Cair dan lesu

Posted on Updated on

Kali ini isu takwin. Dan tulisan ini amat panjang. Maka ambillah masa untuk membacanya. Dan jangan komen kenapa dia panjang, sebab isu ini tak boleh dibincangkan dengan ayat yang ringkas dan kata-kata yang padat.

Ini maybe sangat berat utk sebahagian dari antum.

( make sure dah study ketika ini utk exam ! gunekan 30 mins masa rehat utk membaca ini)


Acap kali saya ditanya dan diadu pelbagai cerita, sehingga saya menyimpulkan akhirnya poin dia tetap sama.

‘ Akak, saya rasa tarbiyah dah makin cair, tapi saya tak tahu nak cakap dengan akak2 camne!’

‘ Akak, nape saya rasa cam kami dah tak sesemangat dulu? kerja-kerja dakwah kami tak selaju dahulu?’

‘ Akak, camne nak lahirkan mutarabbi dari zero to hero? saya tak reti’

‘ Akak, kami dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat tak dapat sentuhan murabbi. Kami hanya bergantung pada rekording sahaja! kasihan tak kat kami?’

Dan sementalahan pula aku membaca luahan-luahan dari mailing list yang cukup membimbangkan hati:

‘ Ni, kenapa ni adik2 ramai tak tertajmik tahun ni? kenapa ana tgk antum semua tak ramai buat kerja? kata penggerak dakwah! mana pergi semua semangat2 yang ada? mana pergi orang2 lain tak buat kerja ke? asyik orang sama je buat kerja! dahlah semua pun exam!’ (ayat diubah sket utk menjaga cerita sebenar)

dan pelbagai cerita lagi.

Dan saya mendengar dan melihat penuh hiba. Sambil berfikir-fikir dan terkadang tenggelam dengan masalah sendiri yang bukannya kecil.

Hiba mendengar dan hiba juga melihat.

Dan aku mengenali seorang murabbi yang setiap kali diadukan apa-apa sahaja masalah tarbiyah kepadanya- apa2 sahaja– pasti dia akan tangkas untuk bangkit, bergerak dan berpindah ke tempat itu untuk membantu.

Dia takkan berlengah untuk terus buat keputusan untuk menyahut seruan bantuan dari anak-anak buahnya. Dan dia tak tegar dan tak sanggup mendengarkan luahan suara-suara anak-anak muda , kader dakwah ini mengalami kelesuan dan kemandulan dalam dakwah berlama-lamaan. Kerana itu, tangkas sahaja dia merencana untuk menghantar bantuan.

Padaku sendiri setiap kali aku diajukan masalah: TERASA SANGAT NAK TERBANG KE TEMPAT TU SEKARANG UNTUK BANTU ADIK-ADIK ITU!

Sehingga aku mahu menggenggam jemari mereka dan memeluk tubuh mereka, seraya berkata menenangkan:

‘ Is ok adik, jom kita bina balik dakwah dan semangat kita sama-sama di tempat ini! ayuh jom!yosh!’

Tapi kita semua hidup dalam dunia realiti, dan kaki dan tangan kita sangat terikat pada sebuah nama: itulah dia TANGGUNGJAWAB.

Dan kerana tanggungjawap itulah kita masih berada di tanah kita sehinggalah satu masa yang ditetapkan oleh Allah.

Namun, hati ini sentiasa berfikir, mengapa keadaan ini berlaku? Sehingga serentak merebak ke serata dunia, mengelabui semua penggerak di mana sahaja mereka berada, terutama di luar negara, di tempat jauhnya mereka dari murabbi melayu.

Satu perkara yang perlu kita fahami , kita semua dilahirkan dari acuan tarbiyah yang amat berbeza sekali.

Walaupun modul yang digunakan sama di serata dunia, tapi cara pembinaan itu berbeza di setiap tempat.
Kerana murabbinya berbeza, dan waqienya berbeza.

Kerana itu kita sangat perlu memahami waqie di mana tempat kita berada.

