Kata-kata

Posted on

Salam

Bila melihat ulama salaf terdahulu

Kita perhatikan, amal mereka lebih dahulu berjalan sebelum lidah mereka.

Perbuatan mereka lebih mendahului penulisan dan kata-kata mereka.

Mereka tidak bazirkan masa dengan memikirkan aspek teori untuk dicanangkan di medan retorik.

Malah, mereka terus mencaknakan di medan amalnya.

Mendengar dan terus beramal.

Tanpa berfikir.

Tanpa berhujah.

 

Tanpa bertikam lidah.

Dewasa ini kita melihat, ramainya orang mukmin, yang gemar berbicara dari benar-benar mencerminkan apa yang diilustrasikan oleh Islam.

Kerana itu, ulama salaf, lebih gemar berdiam diri dari berbicara.

Berbicara hanya disaat perlu.

Sedangkan fitnah terbesar kelompok dahulu, hanyalah kerana medan jidal, dan sedikitnya amal.

Kerana,sifat diam inilah yang telah menjadi budaya kelompok salaf.

‘ Aku kagum melihat akal seseorang yang mendahului bicaranya ‘ ( Al-Muhallab bin Abi Shafrah)

Benarlah kata-kata Abu Darda dalam sebuah ucapannya:

‘ Berbuat adillah terhadap telinga dan mulutmu, kerana Allah sengaja menciptakan dua telinga dan satu mulut agar kamu lebih banyak mendengar dari berbicara.’

Kerana itu, perbuatan teramat lebih diutamakan dari kata-kata bicara yang fasih.

‘ Wahai ghulam ( anak muda)! kefahaman ( fiqh) lisan tanpa adanya amalan hati, tidak akan melangkahkan kakimu kepada kebenaran, meskipun walau selangkah. Sesungguhnya perjalanan ini adalah perjalanan hati’ ( Al-Kailani)

Namun, kata-kata yang baik itu pula akan mengangkat tinggi darjat seorang hamba.

Sabda Rasulullah ;

‘ Sesungguhnya seorang hamba yang mengucapkan satu kalimah yang diridhai oleh Allah, dan kalimah itu tidak difikirkannya lagi, Allah akan mengangkatnya dengan beberapa darjat ‘ ( Bukhari)

Sungguh dalam dunia dakwah ini, kita akan terjerumus dalam fitnah pelbagai medan.

Samada berbentuk fitnah ujian; keluarnya anak usrah, ujian study, harta, dakwah dan sebagainya.

Mahupun fitnah dalam jemaah ; pergeseran, ketidak sefahaman, bangga diri.. etec etc.

mahupun fitnah kesenangan ; kekayaan, nama, pangkat..

dan tidak dilupakan fitnah penyakit hati yang amat membahayakan sang daie: ‘ takabbur, sum’ah dan riya’.

Kerana itulah, seorang tabiin mengajarkan kita untuk membaca ungkapan doa ini:

‘ Ya Allah, ampunilah sifat riya dan sifat sum’ahku’

Syadad bin Aus r.a, beliau merupakan generasi para sahabat yang zahid. Kerana itu jarang kita mendengar namanya dalam lentera sejarah.Beliau pernah berkata:

‘Sesungguhnya hal yang paling saya takutkan padamu adalah penyakit riya dan syahwat yang tersembunyi.’

Kerana itulah, seorang daie itu, tidak ada yang merisaukan dirinya , melainkan keburukan dan keaiban dirinya sendiri.

Keburukan manusia yang didakwahinya tidak akan pernah langsung menjadikan dia alpa dalam menyelidiki dirinya, malah, menjadi asbab untuk terus menerus kembali memuhasabahkan dirinya.

Ibnu Sirrin pernah menyebut:

‘Di antara alamat istidraj( jauhnya seseorang dari ALlah) adalah: kebutaannya akan keburukan dirinya sendiri dan kesukaannya menoleh pada keburukan orang lain‘.

Aneh tapi benar ; seorang daie itu terkadang lebih peka akan kesalahan orang lain berbanding dirinya. Dan selalu membesarkan kesalahan orang lain itu ketimbang memikirkan keaiban dirinya sendiri.

Dan anekdotnya juga, dia suka untuk menegur manusia lain, tetapi melenting ketika dirinya diteguri.

Amat sukar menerima kesalahan dirinya.

Awaslah!

Jika itu berlaku padamu–> kamu telah dihinggap penyakit hati yang telah membawa fitnah bagi dirimu.

Kerana itu, dakwah, seharusnya menjadikan si daie, lebih dekat, lebih baik hubungannya dengan Allah, serta manusia lainnya. Kejayaan bagi seorang daie, TIDAK dikira dari ramainya pengikutnya, mahupun banyaknya ucapannya, ataupun tulisan di medan maya mahupun pena, tapi pada keterikatan hubungannya dengan Allah.

Kejayaannya terletak kepada peribadinya yang lebih baik , lebih sempurna terhadap Allah, dan manusia lainnya.

Kerana tujuan dakwah adalah untuk melepaskan tanggungjawap kita kepada ALlah.

Untuk membenarkan syahadah kita kepada Allah.

Rasul-rasul itu membawa berita khabar gembira, dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat),supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Nisa’: 165)

Dan seharusnya kita mendakwahi diri kita dahulu sebelum orang lain. Menjadikan diri kita bertambah baik, setiap hari dan setiap masa.

Kerana itu saudaraku, tiada yang lebih membahagiakan kecuali apa yang tersingkap pada nasihat Hasan Al-Basri ini:

‘ Tidak ada yang kekal dalam hidup ini melainkan 3 perkara : 1) Saudara yang anda peroleh kebaikan ketika bersahabat dengannya, kerana ketika anda menyimpan dari jalan yang benar, dia akan meluruskanmu. 2) Kehidupan yang serba mencukupi dan tidak terbeban ( dengan masalah duniawi) 3) Solat berjemaah.  Anda tidak akan melupakannya dan anda jelas mendapat ganjaran ( dari ketiganya) .

Kita daie, menyeru manusia kepada Allah Esa.. dan kitalah yang paling perlu membaiki diri kita.. sentiasa. setiap masa.

Salam Ramadhan,

AisyahZ

Irbid

9 Ramadhan

Pengajaran di atas, dipetik dari buku ‘Awaiq’ -Hambatan di jalan dakwah. Selepas membaca Muntalaq, seharusnya kita semua membaca Awaiq ini. Di dalamnya tersimpan ribuan khazanah yang bila kita fahami, mampu menjadikan kita manusia yang faqih dalam amal jamai dan dakwah, iAllah..

Advertisements

4 thoughts on “Kata-kata

    BalQis said:
    August 8, 2011 at 6:52 am

    salam, k aisyah. jzkk…very meaningful. great reminder

    nbs said:
    August 9, 2011 at 12:24 am

    salam kak aisyah.. bestnya tulisan kali ini..
    kejayaan daie tidak terletak pada pengikutnya..
    tapi apabila mutarabbi memilih jalan lain, hati terasa sedikit bergetar..
    bukan pengikut yang diharapkan cuma mahukan waris-waris dakwah diteruskan..
    jzkk kak..
    tulisan ini amat bermakna

    mas said:
    August 9, 2011 at 8:44 am

    syukran ats perkongsiannya..
    menarik dan membekas d hati.
    ^_^ jzkk

    mim said:
    August 9, 2011 at 5:09 pm

    kak aisyah. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s