Usaha tak menatijahkan keputusan

Posted on Updated on

Salam

aku tahu, sangat sukar berada di tempat kamu tika ini.
Teramat sukar.
Bagaikan seluruh bumi menghempap diri kamu.


Bagaikan dunia terasa sempit bagimu kerana kau seolah-olah terpenjaradengan apa yang kau sedang perjuangkan kini.

Dan kau berasa gelisah dan resah,
dan terus bertanya dan bertanya dan bertanya pada dirimu sendiri…..

‘Mampukah kejayaan menjadi milikku setelah aku berkorban masa , tenaga dan jasadku untuk ijazahku ini?’

Lantas di kala kau memasuki dewan peperiksaan, berbekalkan tawakal dan rahmat Allah, beserta secebis usahamu itu, hatimu mula bergetar, dan dahimu mula beraliran peluh yang lebat.

Di saat satu soalan demi satu soalan dihadapkan.

Setiap kali itu kertas soalan cepat sahaja di selak..
ada tak soalan mudah – ada tak soalan mudah?

arrhhhhhhh!! nape apa yang study semua tak keluar ini?????

Dan hati kecilmu mula menangis.

deras sekali
Dan jiwamu mula bergetar..

bergoncang sekali.

Ya Allah! Mampukah aku lulus dalam exam ini?

Mampukah aku untuk grad tahun?

Mampukah ya Allah??

Dan hatimu mula berombak, namun kau gagahkan dirimu untuk menjawap dan terus menjawap.
Namun dirimu sudah tidak lagi tenang, hatimu sudah tidak lagi mantap untuk melangkah, meraih sebuah kejayaan.

Lantas kau merasai dunia ini kelam buat dirimu.

Lantas kau merasai harapan sudah semakin suram

Dan akhirnya air mata menjadi peneman. Deras menderu. Membasuh kekecewaan hatimu.

Doa-doa syahdu yang dihadapkan pada Allah penuh penyesalan.

Namun, kau tak dapat menipu dirimu sendiri, dan terus bertanya dan bertanya:

‘ Mengapa jadi begini padaku?’

‘ Ya Allah, mampukah aku lulus ini?’

Dan gambaran kegagalan sangat menakutkan dirimu.

Teramat takut.

Dan kau tak mampu membayangkan majlis graduasi tanpa adanya kamu di atas pentas itu. .

Dan kau teramat takut ditimpa bala yang teramat berat. Malu yang bertimpa-timpa. Rasa hina lagi rendah.

Dan teramat takut akan sebuah hakikat ini:

KEGAGALAN DALAM PEPERIKSAAN

Dan hatimu mula rapuh akan janji Allah padamu.

Kamu sudah mula ragu-ragu akan takdir dan ketetapan Allah buat kamu.

Dan kamu berkira-kira selama ini, usaha kamulah yang memberikan kejayaan buat kamu.

Dan kerana itu, kamu berasa cuak dan teramat takut kegagalan itu akan menghantui diri kamu.

Sehingga kamu sendiri menyalahi apa yang dahulu kamu sorakkan pada semua adik-adikmu:

USAHA TAKKAN MENATIJAHKAN KEPUTUSAN.

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمً۬ا
30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila di kehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)

Dan sungguh, satu masa dahulu, kita benar-benar yakin akan ayat Allah ini.

فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا

19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)

Inilah dia kata-kata kalamullah. Dan sungguh ini adalah kata-kata yang amat benar.

Exam, benar-benar menjadikan kita demam 😦

Namun, di saat ujian ini menimpa diri kita, kita mula goyah dan lari dari kenyataan ini, dan kembali kepada keadaan asal ,seolah-olah kamu tak pernah mendengar ayat ini.

Bukankah Allah akan uji kamu, sampai kamu benar-benar-benar-benaryakin akan janji dan ayat-ayatNya?

Bukankah ALlah akan uji kamu, sampailah kamu benar-benar -benar-benar laksanakan apa yang kamu katakan?

