Dream big

Posted on

Salam,

dahulu aku tak percayakan mimpi-mimpi ibuku.

Katanya dia mahu menjadi jutawan
Katanya dia mahukan rumah besar
Katanya dia mahu memakai kereta-kereta mewah
Katanya juga dia mahu melancong sesuka hatinya.

Di tika itu, aku dan adik beradikku sering memandang sesama sendiri di meja makan, ketika mimpi-mimpi itu diucapkan.
Bapaku seperti biasanya, orangnya simple, terus sahaja mengangguk dan pergi ke dapur setelah makan, membasuh pinggannya.

Dan kami adik-beradik hanya mendengar dan terus menggambarkan; adakah mungkin mimpi itu mampu dijelmakan. Kerana begitu jauh dan sukarnya kami untuk menggapainya di waktu itu.

Aku sendiri tidak pernah memiliki komputer peribadi sehinggalah aku menggunakan wang biasiswaku untuk membeli satu. Malahan terasa kekakangan duit di waktu sekolah menengah kerana terpaksa berjimat cermat dalam semua perkara.

Kami memakai kereta nasional selama berpuluh tahun. Tak pernah merasai jenama kereta-kereta lain pun. Perabot rumah kami sendiri teramat sederhana.

Sehingggalah Allah menakdirkan; akhirnya semua mimpi-mimpi ibuku terlaksana.

Dia menjadi jutawan setelah 25 tahun bekerja. Mampu memiliki 3 kereta mewah dalam masa serentak. Dan ya, dia memang seronok melancong ke sana kemari, dan rumahku di glasgow itu bagaikan kampung halamannya yang ia akan pulang saban tahun tanpa enggan.

Dan dari meja makan kami setiap hari itulah, kami semua diajarkan untuk bermimpi besar.

Mimpi besar yang dahulu aku merasai bagaikan angan-angan. Namun aku tahu, di situlah terletaknya kejayaan orang-orang terhebat di seluruh dunia : IMPIAN yang besar.

Pernah seorang tokoh memberitahu padaku:

‘ if you have a dream, share it with others, ask helps from others to help you.’

Mana-mana buku motivasi pun akan menekankan perkara ini: bermimpilah. Dan mimpilah impian yang besar.

Dan di situ aku mula mengarang mimpi-mimpiku dan melakarkan langkah untuk menggapainya.

Dan tidak ada yang salah jika kita bermimpi.

Jika kita tak dapat mencapainya, sekurangnya kita berazam untuk itu.

Yang salahnya jika kita tidak bermimpi. Dan cepat lelah dan putus asa dalam mencapainya.

KErana mimpi itulah puncak keazaman kita dan generator semangat kita dalam beramal.

KErana itu, mimpilah. Mimpi yang besar.

Saya bermimpi untuk membuka syarikat yang teramat besar, merangkumi rangkaian perubatan, permakanan, perhotelan dan juga pusat pembelajaran.

Dan ternyata, jalan untuk langkah itu sudah sedikit terbuka.

Namun impian saya sebelum itu, adalah menulis sebuah buku…. serta melajukan website terbaru kami..

Walau saya tahu, keadaan saya sekarang, teramat mustahil untuk berbuat semua perkara, kerana keghairahan saya dalam membina manusia lebih daripada ghairahnya saya dalam penulisan, mahupun perkara lain.

 

Iallah, tiada yang salah pada sebuah impian.

Dan nak tahu apa lagi impian saya?

saya nak memiliki jet peribadi dan sebuah helikopter.

Mustahilkan?

Tidak ada yang mustahil bagi sebuah mimpi.

 

If you have a career, dan career itu ada syubhatnya dengan benda-benda haram ataupun benda-benda yang menjengkelkan hatimu, azamlah, bermimpilah, untuk mengubahnya!

Jika orang kuffar boleh berjaya kerana mereka bermimpi dengan mimpi mereka, mengapa tidak kita?

 

HAsan al-bana sendiri bermimpi untuk menghimpukan ribuan dan jutawan pemuda untuk kebangkitan islam, dan lihatlah apa yang sudah terjadi pada hari ini.

