Jalan kejayaan

Posted on Updated on

Barangkali kamu sudah menemui jawapannya, mengenali dirimu, aku tahu pasti kamu akhirnya temui jalan keluarnya, dengan seizin Allah.

 

Namun melihat dirimu, aku tahu kau masih lagi memerlukan gugahan itu. Gugahan keyakinan, untuk memantapkan hatimu akan rahmat Allah. Untuk kamu dapat selalu bersangka baik dengan Allah.

Untuk kamu merasai bahawa, di hujung jalan, pastinya ada harapan pada sebuah kejayaan. 

 

Jujurnya melihat dukamu menempuhi ujian hidup ini, teramat meruntun hatiku. Melihat kerisauan dan gundah gelananya hidupmu mencari makna hidup yang tidak pasti, sering mengundang air mata di jiwaku. Perit mataku melihat penderitaanmu, sengsara lagi jasadmu menanggungnya.

 

Dan aku menyangka terkadang kata-kataku mampu mengubat jiwamu, namun kau katakan tidak. Dan aku berfikir bagaimana mampu aku dapat menenangkan dirimu dan membangkitkan semula semangatmu untuk hidup dan menghirup sinar harapan yang tak pernah malap pada kamus seorang mukmin. Aku sangka aku temuinya pada diari kehidupanku yang lampau, kerana aku juga pernah berada di situasi begitu satu masa dahulu.

 

Namun, tersentap aku dikejutkan oleh jawapanmu:

 

‘ Awak tak rasa macam mana saya rasa. Awak tak boleh samakan semua orang seperti awak . Awak perlu letakkan diri awak di tempat saya, berada dalam kasut saya,barulah awak faham!’.

 

Sayu aku mendengarnya, bingung aku mencari jawapan. Sehingga tertekannya otakku sementara sehingga rehat sahaja mampu menguraikan kekusutan di kepala Dan akhirnya aku temui jawapannya.

 

Itulah dia memaknai makna sebuah taubat.

 

Kerana potensi besar seseorang mampu terhalang hanya kerana maksiat dan dosa yang ia lakukan kepada Allah. Semua orang mempunyai cita-cita dan obsesi. Begitu juga setiap orang mempunyai kelebihan dan potensi seorang manusia yang hebat.

 

AKU maksudkan SEMUA orang. |Semua orang mempunyai kelebihan dan potensi teramat besar. Termasuk diri kamu.

 

Namun, ramai orang juga terhambat dari menonjolkan potensi dirinya serta mengoptimakan potensi itu kerana semangat yang lemah, kerana kelalaian dan kerana meremehkan diri sendiri. Semuanya itu adalah kerana maksiat dan dosa yang ia lakukan. Perasaan berdosa ini seringkali meruak perasan putus asa yang akhirnya menjadikan diri kita amat lemah.

 

Rasulullah pernah bersabda: ‘ Sesungguhnya seorang hamba itu terhalang rezekinya kerana dosa yang ia lakukan ( HR Ahmad).

Dosa dan kesalahan seseorang itu mempunyai dimensi pengaruh yang amat besar dan mendalam  yang dapat menghalang kebaikan itu datang kepada seseorang.

 

Kerana itu kita makin memahami bahawa dalam kita amat perlu dekat dengan Allah taala, dan ini tersimpul pada kalimat taubat, istighfar dan komitmen dengan perintah Allah.

 

 

Kerana itu jugalah, kita harus meluruskan dan memantapkan kefahaman kita akan erti sebuah taubat. Kerana kita betul-betul yakin bahawa taubat dan dekatnya kita dengan Allah itu adalah jalan mendapatkan kemenangan dan kesuksesan serta kemajuan seorang.

 

Ya, tentu kau terasa teramat turun (down) dengan keputusan peperiksaanmu, mahukan turun (down) setelah menempuh perjalanan peperiksaan yang tidak menentu hala tujumu selepas itu.

Namun, tiada jalan lain, melainkan dengan taubat, kerana Allah telah janjikan kemenangan , hanya bagi orang-orang yang bertaubat.

 Di situlah sinar harapanmu kembali.

‘ Dan bertaubatlah kepada Allah wahai orang-orang beriman, agar kamu mendapat kemenangan ‘ ( An-Nur: 31)

 

Apalagi kita mampu lakukan melainkan taubat? Kerana air mata serta keresahan jiwa tak mampu disurutkan dengan pengaduan dan escapisme melalui lagu mahupun movie atau perkara lainnya.

 

Kerana taubat sahajalah pintu harapan kita untuk meraih kemenangan.

 

Kerana itu taubat adalah satu amalan yang takkan dilupakan oleh para duat. Taubat itu bukan satu tradisi dan rutin harian tanpa makna. Ia juga bukan untuk orang yang banyak berdosa dan bermaksiat.

 

Tetapi taubat adalah amalan orang-orang yang salih untuk menggapai kemenangan dalam kehidupan mereka.  Ia merupakan kunci sukses dalam semua aspek kehidupan kita. Bermula dari perancangan, hinggalah perlaksanaan, sehinggalah kepada natijahnya.

 

Dengan taubat inilah akan bermula lembaran baru dalam kehidupan dalam seseorang itu dan orang-orang di sekitarnya. Ia dapat memperbarui janjinya, semangatnya, dapat mengatasi segala masalahnya.