Masih ingatkah kita akan kalam yang dinukilkan Syed Qutb dalam kitab muqaddimah Zilalnya:

Segala sebab-sebab yang diketahui umum itu kadang-kadang melahirkan kesan kesannya dan kadang-kadang tidak, begitu juga muqaddimah/primisa yang dianggap orang sebagai pasti kadang-kadang melahirkan natijah dan kadang-kadang tidak, kerana sebab-sebab dan muqaddimah-muqaddimah itu sendiri bukanlah berkuasa mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu, malah iradat Allah yang bebas itulah yang mewujudkan kesan-kesan dan natijah-natijah itu di samping mewujudkan sebab-sebab dan muqaddimah itu sendiri:

Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana iadiperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya.Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepadahikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan:

ٱلشَّيۡطَـٰنُ يَعِدُكُمُ ٱلۡفَقۡرَ وَيَأۡمُرُڪُم بِٱلۡفَحۡشَآءِ‌ۖ وَٱللَّهُ يَعِدُكُم مَّغۡفِرَةً۬ مِّنۡهُ وَفَضۡلاً۬‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬
268. “Syaitan menakutkan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh
kamu melakukan ke jahatan. sedangkan Allah menjanjikan kamu dengan keampunan dan limpah kurnia dari-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengurniaan-Nya dan Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah)

Begitulah sayangku, dan aku amat memahami getaran dan kerisauan yang bertujah di lubuk jantungmu.

Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.

Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding rahmat Allah dan pertolongan dari Allah.

Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah berikan dan tetapkan pada kamu.

Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya kerana kamu gagal menjawap pada sebuah kertas peperiksaan.

Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti.

Kerana :

أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (٦٢)ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَڪَانُواْ يَتَّقُونَ

Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada ketakutan terhadap mereka dan tidak bersedih hati. (62) ] orang-orang yang beriman dan mereka bertakwa. (Yunus: 62-63)

Orang beriman tidak akan takut dan tidak akan sedih.

Kerana dia YAKIN, segalanya telah ditetapkan oleh Allah.

CUMA:

Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.

Untuk mendapat pahala jihad.

Bukan untuk mendapatkan keputusan.

Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.

Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita.

Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangat Allah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan ijazah ini dapat melajukan kita dalam dakwah.

Makanya, study itu menjadi ibadah teragung dan termulia, kerana kita benar-benar berharap Allah menangkan dan mudahkan dakwah ini, bila kita dapat kejayaan dalam study kita ini.
Dan kerana itu , doa kita sendiri dihalakan kepada itu: Berdoa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam ijazah, agar Allah dapat menangkan dakwah melalui ijazah itu.

Dan di situlah, kamu akan rasai kekuatan yang luar biasa dan motivasi imaniyah yang sangat membakar jiwa kamu.

Dan kamu akan benar-benar faham, bahawa, kita study ini adalah benar-benar jihad di jalan Allah.

Kerana itu kita takkan aim hanya lulus ( walaupun medik mmg sangat susah nak luluskan pun!) tapi kita nak menjadi sangat terbaik dalam peperiksaan kita.

Namun, jika Allah berkehendakkan sebaliknya, berupa kegagagalan, yakinlah,itulah yang terbaik buat kamu. Dan bukanlah hukuman Allah buat kamu.

Yakinlah perkara itu, walaupun dirimu sangat hiba dan tertekan saat itu berlaku, kerana Allah takkan meninggalkan hambaNya sendirian,

.
كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡقِتَالُ وَهُوَ كُرۡهٌ۬ لَّكُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
216. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia ba ik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah)

Namun, mungkin ada yang mahu berkata padaku:

‘ Senanglah awak tu dah doktor, dah pass! Aku ni yang sedang merana ni nak exam. Kau apa tahuuuuu??????

Aku pernah gagal dalam peperiksaan.

Banyak kali.

Banyak kali.
Sehingga mengulang tahun.
Sehingga ujian teramat besar dalam dakwah menimpa aku. Tentangan demi tentangan. Hanya kerana saya gagal dalam peperiksaan saya.

Sehingga aku berpuasa dan berehat dari dakwah, kerana aku merasai bahawa usaha dan masa perlu lebih digunakan untuk study.

Namun jiwa aku mati, hati aku kosong, dan aku sesat dalam kerabaan. Mencari makna kepada kekosongan hidup.

Di tika itu, hati aku amat goyah dan tak yakin dapat menjadi seorang doktor pun satu hari nanti.

Sehinggalah Allah menunjukkan padaku; subjek yang aku pulun untuk belajar dan confident untuk lepas, akhirnya bertemu kegagalan juga.

Dan subjek yang aku risau sangat dan banyak bergantung pada Allah, Allah mudahkan untuk lulus.

Dan aku benar-benar tak faham dan tak nampak, kenapa kegagalan itu perlu ada dalam kamus hidup aku. Kenapa Allah takdirkan saya aku sehingga, mengulang tahun? Kemudian menanggung malu dengan keluarga dan rakan-rakan lain.

