Dan aku tidak pernah lupakan kamu

Posted on Updated on

Seharusnya saya perlu banyak menulis buat 80% anak usrah saya.

Mereka semuanya masih tamhidi.

Ada yang sudah berpindah mak naqibah yang baru. Ada yang masih setia bersama saya, menantikan perpindahan tidak lama lagi.

Ya, dan seharusnya dan sewajarnya saya memberikan perhatian buat mereka kerana pembinaan taasis ( batu asas) dalam tarbiyah yang teramat penting di peringkat awal.

Pengalaman kita banyak mencatatkan kesan- kesan pertumbuhan tarbiyah yang kurang matang dan berkesan di peringkat awal.

Kesan-kesanya kita lihat selepas beberapa tahun selepas itu:

Fenomena futur.

Fenomena mahu lari dari dakwah dan tarbiyah.

Fenomena mahu ala kadar sahaja dan tidak mahu aktif.

Mahupun fenomena kembali pada jahiliah.

Dan kita akan selalu ponder about:

Why and why my anak usrah tetiba dah tak mahu join dah?

Ataupun slow down..

Atau tetiba kembali pada boyfren lama( wut?)

Atau menunjukkan kesan pada perwatakan dan pakaian..

Sedikit demi sedikit..

Mula dari jarang datang program..

Kemudian mengelak dari usrah..

Kemudian dan kemudian…

Akhirnya kita istighfar dan muhasabah serta banyak menyalahkan diri kita.

Akhirnya kita buntu apakah langkah terbaik untuk membaiki keadaan ini.

Begitulah juga diriku. Saban hari memikirkan mereka. Tanpa henti. Ya, aku amat teruja apabila bersama kader-kader dakwah dari seluruh dunia. Membaca perkongsian mereka amat menghidupkan dan mengghairahkan hatiku. Dari kader dakwah itu aku temui kekuatan.

Namun, kita tidak boleh lari dari tanggungjawap kita..

Membina manusia dan terus membina mereka.

Dari manusia biasa, kepada agen perubah.

Dari ammatun nas kepada anasir tahgyir.

Dan itu bukan mudah.

Ia memerlukan masa.

Masa untuk mencernakan kefahaman.
Masa untuk membasmi al-hawa dan jahiliyah.
Masa buat hati mereka merasai dan mengakari makna hakikat manisnya iman, dan bahagianya hidup di bawah cahaya Ilahi.

Masa untuk menanamkan akar aqidah dan tauhid.

Mengakar kuat sehingga takkan mampu digoyahkan sedikitpun.

Apatah lagi masa untuk menjadi pembawa obor dakwah ini–> ini semua memerlukan masa.

20110722-123626.jpg

Sehingga hidup mereka akan menjadi Seluruhnya tajarud untuk Allah dan risalahNya.

” k aisyah, kitorg tahu nak buat dakwah ini semua. Mmg tahu wajib pun, cuma kasi kitorang masa kak aisyah, tak leh paksa2.kitorg kene slow-slow k aisyah”

Dan aku tersenyum kecil dan mengucapkan butiran doa:

” moga satu hari nanti adikku, kamu merasai apa yang aku rasai, dan kita sama-sama dapat dapat hidup dengan iman dan fikrah ini.”

Kerana itu, seringkali aku berbincang dengan mutarabbiku yang penggerak, tentang anak- anak usrah kami.

Dan kami sepakati bersama: 3 tahun adalah masa ampuh untuk kematangan, masa ampuh untuk membumikan tajarud dalam hati.

Dan 3 tahun itu proses tarbiyah tanpa henti , proses pembinaan, kesakitan, air mata dan pengorbanan sang murabbi.

3 tahun untuk membina satu layer anasir taghyir, yang mampu menjadi sebuah pulau.Secara sendirian..

Namun, jika kita cuma ada masa setahun dengan mereka, apa yang mampu kita buat?

20110722-014751.jpg

Dan aku terpaksa akui…

Formula itu belum aku temui lagi…

Dan ini menyedarkan aku hakikat bahawa: pentingnya menanam benih aqidah yang menghidupkan diri mereka.

Dari cernaan quran, hadis dan seerah.

Seterusnya bekal ukhuwah.

Moga satu hari mereka mampu lahir menjadi manusia yan semua murabbi dambakan : agen perubah umat: daie ila Allah.

PS: rasa nak buat album je gambar-gambar anak usrah : qaidah sulbah, muassirah, widad munisah, raudah mawadah, sinaatul hayah etc etc etc..

Astaghfirullah waatubu ilaihi

Aisyah
NICU
Menulis dr iphone apps.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s