Peluang itu

Posted on Updated on

Malam ini aku menemani sepupuku.

 

Katanya untuk sebuah makan malam.

 

Namun tak ku sangka, rupanya dia bawa aku untuk bertemu dengan seorang artis kegilaan ramainya wanita, kerana ketampanan dan kesegakannya dalam lakonan dan menjadi host.

 

Aku ingatkan, benar-benar makan malam. Dan aku sendiri menjadi segan di khalayak itu, dan terlalu pelik kiranya aku berada di situ.

 

Tak pernah langsung berada di majlis seperti itu, seperti mana sepupuku baru pertama kali ke situ.

 

Dan aku melihat senyuman di wajah sepupuku itu, tentu dunianya takkan mampu aku fahami seperti mana dia takkan fahami jiwa dan pemikiranku.

Kami dihubungkan dengan talian darah, dan saban tahun aku berfikir, setiap kali aku pulang ke Malaysia, bagaimana dapat aku mewarnakan islam dalam dirinya, setidak-tidaknya dia akan tersentuh dengan islam, dengan suka dan rela.

 

Dan kerana itu aku tidak menolak ajakannya untuk makan malam.

 

Dan ternyata aku dicampakkan ke situ. Dan aku sendiri kaku,dan berfikir-fikir apa tujuanku berada di majlis seperti itu.

 

Dan akhirnya aku memutuskan untuk melihat dan mengambil peluang: jika ada.

 

Baru-baru ini juga aku sempat menonton rancangan tentang Justin Bieber, penyanyi muda, kegilaan dan pemuda yang difanatikkan dengan dahsyatnya oleh ramainya remaja perempuan di abad ini.

Sampai aku tak faham, apalah yang menjadi kegilaan sangat dan apakah daya tarik dia.

 

Dan ternyata dalam dunia perempuan: handsome dan suara sedap merupakan daya penarik terabadi dan sukar di atasi oleh mana-mana dorongan ilmu dan kefahaman; melainkan iman yang dahsyat tertanam dalam jiwa.

 

Namun dari kedua mereka ( artis malaysia dan justin bieber) , saya belajar satu perkara yang amat penting:

 

Penggunaan twitter dan facebook untuk menarik fans mereka untuk mengenali mereka dan ‘dakwah’ mereka.

Dan saya berfikir dengan dahsyat: camne islam nak manfaat kedua-dua gergasi maya ini, dan menarik jutaan manusia kepada islam?

 

Kerana manusia sangat dan teramat tertarik dengan hiburan dan hedonisme berbanding dengan islam.

 

Sedangkan kelompok islam sangatlah bangga dengan ribuan pengikutnya, namun tak sedar bahawa kelompok2 jahiliyah sangatlah jauh meninggalkan kita dari sudut bilangan followers dan fansnya.

 

Banyak benar kerja kita.

 

Di majlis itu, suasana agak terkawal.Yelah, ramai peminatnya perempuan. Namun, memang takde yang benar-benar tergilakan dia, takdelah sampai meraung dan menjerit-jerit seperti mana yang aku expect.

 

Ada yang masih pelajar, ada yang sudah berkahwin, bekerja dan sebagainya.

Dan aku berfikir, apa peluang yang aku ada di situ.

 

Akhirnya, artis popular itu sendiri mengatakan sesuatu yang aku selalu katakan dalam daurah-daurah kami:

 

‘ Anggaplah kita semua ini, macam big family. saya nak kamu semua, peminat-peminat saya, berkenalan antara satu sama lain dan jangan buat tak tahu dengan siapa yang kamu duduk di sebelah itu.’

 

taaruf, ta’liful qulub, bertemu atas tujuan yang sama –> pandai juga artis ini. Terkagum sekejap.

 

Dan dia kemudiannya, sangat-sangat berusaha untuk mengingati semua nama-nama peminatnya, dan tak tersalah sebut nama-nama peminatnya. Siap teringat nama-nama di facebook dan sebagainya. ( hahahah, cair betul peminat2 perempuan dia … dergh…. saya banyak tunduk je sebab tak tahan nak tengok aksi-aksi begitu……huhuhuh)

ceh, cam hasan al-bana tak dia ni?

Dan akhirnya dia ada menyebut: satu je permintaan saya, saya haraplah semua yang hadir pada majlis ini, jumpa dengan saya, kalau boleh bersalam, salam, dan jangan balik selagi tak cakap dengan saya…

 

 

dan saya…. of-course-lah-tak-de-langsung-rasa-nak-cakap- dan-asyik-tengok-muka-sepupu- saya dan nak jerit je : ‘Jom balikkkkk!’

Dan akhirnya sesuatu telah berlaku.

