Sebuah teladan yang boleh kita anuti

Posted on Updated on

Salam,

Lama juga tak mengayam rasa pada hurufpapar(wordpress) ini,

terkadang di saat himmah berkorbar untuk berkongsi, masa pula yang tiada,

dan di saat masa ada, gelojak iman pula menjadi malap cahayanya.

Dalam era dewasanya dakwah di bumi ini, aku berkesempatan untuk berkenalan dengan ramainya adik-adik kader dakwah yang bersemangat waja dan tinggi himmah mereka.

Melihat mereka, mengingatkan aku akan diriku yang dahulunya.

Dan tidaklah menghairankan dahulu mengapa ramainya orang-orang tua di sini mahupun yang sebaya denganku boleh merasa jengkel dan juga terasa dengan penulisan dan gaya kata-kataku yang bersemangat waja.

Kerana dahulu, aku sendiri merasai bahawa:

‘ Asalkan dapat sampaikan apa yang terbuku di hati takpelah. Regardless cara apapun.’

Dan aku beserta beberapa orang lain terus berkorbar , tanpa putus asa, mempertahankan hujah kami.

Kerana kebiasaannya orang muda seperti kami selalu mahu berpegang kepada sesuatu yang kami yakini. Dan dan jikalau boleh, tak mahu langsung digugat pegangan itu.

Samada berpegang pada jahiliyah ataupun islam, seorang pemuda itu akan bersemangat dan bersungguh-sungguh mempertahankan apa yang betul-betul ia yakini dan imani.

Dan amat kental mempertahankannya.

Sehingga kami lupa akan satu formula :

Setiap hati mempunyai kunci tersendiri. Seorang daie haruslah berusaha memiliki kunci dari pintu tersebut, dan tahu dari mana ia harus memasukinya, sehinggalah hati iu menyambutnya

( Manhaj haraki- Munir Ghadban)

Kerana keyakinan itulah kami memperkatakan sesuatu yang benar pada hemat kami.

Walaupun ditingkah, dibalas kembali dengan nada yang pedas menusuk hati, mahupun pemulauan, mahupun pelucutan jawatan dan kuasa, namun kami tetap tegar bertahan.

Sehinggalah seorang teman yang amat berhikmah menasihati diriku:

‘ Aisyah, is not the matter what you say, but HOW you say it. Yang penting kita nak poin kita orang TERIMA dan DAPAT, bukan sekadar nak sampaikan poin itu sahaja.’

Aku kembali kaget dan berfikir sebentar.

Bukankah semuanya kami dalam satu sistem tarbiyah?

Bukankah semuanya ibarat rakyat di zaman khalifah Umar dan Abu Bakar yang terang-terangan mahukan rakyat mereka menegur mereka walaupun dikhalayak ramai?

Bukankah sepatutnya sesuatu kebenaran itu diterima walau dari siapapun kita mendengarnya? Hattakan dari orang kafir sekalipun?

Namun, di situlah yang ideal tak sama dengan realitinya.

Realitinya, manusia mempunyai perasaan dan hati.

Manusia mempunyai ego dan juga izzah diri.

 

Semalaikat mana hati mereka, mereka tetap seorang manusia.

Mudah terasa, mudah tersentuh, mudah sahaja merajuk hati.

Yang pastinya, manusia itu mempunyai pintu hatinya yang berkunci, kerana itulah, sedaya upaya kita membuka pintu hati mereka sebelum kita memperkatakan apapun pada mereka.

Memang sukar, itulah caranya.

Kerana itu, tidak hairanlah kita melihat ramainya kader-kader dakwah dewasa ini, yang lahir dari barisan siswa mahupun golongan pekerja, yang amat berkorbar dan semangat sorakan mereka mengibarkan panji dakwah.

Ya, kita perlukan orang seperti mereka dalam saff dakwah kita, kerana untuk menemui logam-logam dakwah yang bersemangat dan mahu serahkan segalanya buat dakwah adalah sangat sukar.

Kerana ramainya duat yang enak bermandikan keselesaan dunia dan lena dibuai makanan-makanan yang lazat buat perut, mahupun kerehatan yang menjadikan ramainya duat beramal, sekadar melepaskan batuk di tangga.