Dan kita perlu fahami bahawa, terkadang naqibah baru kita berlainan sangat dengan naqibah pertama kita, kerana keduanya lahir dari tarbiyah yang berbeza.

Sehingga, kita ambil masa bertahun -tahun untuk menerima sebuah kenyataan: takkan ada yang sama dengan naqibah/murabbi pertama kita.(ni murabbi dalam erti kata sebenar)

Kerana setiap orang, walaupun kita mungkin dicetak oleh murabbi yang sama, adalah berbeza-beza.

Maka, kenapa pencairan dan kelesuan itu boleh berlaku? Walaupun kita seusrah, walaupun kita sekatibah?

1) HIMMAH PADA AWAL TARBIYAH
Takkan sama perasaan kita mula-mula mengenal tarbiyah dan dakwah, dengan sesudah itu. Perasaan yang sangat indah, sangat bersemangat, perasaan boleh-buat-all-out untuk dakwah, peraaan pertama kali mendapat hidayah–> semua itu akan pasti menjadi memoar terindah yang diabadikan dalam kanvas sejarah tarbiyah kita.

Dan kita akan sentiasa mahukan perasaan itu wujud, perasaan itu membakar dan sentiasa mengisi setiap relung hati kita.

Namun, setelah masa berlalu, fasa baru mula merangkak dalam kehidupan kita, akhirnya ‘rasa’ itu mula menghilang. Perasaan hirupan nafas hidayah pertama itu makin lama makin hilang kemanisannya. Makin susah didapati.

Kita mula rasa stagnant dan plateau. Kita mula rasa tak meningkat, tak bertambah, tak basah, tak semangat.

Dan kita mula bertanya pada diri sendiri:

‘ WHAT IS HAPPENING TO ME?????’

Apatah lagi kitalah yang tertua di kawasan kita. ( atau paling tua yang menyedari bahawa, ada masalah ini kawasan kita ini) Tiada murabbi yang memahami, dan tiada pula tempat mengadu.

Even kalau kita mengadu, tak ada siapa yang memahami.

Even kalau kita mengadu, kita akan ditembak dan disalahkan semula.

( antum ini asyik nak dapat je bahan. Dah banyak dah bahan antum dapat, Mana amalnya ? mana outputnya? dulu kami sedikit je dapat, tapi banyak involve dengan dakwah, maka di situlah kami dapat bekalannya!)

Dan jiwa muda kita mula menelan air liur kekecewaan penuh kepahitan.

Why this is happening to my own tarbiyah???

Kita keliru, down, dan mula menjerit meminta bantuan.

Kita melangkah ke dalam usrah, penuh kelayuan dan kekecewaan.

Kerana kita tak merasai peningkatan dalam usrah kita.
Apatah lagi apabila kita sendiri perlu bentangkan dalam usrah kita sendiri. Tanpa banyak input dari naqibah kita.

– Sedarkah kita bahawa naqibah kita sendiri teramat struggle dalam tarbiyahnya, dan mungkin tak rasa meningkat pun dalam tarbiyah dirinya sendiri.

Mudah saya katakan, tapi inilah hakikat yang semua kita harus hadapi.

SEMUA KITA HARUS HADAPI HAKIKAT INI.

Iaitu :TArbiyah kita yang paling direct adalah DARI ALLAH TAALA.

Dan Allah taala datangkan naqibah kita, murabbi kita pada peringkat permulaan tarbiyah kita untuk membantu kita, menjadi wasilah untuk kita menjadi diri kita sekarang ini.

Kemudian, proses masa akan mengisi, proses independent dan kendiri akan memasuki fasa hidup kita, di situlah kita bertarung dengan maha hebat untuk meningkatkan dzatiyah diri kita.

Di situ kita akan benar-benar memahami bahawa, semakin tinggi kita dalam level tarbiyah, semakin kuranglah tarbiyah jam’iyah ( usrah, murabbi, daurah) tapi bertambahlah tarbiyah zatiyah kita.

