Jagakan aku dari mimpi ini

Posted on Updated on

salam,

ada sebab kenapa saya tak mampu untuk update blog kebelakangan ini.

Paling nyatanya kerana saya tak mampu bangkit dari sebuah mimpi.

Kerana mimpi itu melakarkan kenangan teramat indah di jiwaku.

Bersama mereka, susah, senang, tawa, ceria, duka dan suka, tentu mengukir lakaran-lakaran sejarah di jiwaku.

Dan sering aku memandang bumi ini, bumi yang teramat banyak meninggalkan sejarah silam dalam hidupku, dengan nada pilu dan duka yang sukar dimengertikan.

Kerana aku tidak tahu, bile lagi dapat ku saksikan lagi episod-episod jalanan seperti ini, melihat langit dan lautan, melihat kemesraan di wajah-wajah kader-kader dakwah.

Menatap wajah-wajah seperjuanganku, yang mengharungi bersama susah dan sukar di awal permulaan dakwah.

Kami sering menggelar diri kami assabiquunal awwalun. Bukan kerana bangga, tapi kerana mengingatkan detik-detik pertama gelombang dakwah era baru mula meresap masuk ke bumi ardhu dakwah ini.

Dan dari gelombang itu, pancarannya dirasai oleh ribuan manusia lain di daerah dunia lain.

Sehingga kini, gelombang itu seolah-olah tak dapat dihentikan sama sekali.

Namun, tak ramai tahu kisah-kisah kami. Permulaan yang bukan senang.

Dan aku sekali lagi melalui perjalanan itu, bersama kader-kader dakwah yang baru mengenali jalan ini.

Dan tentu teramat mengimbau kenangan bersama golongan terawal itu. Detik pertama hidayah masuk ke dalam jiwa kami, dan akhirnya menghidupkan kami sesudah itu.

Dan bertemu dengan rakan seperjuanganku, walaupun sebentar, walaupun hanya sedetik sebuah pelukan, tapi keindahan dan maknawiyah persaaan kami, mengakar ke dalam, sehingga meruak keseluruhan jiwa kami.

Dan kami dan bahagia dalam perasaan itu.

Walaupun berbulan tidak bertemu atas urusan kerja (huhuh.. kami semua sudah bekerja)namun itulah dia ikatan hati yang basah, yang amat bermakna, memandang wajah mereka sahaja, mereka akan faham masalah kita, tanpa barisan kata-kata.

Itulah dia nikmat ukhuwah di jalan dakwah. Ukhuwah fillah , ukhuwah fillah… dan saya cakap ini, ia bukan sekadar konotasi kata-kata yang lazim disebut, tapi ia adalah makna mendalam pada sebuah jiwa, ia membekas dan meninggal kesan di situ.

Dia adalah satu perasaan yang hanya merasainya sahaja akan memahami:

‘ I am always here for you my sister, as I need you to be there for me, always,’

Subhanaallah. Ukhuwah di jalan dakwah. U can never find any pearl like them in this world. Dan sahabat-sahabatku ini, walaupun ramai tidak mengenali mereka, namun merekalah jirim terbaik di dunia. Jika manusia mengenali mereka, gelombang dakwah pasti akan tertempias ke wajah mereka.

Di tika aku bersama mujahidah-mujahidah baru dakwah, aku melihat sinaran harapan yang sangat besar di wajah mereka.

Dalam kenaifan dan kemanjaan mereka, tersimpan rezab himmah yang menanti-nantikan untuk ditiupkan.

Dalam kesungguhan mereka untuk mengenal Deen Allah ini, terkumpul sejuta perasaan untuk membantu agama Allah ini.

Yang mereka perlukan adalah bekal iman yang mengakari seluruh perasaan dan jiwa mereka, Sehingga amal mereka adalah bertunjang lillah, agar seruan mereka adalah kerana keikhlasan mereka kepadaNya. Hanya itu semata.

Yang mereka perlukan adalah kefahaman paling mendasar pada Deen ini, juga kepada kefahaman kepada Thariq amal, untuk memandu iman dan kefahaman mereka agar jalan mereka akan terus selamat, thabit dan aman sehingga mencapai matlamat.

