Dunia ini realiti kita

Posted on Updated on

Seseorang berkata padaku:

‘ Ujian di zaman kita ini adalah: untuk tetap istiqamah, bilamana daurah dan usrah yang kita dapat, sudah tidak lagi meningkatkan kita.’

Sambungnya lagi:

‘ cuba kita lihat, pakcik makcik kita terdahulu. Macam mana mereka boleh tsabat, walaupun bertahun-tahun tarbiyah mereka stagnant dan mendatar. Cuba bayangkan, camne mereka boleh tetap istiqamah di atas jalan ini?’

Dan aku tergamam dan bungkam mendengar taujih itu.


Sedangkan aku teramat suka memberontak jika sesuatu yang menjadi makanan jiwaku tak terisi dengan baik.

Seperti mana aku amat sukakan makanan yang terbaik di dunia untuk perutku, tentu aku sendiri akan mencari dan mahukan makanan terbaik untuk ruh dan hatiku.

Aku diajarkan untuk sentiasa membangunkan iman dan dakwah dalam diriku. Dan pada awal tarbiyahku, taujih dari pada murabbiku teramat menyalakan hamasahku, sehingga tiada yang lebih membahagiakan diriku melainkan menghadirkan diriku pada halaqah dan program tarbawiyah.

Namun, realiti seterusnya melukiskan warnanya pada kanvas kehidupanku.

Sehingga aku terjelepuk, merangkak dalam kerabaan.

Mengharapkan sesuatu perubahan, namun ujian bertimpa dan terus bertimpa, sehingga aku harus akur bahawa:

Dunia dakwah dan tarbiyah–> TIDAK BOLEH SELAMANYA menjadi ideal.

Kerana fasa ideal itu adalah selalunya di awal permulaan tarbiyah kita.

Ketika kita ditatang bagai minyak yang penuh. (mungkin ada yang tidak)

Ketika luapan cinta dan kasih saying murabbi melimpah ruah buat kita ( mungkin ada yang tak pernah rasa apa itu DF)

Ketika semuanya teramat indah, dan terasa di’bina’ dan ditingkatkan dengan baiknya sekali.

Di tika itu kita merasakan: Indahnya dunia tarbiyah kita!

Indahnya jika dakwah ini seperti mana yang kita pelajari.

Indahnya jika semua orang memahami dakwah dan tarbiyah seperti mana yang kita fahami.

Indahnya hidup kita best, study kita ok, family kita ok, pekerjaan kita semua ok dan smooth je untuk tarbiyah dan dakwah kita..

Helllo???
Kita hidup dalam mimpi ke?

Dunia realiti tidak sebegitu.
Takkan pernah se’perfect’ putaran cerita di balik cerita filem dan novel.

Dunia realiti, akan sentiasa menguji kita, dengan sesungguhnya, samada:kita FAHAM atau tidak dengan apa yang kita fahami dari ISK, SJ, SH, Usul 20, Wahai Pemuda, Sejarah Usrah, tafsir2 juzuk amma,hadis, sirah, muntalaq dan seterusnya.
Dunia realiti akan sentiasa menjadi dewan peperiksaan yang saksinya adalah Allah, para malaikat dan orang mukmin, untuk membuktikan : BERIMAN atau tidak kita akan risalah Allah ini.

Kerana terkadang, kita teramat hebat bercakap di medan orator( cakap), sehingga mengkagumi para pendengar dan memukau mereka untuk mengikut kita.

Kerana terkadang, kita hebat berkorban, berdakwah serta aktif dalam amal ketika di dalam dunia ideal seorang pelajar( dan dunia pelajar aktivis dakwah, duduk dikalangan akhawat/ikhwah semata, bergaul dengan orang2 paling baik di atas planet ini, etc etc) hingga kita tak boleh menerima langsung keadaan realiti dunia orang lain di luar sana. Kita enggan memahami orang lain. Kita tak boleh menerima nasihat dan pendapat orang lain yang so-called- tak- banyak- buat –dakwah- pun dia- ini… ataupun pakaian-pun-tak-lepas, iktilat-tak- terjaga ataupun orang yang lebih muda dan sangat baru dalam dakwah, lantas kita hukum mereka, dan tidak memberi peluang untuk mendidik dan menasihati kita.

Sehingga kita amat lupa pada hadis nabi s.a.w ini:

الحكمة ضالة المؤمن فحيث وجدها فهو أحق بها (رواه الترمذي
Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia dapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya. (Riwayat Tirmizi).

Siapa sahaja yang kita jumpa hikmah itu, siapa sahaja, kita perlu mengambilnya. Even dari orang kafir, even ahli maksiat.