Dari situlah, Allah nak uji:

– tsabatkah kita
-fahamkah kita akan tariq amal dakwah kita
-ikhlas kita melafazkan ikrar syahadah kita di hadapan Allah setiap hari?
-benarkah dakwah ini hidup dan mati kita sampai bile2? atau kita buat hanya bila disuruh, bila ada orang, atau bila ada naqibah?

Kerana itu, bersyukurlah jika kita dapat sentuhan dari murabbi walaupun sesaat. Dan bila bertemu dengan mereka, sedutlah sebanyak-banyak manfaat dari mereka.

Seterusnya, yang saya maksudkan tarbiyah dzatiyah, bukanlah pada amal ibadah sahaja, tetapi paling penting, amal dakwah.

Bila kita tahu ada masalah di kawasan kita, atau ada masalah kelesuan dan kecairan pada diri kita dan orang sekeliling kita ( murabbi, mutarabbi, rakan2 seusrah), jangan diam dan biarkan .

Masalah takkan selesai kalau kita tak cuba cari jalan keluarnya!

Jangan rasa ‘ eh, peliklah, apsal aku seorang je rasa camni? aku seorang je yang bersemangat? ke aku ni yang pelik? ke patutnya mmg camni dakwah sepatutnya?’

Kita tahu apa yang kita rasa sebelum ini. Dan kita tahu dan kita melihat sendiri dakwah takkan berjaya jika kita hanya menjadikan dakwah itu sebagai hobi ataupun kerja kita di masa lapang kita.

Dan kita tahu, kalau kita tak hidup untuk dakwah sepenuhnya, pasti ada ruang-ruang lain yang akan diisi dengan jahiliyah!

Kerana itu, jika rasa ada masalah kecairan dan kelesuan;

BANGKIT DAN BETULKAN KEADAAN ITU!

walaupun ditentang dengan hebat sekali.

walaupun ditekan hebat sekali.

walaupun ramai manusia menjadi pelik.

Kerana kita tetap mengikut apa yang dilaksanakan oleh abu bakr, umar dan uthman, ketika mereka merasai kemunduran iman yang sedikit, hanya sedikit sahaja mereka rasai kemunafikan dalam diri mereka,terus mereka mencari Rasulullah, mencari jawapan, terus sahaja mereka memohon pertolongan agar Rasul dapat melenjitkan quantum spirit dakwah mereka.

Apatah lagi kita! Jika kita mengalami kefuturan dan down dalam dakwah, cari jawapan dan penyelesaiannya!

Jika aduanmu dipinggirkan dan dilekehkan, jangan berputus asa mengadulah pada mereka yang layak, mohonlah bantuan dari mereka sesudah Allah.

Kemudian ziarahlah akhawat/ikhwah di kawasan lain, dan lihatlah dzatiyah dakwah mereka yang maha hebat. Di seluruh dunia, kecuali ukeire serta malaysia, kita sangat ketiadaan para murabbi. Belajarlah bagaimana di kawasan lain, mereka boleh mempunyai 7 tingkatan/layer tarbiyah, namun terjaga setiap kualiti binaan a’dho ( afrad) mereka.

Saya simpulkan begini:

a) betulkan keadaan dengan mengadu pada naqibah, kemudian qiyadah, jika tak boleh, mengadulah pada asatizah/akak2 yang mampu membantu.Pasti ada seorang dua yang mampu memahami dan boleh membantu membetulkan keadaan. Paling penting proaktif dan jangan takut mengubah.

