Wanita: kita harus kuat

Posted on

‘ Haiya! What’s wrong with the wee one?’

Tanyaku pada gadis Polish itu. Di ribanya , duduk anak lelakinya yang merengek , menangis kesakitan.

Aku sempat menyorot nama anaknya di papan tanda di kubikel wad itu, kami panggil ‘short stay ward‘, tempat di mana patient akan datang setelah dirujuk oleh GP mereka kepada kami; PAEDIATRICIAN.

PETER KOWALSKI.

Dan melihat raut wajah ibunya, aku tahu dia seorang Polish.

‘Owh, he was just not himself. He had high temperature since Monday, and now he was vomitting all over.’

Cakapnya pelat. Anaknya merengek2 dan terus menangis tatkala aku bertanyakan ibunya.

Untuk tahu seorang bayi atau budak kecil itu sakit atau tak, kita boleh tengok samada bayi atau budak kecil itu:

Happy atau unhappy.

Happy baby biasanya akan senyum, Akan lari-lari, akan main2. akan gelak2 sama dengan kamu . ( dan kamu akan sangatttttttttttttt gerammmmmmmmmmmmm dengan baby tu sampai nak gigit2 dia… hehehhe.. sorry, exxagerate plak..heheh)

tapi bila baby tu, unhappy. Dia akan look very miserable, akan nangis, akan baring dan letih je, pastu kita nak usik dia sedikit dia akan marah-marah kita.

Dan bayi gadis tadi, memang tak happy. Dan ternyata dia ada tonsilitis.

‘Is your partner at home?’ aku bertanyakan soalan family history, sesuatu yang amat penting dalam pertumbuhan seorang anak.

‘ no, i dont live with my partner anymore,’

Tertelan air liur.

Hampir 1/3 wanita datang ke kubikel short stay ward ini sebenarnya adalah single parent. Membawa anak2 mereka yang sakit, bersendirian dalam menjaga dan menanggung anak sendiri.

Runtun hati melihat mereka.

Aku pernah melihat seorang wanita melahirkan anaknya seorang diri, tanpa suami di sisi.

Sedihnya melihat keadaan itu!

Dan saya tahu betapa pentingnya menjadi wanita yang tabah, samada kita lalui nasib seperti mereka ataupun tak.

sebab ujian kita semua berbeza.

Orang bujang, ujiannya adalah untuk meniti perkahwinan itu sendiri, penantian untuk mendapatkan seorang calon dalam rumah tangga.

Orang yang sudah berkahwin, ujiannya adalah untuk mengekalkan perkahwinan itu, dan cuba untuk melalui proses perkahwinan yang tidak semuanya merah dan berbunga.

Begitu juga mereka yang melalui proses perpisahan dan penceraian selepas berkahwin, walaupun keduanya itu merupakan ikhwah akhawat yang amat dikenali ramai.

satu yang saya pasti, akhawat dan wanita mesti kuat.

Dan kita mesti teramat kuat.

dahulu sebelum kenal islam, kita bercouple.

Selepas kenal Islam,kita kena jadi kuat sangat untuk break dari couple tu. Dan cuba sangat utk jauhkan diri kita dari fitnah2 hati.

Setelah itu, ujian menantikan pasangan dalam dakwah.

Kemudian ujian dalam proses baitul muslim..

dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya..

Apabila saya melihat ibu-ibu tunggal itu bersama anak2 mereka, dan bersusah payah dan sanggup untuk menjaga anak mereka, saya tahu, mereka teramat kuat.

dan saya teringatkan akhawat2 yang menerima ujian yang tak kurang hebatnya juga.

dan saya tahu, di balik mata mereka yang redup, di balik senyuman yang menyembunyikan kepahitan, mereka sangat kuat sebenarnya. tersangat-sangat kuat.

kerana itu, tatkala kita merasai ujian diri kita terlalu berat, lihatlah orang lain yang menanggung bebanan lebih banyak.

dan tentu apabila Allah menakdirkan sesuatu buat kamu, itulah yang terbaik buat kamu. Walaupun pahit itu pasti dirasai ketika ini, namun iAllah, hikmahnya itu pasti ada, tidak sekarang, di masa akan datang.

Dan kita harus kuat, menompah arus ujian ini.. walau sendirian, mahupun keramaian.

And i really do mean it.

wassalam
PS: spring camp kami hari ni. doakan!
ukhtikum fillah

aisyahz

Advertisements

4 thoughts on “Wanita: kita harus kuat

    maisarah said:
    April 17, 2011 at 12:07 pm

    salam kak aisyah!!
    jzkk sis. mmg tepat pada masanya post ni. πŸ™‚
    kita harusssssss kuattttttttttt
    moga Allah mudahkan spring camp

    Ummu Auni said:
    April 18, 2011 at 10:28 am

    terima kasih!

    ummu said:
    April 18, 2011 at 3:54 pm

    (: lama dah xcomment. renduu, br jumpe kMaisara n kami berdue ckp kami rendu kak..huhu
    moga kite sentiasa kuat mghadapi setiap stage mendatang.

    muharikah responded:
    April 20, 2011 at 7:18 am

    jzkk semua!

    ummu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!! tak tahu nak cakap camnneeeeeeeeeeeee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s