KErana Allah mahu menegur keegoan kita. Supaya jangan sombong pada sebuah ilmu yang datang dari penzina yang memberi air minum pada seekor anjing sekalipun. Kerana nilaian kita di sisi Allah, bukan termaktub di dunia. Tetapi di akhirat kelak.

Kerana hikmah itu tetap milik Allah, walau datang dari siapapun ia. Sebab Allah nak tegur kita – ENGKAU-BUKANNYA-BAGUS- SANGAT- PUN!

Ini sangat ditekankan oleh Imam Al-Bana dalam usul ke 18:

Islam membebaskan akal, menggalakkan supaya memerhatikan alam semesta, mengangkat kedudukan ilmu dan ulama serta mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. ‘Al-Hikmah’ adalah barang yang hilang dari orang mukmin, di mana sahaja didapatinya maka dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya”

Mengalu-alukan yang baik dan bermanfaat.

Dari siapapun ia.

Maka, bila kita rasa down, kita rasa kurang semangat, kurang himmah, kurang mahu beramal. Rasa kosong jiwa, something is missing, something is not right in our tarbiyah, pada saat itu, haruslah kita bermuhasabah. Dengan sesungguhnya!

Idealnya, kita mahu tarbiyah kita akan selalu MENINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGKATKAN kita. Kita mahu rasa dibangunkan dengan tarbiyah. Kita mahu belajar sesuatu yang baru. Kita mahu mendengar yang hebat-hebat dan tinggi-tinggi.

Namun realitinya, bekalan dakwah kita, sangatlah bermula dari perkara-perkara yang sangat basic dan simple….

Itulah yang memberikan kekuatan jiwa dan ruh para kader dakwah.

Itulah dia rahsia istiqamah as-sabiquunal awwalun di kalangan pakcik dan makcik, generasi perintis dakwah kita.

Walaupun benar, ada kerencatan pada pengkaderan pemuda dakwah setelah sekian lama, akibat terjun dalam medan am pada kadar pengrekrutan pewaris dakwah yang tidak seimbang dengan amal umum , namun itu adalah pelajaran yang kita, sebagai pemuda dakwah dewasa ini, perlu pelajari dan baiki. ( faham ke erk ayat atas ni? Maksudnya, berlakunya vacuum tarbiyah begitu lama, kerana amal dakwah tertumpu kepada medan umum. Kini pembaikan sedang berlaku dan insyaallah kitalah harus terus menerus bersama membaiki keadaan yang ada,tanpa lelah dan putus asa).

Kerana dakwah ini, adalah warisan. Ia bersifat takaful. Ia bersifat baiki membaiki. Sifatnya akan sentiasa anjal pada perubahan zaman dan sentiasa mengintrospeksi diri serta kembali kepada matlamat asal dan tujuan terbesar.

Dari situ, kita akan melihat kelebihan dan kekurangan kita secara jujurnya, akhirnya merencana ke hadapan, bagaimana kita dapat mengekalkan istiqamah kita di atas jalan dakwah ini.

Sebab kita pasti akan kecewa dengan realiti kehidupan kita, jika kita tidak bersedia lebih awal.

Jika sejak awal kita menerima tarbiyah, kita tidak mengalirkan dakwah itu pada sebuah kehidupan, kita pasti kecewa bila bertemu dengan realiti kelak. Bila kita mengabaikan kemanusiaan manusia yang seharusnya menjadikan islam itu membahagiakan dan mensejahterakan, bukan mengongkongkan dan memelikkan orang yang melihat. Islam itu harus menyuburkan bukan mematikan. Menyegarkan bukan menyekat kehidupan serta menyukarkannya.

Kerana kita mahu tarbiyah itu , berjalan, exactly the same, copy paste satu satu, dan terus terlukis pada kehidupan kita.
No!

Because,in reality, tidak begitu!

Kerana itu, akal harus digunakan dengan sebaiknya, untuk memadukan kefahaman dalam tarbiyah kepada kehidupan. Akal perlu digunakan untuk menterjemahkan bahan-bahan usrah, pada realiti umat.

Kerana para asatizah memang akan mengajarkan perkara ideal buat kita, Cuma kitalah yang harus merealitikan kefahaman itu di bumi kita.
Dan terkadang, kita lupa, kita takkan mampu mengubah orang di luar sana. Kita takkan dapat mengubah external factor.

Apa yang mampu kita ubah adalah: diri kita sendiri. Internal factor kita.

Itulah yang memotivasikan diri kita. Itulah penggerak dinamo kita.

