Adakah benar janji kita pada Allah?

Posted on Updated on

( Artikel ini sesuai dibaca oleh Muayyid Lama ke atas)

Benarkah kita benar-benar telah berjanji pada ALlah?

Benar-benar merasai- feel dalam hati kita, erti iman, erti ghairah dalam meraih redhaNya dan juga syurgaNya?

Atau apa yang ada pada kita,

hanyalah gelojak semangat yang seketika.

mahupun detikan rasa,

++berbuat kerana malu pada manusia, atau berbuat, kerana semua orang sedang perkara yang sama,

Sedangkan hati kita kosong?

Hati kita tak mengerti dan tak merasai apa-apa.

dan hati kita jauhhhhh dari ALlah.

Sehingga Allah menguji kita, untuk membuka kulit sebenar kita, untuk meruakkan apa yang ada dalam hati sebenar kita,

dan nyatalah..

tujahan iman yang kita taujihkan dan katakan,

mahupun ucapan kita di medan maya facebook, twitter sebenarnya bersifat sementara imaniyahnya…..

Sekali kita teruji, ternyata, tujahan iman itu tidak mengakar, tidak mensibghah(mencelup) perasaan hati kita.

Apatah lagi keseluruhan jiwa kita.

Dan apabila ditanya kembali kepada kita:

‘ Awak yakin ke dengan jalan dakwah ini?’

+++++ Erm….. yakinn…… kot…

‘ Awak rasa awak akan hidup dan mati ke di jalan dakwah dan tarbiyah ini? Nak ke terus memilih jalan ini sebagai wasilah kita untuk mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat?’

++++ermm… yakin, tapi….

Dan ternyata, sebenarnya, kita belum benar-benar tajarud lagi kepada ALlah!

۞ قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّا‌ۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَـٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَـٰنُ فِى قُلُوبِكُمۡ‌ۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَـٰلِكُمۡ شَيۡـًٔا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ

Orang-orang “A`raab” berkata: Kami telah beriman. Katakanlah : Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Hujurat 14)

Kita hanya mengatakan iman, tetapi ia belum lagi mengakari i’tikad, perasaan kita.

( Ada kisah di atas yang sangat menarik, bagaiman orang Badwi masuk Islam hanya untuk mendapatkan sadaqah/zakat dari orang islam di tika itu. Dan mereka merasai bahawa kemasukan mereka ke dalam Islam dapat menguntungkan Rasulullah.Sehingga Alla menurunkan ayat ini mengatakan mereka tidak langsung memberikan keuntungan pada Rasulullah dengan islamnya mereka. Boleh rujuk Towards Understanding Quran, karangan Maududi)

Kerana itu ada beza antara iman dan islam:

Dalam Ma’riful Quran, ada penerangan yang amat menarik berkaitan dengan hal ini ( karangan Syeikh Mufti Mohammad Shafi)

Syeikh mengatakan ( saya olah, untuk dijadikan lebih simple dan mudah difahami)

1) Islam –>  Bila Arab Badwi diminta untuk mengatakan: وَلَـٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا  ‘ Bahkan kami telah ‘taslim’/Islam/menyerah diri. ‘ Hakikatnya sewaktu mereka mengatakan beriman itu adalah tindakan yangg salah, kerana mereka merasakan imannya mereka itu adalah pada perbuatan luar mereka ( outwards action) ( maknanya, dengan ucapan masuk Islam itu mereka ingat mereka itu beriman)

Ucapan lidah takkan langsung bermakna tanpa adanya ‘rasa’, tanpa adanya ‘feel’ iman di dada.

2) Iman–> digambarkan dalam pengertian syariah sebagai : Keyakinan di hati, yang kukuh ( firm) dan tak bergoncang sama sekali ( unshakeable belief). Inilah dia iman.

It is unshakeable.

Apa sahaja berlaku dalam hidup seorang hamba itu, iman dia takkan bergoncang. Unshakeable.

Lihat apa berlaku pada As-sabiquunal awallun di zaman Makkah. Ada antara mereka murtad setelah disiksa sehingga ada yang berbekas kesan siksaan itu sehingga mereka meninggal dunia? Tidak ada.

Kerana mereka ada iman itu–> unshakeable belief.

Kerana itu, dalam komentar Syeikh tadi dalam Maa’riful Quran lagi:

– Iman dan Islam harus melengkapi/compliment each other.

– Iman –> keyakinan dalaman di hati yang akhirnya tertonjol pada perbuatan dan amal. ( Inside out)

– Islam–> Bermula dari luaran dan beransur-ansur menjadi satu keyakinan dalam hati.( Outisde in)

Kerana itulah benar kata-kata ulama: Muslim tak semestinya Mu’min, tapi Mu’min, semestinya Muslim.

Lihat bagaimana manifestasinya iman orang-orang yang beriman:

 إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ يَرۡتَابُواْ وَجَـٰهَدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ 

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar. ( Al-Hujurat: 15)

Lihat, orang beriman itu, tidak ragu-ragu dengan keimanannya ( unshakeable belief), dan mereka berjuang seterusnya di jalan ALlah, samada harta dan jiwa mereka.