 

Taubat ini dapat mengukuhkan lagi obsesinya dalam kehidupan, serta menjadikan dirinya optimis dalam menggapai obsesi tersebut. Ia mendapat cahaya untuk bangkit setiap pagi untuk meneruskan kehidupannya. Ia menjadikan jiwa kita nyaman, tenang dan penuh redha. Dari ketenangan hati itulah akan menumbuhkan kekuatan fizikal, akhirnya menjadi mudah bagi seseorang itu berfikir dalam keadaan jiwa yang bersih, pemahaman yang murni dan cahaya bashirah.

 

Seseorang itu kebigh mudah mengerahkan kemampuannya, mengeluarkan potensi yang terpendam dari dirinya, meledakkan sumber kebaikan dari nuraninya dan menyebarkan kebaikan itu pada semua yang ditemuinya.

 

Ibu abbas mengetahui hakikat ini dan pernah membaitkan kalimah-kalimah ini: ‘

Sesungguhnya kebaikan itu memiliki cahaya dalam hati, perhiasan pada wajah, kekuatan pada tubuh, keluasan dalam rezeki dan kecintaan di hati makhluk. Sesungguhnya keburukan itu adalah kegelapan dalam hati, kemuraman wajah, kelemahan fizikal, kekurangan rezeki dan kebencian pada hati makhluk.

 

Kita akan kehilangan semangat dan kekuatan ketika melakukan maksiat. Perasaan berdosa itu sendiri menjadikannya terus lumpuh dari melakukan pelbagai tugasan dan tanggungjawabnya yang sepatutnya dia laksanakan.

 

Ketika itulah, terbuka ruang besar bagi syaitan menguasai jiwanya. Lalu, ia terus terjerobos dalam kelalaian dan kelemahan, lalu luputlah waktunya tanpa manfaat apa-apa.

 

Di sudut lain, keikhlasan dan taubat pada Allah membuka pintu-pintu kebaikan, dan memudahkan segala kesulitan dan menjadi seseorang mampu memenuhi segala keperluannya.

 

‘ Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajarkan ilmu buat kalian’ ( 2:282)

 

‘ Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan urusannya mudah’ ( Talaq: 4)

 

‘ Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Dia akan memberikannya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang dia tak sangka-sangka  ( talaq: 2-3)

 

‘ Mohonlah ampun pada Tuhanmu, sesungguhnya Dialah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan kirimkan hujan kepadamu dengan lebat, membanyakkan harta dan anak-anakmu , dan mengadakan untukmu kebun-kebuh dan juga sungai-sungai. ( Nuh: 10-13)

 

Yakinlah, SEMUA masalah boleh diselesaikan dengan taubat dan kembali keapda Allah. Itulah tempat perlindungan, itulah jawapan kepada setiap permasalahan.

 

 

Ternyata, banyak kejayaan, mahupun bakat serta potensi terkubur di tangan kita sendiri akibat dosa yang kita lakukan. Taubat mampu meledakkan kemampuan yang terkandung dalam jiwa ini, serta merupakan awal keberangkatan menuju ufuk kemajuan dan kebesaran.

 

Sinar cahaya itu ada, dan kita temui jawapannya itu pada sebuah kalimah; itulah dia TAUBAT.

 

 

Penulisan ini mengambil muatan dan diadaptasi sebahagian besarnya dari buku ‘ Beginilah jalan dakwah mengajarkan kami, penulisan M. Lili Nur Aulia.

 

Sayangku, moga kau mampu menggapai kejayaan itu iAllah.


Advertisements

11 thoughts on “Jalan kejayaan

    biobatu said:
    May 21, 2011 at 6:14 pm

    salam wbt kak

    jazakillahu khairan kathira…makna yg cukup besar utk ptg ni

    zackhxy86 said:
    May 22, 2011 at 11:57 am

    thumb’s up!

    Mimy said:
    May 22, 2011 at 2:16 pm

    akakkkkk saya baca dah part ni dalam buku tu. suka sangat sobs

    zubaidah said:
    May 24, 2011 at 4:04 pm

    jzkk.sgt bermakne!

    NIkM said:
    May 25, 2011 at 1:34 pm

    Salam akak…izinkan sy share yea.. bagus juga dibaca utk org x berada di jalan tarbiyah.. jzklllh akak 🙂

    cik mus'ab said:
    May 25, 2011 at 10:29 pm

    😦

    Zida said:
    May 28, 2011 at 6:05 pm

    Kak ecahh 🙂

    Thanks for this nice remembering~
    Doakan for us budak2 Azhar tahun 1 yee.
    exam lagi 12 hariiiii..

    farahfadilah said:
    May 30, 2011 at 3:19 pm

    subhanallah..

    sangat2 besar kesannya jika manusia kembali pada Allah..
    Allah adalah cintaku,cinta kita semua..
    jazakillah kak.. =)

    ummi said:
    May 31, 2011 at 12:17 pm

    semagat

    ummi said:
    May 31, 2011 at 12:19 pm

    susahnya nak jadi orang yang berhati suci,aku cuba ,tapi ade je yg mengaggu fikiran

    Akmal said:
    June 2, 2011 at 7:04 pm

    Jzkk atas pengisian2 yg amat bermakna ini!! Subhanallah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s