Dan kerana itu kita kagumi semangat mereka yang bermatian untuk dakwah ini, yang all out untuk dakwah ini.

Namun, kerana kealpaan mereka, dan kenaifan mereka akan hakikat kemanusian , manusia yang mereka dakwahi ini, akhirnya pintu hati manusia tertutup buat mereka.

Sehingga kata-kata dakwah mereka terpantul semula kepada mereka.

Alangkah ruginya dakwah jika begitu keadaannya!

Dan manusia terus menutup telinga dari mendengar kata-kata kebenaran dari duat yang bersemangat waja ini, paling teruknya, memandang hina pada mereka dan terus membelakangi dakwah mereka.

Dan kita setujui mengapa manusia berbuat begitu pada daie tersebut, kemungkinan daie tersebut kurang sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan fatal dalam dakwah, menyebabkan manusia lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii  jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dari dakwah, sehingga untuk buka pintu hati mereka pada Islam teramat sukar, sehinggalah manusia lain dapat membuka pintu hati mereka semula pada mereka, satu masa kelak.

Kerana apa ini berlaku?

Kerana daie tersebut lupa bahawa:

Dakwah pada peringkat awal, adalah bermula dari tsiqah.

Dan tsiqah itu tertonjol pada sikap seorang daie yang amat dekat dengan Rasulullah s.a.w; Abu Bakar As-Sidiq.

Antara karekteristik Abu Bakar yang mampu untuk mentajmik 8 orang sahabat Nabi yang dijanjikan syurga mahupun para pemuda Quraisy yang lain di era dakwah sirriyah dan tanzim sirriyah ( mihwar saff/taasis) adalah:

1) Akhlak

–         beliau adalah yang paling akrab , dicintai dan disayangi kaumnya.

Kita soroti juga lanskap sirah tentang bagaimana lembutnya sifat Abu Bakar, dan betapa sopan santunnya beliau. Bagaimana beliau mampu memukau ramainya penduduk Quraisy untuk memasuki Islam kerana akhlak beliau sahaja.

Masalah akhlak inilah juga masalah yang sering kali kurang dititik beratkan oleh pemuda dakwah.

Yang dipentingkan adalah bahan ucapan, bukannya perwatakan dan peribadi.

Kerana masalah akhlak adalah masalah didikan semenjak dari kecil, pembentukan di dalam keluarga itu sendiri.

Malahan pengisian berjam-jam tak mampu untuk membentuk akhlak ini kerana ia memerlukan sentuhan muayasyah. Ia memerlukan pembentukan dan didikan.

Ia memerlukan qudwah.

Dan antara kelemahan para pemuda dakwah ini jugalah adalah menghormati yang tua dan menyayangi yang muda.

Kerana skill pergaulan ini tidak mampu kita pelajari secara teori.

Kita mudah berlaku baik dan berakhlak menawan dengan mad’u kita. Kita mampu itu.

Tapi tak ramai antara kita mampu menunjukkan akhlak terbaik buat teman sebaya, mahupun orang tua, mahupun mereka yang berada luar dari lingkungan tarbiyah kita.

Kerana itu semua memerlukan didikan dan qudwah.

Kerana itu, jika kita cuba membetulkannya dengan pengisian, ia takkan menjadi.

Ia memerlukan pembentukan, cernaan Al-Quran yang meresap ke dalam peribadi. Seterusnya mengakari dan melayari setiap juzuk akhlaknya.

Berkata lembut, mampu mengawal emosi, bersopan santun, bersabar, iffah, qanaah, salamatus sadr, menjaga lidah, sebarkan salam, bukankah kesemuanya itu banyak kita dengar dari tazkirah dan pengisian kita, namun sukar diterjemahkan pada amalan?

Kerana itu, wahai para pemuda dakwah, ingatlah, akhlakmu yang menawan itu sahaja dapat membuka pintu hati manusia pada dakwahmu.

Bukan pada kata-katamu yang indah dan berkorbarnya semangatmu.