 

Bermimpilah. And when you dream; dream BIG.

PS: tentu mimpi terbesar saya adalah menjadi pemimpin di Malaysia untuk ubah sistem jahiliyah kepada sistem islam…

wassalam

ok nanti saya tulis lagi banyak2 benda haraki.. okeh?

aisyahz
gombak

Advertisements

11 thoughts on “Dream big

    mylittlepencil said:
    June 21, 2011 at 2:21 pm

    Assalamualaikum.Lpeas baca entri akak ni…sy rasa nak mimpi jd assistant time akak jd menteri nanti…kikiki..

    Terubat hati.
    Terbuka hati.

    Tidak salah untuk bermimpi.
    Lagi2 impikan sesuatu yg berkaitan dgn dkwah dn tarbiyyah kita kan ?

    Mimpi tidak akan membuatkan kita lesu untuk mengejar sebuah impian.
    Lebih tinggi impian, lebih tinggi usahanya inshaAllah..

    p/s : ok, sy baru tahu akak skrg di Gombak…nt sy nk melawat laaa…hehe….(mimpi ni)

      Muharikah said:
      June 22, 2011 at 6:59 pm

      Salam cik pensil! Bestnya awak leh jadi PA sy!!!

      Janganlah mimpi je nak jumpa sy. Jomlah jumpa!

    Haslina said:
    June 21, 2011 at 2:56 pm

    Rasulullah juga telah mengajarkan kita untuk berjiwa besar. Contohnya dalam perang khandak. Ketika Rasulullah memecahkan batu yang besar. Yang mana Parsi, Yaman, dan Rom adalah kuasa yang besar ketika itu.

    atiq albathul said:
    June 21, 2011 at 8:01 pm

    salam wbt akak,
    kadang-kadang kita takut untuk bermimpi kerana takut untuk menghadapi realiti itu, yg mungkin bukan seperti apa yg kita mau. kekadang jugak hanya rasa mahu bermimpi dan bermimpi, membina alam dalam mimpi itu saje, sehingga kita rasa cukuplah sekadar mimpi utk memberi kepuasan…
    sedih kan… :”(

    jalannya pun semestinya tak semudah mimpi tu kan?

    mungkin disitulah hikmahnya sabar dan syukur,

    dan kita(sayalah tu) amat takut…

    amar said:
    June 22, 2011 at 5:09 am

    Sayyidina Umar al-Khattab berkata2 kpd sahabatnya… Tamannau!

    nan said:
    June 22, 2011 at 11:55 am

    =) saya share crita ni ngn mak sy.. so cute jwpnnya..

    bermiimpilah dan jgn lupa berusaha.. =)

    muharikah responded:
    June 22, 2011 at 6:33 pm

    suka jawapan awak itu nan 🙂

    i luv jamaah said:
    June 23, 2011 at 1:14 pm

    blog ini pun cerita mimpi gak? mana satu mimpi yg betul? boleh huraikan mimpi yg benar?
    http://muharrikdaie.wordpress.com/2011/06/23/betulkanlah-mimpi-kita/

    Muharikah said:
    June 23, 2011 at 2:57 pm

    Dua2 pun ada baik dan buruknya. Terpulang pada masing2 utk menilai

    kaklongpanjang said:
    June 24, 2011 at 12:41 am

    assalamualaikum …
    kaklong rasa semua org ada impian. Mungkin mak muharikah telah dapat impiannya tapi janganlah sampai impian yg dicapai itu merosak hari tuanya kerana ‘kekayaan juga adalah berhala’ jika tidak kita gunakan untuk mengabdikan diri pada Allah. Berpadalah dalam menikmati rezeki Allah dengan kadar seorang manusia. Muharikah pulak, janganlah sampai bermimpikan dunia terlalu tinggi nanti takut anak buah lari melihat gurunya mula mencintai dunia … 🙂

      muharikah responded:
      June 24, 2011 at 2:42 am

      jzkk atas nasihat berharga kak long tu. iAllah saya akan ingat 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s