Yang penting, kita seimbang dan mencari titik tengah

Posted on Updated on

Salam

memang seperti biasa, terlalu banyak nak ditulis, namun kurangnya amal fardhi yang sama rata dengan output yang mahu diberikan.

terkadang masa kita dengan manusia terlalu lama menyebabkan kurangnya keintiman diri kita dengan Allah.

Seperti itu jugalah, terlalu banyak masa kita gunakan untuk massa, ataupun untuk manusia-manusia yang tidak menjadi mas’uliyah kita, sehingga kita abaikan orang yang paling dekat dan paling memerlukan kita, itulah dia mutarabbi kita sendiri.

Namun perjalanan ini harus diteruskan. Seperti mana seorang manusia, daie ini pasti akan berbuat mengikut kecenderungannya.

Walaupun sesuatu itu bukan tanggungjawap dia, tapi dia akan cepat dan suka sahaja buat, bila dia obses akan perkara itu, menyebabkan dia tidak menumpukan perhatian kepada tanggungjawapnya, kerana kurang suka atau kurang obsesnya pada perkara itu.

Di situlah, daie itu diajar, dalam banyak2 ayat Allah, neraca hati daie ini, adalah Allah, dan hanya Allahlah kecenderungannya.

Sedap je cakap dan sebut, tapi hati kita payah dan perit, lebih susah nak mengemudi hati daripada mengemudi sebuah kapal yang besar ketika tsunami menyerang.

Kerana itulah, neraca dia adalah Allah, dan menjadikan Allah sebagai paksi dalam setiap tindakannya.

Begitulah yang menjadi obsesi kita–> itulah dia Allah.

Kerana itu, setiap peluang yang kita ada, perlu digunakan untuk Allah.

Dahulu kami mengenal islam dan dakwah melalui sebuah persatuan. Persatuan yang perubatan yang dipimpin oleh doktor-doktor pakar yang sangat hebat kefahaman islam dan juga keseimbangan dalam kehidupan.

Dari situ kami melihat sebuah kesyumulan ; produk tarbiyah yang tawazun–> tarbiyah dan juga output pada masyarakat.

Di tika itu juga, kami yang merupakan kader inti ini, beramai-ramai mewarnai persatuan perubatan tersebut. Kami merancang, kami berbuat, dan kami mencorakkan isi kandungan persatuan tersebut.

Dan kami mengenali pelbagai potensi luar biasa dalam organisasi tersebut.

Di saat itu juga, kami bergerak dan all out dalam gerakan dakwah dan tarbiyah di dalam MSM.

Dengan usrah, dengan daurah, dengan DF, kami pun GIGA juga melaksanakannya.

Dalam daurah kami, pasti kami akan diskas sekali strategi utk persatuan perubatan kami itu, untuk kami gunakan untuk agenda dakwah kami.

Namun di satu kawasan lain, tidak pula jadi begitu.

Di kawasan lain, persatuan perubatan itu mengambil keseluruhan masa mereka yang menyertainya. Meeting setiap minggu. Ikhtilat tidak terjaga. Dakwah dan tarbiyah menjadi terabai. Usrah berminggu-minggu tidak datang.

Maka ramai yang menjadi fobia lepas itu, takut untuk menceburinya. Takut menjadi fitnah kepada dakwah dan tarbiyah.

Era seterusnya seolah-olah kader-kader dakwah kurang menonjol dalam mana2 persatuan. Jika ada, mungkin seorang dua sahaja.

Ketika itu bukanlah kerana tidak mahu, tetapi:

1) tidak ada yang benar2 mantap untuk ditonjolkan
2) kurangnya pelajar medik yang dapat ditajmik ketika itu.

Sementalahan pula MSM telah menjadi wajihah dakwah yang sangat mainstream dan terbuka. Maka kami beramai2 all out untuk menfemeskan MSM.

Kekurangannya adalah: kurangnya latihan untuk kita mengenali, serta belajar akan budaya kerja individu lain yang tidak bersama kita.

Sedangkan, tidak dinafikan bahawa, peluang untuk berkerjasama dan berorganisasi dengan individu yang tak sefikrah dan sewavelength dengan kita adalah peluang yang mahal, dan harus dipelajari, terutamanya oleh pemimpin dakwah.

Supaya kita tahu dan mengenali ramainya manusia lain, serta mampu menggunakan potensi mereka, walaupun mereka tak mahu bersama jemaah kita.

Supaya kita dapat mentajmik mereka yang takkan boleh nak dengar ISK-SH-SJ kita sebagai muqaddimah kepada tarbiyah meerka.

Supaya kita dapat bercakap, berdiplomasi dengan manusia yang memang susah sangat nak kita fahamkan benda-benda basic tentang islam pun.

Maka, apabila kita bercakap tentang aktivisme seorang pelajar Islam.

1) Perlu cari titik keseimbangan , antara dakwah dan tarbiyah, serta aktivisme.

