Melihat dirimu, hatiku bahagia..

Posted on Updated on

Di tiap kali dia menitipkan kata pada dinding mukabuku(fb)ku, tentu hati ku tersenyum, menggamit sebuah rasa.

Tentu melihatnya dahulu dan sekarang, seakan2 ada perasaan aneh menyelinap di seluruh jiwaku.

Melihat dia dan rakan-rakannya dalam mengenal islam, mempelajarinya ketika awal dahulu.

Bertemu mereka dalam sebuah bilik kecil dan sendat, di situ aku temui dia dan rakan-rakannya yang cukup mengundang ceria di hatiku.

Di situ, kami perkenalkan mereka dengan sebuah sejarah.

2 jam, yang menyaksikan salah seorang dari mereka menjadi penggerak dakwah yang sangat dikagumi ramai.

Namun dia masih lagi naif, mencari-cari.

Ada sinar bahagia tatkala mendapatkan sebuah hidayah itu.

Tarbiyahnya diteruskan oleh buah hatiku di hujung Scotland itu. Saban waktu, turun 3 jam untuk bertemu dengan anak binaan dia.

Bukan sekejap keadaannya begitu. 3 tahun, masih tekun, masih tsabat dalam membina adik2 itu.

Dan dalam 3 tahun itu, pelbagai cerita dan lanskap kehidupan tersingkap.

Dari mereka yang ramai-ramai, seorang demi seorang akhirnya mengundur diri.

Dan dia bersama rakan-rakan yang masih tinggal sendiri mengalami dilema pencarian diri itu.

Merasai bahagia bersama Islam, namun setakat mana.. sejauh mana…

mampukah rasanya diri.. mampukah….pergi lebih jauh…

lebih jauh untuk dakwah…

jauh untuk terikat dengan sebuah jemaah bagi memenangkan dakwah ini…

Dan pernah di satu hari, tak mampu dia ungkapkan pada murabbinya, kerana dia tahu murabbinya akan sedih kerana dilema yang tak berpenghujung di hatinya.

Dan lantas dia melutut di depanku, di saat aku menziarahi..

sebutir…
sebutir kata-kata dari dadanya terkeluar…

dan deraian air mata akhirnya mengekori kata-katanya yang tentu sangat sendat dan berat dipikulnya selama ini…

‘ kak aisyah, saya sebenarnya sangat confused sangat dengan jemaah ini… Saya nak sangat buat dakwah ni. Nak sangat. But I don understand, why we need to commit in to one jemaah? Why cant all the jemaah become one?

Tersenyum aku melihatnya.

Kasihan dia. Bila rakan-rakannya menyogokkan sesuatu yang tercalit hitam pada jemaah, terus dirasakan tak perlu ikut dan bersama kami..

‘ Boleh tak saya nak try join prorgam orang lain k aisyah..?’

katanya penuh innocent.

DAn aku cuba menerangkan, sedikit demi sedikit padanya..

dan akhirnya dia menangis lagi kerana kekeliruan amat sangat.

aku menerangkan padanya….

‘ awak boleh je nak dakwah seorang-sorang. Tapi rasanya tak kuatkan nak lawan arus yang ramai tu. Dan boleh je pergi program orang lain, tapi jgn confused sorang2 je nanti’

dan kami tak pernah memaksa sesiapa untuk berada bersama kami.

Tidak langsung memaksa.

Tersenyum juga seorang akak usrahku (mutarabbi saya, cume dia lebih berumur) berkata:

‘ sometimes, kita ikut sesuatu jemaah itu, without saying pun. tengok2 dah terjebak dah’

Ketawa kami pecah pada usrah semalam. Akak itu sendiri memang mengikuti banyak2 jemaah sebelum bersama kami.