Mungkin keadaan boleh berubah, mungkin tidak, tapi kita jangan putus asa untuk terus berusaha.

b) ziarah ikhwah dan akhawat di tempat lain utk mengutip himmah dan belajar dari pengalaman mereka.

c) banyakkan pembacaan buku

d) banyakkan menambah ilmu dengan menziarahi khudama(orang tua), asatizah, murabbi,ataupun paling kurangnya mendengar mp3

e) tak terlupa tarbiyah dzatiyah dengan ibadah kepada Allah. ( malah inilah yang menjadi penjaga himmah dan hamasah kita untuk terus melaju di jalan dakwah)

f) Jangan pelik awak seorang sahaja bersemangat. Orang yang tak bersemangat itulah yang sepatutnya menjadi pelik. Maka teruskan meniup semangat orang lain untuk membetulkan keadaan yang ada. Even kalau awak perlu berseorangan untuk membetulkannya, maka laksanakanlah ia! ( tapi iAllah, sepatutnya mmg ramai pun orang, cuma kitalah yang perlu pandai menggerakkan mereka)

2)AHLI KITA TELAH BERTAMBAH

Jika kita memahami apa yang diceritakan dalam qaidah sulbah,memahami di fasa fathul makkah, ketika secara massanya ramai yang memasuki islam, kita melihat kecairan yang banyak dikalangan orang islam di tika itu.

Namun usaha-usaha pengkaderan tetap berlaku, dan usaha-usaha pemekatan tetap ada, namun tak semua sahabat kualitinya sama, tetapi tahap MINIMA kualiti itu tetap ada.

Kita menyoroti level tarbawi kita sendiri di kawasan masing-masing.

Di kawasan yang hanya ada dua level tarbiyah, akan lebih mudah diperkasakan dan dipekatkan kerana kumpulannya kecil, dan mudah untuk difokuskan.

Jika kawasan tersebut sudah mempunyai 8 level tarbawi, bayangkan kesannya kepada level paling bawah ie ke 8.

Kepekatan level pertama, akan sangat mempengaruhi level ke 2,ke 3 sehinggalah seterusnya.

Kerana itu, kita tak hairan apabila kita bandingkan diri kita dengan adik2 binaan kita, kita melihat —> kenapalah adik-adik kita ini lain sangat dari kita.

Dan even kita compare diri kita dengan diri akak2 kita, kita rasa teramat jauh kualiti mereka dengan kita.

Dan itu adalah sunnatullah.

Kerana dalam era muassasi dan syakbi ini, kita sangat perlukan kuantiti yang ramai tertajmik dalam sistem tarbiyah kita.

Namun, ramainya mereka yang tertajmik ini, tidak sama pula proportion dengan kadar murabbi yang dapat dilahirkan bagi membina/mentakwin mereka yang ditajmik ini.

Murabbi yang terbina sendiri masih rapuh kualitinya, dan belum matang dari sudut pembinaannya, maka apabila dia membina orang bawahnya, akan berlakulah kecairan itu.

Dan murabbi ini pula, apabila output lebih banyak dari input, dia akan rasa cepat kering atau lesu.

Kerana ini kita perlu memahami satu perkara penting: TARBIYAH INI ADALAH SATU PROSES. IA PERLU MELALUI PROSES KEMATANGAN.

Tugas kita sesudah menyedari hakikat ini adalah untuk memastikan bahawa, setiap lapisan tarbiyah,perlulah ada qaidah sulbah yang mantap, untuk memastikan bahawa pengkaderan akan sentiasa terus menerus berlaku.

Tak semua orang akan memiliki kualiti yang sama, tapi kita harus mencuba berusaha agar sekurang-kurangnya ada kualiti minima perlu mereka miliki, berdasarkan 10 muwasafat tarbiyah.

(ini perlukan pendetailan lebih, dan biasanya perlu dibincangkan mengikut waqie kawasan)

3) MATANGNYA TARBIYAH ADALAH DENGAN MASA

Kerana itu kita melihat, ramai yang mampu menjadi murabbi yang sebenarnya selepas 2 tahun berlatih menjadi murabbi.

Baru di tika itu, ia memahami selok belok dalam membina manusia. Baru dia memahami dengan mendalam bahan-bahan tarbiyahnya. Barulah dia benar-benar menguasai apa yang dipelajarinya dari naqibahnya.

Kerana itu, JANGAN risau jika tersalah langkah pada awal permulaan menjadi murabbi.