Sungguh naifnya mereka kerana kurangnya pengalaman

Sungguh manjanya mereka kerana kurangnya jihad dan pengorbanan yang belum dilakari dalam kanvas sejarah pemuda dakwah selepas era kami.

Sungguh banyaknya kesalahan dibuat mereka, hanya kerana mereka mahu belajar, dan bersungguh-sungguh mencari kesempurnaan.

Di jiwa mereka yang bersih itu, hanya ada satu impian yang mulia

satu cita-cita teramat tinggi untuk diungguli

itulah dia:

MEMBAWA KEMENANGAN UNTUK ISLAM.

dan itu tidak mudah

Kerana memerlukan peribadi mereka dibentuk dengan syaksiah islamiyah , menundukkan jiwa mereka untuk sedia dibentuk dan disusun penuh redha dan qanaah. Mentajarrudkan diri mereka hanya untuk Allah dan agamaNya.

Itu bukan mudah.

Kerana itu berlawanan dengan karakter dan naluri mereka.

Tapi itulah tarbiyah telah mengajarkan kita:

Ia mengubah seseorang dari Zero to Hero

Menjadikan Hero kepada SuperHero

Ia sentiasa membaikkan, sentiasa membaiki, sentiasa meningkatkan seseorang.

Buat mereka, aku dedikasikan sajak ini, yang kubacakan buat mereka di sebuah pentas pergunungan yang teramat merajut kenangan di jiwaku:

Di puncak ini

Kutemui satu rasa

Pada paluan angin yang kencang

pada tawa yang terukir di wajahmu

Dan di saat kencangnya angin itu berkibar

Mengelusi wajah-wajah kita

Membelainya penuh kesejukan

Menerbangkan segala apa yang dilaluinya

sehingga menegakkan bulu roma kita

Dan menyejukkan tulang belulang kita

Namun, 

ceria dan tawamu juga yang menggembirakan diriku

Mengundang bahagia di jiwaku

Dan mesranya hati-hati kita yang menyentuh kalbuku

Sunggu satu tika dahulu

Gunung ini telah menjadi saksi  akan sebuah pertemuan

Yang menautkan jiwa-jiwa pada satu ikatan

Menautkan hati-hati pada satu tali

Itulah dia tali ikatan cinta di jalan dakwah ini

Kini,

Gunung ini turut menjadi saksi 

untuk kesekian kalinya

Pertemuan jiwa-jiwa dan hati-hati

yang berkumpul

yang bertemu

hanya kerena menjunjung beban dakwahNya yang satu

Hanya kerana kecintaan yang teramat pada Dia yang satu

Moher, inilah destinasi kita

DI puncak ini,

Kita mengulang janji kita kepadaNya

Nukilan

AisyahZ

31 May 2011

PS: perjalanan saya seminggu lepas, teramat best…sangat best.. alhamdulillah! buat akhawat fillah,jazakunnallah!

PSS: adik2, antunna adalah permata sangat berharga untuk Islam dan dakwah ini. Jangan malapkan kilauannya!!! Ayuh kita mengaruskan dakwah iniiiiii!!!!!

PSSS: ok, saya dah kene bangkit dari tidur… esok, dunia amanah dan tanggungjawap!

Advertisements

5 thoughts on “Jagakan aku dari mimpi ini

    aisyah ismail said:
    June 2, 2011 at 3:12 pm

    Amal said:
    June 2, 2011 at 8:55 pm

    Naif n manjaaaa??? InsyaAllah terus doakan kami di sini akak…..

    nan said:
    June 3, 2011 at 12:59 am

    hmmm… menitis air mata.. pertemuan yang hanya sebentar membuahkan kasih sayang yang tak ternilai.. an nasr.. perahan masa kita bersama2, semoga Allah menyematkannya kukuh di ingtn..

    terasa aura yng menjalar di dalam tubuh bila baca post ni.. doakan kami akak.. tak mahu menjadi insan2 yang kutat.. huuu

    mushah said:
    June 3, 2011 at 3:05 pm

    wah..nice entry..
    suka..sungguh besar erti ukhwahfillah itu..

    auni said:
    June 25, 2011 at 5:19 pm

    seronoknyer~ T.T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s