Kerana itu, tulisan Mustafa masyhur, banyak menembak diri kita, sewaktu kita menelusuri karya beliau: Zaadun ala tariq – Bekalan di jalan dakwah.
Kata beliau:
Berbekallah dengan:
1) Al-Quran
2) Tafakur
3) Sirah
4) Puasa
5) Zakat
6) Haji
7) Qiyamulail
8) Zikir dan doa
9) Mengikut sunnah
10) Jihad fi sabilillah
11) Dakwah
12) Sahabat yang saleh
13) Amalan yang saleh


Bukankah semua di atas ini, bermula dari diri kita sendiri?

Bukankah kita yang harus mencari bekalan itu?

Jika kita mendapat taujihat yang best, dan meningggggggggggggggggggggggggggggggggggggggkatkan kita, maka itu adalah bonus, itulah hadiah dari Allah, dan seharusnya kita berlari laju seperti bazooka, dan roket yang terus dengan kelajuan deras terus keluar ke angkasa pergi ke planet, setelah mendapat bekalan taujihaat itu.

Ini tidak, dengar taujih dari muwajjih expert, selepas itu, terkadang down semula. Ataupun baru nak bergerak, tapi slow.

Bila berlalu satu masa selepas dapat taujihaat best itu,, down semula, semua dah mula buat kerja sendiri-sendiri. Semua memendam rasa. Semua mengalami futur. Semua dah lupa matlamat asal.

Come on!

 

Jahiliyah sedang bebas bernyanyi bersuka ria, remaja berpelesaran dan zina berleluasa, dan kita sebagai daie,hanya menghabiskan separuh masa kita dengan bersedih hati dan memikirkan masalah emosi kita yang ‘besar’ ini dengan harapan, malaikat akan turun dari langit, ataupun muwajih akan sentiasa di depan mata kita untuk membantu kita?

Wake up!

This is reality!

And reality wants you to prove, that, whatever u learned in your tarbiyah, must actually LIVED inside you!

Realiti nak kamu buktikan, yang hidayah, iman, kefahaman, itu semua hidup dalam diri kamu. Bukan berlegar pada kata-kata semangat kamu atau kehadiran kamu pada program tarbiyah semata-mata.

Ia menuntut pembuktian, saat kamu merasa keseorangan, saat kamu merasa merudumnya tarbiyah kamu. Saat kamu merasai tiada harapan untuk membina diri kamu.

Sebab, Allah nak kamu hargai, apa yang sedikit kamu perolehi dari tarbiyah.

Para sahabat membuktikan, bekalan mereka dengan Allah, dengan Quran dan sunnah cukup ampuh mengistiqamahkan mereka di atas jalan dakwah, walaupun bertahun-tahun tak bertemu Nabi.

Para duat terdahulu membuktikan, istiqamahnya mereka walaupun berbulan-bulan tiadanya bekalan bahan baru dari muwajihnya.

Seperti mana sahabat kita di Indonesia, hanya usrah sebulan sekali. Kerana perlu berperahu, merentasi sungai, dan perjalanannya ke tempat murabbinya sehari suntuk. Bertemu murabbinya sehari, kemudian kembali pula sehari.

Dan ujian itu menguatkan ia. Sehingga ia mampu membina daerah dakwah yang harum di kampungnya.

Bagaimana dengan kita?

Saya mengatakan , di satu saat, tarbiyah saya telah mati.
Saya rasa tidak bermaya dan merasai separuh jasad saya longlai dalam melangkah untuk pergi ke majlis tarbiyah. Hati saya sudah kecewa dengan keadaan tarbiyah saya.

Dan di saat itu, terngiang-ngiang juga suara keluhan naqibah-naqibah saya, yang merasai kekeringan makanan ruh. Tidak merasai peningkatan dalam bahan. Mereka cuma mendapat bekalan reminder/tazkirah semata-mata. Tidak ada penambahan tsaqafah dan kefahaman.

Namun aku tahu, komitmen pada tarbiyah ini adalah komitmen kita kepada Allah dan dakwahNya.
Kerana tarbiyah/usrah, merupakan unsur tetap dalam dakwah ikhwan. Ia tak boleh berpisah. Dan seperti mana kita telah berikrar dalam solat kita untuk mewaqafkan seluruh hidup kita untuk dakwah, itu perlu dibuktikan dengan kehadiran kita pada program tarbiyah, saat dipanggil, susah mahupun senang, benci ataupun suka.

ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

( At-taubah: 41)

Samada pengisian best ataupun tidak.Samada usrah itu ada ruh ataupun tidak.