Dan terlalu ramai ketika itu mahu aku berhenti dalam dakwah. Berhenti dan sejuk sebentar (cool down) dalam dakwah? Termasuk rakan seperjuanganku?
Apatah lagi rasa hina dan teramat rendah diri di saat adik-adik tahu aku tahu aku mengulang tahun.

Tentu mana muka mahu disorokkan ketika bertemu teman-teman sekelas lama yang berjaya naik tahun seterusnya, dan aku masih di bangku yang sama.

Namun, benarlah kata-kata Allah:

فَإِن كَرِهۡتُمُوهُنَّ فَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَيَجۡعَلَ ٱللَّهُ فِيهِ خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا

19. “Kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan A llah menjadikan padanya kebajikan yang banyak.” (Surah an-Nisa’)
Syed Qutb mengatakan:

Setiap perkara dan kejadian ada hikmatnya, tetapi hikmat itu adalah 
suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak
kepada pandangan manusia yang singkat.

Kita takkan nampak hikmah itu di tika ini.Takkan nampaknya sekarang.

Mungkin setahun dua selepas itu.

Pada aku, aku melihat hikmahnya 5 tahun selepas peristiwa itu berlaku.

Dan benarlah, Allah taala sebut, inilah yang terbaik buat kita, walaupun di satu saat dahulu, kita amat benci akan keadaan itu.

Yakinlah, apa yang Allah dah takdirkan, itulah yang terbaik. Apa keadaan sekalipun.,Yakinlah.

Apa yang Allah taala minta kita buat sekarang, adalah terus menerus berusaha. Usaha kerana Dia suruh usaha. Dan doa minta Allah bantu kita dalam ijazah untuk menjayakan dakwah kita.

Dengan itu, sebaik sahaja kamu selesai jihad dalam medan pena, kamu akan terus sahaja berlari di dalam medan jihad sebenarnya; itulah dia dakwah.

Moga antum semua diberikan kekuatan untuk menghadapi imtihan yang tidak mudah dan teramat sukar ini.

Allah ada, trust me.

And I believe insyaallah, kamu akan pasti bertemu kejayaan di medan ini. =)

Ukhtikum
Aisyahz
Foundation Year 2 Doctor
Glasgow

Advertisements

40 thoughts on “Usaha tak menatijahkan keputusan

    nsmg said:
    May 16, 2011 at 1:13 am

    subhanallah!

    banyak kali juga jadi macam ni..
    kadang-kadang, walaupun kita berjaya dalam result tu, tak semestinya rezeki kita confirm di situ walaupun dah lepas requirement.

    hebatnya Allah.
    dengan hanya sedikit sentuhanNya, berubah segalanya.

    :’)

    Ada said:
    May 16, 2011 at 1:54 am

    “Kita takkan nampak hikmah itu di tika ini.Takkan nampaknya sekarang.
    Mungkin setahun dua selepas itu.
    Pada aku, aku melihat hikmahnya 5 tahun selepas peristiwa itu berlaku.”

    Kalau perkara ini tak berlaku lima tahun dulu, mana mungkin akak boleh berkata sebegini sekarang…

    Akak,
    Takkan ade lagi orang yg boleh kata, “Tak acilah, kamu mana pernah merasa. Mana kamu tau.”…sebab akak tau…sebab akak pernah merasa kepahitan itu…tapi sekarang, akak mampu tersenyum…

    Betapa banyak yang Allah bagi hari ini semata-mata KURNIAAN yang kalau dinilai usaha kita, macam tak layak pun dapat sebenarnya…kan?

    Jzkk akak…may Allah grant you da best reward… He knows~

    “Diberi ujian seorang hamba itu. Ujian yang mampu dipikulnya. Yang dengan sedikit pengorbanan yang dilalui hamba itu, dia mampu membentuk manusia lain kerana hari ini, dia mampu berbicara. Kata-katanya itu dibayar dengan pengorbanannya suatu ketika dahulu.”
    *U did say dis…and insha Allah, will remember dat!