2)tak semua orang mampu buat semua benda. Tak semua orang mampu balancekan semua benda. Sebab itu, tak boleh generalisekan semua orang seperti kita. Kalau kita tak boleh, kita rasa orang lain begitu juga. Begitulah vice versa.

3) Ada manusia yang super duper luar biasa. Dan mempu berbuat semua benda. Orang sebegini, sangat perlu dikedepankan dalam pertubuhan yang dapat kita manfaatkan kegunaannya. Ketokohan dia sebagai pemimpin sendiri harus dibina, demi utk digunakan ketika daulah telah ada nanti. Di tika kita sangat perlukan politikus dan pimpinan dalam masyarakat.

Orang sebegini, kita perlu identify dan sokong dia.

4) Dahulu, ketika kami involve beramai2 dalam persatuan itu:

i) kami involve as a team.
ii) kami mampu corakkan persatuan itu
iii) kami mampu tajmik ramai orang dari persatuan itu.

namun ada ketika saya mmg sorang sahaja yang tinggal. sebab batch saya, tak ramai yang join dakwah dan tarbiyah, namun saya gunakan peluang itu untuk tajmik beberapa orang adik, dan cuba mensaiko orang di dalam pertubuhan itu untuk bekerja dan berfikir seperti mana kami selalu berkerja dalam MSM.

Dan saya kenal ramai orang ketika berada dalam persatuan itu. termasuklah mereka yang fobia dengan usrah dan jemaah lain yang akhirnya nak pulak dengar pengisian dari saya.

Potensi2 manusia di luar sana, yang tak mahu bersama dakwah dan tarbiyah kita sangat ramai dan besar. terkadang memerlukan seorang dua yang mampu menarik dan mentajmik mereka.

Tapi itu saya, dan tak semua orang mampu jadi begitu.

5) Risiko berada dalam persatuan ini adalah tinggi. Kerana:

i) kita akan disibukkan dengan kerja-kerja teknikal
ii) ikhtilat
iii)akan mengambil masa yang perlu kita gunakan untuk dakwah dan tarbiyah.

di sini, kuncinya adalah untuk kita mendapatkan post tertinggi sekali, supaya kita yang control suasana dan keadaan yang ada di situ.

Kalau kita president, kita yg dapat simplify semua perkara agar kurang teknikal. Kita juga yang ensure ikhtilat terjaga. Kita juga ensure jadual2 meeting dan program, takkan bertembung dengan program dakwah dan tarbiyah kita.

KITA yang corakkan suasana itu.

6) Kuncinya adalah keseimbangan.

– belajar bekerjasama dan berorganisasi dengan orang lain di luar circle kita adalah perlu —baca: tak wajib
– ia adalah skills penting utk belajar berdiplomasi dan mengenal potensi manusia yang dapat kita gunakan untuk dakwah kita.
– prinsipnya adalah: dakwah dan tarbiyah still come FIRST
– keberadaan kita dalam mana2 persatuan hanyalah untuk:

i) bina jaringan ( read; tajmik dan tansiq)
ii) meningkatkan potensi kita sebagai murabbi –> melatih skill kepimpinan, pengurusan masa, organisasi dan sebagainya.

iii) jika wadah itu perlu kita gunakan untuk kepentingan dakwah dan tarbiyah kita ( di tempat di mana kita tiada wadah lain lagi). Maka di waktu ini, semua ahli perlu all out untuk berada dalam wadah itu.

sebab itulah, orang yang kita kehadapankan, adalah orang yang benar2 faham tujuan dan kepentingan dia berada di situ.

Dia berada di situ bukan sebagai individu, tapi sebagai wakil kepada jemaah kita sendiri. Berperanan mencorakkan islam mengikut neraca fikrah kita dalam mana2 persatuan yang dipimpinnya.

7) Peranan naqibah yang amat crucial

Kerana itu, involvement mana2 ahli dalam persatuan, sangat memerlukan sokongan dari murabbinya.

Murabbinya tersangat perlu memerhatikan tawazunnya mutarabbinya itu, antara aktiviti persatuan, dan juga D&T. serta toleransi dengan kelemahannya. Malah murabbilah yang perlu guidekan kepimpinan yang harus dimiliki mutarabbinya.

Dahulu saya banyak spend masa juga dengan akak2 usrah saya dan adik2 usrah saya dalam persatuan perubatan kami tu. sebab banyak masa kami spend bersama. So macam killing two birds in one hand kan?

8) TAK SEMUA MANUSIA sama.

Sebab itu, apa saya tulis di atas, hanya apply ketika ZAMAN saya, dan WAQIE saya.

Kita kena kenal waqie kita.

Kena kenal siapa akhwat yang nak kita kedepankan.

Kene tahu benefit dan kelebihannya untuk berada dalam persatuan itu.