Kerana dengan amal itu sahaja kita akan faham apa yang kita pelajari dari tarbiyah kita.
Dengan membina manusia sahaja kita akan betul-betul faham apa yang kita dengar dan pelajari dari usrah kita.

Dengan mentakwinkan manusia sahaja, kita dan naqibah kita, akan mempunyai satu rasa hati yang sama, dan matlamat serta cara fikir yang sama.

Percayalah.

Walaupun masih awal, walaupun mungkin tiada lagi mad’u di kawasan kita, KITA PERLU CARI MANUSIA UNTUK DIBINA.
Jangan biarkan waktu kita kosong dengan tidak membina manusia.

CARILAH WALAUPUN SUKAR. Kerana tiada yang sukar dalam dunia fesbook dan twitter ini.

Kerana dengan membina sahaja kamu akan cepat belajar dan faham.

KErana tarbiyah ini satu proses. Dan proses itu tidak boleh stagnant. Ia perlu dengan amal. Ia perlu lalui trial and error. Ia perlu lalui proses pengalaman.

Kerana pengalaman itu sahajalah akan mematangkan kita.Bukan dengan tebalnya buku usrah kita.

Kerana kematangan dalam dakwah haruslah disertai dengan tribulasi dan pengorbanan untuk dakwah itu sendiri. Perlu lalui proses air mata, tekanan, stress, kesedihan dan himpitan perasaan. Semua itu kita takkan rasai dan lalui kalau kita tak membina manusia itu sendiri.

Semakin ramai orang yang kita bina, semakin kita matang, semakin kita faham, semakin kita melaju dalam dakwah.

Dan di saat itu, bila kita lesu dan mencair, kita akan tahu di mana untuk mencari jawapannya!

4) GHAIRAHLAH MENCARI BEKALAN

Terkadang kita pelik, mengapa di satu keadaan kita melihat:

‘ kenapa abang2 dan akak2 dulu2 hebat dan mantap je, kita ni semua malas nak buat kerja!’

ZASSSS! rasa nak nangis pun ada!

‘ rasa bosanlah, apasal asyik buat benda sama je! boring!’

‘apsal adik2 kita begini walaupun dah bagi SEMUA dah bahan.SEMUA! tapi tetap sama sahaja!’

Di situ, dakwah kita memerlukan gerakan penyelamatan. Kerana itu, perkara yang perlu dibuat adalah:

i) muhasabah.

Lihat apa yang berlaku pada kita sekarang, dan pada tarbiyah terdahulu. Apa yang silapnya kita.

Kejayaan sesuatu tarbiyah bergantung kepada tiga perkara:

a) murabbi
b) mutarabbi
c) bahan tarbiyah yang digunakan.

Ketiga-tiga ini memainkan peranan penting dalam pentakwinan dan pengkaderan.

Sehebat manapun sistem yang kita gubal dan cuba laksanakan, namun jika ada kepincangan dari salah satu unsur di atas, kita akan melihat kesan dan masalah pentakwinan mutarabbi kita.

Muhasabahlah, dan sentiasalah memperbaiki. Jangan statik pada keadaan yang lama.

Proaktif dalam memberi pendapat WALAUPUN ada yang menentang , WALAUPUN ada yang menidakkan kamu.

Dakwah ini milik kita bersama, dan kita menanggungnya bersama-sama.

Sama-sama kita baiki keadaan yang ada.

ii) efektifkan bahan tarbiyah

– ikhwah PKS berjaya mentakwinkan kader-kader dakwah dengan kadar eksponensial yang amat dahsyat kerana kemampuan mereka meringkaskan bahan tarbawi mereka dalam bentuk peta minda/rasmul bayan.
– dalam masa yang sama kader-kader yang dicetak dibina dalam suasana usrah yang efektif, yang penuh dengan mutabaah amal yang bukan calang-calang.
– hence bukan sahaja bahan tarbiyah mapan, tetapi suasana dalam usrah itu, murabbi yang mantap, mutarabbi yang siap sedia untuk dibina dan mematuhi arahan, semua itu menghasilkan kader -kader dakwah yang berkualiti nilainya.