    *Dr Nur:”Sy suke buat org nangis ek?”
    -Me:”Memang pun…huhu”

    Ramai yg akn menjadi ‘saksi’ akak menyampaikan. Teruskan ye akak!And doakan saya!!!
    -Yang ‘melihat’ dirimu-

    fefa92 said:
    May 16, 2011 at 2:38 am

    salam kak aisyah, thanx sgt2 utk post akak kali ni.. huhu~ mmg kena pd waktu la.. Alhamdulillah Allah bukakkn hati sy utk baca post ni.. (sy melalui apa yg ditulis oleh akak dn sy yakin, org lain juga m’punyai rsaan yg sama).. sungguh Allah x akan m’zalimi hambaNya 🙂

    nabila said:
    May 16, 2011 at 4:35 am

    minx izin utk share ye kak.

    wannuraishah said:
    May 16, 2011 at 5:30 am

    As usual kak. Thanks for the reminder.
    Insha Allah, we’ll try our very best.
    Doakan!

    shakila said:
    May 16, 2011 at 6:04 am

    salam akak, Thanx banyak2 akak bg peringatan kt kita yang sering terlupa hakikat sebenar..usaha itu tiada kaitan dengan natijah..tetapi segala-segalanya bergantung kepada Allah..wallahualam..doakan kite~

    bintu ISA said:
    May 16, 2011 at 9:00 am

    subhanallah..

    teresntuh jiwa sy mmbacanya.

    mkaseh akk atas pkongsian bermanfaat ini 🙂

    maryam said:
    May 16, 2011 at 9:59 am

    akak, sy yang nak exam CR esok…dush3..insyaAllah

    amie said:
    May 16, 2011 at 11:25 am

    T_T jazakillah akak! sy harus. naik semangat semula!! ^_^

    nhmz said:
    May 16, 2011 at 12:44 pm

    Usaha untuk dapatkan pahala..bukan untuk dapatkan keputusan
    Keputusan tu adalah rahmat dan hadiah dari Allah.

    Jazakillah khairan kak aisyah.. InshaAllah saya akan terus berusaha!

    ensyuhadah said:
    May 16, 2011 at 1:43 pm

    Subhanallah. Jazakillah khayr kak Aisyah. Indeed, Allah itu ada. T_T. Allah, have mercy on me.

    muharikah responded:
    May 16, 2011 at 10:18 pm

    alhamdulillah. all the best adik2 dalam exam ! moga kemenangan islam menjadi milik kita!

    adilah said:
    May 17, 2011 at 12:40 am

    ya…selalu dihantui begini..
    skrg tgh exam IB

    Erni Bidin said:
    May 17, 2011 at 4:58 am

    haha saya pun mengulang tahun juga. tp terima dgn hati terbuka aje.
    thanks akak reminder musim2 exam ni,

    sakinah said:
    May 17, 2011 at 6:23 am

    Salam, kak, jazakillahhu khairan kathira, sangat bagi booster kat diri yang tengah nak exam ni, doakan kami ya ukhti!

    maya said:
    May 17, 2011 at 8:35 am

    rabbuna yusahhil…man jadda wa jada:)

    aisyah hanani said:
    May 18, 2011 at 7:39 am

    huhu..syukran sgt2~mnx izin utk share ya 🙂

    cahayamatakm said:
    May 18, 2011 at 8:35 am

    Assalamualaikum….syukran jazillan ukhti.. insyaAllah…barakillahufik… bittaufiq wannajah fil imtihan..insyaAllah… la tahzan… =)

    […] Salam aku tahu, sangat sukar berada di tempat kamu tika ini. Teramat sukar. Bagaikan seluruh bumi menghempap diri kamu. Bagaikan dunia terasa sempit bagimu kerana kau seolah-olah terpenjaradengan apa yang kau sedang perjuangkan kini. Dan kau berasa gelisah dan resah, dan terus bertanya dan bertanya dan bertanya pada dirimu sendiri….. 'Mampukah kejayaan menjadi milikku setelah aku berkorban masa , tenaga dan jasadku untuk ijazahku ini?' Lantas d … Read More […]

    ---- said:
    May 19, 2011 at 7:34 am

    syukron sbb sedarkan ana dgn “Dan subjek yang aku risau sangat dan banyak bergantung pada Allah, Allah mudahkan untuk lulus.” 🙂

    ilmi said:
    May 19, 2011 at 4:09 pm

    takutnya,…meamng setiap kata2 akan diuji~~ jzkk kak aisyah ingtkan..

    Nur Adilah said:
    May 24, 2011 at 6:01 pm

    Assalammua’alaikum ana mohon untuk share ye..
    tanks juga kepada penulis..
    dgn ada nye artikal nie… dapat menaikkan semangatku untuk meruskan pejuang ku nie..

    muhdahmad said:
    June 13, 2011 at 8:11 am

    Xsangka penulis amek bidang DOctor di Glasgow…Hebat! Terus Maju PLjr Glasgow..