Inilah yang kita katakan sebagai tajarud.

Penyerahan segalanya buat Allah.

Bila adanya iman, adalah tajarud.

Bila kita soroti semula rukun bai’ah kita.

1) Faham, Ikhlas, Amal –> akan melahirkan Jihad

2) Tidak mampu adanya Jihad tanpa adanya keTAATan dan Pengorbanan ( Tadhiyah)  . ( Jihad : Taat + Tadhiyah )

3) Amal jihad kita mestilah berterusan ( Tsabat). Dan nak memperolehi Tsabat –> perlu adanya Tajarud, Ukhuwah dan Thiqah.

Dan ukhuwah, hanya dapat dibina, jika seluruh ahli dalam usrah atau jemaah itu, tajarud kepada Allah.

( Mungkin takkan faham sangat kenyataan di atas, jika belum pernah lalui Rukun Baiah)

Pernahkah kita terfikir, mengapa masalah ukhuwah sesama kita mudah sahaja terjadi..

– sudah pun duduk dalam RI

-sudah pun usrah bersama

-sudah pun solat , mengaji bersama,

-sudah pun benar-benar taaruf, melalui jaulah, makan, tidur  bersama.

Mengapa juga kita melihat ada antara kita yang akhirnya akhirnya tidak tsabat.

Atau sangat susahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh disusun. Selalu suka ikut kepala dia sendiri sahaja. ‘ aku sahaja tahu apa yang betul‘ attitude.

atau mengapa masih ramai lagi kader dakwah yang tidak mampu lagi all-out untuk dakwah.

Sehingga kita pusing dan selalu berusaha mencari jawapan.

Jawapannya terletak pada : tajarrud.

Totalitas imaniyah kepada Allah.

Hidupnya, hatinya, jiwanya, seluruh pakaian dan mindanya adalah celupan Allah/Sibghatullah:

Dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138)

Kerana bukti mereka yang tajarud pada Allah ini adalah mereka rela disusun untuk dakwah. Dakwah menyusun hidupnya.

Dakwah mengatur tempat tinggalnya, pekerjaannya, kereta yang mahu dibeli,rumah yang didirikan, semuanya ditentukan oleh dakwah!

Dan orang yang tajarud sahaja merasai manisnya ukhuwah dengan mereka yang bertajarud untuk dakwah.

Dan kamu akan dapat rasainya, sesungguhnya!

Jika ada yang mengurangkan tajarudnya pada dakwah dan Allah, seperti contoh, telah pun merancang bersama seluruh ahli usrah untuk pergi berjaulah, tiba-tiba ada seorang antara ahli itu, membuat keputusan untuk balik ke kampung.  –> inilah dia virus-virus ukhuwah. Ini merencatkan binaan dakwah.

Kerana apa?

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa’ ( Al-Hujurat:11)

Bila seorang itu tiba-tiba balik kampung ( ini balik saja-saja, kalau ada urusan hidup dan mati, lain cerita ye), tentu ada orang akan bersangka-sangka. Tentu itu akan menyebabkan ada yang bersedih hati. Itu akan menjadi nanah dalam ukhuwah.

Bila adanya ukhuwah, barulah wujudnya tsiqah. Bila seorang jundiy itu yakin bahawa pimpinan dan saudaranya akan menjaga keluarganya dan hartanya di saat dia pergi ke medan jihad.

Bukankah ini yang telah kita lihat dan nampak dihadapan mata kita.

Kuncinya sekarang–> bagaimana kita boleh membina sifat tajarud ini?

Bersambung…..

ukhtikum fillah,

Aisyah Z

Armadale court,

Glasgow, Scotland.

Advertisements

4 thoughts on “Adakah benar janji kita pada Allah?

    Che Ahmad said:
    July 25, 2011 at 9:25 am

    dulu saat meninggalkan bangku sekolah, terlihatlah sejauh mana kesedaran dan hadirnya hati dalam beribadah, apabila disergah oleh dunia luar. rata2 hanya sekadar menurut apa yg ustaz/ustazah suruh, atau sekadar terikut2 dengan kawan2. baik solat berjemaah, iktikaf, mahupun dalam menjaga adab dan pergaulan. oh kini baru aku tahu rupa2nya dulu aku tidak jelas.

    kemudian disapa pula oleh tugasan. di sebelah siang, solat zuhur dan asar berjemaah dengan rakan setugas. solat maghrib dan isyak berjemaah dpt pula berjemaah di surau kerana kerja mengajar di waktu malam. namun apabila datang hari cuti, tidur terlajak, solat pun lewat. rupa2nya aku baru tahu yang aku masih belum jelas.

    oh sukarnya meraih ikhlas.

    kay said:
    July 29, 2011 at 5:53 pm

    saya nak menangis. -____-”

    tajarrud jawapannya.

    Muhammad Hussaini Khairudin said:
    August 5, 2011 at 7:45 am

    Terima kasih, suatu susunan arkanul baiah yang cantik

      muharikah responded:
      August 7, 2011 at 10:33 pm

      jzkk semua atas komentar yang diberikan … 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s