Kita harus menyahut seruan itu, sebagai bukti, kita masih berada dalam saff dakwah ini.

Jika tidak, samalah kita seperti Kaab bin Malik, Murarak bin Rabi, dan Hilal bin Umayyah kerana mereka tidak menyahut seruan Rasulullah ke medan Tabuk.

Namun, percayalah sayangku, Allah, takkan biarkan kita berada dalam keadaan itu selama-lamanya.

 
Percayalah.

Allah pasti akan berikan hadiahNya.

Jika kita bersabar.
Jika kita sentiasa solat dan memohon dariNya.

Dan Allah pasti akan berikan sentuhan-sentuhanNya, kekuatan-kekuatanNya, yang datang dari arah yang tak disangkakan.

Kerana dunia realiti inilah, dunia ujian. Dunia pembuktian.
Bukan dunia ideal kita.

‘ Selalu nak minta benda yang tinggi-tinggi. Yang high level. Tapi benda-benda basic dah setel belum? Raheeq makhtoum dah habis cover belum? Fiqh sirah dah habis cover belum?’

Teguran itu juga menggamamkan aku.

Sebaik-baik bekalan adalah taqwa

Kerana dulu, aku suka minta yang tinggi-tinggi. Sehinggalah, muwajih sendiri tak tahu nak beri tinggi mana lagi.

Dan baru aku sedar dan mula memaknai nasihat para syuyukh, buat kami yang masih hijau dan jambu di atas jalan dakwah.

Ketika mereka melihat kami terlalu ke depan dan bersemangat dalam dakwah, namun tidak menjaga adab dengan mereka, sehingga menghiris hati mereka dan merobek jambatan ukhuwah sesama kami.
Sehingga mereka merasai bahawa, perlunya menamkan perkara asas terlebih dahulu sebelum mengajarkan dakwah.

Perlu dahulu memahami dan memaknai sirah, hadis, akhlak, aqidah, ibadah dan alquran hadis sedalamnya sebelum berbicara tentang dakwah.

Sehingga kami merasai bahawa, ada sesuatu yang kurang pada tarbiyah ini.

Kerana kurangnya nyalaan dan marak apinya.

Sedangkan dakwah, adalah sumber hidup kita. Ia adalah segala-galanya dalam kehidupan seorang daie . ( Mustafa masyhur)

Cuma, mungkin masa peningkatan itu berbeza mengikut waqie dan mihwar dakwah pada sesebuah tempat.
Ada yang slow and steady ( but surely), ada yang dinamik dan bersifat transient, maka perlulah fasa pengkaderan yang cepat , tapi tentu ada kepincangannya.

Kerana itu kita temui satu formula baru…

Tafsir –>harus menanamkan aqidah yang mengakar kuat umbinya di hati kita , seterusnya menggerakkan kita.
Hadis–>  menjadi bekalan akhlak dan juga ibadah yang seterusnya menggerakkan kita menjadi daie yang sejahtera akhlaknya.

Begitulah seterusnya.

Bekalan dakwah–> perlu menggerakkan.

Ilmu–>perlu ditanamkan menjadi fikrah yang mengharakahkan ( menggerakkan)

Dan segalanya bermula dari diri kita sendiri.

Kita yang mencari solusi.

Kita yang mengubati kelemahan diri kita sendiri.

Dan dalam apapun keadaan kita, seperti mana nasihat seorang muwajih kepada saya:

‘ Perlu ada perancangan dalam dakwah ini, dan tetaplah istiqamah dan tsabat di atas strategi itu, sehingga anti mencapai hadaf yang anti ingini.’

Kerana dengan ini, diri kita takkan bergoncang sama sekali.

Insyaallah.

Oleh itu ikhwah wa akhwat fillah.
Kesimpulannya:

1) Kitalah yang menentukan arah tuju hidup kita.
2) Kitalah yang dapat mengubah keadaan diri kita. Bukan orang lain.
3) Kitalah yang perlu mencari bekalan itu. Setiap masa dan ketika.
4) Sehingga dakwah, menjadi segala-galanya dalam hidup kita. Dan dakwah itu mengalir kehidupan kita sebagai manusia ini. Tanpa mengabaikan hak kita pada sesiapa pun, keluarga, ahli rumah kita, dan seluruh manusia yang mengenali kita. Sehingga kita manusia lain melihat cerminan islam yang syumul dalam seluruh kehidupan kita.

Ya, memang susah.

Kerana dunia realiti bukan untuk istirehat dan bermudah-mudah.

Ia adalah dunia mujahadah.