– Sukar kita membina manusia dalam keadaan kita sendiri tidak terbina dengan baik, ataupun kita rasa banyak kekurangan dalam tarbiyah kita.

– namun bersikap positiflah, dan belajarlah dari ramai orang.
– fahamilah jiwa-jiwa orang muda sekarang yang tidak suka kepada ayat-ayat yang berjela-jela (oopss, artikel ini sendiri dah berjela-jela), suka straight to the poin, dan sangat perlu banyakkan grafik dan media.
– kita sendiri harus menghidupkan bahan tarbiyah kita, jangan jadikan ia ilmu semata-mata untuk hafalan, jadikan ia hidup pada jiwa kita dan mutarabbi kita.
– sehingga dia betul-betul terkesan, sehingga ia terasa berubah dan mahu berubah. itu bermula dari dirimu sendiri yang menyampaikan.
– jangan statik dalam penyampaian bahan. Be creative. Gunakan banyak-banyak bahan. Jangan stagnant dan predictable. Buatlah sesuatu yang menjadi surprise dan menjadikan mutarabbi kita amat teruja dan ternanti-nanti liqa seterusnya tanpa paksaan.

– laksanakan mutabaah amal. Laksanakanlah ia sungguh-sungguh dalam fasa pentakwinan.

5) KOMITEDLAH dengan tarbiyah.

Walau di tahap manapun kelesuan kamu, tetaplah tegap dalam tarbiyah, konsistenlah dalam usrah serta wasilah tarbiyah. Bersabarlah. Sinar harapan tetap ada.

Carilah guru di mana sahaja dia berada. Berkobar-kobarlah menuntut dari mereka. Berkorbanlah untuk pergi mendapatkan ilmu tersebut.

Kamu akan temui kekuatan yang amat luar biasa.

Cubalah.

Walau apapun keadaan yang berlaku dalam tarbiyah kita, kitalah yang bertanggungjawap menghidupkannya dan meningkatkannya.

Ya, perlukan tangan murabbi membimbing, namun, terkadang, kitalah yang perlu mensuakan/memunculkan wajah kita agar ada yang sudi membimbing, dan menyelamatkan kita.

Maaf atas kekurangan kepada penulisan ini. I wish I can write more, tapi kepala saya teramat berat pula malam ini. Doakan semuanya di mudahkan oleh Allah.

Untuk adik2 saya yang nak menghadapi exam, raqaiq, sinaatul hayah dan juga adik2 yang antunna tahu siapa antunna di hati saya, moga Allah bantu antunna dengan sesungguhnya.

Setiap mendung, pasti ada mentari setelah itu….

Saya nak dedicate lagu untuk antum:

Pasti ini Terasa Begitu Menyakitkan
Saat Kau Kehilangan Sesuatu Yang Kau Sayang
Bilakah Tak Tahu Mungkin itu Yang Terbaik
Ada Rahasia Terindah Yang Diinginkannya
ku Hanya Ingin Agar Engkau Bisa Pahami
Memaknai Yang Terjadi Dengan Tulus Hati
Meski Kuakui Tak Mudah Untuk Terima
Segala Yang Tlah Menjadi Ketetapannya
Bridge:
Leraikanlah Gundah Tabahkanlah Hati
dan Yakinilah Semua itu Rencana Darinya
Reff Tashiru
Sudahlah Lupakan Segala Yang Membuatmu Merana
Hanya Kan Membuat Dirimu Dihantui Gelisah
Biarkanlah Semua Kan Berlalu Dengan Apa Adanya
Karena Dibalik Yang Terjadi Pasti Ada Hikmahnya Untuk Kita

Advertisements

12 thoughts on “Cair dan lesu

    nsmg said:
    May 20, 2011 at 4:53 am

    jzkk kak :’)