    Nurul said:
    June 17, 2011 at 8:21 pm

    Salam..akak mntk izin copy paste ayat akak..
    “Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.Untuk mendapat pahala jihad.Bukan untuk mendapatkan keputusan.Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita.”…
    suka sngt ayat ni…:) tq..:)

    auni said:
    July 5, 2011 at 10:47 am

    k.aisyah…mohon share ye… kat group FB hazadeen… jazakillah! ^_^

    hidayah said:
    August 3, 2011 at 10:00 pm

    salam
    saya adalh plajar prbtan thun satu..
    saya dh subscribe akak punye blog..
    bleh x akak bgi tips2 utk memulakn pnulisn blog..
    saya teringin menulis blog tpi x ada keyakinan.. harap dpt tlng saya..
    salam.. syukran =)

      muharikah responded:
      August 7, 2011 at 10:37 pm

      salam

      jzkk hidayah sebab subcsribe blog saya tak seberapa nih.. nak mulakan penulisan ini kene ada dua je cara:

      1) banyakkan membaca
      2) tulisssssssssssssssssssss je banyak2..

      moga awak dapat temui jawapannya ukhti 🙂

    elle said:
    September 18, 2011 at 8:32 am

    salam..
    jzklh k.aisyah..

    -Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.-

    post akak ni mengingatkan sy bhw Allah lah yg tentukan segalanya..
    n x perlu takut ngn exam..

    faraulah said:
    January 10, 2012 at 5:11 am

    jazakillah ukhti. sgt sgt sgt terkesan. terkena pd btg hidung sendiri. semalam. exam kimia organik. sgt susah dan tak tahu nak jawab apa. Allah uji. sebab sebelumnya usrah saya pongpang2 cakap pasal tawakkal dan usaha tak da link dgn kejayaan. Allahu akbar. kena banyak muhasabah lagi. T.T

      muharikah responded:
      January 10, 2012 at 3:18 pm

      alhamdulillah.

    msaah said:
    January 10, 2012 at 7:47 am

    Assalamualaikum. Thanks for wonderful post. Saye terpaksa menukar course dari medic ke pharmacy. Mmg sukar utk buat keputusan tetapi akhirnya saye terime dengan hati yg terbuka. Dan saya berharap ada kebaikan dan hikmah di sebaliknya.

      muharikah responded:
      January 10, 2012 at 3:18 pm

      mssaah, moga itu yang terbaik buat awak insyaallah. yg penting ikhlas lillah

    gottabsomeone said:
    January 16, 2012 at 11:51 pm

    mitak izin amik gmbr ‘exam fever’ tu buat profile pic bleh?
    n trima kasih ukhti
    sgt myedar hati 🙂

      muharikah responded:
      January 27, 2012 at 5:52 pm

      boleh, iAllah sila ambil

    nurul asyiqin ilmuna said:
    January 17, 2012 at 8:59 am

    Assalamualaikum wbt…

    subhanallah…coretan ini mengetuk hati yang selama ini kadangkala jatuh saat kekecewaan melanda…

    kadang kala kekecewaan itu membuatkan kita hampir2 saja berputus asa dari rahmat Allah. tanpa sedari Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

    Jalan Allah untuk kita. DIA lebih mengetahui…

    salam imtihan…wa jazakallahu khoiran atas coretan yang menyentuh hati ini… 0_^

    AshrafHadi said:
    July 21, 2012 at 11:01 pm

    Salam,
    bila baca artikel ini stu benda yang dipelajari iaitu keyakinan dengan Allah perlu tinggi yang menjadi kunci kejayaan di duniawi ini.

    daun37 said:
    April 4, 2013 at 3:38 pm

    jzkk kak aisyah.
    post ni di link kan oleh seseorg. tq seseorang.
    kita pernah bertemu. jaulah uk dari jepun.
    kini sy pula sdg dlm proses menerima hakikat pengulangan tahun. perasaan yg sebijik same ngan yang akk citer.
    moga bisa menjadi sekuat akk dan tidak beralasan dlm DnT.
    mohon doanya.

    ibnu ariff said:
    May 14, 2013 at 5:28 pm

    thanks sangat bermanfaat,..moga Allah merahmati semua..
    Study untuk DAKWAH..

    hanim said:
    December 26, 2013 at 4:56 am

    akak, mohon izin nak share..:D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s