Tapi pada karismatiknya akhlakmu, tawadhunya dirimu dan cahaya akhlak yang lahir dari iman kamu.

Paling penting; dengarlah nasihat mereka yang menegurmu. Mereka lebih tahu akan keburukan akhlakmu, lebih dari dirimu sendiri. Terimalah walaupun keegoanmu menentang, walaupun pahitnya kamu menerima teguran, kerana sesudah kamu berubah, kamu akan amat menyintai mereka yang menegurmu, walaupun ia merupakan musuhmu.

Ingatlah, akhlak merupakan kunci pembuka hati, walaupun kerasnya hati tersebut.

Percayalah, walau betul pun kata-katamu, dan indahnya tulisan kamu, namun jika manusia ada anggapan/label pada kamu lantasan akhlakmu yang mengeruhkan hati mereka terhadapmu, maka kata-katamu itu teramat sukar didengari, dan jika didengari pun pasti akan difahami cara yang lain.

Alangkah peritnya keadaan itu.

2) Pengetahuan.

Abu Bakar adalah seorang yang paling tahu tentang nasab suku bangsa Quraisy serta masalah kebaikan atau keburukan yang ada pada suku Quraisy ini.

Kerana itu di dalam dakwah, teramat penting untuk kita pelajari pola masyarakat yang kita dakwahi.

Tak semua manusia sama.

Kita tak boleh generalisekan semua orang Melayu itu sama.

Satu kesalahan pada kader dakwah, apabila mereka cuba mengaplikasikan fiqhu dakwah dan cara tarbiyah yang sama, kepada mutarabbi ataupun jundiy mereka, mengikut cara mereka ditarbiyah.

Kerana manusia zaman 1990an, ,lain dengan 2000an, lain dengan 2010an.

Pola masyarakatnya lain, sistem sosialnya lain, perkembangan dakwahnya berbeza.

Seperti mana kita tahu, nak mendakwahi orang Pakistan, lain dengan orang Arab, malahan nak mendakwahi mereka yang dari rumpun yang sama dengan kita sendiri; Indonesia dan Brunei pun teramat berbeza.

Begitu juga orang Melayu sendiri.

Tentu mereka yang berada di bumi Inggeris, di mana jemaah telah pun kukuh berdiri, sangat berbeza dengan cara dakwah dan tarbiyah di timur tengah, mahupun eropah, mahupun negara Asia, malahan amat berbeza dengan keadaan di Malaysia sendiri!

Maka jadilah murabbi yang waqi’eyah.

Mereka yang amat memahami waqie dan juga mengenali masyarakat yang nak didakwahkannya.

Merancang dakwah pada angka yang tepat, bukan pada teori yang tak mampu diterjemahkan.

Itulah dia kelebihan kita penduduk Malaysia, variasi dakwah dan tarbiyah yang kita pelajari di pelbagai negara, akan banyak memberikan kesan dan impak yang besar buat dakwah kita di Malaysia satu masa nanti. Apabila pelajar-pelajar ini pulang ke Malaysia, membawa kefahaman dakwah mereka.

Kerana itu, kita perlu faham, ke mana perlu kita bawa mad’u kita, dan apa fokus dakwah kita, di bumi dia berada.

3) Pekerjaan dan status sosial.

Kita tahu dari sejarah yang kita baca bahawa Abu Bakr merupakan antara para sahabat yang banyak membebaskan hamba-hamba sahaya di era tanzim sirriyah, di mana ramainya orang Islam ketika itu disiksa bermatian-matian oleh penduduk Quraisy.

Sehingga pelik Abu Quhafah ( bapa kepada Abu Bakar) terhadap sikap anak dia:

‘ Wahai anakku, aku tengok kamu memerdekan budak-budak yang lemah, mengapa kamu tidak memerdekan lelaki-lelaki yang kuat agat mereka boleh membela dan mendukung kamu?

Abu Bakr menjawap;

Wahai bapaku, tiada yang aku inginkan selain dari redha Allah.

Inilah dia manusia yang lahir dari manhajul binaa madrasah Rasulullah s.a.w.