Dan adikku terus berkata:

‘ Saya sebenarnya sangat kasihankan kakak naqibah saya.Kasihan dia terpaksa layan keconfusean saya. Whatever happens, saya tak nak putuskan ukhuwah dengan dia. Sebab saya rsa sangat sayang kat dia. DAn kalaulah saya tak berada dalam jemaah ni pun, saya akan tetap jaga hubungan saya dengan dia.’

(owh, dia tak bahasakan diri dia saya-awak, dia bahasakan diri dia nama. so cam perbualan di atas sebenarnya agaklah awkward. hue hue)

dan dia menangis lagi..

Dan ketika kami bersama-sama menaiki kereta untuk ke spring camp kami, aku melihat dirinya yang berbeza.

Perjalanan kami dari Glasgow ke Warwick mengambil masa 5-6 jam

Kami memandu dari pukul 5 am sehinggalah tiba di tempat spring camp pukul 11 am. dia memandu 4 jam perjalanan kerana ketidak laratan aku memandu begitu lama.

DAn sewaktu di spring camp sendiri, sungguh dia teruja bersama akhawat-akhawat, tak mahu balik awal, dan mahu spend lama lama lama dengan mereka..

Sedangkan kami ingat lagi beberapa peristiwa dan ketika kami mengajaknya untuk ke daurah, even naik train sendiri, even pergi tempat dekat scotland sendiri..

dia menolak dan terus menolak…

dan buah hatiku sentiasa datang padaku dalam keadaan yang sedih akan keadaan anak usrah dia.

Tak ada apa yang mampu kami lakukan di tika itu.

Namun sesuatu telah berlaku.

Amazingly.

Benarlah….

alwaqtu ‘ilaj.

Masa itu mengubat.

Setengah manusia sangat perlukan masa, untuk ’embrace’, untuk menanam Islam setancapnya dalam hati mereka.

Akhirnya dari situ, akan berbuahlah iman, akan hijaulah daunan yang tumbuh dari pohonan itu.

Dari situ, perubahan demi perubahan akan kita saksikan, sedikit demi sedikit.

‘ Kita kene balik malam ni juga. sebab saya kerja esok,’ kataku pada mereka.

Video yang aku siapkan hanya boleh ditayangkan pada 10pm hari ahad itu. Dan malam itu juga kami perlu bergerak pulang ke glasgow.

Melalui lagi perjalanan selama 5-6 jam.

Takde pemandu lain, selain saya dan dia..

Mampukah dia … mampukah dia?

Dan akhirnya kami terus juga pulang malam itu. PAginya pukul 9am aku perlu berada di ward.

Aku hanya mampu memandu selama 2 jam sahaja. Malam sebelum itu kami tak tidur nyenyak kerana keadaan tempat tidur yang beku. Dan tak sempat langsung aku berehat selepas tiba sahaja di WArwickshire itu.

Seketika aku berhenti menarik nafas untuk berehat setelah kereta terhuyung hayang dan penumpang (termasuk co-driver) tak mampu menahan kantuk yang dahsyat.

akhirnya aku menyerah kalah pada hakikat dan tuntutan jasadi aku.

Dia mengambil alih pemanduaan sehinggalah kami tiba di Glasgow pada 5.40am. tinggal 20 minit sebelum subuh.

Dan dia berehat selepas itu. Sesungguhnya.

Pengorbanan yang aku tak rasa mampu dia lakukan sebelum ini.

Malah lagu-lagu yang terpasang cukup menunjukkan perubahan hati dan perasaanya.

Dia sangat sukakan muzik. pernah dibuatnya lirik lagu. Dan sangat pandai bermain gitar.

Dan ketika kami berhenti sekejap di R&R sini, dia bertanya padaku:

‘ K aisyah, berapa lama lagi nak sampai ni?”

Ketika itu, kami baru sahaja melepasi Carlisle, Border ENgland-Scotland.

‘Sejam setengah lagi.iallah, kalau maintain speed. Awak ok ke nak drive ni?’ Tanyaku, seolah-olah macam-saya-larat-nak-drive- je.