Cuma saya nak stresskan:

a) berada dalam persatuan yang ahlinya bukan ahli D&T adalah pengalaman yang akan banyak mengajar kita banyak perkara

b) keberadaan kita dalam persatuan itu, TIDAK BOLEH mendahului urusan tarbawi kita. Kita harus penuhi tanggungjawap kita sebagai mutarabbi dan murabbi. Di waktu kita masih pelajar, waktu inilah waktu emas untuk kita benar-benar mantapkan penguasaan tarbawi kita. Kerana peluang ini hanya terbuka luas, ketika kita masih siswa.

c) Gunakan persatuan itu untuk dakwah. Dan otak kita hanya fikir untuk taaruf, dan DF mereka yang berada dalam persatuan itu, tetapi tidak boleh bersama kita dalam jemaah kita.

Sebab itu, dalam mengenal kegunaan wadah ini:

1) wadah itu adalah jemaah kita . Jemaah itulah wadah.

2) wadah yang dilahirkan oleh jemaah kita, dan kitalah yang menerajuinya.

3) wadah yang bukan dilahirkan oleh jemaah kita, tetapi berpotensi untuk kita gunakan untuk kepentingan dakwah kita. Wadah inilah seharusnya dirancang dan diplan untuk sama-sama kita kuasai dan pegang.

4) wadah yang bukan milik kita, dan kita tak ada chance pun untuk masuk menjadi kepimpinan. Wadah sebegini, jika kita dapat masuk pun, hanyalah untuk mengenal dan berukhuwah serta belajar skill2 persatuan. Tak mampu kita ubah dan kuasai.

Generasi kita adalah generasi di mana perlunya ada titik keseimbangan.

Dahulu jemaah mengalami ketenatan dalam tarbiyah akibat terlalu menjurus kepada aktivisme dalam masyarakat.

Sekarang, ketika kita merasai dan difahamkan pentingnya tarbiyah ini, jangan pula kita menolak peluang untuk kita belajar sedikit demi sedikit skill ini.

Ia bukan all or nothing. Ia adalah balancing both world.

Sebab itu, saya suka jika orang2 yang teratas dalam tarbiyah yang involve dalam persatuan, bukan di peringkat awal dalam tarbiyah. Kerana kefahaman dan kematangan itu teramat penting, sebelum terjun ke medan.

Tak setuju pendapat saya? Boleh komen. Oklah, kan dah cakap, kurang masa plak nak prepare untuk usrah saya esok nih.

Doakan saya eh?

ukhtikum fillah

aisyahz

glasgow

Advertisements

4 thoughts on “Yang penting, kita seimbang dan mencari titik tengah

    mmi said:
    April 26, 2011 at 5:27 am

    jzkk k.aisyah atas perkonsgsian — saya terkesan dengan point tawazun tu, cuma terfikir macam mana nak menghidupkan @ membawa prinsip2 kita dalam sesebuah wadah yg bukan lahir dari kita

    – saya juga berfikir utk org pihak lain — mungkin mereka pada satu tahap nak juga akhawat kita naik sebab sekiranya tak, akan ada akhawat lain yg lebih agresif dan bakal menggunakan wadah tu untk dia dan j nya shj, kalau kita naik takdelah menganiaya @ mengabaikan hadaf wadah tu ditubuhkan (which is bukan hadaf kita)

    – kalau bab bertaamul dgn ahli fikrah lain tu saya kurang setuju, dgn tak naik jadi MT pun boleh dapat mutiara2 tu ~~ (kalau ikut kat sini laa, sbb org2nya jelas sgt dan kita memang bersahabat selalu pun dgn dia

    Syukurnya, takdelah sesama ahli fikrah disini menghentam satu sama lain, sama2 menghazar dari keburukan yg lebih besar dan aman damai

    macam kelakar pulak tulis “ahli fikrah” macam ahli suffah pulak..

      muharikah responded:
      April 29, 2011 at 2:52 am

      ada je orang tak setuju dengan artikel saya di atas. mmg betul, lain waqie, lain keadaannya. sebab itu antunna perlu bersyura untuk bertindak, mengikut keadaan yang tepat di situ.

    ummu said:
    April 28, 2011 at 9:01 pm

    kalu dulu, sgt ‘gile’ jd top dlm buat ape2, somehow bile kenal trbyh, kite tahu utk survive dlm persatuan2 tersebut tanpa menggadaikan trbyh amatlah tipis. setuju bila akk kata, kene kenal waqi’, n kenal diri snrnye. sbb kalu kite tak kenal akn kemampuan, alamtnya hanya sisa masa, tenaga, idea, harta yg kan kita bg pd dakwah dan trbyh. tp xnafi, kite perlu org fhm utk stay dlm perstuan. cuma utk diri, huhu, belum cukup berminat utk ‘kembali’ semula ke zaman itu sperti dulu (:

    jzkk for thoughts. sy belum mampu nk tulis camtu.. =p

      muharikah responded:
      April 29, 2011 at 2:52 am

      mungkin satu masa nanti, anti dah leh jadi pemimpin wanita ikram kat kelantan nanti cik ummu! ooppss bakal puan insyaallah 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s