Ukhtikum fillah,
Hamba yang fakir,
Aisyahz
gombak

Advertisements

14 thoughts on “Dunia ini realiti kita

    Amiza Malik said:
    June 24, 2011 at 8:53 pm

    akak, rasa macam kene tumbuk lumat-lumat. baru je mengadu tentang hal ‘stagnant’ ni tadi. allah allah allah.

    Princess Mos said:
    June 25, 2011 at 12:05 am

    terkadang sy tertnya pd diri, di mana hamasah ku..?

    hamasah tanpa amal..

    xkn jadi pape.. sbb.. betul sgt.. kita berada di dunia realiti.. bkn fantasi buatan sndiri..

    jzkillah kak atas perkongsian bermkna ni.. 🙂

    shamim said:
    June 25, 2011 at 3:10 am

    tersentap. jzkk kak.

    mae said:
    June 25, 2011 at 11:10 am

    T_T

    Kak Nida said:
    June 27, 2011 at 2:31 am

    Tulisan terbaik aisyah yang pernah akak baca. Tahniah. Allah anugerahkan kamu dengan kebolehan bercakap dan menulis yang lebih baik dari orang lain, alhamdulillah. Teruskan menulis, semoga menjadi jurucakap mewakili ummah kelak, ameen. Jemput datang rumah kami di Nilai:-)

    Umairahbio said:
    June 28, 2011 at 4:28 am

    Jzkk my dear for the lovely penulisan dan teguran.

    Nurhidayah Abdul Razak said:
    June 29, 2011 at 4:40 am

    jazakillahu khair katheera atas entry ni sis
    syukur sgt ms blog-walking tersinggah ke sini 🙂

    shafeeqroslan said:
    June 29, 2011 at 1:12 pm

    allahuakbar..sngt2 mnyentuh hati ini..alhamdulillah masih ada lagi yg mngingatkan hati2 ini untuk tros tsabat di jalannya..moga Allah melimpahkan idea untuk menulis dan rahmat kepada ukhti dan semua yg berserah diri secara TOTAL kepada Allah..insyaAllah..=)

    mujahidahbersih said:
    July 2, 2011 at 8:27 am

    Terima kasih kak diatas post ini! Kitalah yang mengubahkan dunia ini kepada islam dan buanglah segala sifat sifat buruk.Mari semua kita cairkan mazmumah dan malas kita dengan post diblog ini pula.
    http://muharrikdaie.wordpress.com/2011/07/01/diri-kita-adalah-satu-ummah/

    حكيمه خانئ said:
    July 3, 2011 at 5:58 pm

    Alhamdulillah. Nak puji Allah sangat2 sebab bawak ke blog ni. post yang sangat22 kena dgn situation saya skrg. nak makanan yang tinggi2 tapi yang basic tk buat lagi. bekalan yang sepatutnya diri sendiri cari, tak cari betul2 lagi. hukkk

    Maryam Safiyah Shamsudin said:
    July 5, 2011 at 5:15 am

    saat realiti datang berkunjung..

    hmm.. pak cik mak cik adalah ibu bapa kita.. Alhamdulillah, syukur, kerana atas usaha mereka, maka lahirlah generasi kita.. perubahan takkan datang dalam sebulan dua, mungkin juga tidak kita ketemu sepanjang hayat kita, tp mohonlah doa, agar amalan diterima, dan agar Allah memelihara dakwah ini..

    Dalam satu family besar ni,, percaya jd tunjang hubungan kita.. jika kita tak percaya mereka, janganlah pula mengharapkan mereka melakukan perkara yg sama.. dan percaya itu kan hadir pabila kita sudah kenal dan sayang mereka..

    usahalah mengenali mereka dan wujudkan kasih sayang itu.. insyaAllah.. jalan masih panjang dan memerlukan komitmen dan pengorbanan kita, ayuh kita sama-sama membaiki segala silap langkah, dan bersabar atas apa jua yang bakal kita hadapi,, amin..WaAllahuA’lam..

    aisyahsukimin said:
    July 5, 2011 at 5:50 pm

    kak Aisyah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      muharikah responded:
      July 10, 2011 at 10:10 pm

      Ye aisyahhhh! Lamanya menyepiii!

      Jzkk semua atas komentar2 membina.

      K nida: iAllah, sy akan sampai nilai, satu masa nanti…

    triyanto said:
    June 7, 2012 at 3:01 am

    Jazakalloh ya Ukh., kekeringan hati ini terasa terobati. Penyakit ukhuwah terasa tersembuhkan. Bismillah, semoga ku dapat kembali ke jalan. Ini.
    K

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s