bermandian bersama kebasahan alunan Quran pada malam-malam terakhir Ramadhan yang amat panjang dan memenatkan, namun mengasyikkan…. kesannya pada jiwa teramat luar biasaa!

Sekilas ,terdengar lantunan surah al-muzzamil di balik corong telingaku di balik bunyian hon yang sudah menjadi muzikal terindah di siang mahupun malam hari:

إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِىَ أَشَدُّ وَطۡـًٔ۬ا وَأَقۡوَمُ قِيلاً
Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih bagus dan sekuat-kuat bacaan ( kesannya pada hati)

Begitu besar sekali kesannya pada hati.

Sangat besar.

Ia memberi cahaya, ia memberikan energi.

Kebiasannya kami di waktu tarawikh,kami  membaca bersama-sama imam satu ma’rakah lebih. ( satu bintang ke bintang lagi satu). Itu pun sudah terasa kepenatannya ketika bersolat bersama ratusan jemaah lain yang memenuhi masjid-masjid di 10 malam terakhir ini.

Kepanasannya lebih amat terasa walaupun deras kipas berputar kerana sesakan manusia yang amat luar biasa. Kepenatan, berpeluh, panas, semuanya bersatu pada sujud, rukuk dan berdirinya kami di hadapan Allah.

Tapi fizikal yang menanggung kesukaran itu,seolah-olah lenyap di saat sesuai solat, kerana maknawiyah yang dirasai selepas itu….

Perasaan yang menyelinap dalam diri.. ia membersihkan, ia melenturkan kekerasan hati, ia memberikan tenaga, ia menyuntik semangat dan juga nafas baru.

Ia menyegarkan jiwa-jiwa.

Dan semua itu juga,  tak dapat dibandingkan sama sekali dengan solat malam bersama dengan imam-imam yang terbaik di negara ini.

Bacaannya bukan lagi satu ma’rakah.

Ia setengah juzuk.. satu rakaat.
Jika hampir kepenatan, satu hizb, satu rubu’ 1/4 juzuk

Di saat itu, barulah dapat memaknai keadaan Rasulullah di saat Aisyah berkata kepada kita semua’

” Sesungguhnya Rasulullah mendirikan solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki baginda”

bengkaknya kaki bukan kerana lebam mahupun ada inflammation ( apa eh dalam bahasa melayu?), tapi mungkin ada water retention ( air tersimpan kat kaki) kerana lamanya berdiri.

Bacaannya amat mengasyikkan.

Teramat mengasyikkan.

 

Takkan mahu kami membiarkan imam kami itu berhenti.

Memberi maknawiyah pada jiwa yang luar biasa..

Satu-satu ayat di baca. diulang-ulang ditangisi…

Subhanallah.

Benarlah, qiyam itu merupakan bekalan yang agung bagi seorang daie.

Teramat agung, mengesankan dan mengasyikkan.

Ia menyimpan sejuta maknawiyah yang takkan ada perkataan mampu diciptakan untuk itu.

Seperti mana guru tafsir kami selalu menggelakkan kami di saat kami tak faham perkataan bahasa Arab:

‘Kalimah malayu, faqiirrr’

-perkataan-perkataan melayu sangat miskin.

Padaku, pencarian mencari lailatul qadr adalah a’zam,agung, mendalam dan menggugahkan jiwa.

Di saat aku dan anak usrahku berehat sebentar untuk mengumpul tenaga demi berdiri lebih lama lagi meneruskan solat kami, seorang perempuan Mesir menegur kami:

‘ Bagaimana kalau malam ini Lailatul Qadr?’

Terus kami malu dan cepat-cepat meluruskan tulang belakang kami untuk memantapkan saff dan hati kami untuk menghadap Allah.

Bulan Ramadhan, inilah sebaik-baik bulan.

Jika kita tak diampunkan oleh Allah di bulan ini, bila lagi?

Jika kita tak mendapat rahmat ALlah di bulan ini, bila lagi?

Jika kita tak mendapat kebebasan api neraka Allah di bulan ini, bila lagi?

Jika tahun ini kita tak berpeluang mendapat Lailatul Qadr, ada tak peluang lagi?

Bila lagi?

Tiada kekuatan selain dari Allah,

Tak kira berapa banyak buku kita habis khatamkan
Tak kira berapa banyak daurah kita pergi
Tak kira berapa ramai anak buah yang mengikuti kita.

Kita akan lemah bila bergantung kepada yang lemah.

Kita akan kuat bila bergantung kepada yang Kuat.

dan kekuatan itu datang pada ayat-ayat Allah.

Pada kalimah-kalimahNya.

Lebih mendalam dan zouq.

Kerana itu kita perlu mempelajarinya, memaknainya, dan menghidupkkan dalam kehidupan kita.

Ikhwah wa akhawat,

perjalanan kita masih lagi jauh untuk mencapai kemenangan, kerana itu di saat ini, teramat penting untuk kita mengumpulkan bekalan.

Selepas selesainya Ramadhan, itulah dia permulaan perjuangan kita tanpa henti. Episod untuk berkarya untuk Allah.
Episod untuk membina dakwah, membangunkan ia dan mengistiqamahkan bangunan itu..

Dan itu bukannya mudah.

 

Ia memerlukan maknawiyah yang datang dari ayat-ayat Quran.

 

Pemahaman yang mendalam sehingga menghidupkan jiwa kamu.

 

Bukan hanya pada ayat-ayat hafazan yang kosong maknanya pada diri kamu.

 

Tapi bait-bait ayat yang sentiasa menjadi frem movie yang menggambarkan gambaran-gambaran indah syurga, mahupun kegerunan neraka, mahupun kisah-kisah nabi musa, ilyas, nuh, hud dan semua para rijal as-sdiqin, syuhada  yang Allah rakamkan dalam Al-Quran.

Bukankah itu semua bekalan kita?

Di saat kita berlarian di dunia ini, apa lagi yang menjadi benteng kita jika bukan Al-Quran, jika bukannya solat malam?

Moga kita dipilih oleh Allah sebagai tetamuNya di malam 27 ini.

Untuk mendapat LAilahNya.

Malam yang lebih baik dari 1000 bulan.

Mendapat bekalan dan kekuatan yang ampuh dariNya.

Salam malam ke 27.

Jom merebut Lailatul Qadr!

PS: malam ni kami akan bersama imam Jebril. 10 tahun mendengar suaranya di balik radio internent sahaja…..

PSS: banyak sangat nak share, siangnya banyak aktiviti kami di sini bersama akhawat2 yang luar biasa jiwa mereka. Ada masa saya share lagi IAllah.

Ukhtikum fillah,
Aisyahz
Kaherah

Advertisements

One thought on “27

    simple-shida said:
    August 26, 2011 at 6:32 pm

    salam rmdhn kareem. asifi ana ttekan 2 kali.. tampak seakan sistem breakdown.. ups, twice i post in ur comment 😉 uh, menjadi tetamu Allah d bumi barakah.. mabruk walhamdulillah..
    mohon munajat buat kami d bumi Malaysia.. mge terus dipancarkn NUr, dsulam dgn tali-tali utk mengikat taman hati, thabat dlm pjuangan..

    salam ukhwah fillah.. Allahu yubarik feek =D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s