Kata-kata yang membunuh…

Posted on

Terkadang,

dalam semangat dan himmah pemuda

yang mahu bangkit

yang mahu sedar dari tidur

mahu bersemangat menerobos kotornya jahiliyah.

Tiba-tiba,

semangat itu ditembak

dibunuh

dipalu

terjatuh bersemadi bersama dirinya yang luntur.

 

Wahai yang berkata-kata

walaupun yang menulis

tidakkah kau sedar

keangkuhanmu itu

dalam berkata

dalam menulis

mendabik dada

seolah-olah mengatakan dirimu lebih baik

dari orang lain

maka kau membunuh

semua semangat2 yang membara

yang menyala-nyala

 

semangat itu bukan untuk peribadipun

tapi untuk islam, untuk dakwah

adakah kau lebih rela

manusia mati dan terperangkap jatuh ke dalam kesesatan

daripada menggunakan semangat dan himmahnya untuk Islam?

Dan kau terus mendabik dada mengatakan kau hero dalam dakwah

mengecilkan manusia yang ada didepanmu

yang mahu merangkak dan lebih ke depan dalam dakwah

dan membunuh semangat mereka?

Tidakkah kau ini seorang murabbi?

Murabbi itu sentiasa membangun, meningkatkan, terus melajukan

Bukan menghentam, mematikan dan terus menyalahkan..

 

astaghfirullah..

hargailah jiwa pemuda.. hargailah mereka

santunilah semangat mereka.

mereka bukan untuk dihukum.

bukan untuk ditembak semangat mereka

bukan untuk dilecehkan.

mereka ini pemimpin masa depan.

Mereka akan jadi sangat sangat sangat hebat daripadamu satu masa nanti.

Maka santunilah mereka.

Bimbinglah mereka.

Tak mahukan engkau mendapat pahala jika Islam menang di tangan mereka?

astaghfirullah..

perjalanan kita masih jauh. kemenangan islam begitu juga.

terkadang sikap2 begini dalam dakwah,

sangat menyakitkan, menyedihkan, dan memenatkan daie yang mmg telah sedia kepenatan,.,

 

afwan, entry emosi.. nak kene luahkan jap… afwan ye..

 

wasalam

 

ukhtikum

aisyah

Advertisements

5 thoughts on “Kata-kata yang membunuh…

    cik mus'ab said:
    April 13, 2011 at 6:17 pm

    like.

    cutemadness said:
    April 14, 2011 at 1:18 am

    Sya,

    benda2 macam nihla yang menjauhkan orang dari jamaah.

    so sad isnt it?

    but i believe in you. jangan mudah jatuh dan kalah.

    dan untuk yang di “komen2” oleh orang2 yang “perasan bagus dan baik dari orang lain” itu

    dont surrender yourself. jamaah is only a medium to achieve the end….its not the goal in itself. Anyhow, they are only human who make mistakes in their lives.If we remember the end, kita takkan mudah terkesan dengan apa2 yang sekeliling tuh.

    gambatte sya 🙂

    atiqah said:
    April 14, 2011 at 1:45 am

    teringat nasihat naqibah ana dulu:maka pentingnya membezakan manhaj dan murabbi. murabbi boleh salah, boleh silap laku silap berbuat. tapi kita yakini manhaj adalah betul. jangan hukum manhaj atas kesalahan murabbi. hu.

    muharikah responded:
    April 16, 2011 at 1:37 am

    betul tu rabi, huhu.. berat juga ujian ni.. Allah nak uji siapa tsabat, siapa yang takkan… atiqah, dan cik musab 🙂

    siti said:
    April 18, 2011 at 10:21 am

    salam…

    bila kita berhadapan dgn ramai manusia, ada saja ketikanya kita akan tersalah kata dan tersalah menyantuni hak mereka.

    semoga ALLAH bimbing kita setiap masa dgn nurNYA…

    (takutnye…utk mendapat nurNYA perlukan jiwa yg benar2 bersih agar cahaya itu tidak ter’refract’.)

    walaupun tak tahu kenapa, smg ALLAH kuatkan kak!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s