    Mutiah Mos said:
    May 20, 2011 at 5:48 pm

    as salam.. k.aisyah,.. mmg dh lame sgt nk komen post2 akak.. tp sy xterkomen2 pun..huhu..

    terima kasih utk post yg ini..
    sgt membuka mata dan hati.. juga akal sy..
    betul2 membantu sy memahami akan hakikat jln dkwah ini..

    yup.. btul apa yg akak ktakan.. segalanya perlu dgn amal..

    trial and error… msti ada..

    klu kita x cuba.. kita xkn tahu.. kita xkn dpt pengalaman apa pun..

    sgt stuju.. kematangan kita bknlah krn tebalnya buku usrah kita.. betul!!

    tp pengalaman itulah yg akan mematangkan kita.

    sy sgt tertarik jgk sbnrnya nk berkongsi tntg PKS.. mmandangkn skrg sy juga berusrah dgn mereka..

    mmg laju.. kadang2 sy xmmpu nk pick up dgn ape yg mereka bawa.. kdg2 sy xdpt nk tulis pape, atau buku usrah sy kosong je.. sbb..

    bahan mereka sudah berbeza.. politik..politik.. dan politik.. mnjadi bahan utama mereka.. dan sy pun pening2 lalat sbb xfhm dgn apa yg mereka bincangkn..

    tp, kagum dgn mereka.. tarbiyah dzatiyah utk kader2 tetap dititik beratkan.
    sgt3 menjaga. wlupn mihwar mereka sudah naik tangga lebih dulu dr kita.. hehe 🙂

    mgkin ni saje dr sy..

    jakillah kak.. 🙂

    -surabaya, indonesia.

      muharikah responded:
      May 21, 2011 at 1:36 pm

      jzkk mutiah sebab berkongsi. best dapat juga cerita dari orang2 lain. moga terus tetap tsabat eh adik. iALlah

    dubs said:
    May 21, 2011 at 11:35 pm

    Assalamualaikum k aisyah..

    akkkkkkk..jzkk.jzkk.jzkk.walau apa pun yang berlaku, kena always at the top.inshaallah, doakan kami!

    dubs

    laskarmentari said:
    May 23, 2011 at 11:11 am

    salam kak aisyah. 🙂 i got the point ukhti. ana baru habis bincang al awaiq di katibah hari tu, ana rasa like u said, semua org struggle dalam tarbiyyah ni. ana banyak belajar stepback and fikir dulu semua benda skrg ni. jzkk for the ulasan. samalah cadangan2 akak dengan plan2 ana. alhamdulillah. ayuh saling mendoakan. wassalam. 🙂

    Ada said:
    May 23, 2011 at 11:40 am

    “Kak Aisyah, camne nak jadi matang?”

    “Kena ade tanggungjawab”

    “Kerana kematangan dalam dakwah haruslah disertai dengan tribulasi dan pengorbanan untuk dakwah itu sendiri. Perlu lalui proses air mata, tekanan, stress, kesedihan dan himpitan perasaan. Semua itu kita takkan rasai dan lalui kalau kita tak membina manusia itu sendiri.”

    Jzkk akakT_T

    arina said:
    May 23, 2011 at 1:53 pm

    salam…

    kak aisyah…jazakillah khair…bile bace ni rase mcm at the right time, at the right spot.

    mrym said:
    May 28, 2011 at 5:38 am

    subhanallah….jzkk kak aisyah
    mmg terkena sebijik2 -__-“

    wardatul safiyah said:
    June 10, 2011 at 10:10 pm

    syukran=) mohon share=)

    auni said:
    July 4, 2011 at 4:48 pm

    sedang me’reflect’…:) jzkk akak!

      muharikah responded:
      July 10, 2011 at 10:09 pm

      Waiyyaki auni atas komen2 anti

    حكيمه خانئ (@hakiimaa) said:
    June 11, 2013 at 8:38 am

    Sedang dan masih dalam fasa ‘what is happening to me?’ setelah sekian lama. T_T
    Jazakillah khair atas muhasabah ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s