 

Salah seorang pembantu artis itu , menyuakan sebuah handphone, bersalut plastik putih. And i wonder to myself: that looks like mine!

 

and my cousin also looked at me with puzzled: ‘ syah, is that yours?’

Tapi, saya rasa baru sahaja memasukkan telefon bimbit itu di dalam beg tangan saya.

Artis itu membelek dan terus membelek.Dan ia mengajuk untuk tengok skrin dan mahu menekan button password.Dan saya terlihat secara sipinya wallpaper handphone yang mirip ikon blog saya:

 

owh no! it is actually mine!

 

akhirnya saya terus ke depan , tanpa berfikir panjang :

 

‘itu handphone saya! ‘

 

dan terus mengambil telefon itu darinya.

 

Dan seketika saya terkesima:

 

Patutnya, kan best saya buat-buat hilang fon, pastu wallpaper saya letaklah apa2 tazkirah, atau kalimah la ila ha illah ke, ataupun apa2 yang akan buat dia balik kepada Allah?

 

Astaghfirullahal aziiimmmmmmm!

 

Hasan Al-Bana berfikir sangat untuk tajmik ramai orang di kedai kopi dan disko. Dan aku? Kenapa tak ambil peluang langsung?

Dia memulangkan semula handphone itu pada saya dan menasihatkan untuk menjaganya dengan baik.

Dari tak nak bercakap, akhirnya bercakap juga.

Ketika dalam perjalanan pulang, sepupuku tak henti-henti menceritakan tentang keterujaannya bercakap 25 patah perkataan dengan artis pujaannya itu. Serta bergambar dengan banyaknya dengan artis itu.Tak henti-henti juga ketika dia memandu, untuk membaca tweet artis tersebut.

Dan aku mendengar, namun termangu melayan perasaanku serta memikirkan : ‘ Kenapa aku tak ambil peluang untuk dakwahkan dia? Kenapa aku tak berfikir untuk psycho dia untuk bantu dakwah ini?’

 

( kenapa aku kata begini, kerana dari ucapan artis tersebut, ada nilai-nilai kehanifan yang sangat boleh dimanfaatkan untuk islam)

 

Dan aku teringat kata-kata artis tersebut yang dia akan baca semua mesej personal orang ramai padanya. ( walaupun aku berfikir untuk menghadiahkan dia sebuah buku)

Dan akhirnya aku mencari namanya di muka buku, dan aku klik send mesej, dan aku nyatakan ini padanya:

 

Dear xxx,

awak ada 800000 fan, kalah mana2 peminat ustaz2 di malaysia ni, gunakan kelebihan awak itu untuk bawak ramainya manusia ini untuk dekatkan diri pada Allah dan agama islam. kalau awak cakap apapun, iAllah ramai akan ikut dan follow. tanpa menggugat ke’kewl’an awak yang memang sedia kewl.

 

of course saya tak tulis ganti nama dia awak, saya tulis nama dialah. fuh fuh.. dah lah artis itu lelakikan. Pening den nak tulis gaya camne yang dia boleh terima….

Maher Zain, ikon dakwah yang sangat kuat magnetnya

wallahualam.

 

cubaan pertama. Mungkin salah, dan mungkin betul.

 

Kita hanya membawa manusia kepada Allah dan risalahNya..

 

apa sahaja cara.

 

DAn alhamdulillah. saya kirakan dunia artis sekarang, dah makin ramai yang mula mendapat hidayah. Erma fatima sendiri ada group tazkirahnya di rumah siti nurhaliza.

Memang ramai jiwa-jiwa yang kekosongan dan kekontangan.

Camne nak psycho derang untuk bersama gerombolan dakwah?

Sama-sama kita fikirkan..

 

قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى‌ۖ وَسُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ وَمَآ أَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ (١٠٨

Katakanlah: “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia kepada Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas . Dan aku menegaskan: Maha suci Allah; dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”  ( yusuf: 108)

 

wassalam

PS:masih berfikir camne nak bertweet, dan berfb dengan efektifnya untuk dakwah

PS: owh ye, tukar wallpaper…uhuhuh

aisyahZ

gombak

Advertisements

One thought on “Peluang itu

    zk said:
    June 23, 2011 at 12:09 pm

    salam

    ahahahahah syah, betullah syah, kita selalu miss the right best moment ever…… Miss it and it’s gone. lepas ni anti kena ada decision tree. everyday thinking the branches of possibilities of what might happen based on your actions.

    tapikan syah, muharikah is word he might not everheard of, after this dia cari lah kot 🙂

    P/S: siapalah artis tu…… anwar zain ke (mcm dia je yg org perempuan dok tergila2 sangat, huahahaha)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s