Pekerjaan dan status sosial yang ditunjukkan Abu Baker inilah yang menjadikan dia seorang daie yang didengari di tengah masyarakatnya. Sehingga masyarakat memandang mulia terhadapnya.

Dan status itulah yang menjadikan dirinya bebas dari meminta-minta dari orang lain.

Daie sangat perlu memahami perkara ini.

Kerana manusia, hati dan jiwa mereka amat dekat dengan harta dan populariti.

Namun sebagai daie, kita tak boleh menyintai harta dan populariti.

‘ Zuhudlah pada dunia, nescaya Allah menyintai kamu, dan zuhudlah apa yang ada ditangan manusia, nescaya kamu akan dicintai manusia ‘ hadis Ibnu majah, bertaraf hasan.

Kerana itu, secara sunnahnya, apabila seseorang itu memiliki status dalam masyarakat, kata-katanya akan amat mempengaruhi jiwa mereka yang mendengarnya.

Kerana itu para daie sekalian, bila dikatakan kita all out dalam dakwah, syumulkanlah dakwahmu dalam seluruh aspek kehidupanmu.

Rasailah dan jadikan studi kamu dan pekerjaan kamu sebagai wasilah untuk mendapatkan ustaziayatul alam.

Apa yang kita lihat, fenomena yang kurang seimbang antara keduanya.

Samada terlalu all-out dalam dakwah, sehingga study terabai, sehingga tak mampu mencapai status tinggi dalam masyarakat. Kerja ala kadar sahaja.

Ataupun satu golongan lagi kita melihat, para kader dakwah yang dahulu berjanji setia untuk mempertahankan dakwah ini, tenggelam dengan wang dan populariti mereka.

Kerana itu, kita perlu tahu, apa matlamat kita. Ke mana kita harus pergi.

Perlu syumul dan seimbang.

Abu Bakar, tak pernah dikenali sebagai orang yang meminta-minta,

Namun kita tahu, ketika beliau meninggal, tak ada apa yang tinggal di rumah beliau.

Namun di saat dia masih hidup, hartanya melimpah ruah, dia seorang yang ternama. Dia amat berpengaruh dalam masyarakat.

Dan semuanya itu digunakan untuk dakwah.

Oleh itu para sahabatku,

Apabila dikatakan dakwah dan tarbiyah kita syumul, ia juga perlu seimbang.

Tarbiyah kita mencakupi semuanya, jasadiy, fikriy, imaniy, amaliy.

Kita tak cukup buat semua perkara.

Tapi semua perkara itu perlu dibuat secara seimbang.

Inilah yang ditunjukkan dalam tinta sirah.

Dan inilah yang patut menjadi ittiba’, anutan kita sentiasa.

 

Siapa kata dakwah itu mudah?

 

Bukankah ia wasilah kita untuk ke syurga?

 

Ingatlah 3 elemen yang perlu kita miliki : akhlak;pengetahuan dan pekerjaan/status dalam masyarakat.

 

Itulah kunci dakwah kita.

Itulah penonjolan manusia terbaik, yang mempunyai iman lebih berat dari 2 bukit Uhud : Abu Bakar As-Siddiq.

Nukilan

AisyahZ

Bahan, dipetik sebahagiannya dari buku manhaj haraki.


Advertisements

2 thoughts on “Sebuah teladan yang boleh kita anuti

    atam said:
    July 18, 2011 at 1:51 pm

    salam kak aisyah.. =)
    rase tertampar sangat..esp bab akhlak.
    terlalu banyak yg perlu diimprove…
    doakan saye agar diberi kekuatan ye.
    jzkk untuk pencerahan kali ni.

    anonimes said:
    July 18, 2011 at 3:00 pm

    salam wbt kak aisyah..jazakillah jiddan..mcm atam saya pon rasa tertampar..benar mcm akak ckp..kita yang berjiwa ini sgt bersemangat sampai lupa fokus dakwah kita..kita berdakwah ikut rasa hati kita bukan ikut keadaan sekeliling..Allah..semoga dijauhkan dr menjadi org yang buat org takut n lari dr Islam yang sebenar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s