‘ok iAllah. oklah, nak dengar something utk sejam setengah ni..’

DAn tahu dia bukak apa?

Surah al-baqarah.

‘ Sebab albaqarah dalam sejam setengah kan?’

Subhanallah….

subhanaallah….

Dari hunky-punky girl.. dari yang confused2.. dari yang suka gile dengar lagu….

subhanaallah

melihat dirimu, hatiku cukup bahagia…

iAllah, perjalanan masih jauh.. akan kami bimbing diri kamu, sehingga rasa manis, rasa teramat cinta pada Islam dan dakwah ini.

Pengalaman terindah di spring camp adalah apabila melihat adik2 aku membesar dan matang. Mampu berdikari dan tentunya menyejukkan hatiku memandang mereka…

Di situ letaknya sebuah harapan dan kelegaan…

Allah pasti akan menjaga agama Dia ini, walaupun kita ada ataupun tiada..

PS: doakan kami buat website cam struggle sangat.

ok nak kene gi kerja..

wassalam

aisyah
glasgow

Advertisements

6 thoughts on “Melihat dirimu, hatiku bahagia..

    wahida said:
    April 20, 2011 at 9:24 am

    subhanallah….indahnya cerita mereka…^^

    macam kene dengan diri sesetengah part tu…

    erm..masa itu mengubah…insyaAllah…doakan di sini jugak kak aisyah…
    Nak jadik mcam alfateh…tapi tak mudahkan?
    doakn kak aisyah..

    salam ukhuwwah dari seremban…

    pocong said:
    April 20, 2011 at 11:24 am

    masya allah,so touched…
    kalau die boleh kenapa sy tdk???
    knp die blh brubah dl waktu singkat,ttpi sy pula perlu bertahun2 dan masih d tampuk yg sama?
    adakah sy harus salahkan murobbi yg tdk terlalu memperhatikan.atau akhawat yg turut melalaikan,atau biah yg tidak mendukung,atau masalah peribadi yg bertimbun?
    tiada siapa yg layak dpersalahkan selain diri ini,yg berkeras tidak mahu berubah…
    tarbiyah jalan,tapi lagu layan,drama wajib sejam sehari at least…
    ikhtilat boleh kaw tim…konon x layan lawan jenis,tp sstgh org2 yg berkaitan n special,kne dkecualikan.bila maksiat kecil bertimbun2,mula la sibuk dr mengingati tuhan.
    sy ingin berubah,tp tiada kesungguhan.
    oh allah,dengarkanlah rintihanku,dan berikanlah aku kekuatan…

    pocong daif

    mujahidah said:
    April 20, 2011 at 2:52 pm

    kuncinya adalah kesabaran…kan?kan?Jadi, jgn gopoh…bnykkan sabar dgn mutarabbi..
    dan doa bnyk2 pada Allah agar mutarrbi kita di beri hidayah. Terus dan terus tanamkan keimanan dalam dirinya. Biiar dia pilih atas dasar iman bukan atas dasar kita yg suruh…atau atas dasar ikut kawan2…

    anonimes said:
    April 20, 2011 at 3:38 pm

    salam wbt..kagumnya saya dgn dia yang menjadi watak utama cerita ini..betapa Allah itu maha penyayang..dikala seorg hamba itu menuntut sebuh penjelasan, Allah menhantar seorg murabbi dan suasana camp yang mampu merubah dan memberi petunjuk kepada segala kekusutan yang dialami watak utama itu..terkesan saya baca cerita ini dan betapa saya masih lagi jauh untuk mencapai tahap watak utama itu..Astaghfirullah..ya Allah..Allahumma anta robbuna farzuqnal istiqomah..Ameen..

    kauthar said:
    April 21, 2011 at 6:04 am

    like this! πŸ™‚ ❀

    drandyzee said:
    April 24, 2011 at 8:36 am

    touched.hope dpt jd mcm that girl πŸ˜₯

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s