Apa aku rasa pada kamu

Posted on Updated on

Salam

maafkan saya. Entri saya mungkin akan banyak luahan perasaan. Bukan sebab tak mahu berkongsi, tapi kerana mungkin telah puas berkongsi di depan mata sendiri, melalui lidah dan sentuhan tangan.

Dan itulah dia kepuasan bagi seorang daie, apabila dapat memberi kefahaman dari bual bicara.

Di bumiku ini, aku menerima pelbagai kunjungan. Dari adik-adik seantero dunia. Kebanyakan mengenaliku melalui blog. Banyak juga menerus talian hayat dakwah dan tarbiyah. ALhamdulillah.

Apapun, ada pelbagai makna tersembunyi di balik ziarah-ziarah itu, ada ibrah tersembunyi yang amat aku kagumi.

Ramainya adik-adik datang kepadaku, meminta taujih dan nasihat.

Dan kesannya, mereka telah memberi sentuhan secara tak langsung kepada mutarabbiku, anak-anak usrahku.

SEhingga di saat ini aku sendiri mendengar dari mulut mereka:

‘ tak sangka duduk di overseas ini, dapat jumpa ramai akhawat dari satu dunia. Semuanya datang hanya kerana tujuan jaulah, datang kerana Allah. Bukan lagi jalan-jalan semata kerana jalan.’

Jujurnya, tiada yang paling ku kasihi melainkan anak-anak usrahku.

Once seseorang itu menjadi anak usrahku, aku akan automatiknya akan mahu menyerahkan segalanya buat mereka, sehingga mereka memahami Deen ini, sehingga mereka benar-benar memeluk agama ALlah dengan sebenarnya.

Sehingga mereka benar-benar memaknai deen ini seperti mana aku merasainya.

Kerana itu, aku cuba sedaya upaya memikirkan cara bagaimana akhirnya sibghah mereka bertukar dari jahiliyah kepada Islam. Daripada sukakan hiburan dan hedonisme, kepada cara hidup islam yang tegas, namun membahagiakan.

Dan kerana kesibukanku, ku tahu, tak mampu aku emmberikan seluruhnya buat mereka. Kerana mereka tak suka dipaksa, suka membuat keputusan sendiri, dan paling penting; biar mereka buat bila mereka rasa nak buat.

Dan nak wujudkan rasa itu terkadang, tak mampu aku berikannya seorang.

Di saat itulah, Allah membantuku, dengan kehadiran ramainya akhawat yang hadir dalam hidupku, akhirnya untuk menyentuh mereka. Sehingga mengkagumkan dan menggugahkan jiwa mereka.

Sehingga jiwa mereka melangkah ke satu fasa seterusnya. Dan perubahan demi perubahan terpancar pada wajah dan perwatakan mereka.

Dan bila mereka meluahkan, itu membuatkanku kagum,, dan terlalu terharu.

‘saya sangat kagumlah dengan mereka k aisyah. rasa segan dan kagum. dan saya nak tiru mereka!  sambil tunggu wudhu boleh baca Quran. Sambil tunggu bas boleh buat halaqah dan pengisian. Even yang dibualkan semuanya tentang tadabur alam’

Begitulah sentuhan kamu adik-adikku buat adik-adikku di sini.

Sungguh kalian saling lengkap melengkapi.Keran itu aku berterima kasih kepada kalian, lebih dari kalian berterima kasih padaku.

‘saya memang nak pilih jalan ini. Dan tolong doakan saya agar tak lari dari jalan ini’

Begitulah suara-suara mereka yang teramat menyentuh hatiku. Aku memegang mereka baru setahun. Dan aku teramat sayangkan mereka. Entah,mengapa rasa bahagia bila bersama mereka, aku tidak tahu. Rindu saat berpisah dengan mereka. Fikiranku siang dan malam mahu meningkatkan mereka, memikirkan perihal mereka, walau di saat sibuknya aku bersama adik-adikku yang lain.

Kerana melihat perubahan mereka, dengan bantuan Allah, sangat membahagiakan diriku. TERAMAT SANGAT. seperti mana aku melihat seorang akakku berlari secara hebatnya setelah sebuah jahiliyah di tanggalkan.

Takkan ada nikmat paling manis melainkan melihat mutarabbi kita dengan pandangan mata kefahaman. Melihat mereka berbicara dengan kita, dengan rasa dan perasaan yang sama.

Perasaannya : MEMBAHAGIAKAN.

Kerana itulah aku sangat menghargai kamu dan kesemua kamu yang telah menyentuh mereka dan mengubah diri mereka. Sentuhan dan bualan kamu sesaat dengan merekalah yang banyak mengubah mereka.

Itu sahaja mungkin balasan yang kuminta dari kamu kerana dalam dakwah ini, kita tak mampu membina mutarabbi kita seorang diri. Kita tak mampu memberikan segalanya buat mereka. Takkan mampu.

Dan sungguh aku juga amat mengasihi kamu dan teringatkan episod-episod tengah malam dan pagi kita yang penuh dengan maknawiyah kepada sebuah hidup yang kita dambakan.

Itulah dia hidup, mati, jiwa dan raga, hanya untuk Allah dan agamaNya.

ok, doakan saya dapat post something berbuah tarbiyah… tapi hari-hari seterusnya macam akan penuh je…huhuhuh

jaga diri

wassalam

aisyahz

glasgow

Advertisements

3 thoughts on “Apa aku rasa pada kamu

    zulaikha hairuddin said:
    June 16, 2011 at 2:30 am

    sy baca pun rasa bahagia kak :’)

    moga Allah thabatkan kita di jalan ini hingga ke akhir hayat kita insya Allah

    Syamil said:
    June 16, 2011 at 7:45 pm

    sebab ana meminati blog ni kerana tulisan2nya menyentuh hati dan perasaan…teruskan perkongsian yg sebegini rupa..

    muharikah responded:
    June 22, 2011 at 7:06 pm

    zu, iAllah… syamil, jazakallah 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s